1 Tawarikh 16:4
Maka ditentukan baginda di hadapan tabut Tuhan beberapa khadim dari pada orang Lewi, supaya mereka itu memuji-muji dan mengucap syukur dan memuliakan Tuhan, Allah orang Israel.
Maka ditentukan baginda di hadapan tabut Tuhan beberapa khadim dari pada orang Lewi, supaya mereka itu memuji-muji dan mengucap syukur dan memuliakan Tuhan, Allah orang Israel.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
5Maka Asaf itulah penghulunya dan Zekharya yang kedua kemudian dari padanya, lalu Yeiel dan Semiramot dan Yeiel dan Matica dan Eliab dan Benaya dan Obed-Edom dan Yeiel dengan bunyi-bunyian dandi dan kecapi, maka Asafpun membuka ragam dengan ceracak.
6Maka Benaya dan Yehaziel, imam itu, selalu meniupkan nafirinya di hadapan tabut perjanjian Allah.
7Maka pada masa itu diberikan Daud mazmur yang pertama ini kepada tangan Asaf dan segala saudaranya akan memuji-muji Tuhan,
8bunyinya: Pujilah akan Tuhan dan sebutlah kamu akan nama-Nya, masyhurkanlah perbuatan-Nya di antara segala bangsa!
14Maka oleh segala imam dan orang Lewipun disucikanlah dirinya hendak dibawanya naik akan tabut Tuhan, Allah orang Israel.
15Maka segala orang Lewipun mengusunglah tabut Allah dengan kayu pengusungnya di atas bahunya, yaitu seperti yang telah dipesan oleh Musa dengan firman Tuhan.
16Maka bertitah Daud kepada segala penghulu orang Lewi, supaya ditentukannya segala saudaranya yang biduan adanya dengan pelbagai bunyi-bunyian dan dandi dan kecapi dan ceracak dan bermain ramai-ramai dan menyaringkan suaranya dengan sukacita hatinya.
17Maka ditentukan orang Lewi akan Heman bin Yoel, dan dari pada segala saudaranya akan Asaf bin Berekhya dan dari pada bani Merari, yaitu saudara mereka itu, akan Etan bin Kusaha.
6Maka segala imampun berdirilah pada pangkat-pangkatnya dan segala orang Lewipun dengan bunyi-bunyian Tuhan, yang telah diperbuat oleh baginda raja Daud akan memuji-muji Tuhan, sebab kemurahan-Nya kekal sampai selama-lamanya, yaitu pada masa Daud memuji Dia oleh khidmat mereka itu, dan segala imampun meniup nafirinya bertentangan dengan mereka itu dan segenap orang Israelpun adalah berdiri.
1Arakian, maka dibahagikan Daud dan segala penghulu tentara itu akan pekerjaan itu di antara bani Asaf dengan Heman dan Yeduton, biduan yang disucikan bagi Allah dengan kecapi dan dandi dan ceracak, maka inilah bilangan segala orang itu, yang pandai pada pekerjaan jawatannya.
36Segala puji bagi Tuhan, Allah orang Israel, dari pada kekal datang kepada kekal! Maka hendaklah segenap orang banyak mengatakan: Amin! segala puji bagi Tuhan!
37Bermula, maka ditinggalkan baginda di hadapan tabut perjanjian Tuhan akan Asaf dan segala saudaranya, supaya selalu mereka itu berbuat khidmat di hadapan tabut itu pada segala hari yang telah ditentukan kepada masing-masing.
46Karena dari zaman dahulu, dari zaman Daud dan Asaf, adalah penghulu biduan puji-pujian dan pengucap syukur kepada Allah.
2Maka ditentukan Yehizkia pula akan segala pangkat imam dan orang Lewi, seturut pangkat-pangkatnya yang dahulu, masing-masing dengan pekerjaannya, segala imam dan orang Lewi akan mempersembahkan korban bakaran dan korban syukur, dan akan berkhidmat dan akan memuji-muji dan mengucap syukur di dalam pintu gerbang segala tempat tentara Tuhan.
24Maka penghulu segala orang Lewi itulah Hasabya dan Serebya dan Yesua bin Kadmiel, dan di bawah perintah mereka itu adalah segala saudaranya akan memuji-muji dan mengucap syukur, menurut titah Daud, aziz Allah itu, ganti-berganti pengawalnya.
2Lalu titah Daud: Kecuali orang-orang Lewi seorangpun tiada boleh mengusung tabut Allah, karena mereka itulah yang dipilih Tuhan akan mengusung tabut Allah dan akan berbuat khidmat kepadanya sampai selama-lamanya.
3Maka dihimpunkan Daud segenap orang Israel di Yeruzalem akan membawa naik tabut Tuhan itu ke tempatnya, yang telah disediakannya akan dia.
4Maka dihimpunkanlah Daud segala bani Harun dan segala orang Lewi.
25Maka disuruhnya orang-orang Lewi berdiri di dalam rumah Tuhan dengan ceracak dan dengan dandi dan kecapi, seturut pesan Daud dan Gad, penilik baginda, dan nabi Natan, karena pesan ini dari pada Tuhan juga datangnya dengan lidah nabi-nabinya.
26Maka berdirilah segala orang Lewi dengan bunyi-bunyian Daud, dan segala imampun dengan nafirinya.
31Maka sekalian inilah yang diangkat oleh Daud akan mematutkan nyenyian dalam rumah Tuhan, setelah sudah tabut itu mendapat tempat perhentian.
32Maka mereka itupun melakukan pekerjaan nyanyian di hadapan tempat kedudukan di dalam kemah perhimpunan sampai diperbuat Sulaiman akan rumah Tuhan di Yeruzalem, dan dilakukannya pekerjaan itu dengan peraturan yang ditentukan baginya.
11Arakian, maka dipanggil Daud akan imam Zadok dan Abyatar dan akan orang-orang Lewi yang bernama Uriel dan Asaya dan Yoel dan Semaya dan Eliel dan Aminadab.
12Lalu titah baginda kepada mereka itu: Adapun kamu ini penghulu-penghulu segala orang isi rumah bapa-bapa orang Lewi, maka sebab itu sucikanlah dirimu dan segala saudaramupun, supaya dibawa olehmu akan tabut Tuhan naik ke tempat yang telah kusediakan baginya.
14Maka ditentukan baginda pula, setuju dengan perintah Daud, ayahanda baginda, segala kelompok-kelompok imam pada pekerjaannya, dan segala orang Lewipun pada jawatannya akan memuji-muji Allah dan akan membantu segala imam dalam pekerjaannya dengan aturannya pada tiap-tiap hari, dan lagi segala penunggu pintu dalam pangkat-pangkatnya, pada tiap-tiap pintu gerbang, karena demikianlah perintah Daud, aziz Allah itu.
10Hata, setelah sudah dibubuh alas kaabah Tuhan oleh segala tukang, maka berdirilah segala imam, yang berpakaikan pakaian kebesarannya, dengan nafirinya, dan segala orang Lewi, bani Asaf itu, dengan ceracaknya, akan memuji-muji Tuhan menurut perintah Daud, raja orang Israel.
5Dan empat ribu orang penunggu pintu dan empat ribu orang yang memuji-muji Tuhan dengan pelbagai bunyi-bunyian, yang telah kuperbuat akan memuji-muji, demikianlah titah Daud.
6Maka dibahagi Daud akan mereka itu berkelompok-kelompok seturut bani Lewi, yaitu Gerson dan Kehat dan Merari.
30Kemudian bertitah baginda raja Yehizkia dan segala penghulupun menyuruh orang Lewi memuji-muji Tuhan dengan perkataan Daud dan Asaf, penilik itu; maka mereka itupun memuji-mujilah dengan sorak kesukaan, serta menyembah sujud dan meminta doa.
41Maka serta dengan mereka itu adalah Heman dan Yeduton dan segala orang pilihan yang lain, yang telah ditentukan dengan nama-namanya akan memuji-muji Tuhan, sebab kemurahan-Nya kekal sampai selama-lamanya.
8Maka Daud dan segenap orang Israelpun ramai-ramai bermain di hadapan Allah dengan nyanyi dan kecapi dan dandi muri dan rebana dan keromong dan serunai.
1Arakian, setelah sudah dibawa oranglah akan tabut Allah masuk dan ditaruhnya pada sama tengah kemah yang telah dibentangkan Daud baginya, maka dipersembahkan oranglah beberapa korban bakaran dan korban syukur di hadapan hadirat Allah.
2Setelah selesailah Daud dari pada mempersembahkan segala korban bakaran dan korban syukur itu, maka diberkati baginda akan orang banyak itu demi nama Tuhan.
18Maka Yoyadapun memerintahkanlah segala pekerjaan di dalam rumah Tuhan di bawah pegangan segala imam orang Lewi, yang sudah dibahagi-bahagi oleh Daud dalam rumah Tuhan, supaya dipersembahkannya korban bakaran kepada Tuhan, seperti tersurat dalam taurat Musa, serta dengan kesukaan dan nyanyi-nyanyian setuju dengan pesan Daud.
25Demikianlah peri Daud serta dengan segala tua-tua orang Israel dan segala penghulu orang seribupun pergilah mengambil tabut perjanjian Tuhan naik dari dalam rumah Obed-Edom dengan bersuka-sukaan.
26Maka sementara ditolong Allah akan orang Lewi mengusung tabut perjanjian Tuhan itu, dikorbankan mereka itu lembu muda tujuh ekor dan domba jantan tujuh ekor.
27Adapun Daud itu berpakaikan baju kain khasah, demikianpun segala orang Lewi yang mengusung tabut dan segala biduan dan Khenanya, penghulu segala orang yang mengangkat suara, dan lagi Daudpun berpakaikan jubah kain Khasah.
28Maka oleh segenap orang Israel dibawa naik akan tabut perjanjian Tuhan sambil bersorak-sorak dan berbunyi nafiri dan buri-buri dan ceracak, dibesarkannya bunyi itu dengan dandi dan kecapi.
19Maka segala orang Lewi dari pada bani Kehati dan dari pada bani Korahipun bangkit lalu berdiri akan memuji-muji Tuhan, Allah orang Israel, dengan ramai dan dengan suara yang nyaring.
17Maka Matanya bin Mikha bin Zabdi bin Asaf itulah penghulu segala orang yang mengangkat puji-pujian kemudian dari pada meminta doa itu, dan Bakbukya itu yang kedua dari pada segala saudaranya; dan lagi Abda bin Samua bin Galal bin Yeduton.
21Hata, maka segala bani Israel yang terdapat di Yeruzalempun memeganglah masa raya fatir tujuh hari lamanya dengan kesukaan besar. Maka segala orang Lewi dan segala imampun memuji-mujilah Tuhan pada tiap-tiap hari dengan bunyi-bunyian kepujian Tuhan.
6Maka sekalian ini di bawah perintah bapanya bagi nyanyian di dalam rumah Tuhan dengan ceracak, dandi dan kecapi dalam pekerjaan bait-Ullah di bawah perintah baginda dan Asaf dan Yeduton dan Heman.
30dan supaya mereka itu berdiri pada tiap-tiap pagi hari akan memuji-muji dan mengucap syukur kepada Tuhan, demikianpun pada tiap-tiap petang,
8Maka pada masa itu diasingkan Tuhan akan suku Lewi, supaya diusungnya tabut perjanjian Tuhan dan supaya mereka itu berdiri di hadapan hadirat Tuhan akan berbuat bakti kepada-Nya dan akan memberi berkat dengan menyebut nama-Nya, seperti adat sampai kepada hari ini.
4Maka titah baginda kepada orang banyak, kepada segala orang isi Yeruzalem, disuruhnya mereka itu memberikan bahagian segala imam dan orang Lewi, supaya tetaplah mereka itu dalam melakukan hukum Tuhan.
21Maka berbicaralah baginda dengan orang banyak itu, lalu diangkat baginda akan beberapa biduan bagi Tuhan, supaya dipuji-pujinya akan yang Mahamulia sambil berjalan di hadapan segala orang yang lengkap dengan senjatanya, bunyinya: Segala puji bagi Tuhan karena kemurahan-Nya kekal sampai selama-lamanya!
4Setelah sudah datang segala tua-tua orang Israel maka diangkat oleh orang Lewi akan tabut itu.
2Maka ditentukannya segala imam pada jawatannya dan diajak-ajaknya mereka itu kepada pekerjaan rumah Tuhan.
12Maka segala orang itupun berlakulah dengan setianya dalam pekerjaan itu, maka orang yang diangkat akan pemerintah atas mereka itu, ia itu Yahat dan Obaja, orang Lewi dari pada bani Merari, dan lagi Zakharya dan Mesulam, dari pada bani Kehati, akan membangatkan pekerjaan itu; maka segala orang Lewipun sama fahamnya pada pelbagai alat bunyi-bunyian.
12maka segala orang Lewi yang penyanyipun bersama-sama adalah di sana serta dengan Asaf dan Heman dan Yeduton dan segala anak-anaknya dan saudara-saudaranya, berpakaikan kain khasah dan dengan ceracak dan dandi dan kecapi mereka itu berdiri pada sebelah timur mezbah dan serta dengan mereka itu sampai seratus dua puluh orang imam yang meniupkan nafirinya).