15Maka dibawanya ke dalam rumah Tuhan akan segala benda yang telah disucikan oleh ayahanda baginda, dan akan segala benda yang telah disucikan oleh baginda sendiri, dari pada emas perak dan pelbagai perkakasan.
16Maka adalah perang antara Asa dengan Baesa, raja orang Israel itu, sepanjang umur hidupnya.
17Karena Baesa, raja orang Israel itu, sudah mendatangi orang Yehuda dan diteguhkannya negeri Rama, sehingga seorangpun tiada diberinya masuk atau keluar akan pergi menghadap Asa, raja orang Yehuda.
18Maka pada masa itu diambil Asa akan segala emas perak yang lagi ketinggalan di antara segala mata benda yang di rumah Tuhan dan segala mata benda yang di dalam istana baginda, diserahkannya kepada tangan pegawainya, lalu disuruh baginda raja Asa akan mereka itu pergi menghadap Benhadad bin Tabrimmon bin Hezyon, raja di benua Syam, yang duduk di Damsyik, katanya:
19Bahwa adalah satu perjanjian antara tuan dengan beta, seperti yang dahulu ada di antara ayah tuan dengan ayah beta; maka sekarangpun beta mengirimkan hadiah kepada tuan, yaitu emas dan perak, sebab itu hendaklah tuan meniadakan perjanjian tuan dengan Baesa, raja orang Israel itu, supaya undurlah ia dari pada beta.
20Maka didengarlah oleh Benhadad akan kata baginda raja Asa, lalu disuruhnya panglima perang yang padanya pergi menyerang negeri-negeri orang Israel, maka dialahkannya negeri Iyon dan Dan dan Abel-Bait-Maakha dan seluruh Kinerot dan seluruh tanah Naftali.