2 Raja-raja 18:6
Karena bersangkutpautlah baginda kepada Tuhan dan baginda mengikut Tuhan dengan tiada menyimpang, dan dilakukan baginda segala hukum firman Tuhan yang kepada Musa.
Karena bersangkutpautlah baginda kepada Tuhan dan baginda mengikut Tuhan dengan tiada menyimpang, dan dilakukan baginda segala hukum firman Tuhan yang kepada Musa.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
5Maka percayalah baginda akan Tuhan, Allah orang Israel, sehingga kemudian dari pada baginda seorangpun tiada taranya di antara segala raja orang Yehuda, dan dahulu dari pada bagindapun tiada.
7Maka sebab itu disertai Tuhan akan baginda; barang ke manapun baik baginda pergi, di sana juga berlakulah baginda dengan bijaksana, tambahan pula berpalinghaluanlah baginda dari pada raja Asyur, tiada baginda takluk lagi kepadanya.
3Kendatilah demikian, maka lekatlah juga ia pada dosa Yerobeam bin Nebat, yang sudah menyuruh orang Israel berbuat dosa, dan tiada ia lalu dari padanya.
25Maka dahulu dari pada baginda seorang rajapun tiada seperti baginda, yang bertobat kepada Tuhan dengan segenap hatinya dan dengan segenap jiwanya dan dengan segenap kuasanya akan menurut segala bunyi taurat nabi Musa, dan kemudian dari pada bagindapun tiada bangun seorang taranya.
3Karena Tuhanpun menyertai akan Yosafat, sebab ia berjalan pada segala jalan Daud, moyangnya, yang dahulu itu dan tiada ditanyakannya akan Baalim.
4Melainkan dicaharinya Allah nenek moyangnya dan berjalanlah ia menurut segala hukum-Nya dan tiada diturutnya perbuatan orang Israel.
8Melainkan hendaklah kamu bersangkut paut kepada Tuhan, Allahmu, seperti yang telah kamu perbuat datang kepada hari ini.
2Maka dibuatnya barang yang benar kepada pemandangan Tuhan dan berjalanlah ia pada segala jalan Daud, moyangda baginda, dengan tiada menyimpang dari padanya ke kiri atau ke kanan.
22Karena jikalau kamu memeliharakan baik-baik segala hukum ini, yang kupesan kepada kamu akan dilakukan dengan mengasihi akan Tuhan, Allahmu, dan dengan menjalani segala jalan-Nya dan dengan bersangkut paut kepada-Nya,
2Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan dan bagindapun menurut segala jalan raja Daud moyangda baginda, dengan tiada menyimpang ke kiri atau ke kanan.
32Maka berjalanlah baginda pada jalan Asa, ayahanda baginda, dengan tiada menyimpang dari padanya dan diperbuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan.
22Karena telah kuturut segala jalan Tuhan, dan tiada aku menyimpang dengan khianat dari pada Allahku.
23Melainkan segala hukum-Nya adalah selalu di hadapanku dan segala firman-Nyapun tiada kutolak dari padaku.
8tetapi adapun segala saudaraku, yang telah pergi ke hulu serta dengan aku, ia itu menawarkan hati orang banyak, tetapi aku menurut Tuhan, Allahku, dengan tetap hatiku.
21Maka dalam segala pekerjaan yang diangkat baginda pada mengerjakan bait-Ullah dan pada taurat dan hukum hendak memperkenankan Allahnya, berlakulah baginda dengan segenap hatinya dan disampaikannyalah dengan selamat.
21Bahwa dibalas Tuhan akan daku sekadar kebenaranku, dan dianugerahinya aku sekadar kesucian tanganku.
22Karena aku telah menurut jalan-jalan Tuhan, dan tiada aku menyimpang dari pada Allahku dengan khianat.
61dan supaya hati kamu sekalian tulus dengan Tuhan, Allah kita, akan berjalan menurut hukum-Nya dan memeliharakan firman-Nya, seperti adalah ia itu pada hari ini.
10Dan yang sudah berpesan kepada baginda jangan ia berjalan mengikut dewa-dewa, tetapi tiada diturut baginda akan firman Tuhan itu.
4Maka hendaklah kamu turut akan Tuhan, Allahmu, serta takut akan Dia dan memeliharakan firman-Nya dan mendengar akan bunyi suara-Nya dan berbuat bakti kepada-Nya dan bersangkut paut kepada-Nya!
5Sebab Daud sudah berbuat barang yang benar kepada pemandangan Tuhan dan tiada ia menyimpang dari pada segala sesuatu yang dipesannya kepadanya sepanjang umur hidupnya, melainkan hanya dalam perkara Uria, orang Heti itu.
17Hendaklah dengan rajin kamu melakukan segala firman Tuhan, Allahmu, dan segala hukum dan segala undang-undang yang telah dipesankan-Nya kepadamu.
22Demikianlah peri ditinggalkan baginda akan Tuhan, Allah segala nenek moyangnya, dan tiada baginda berjalan pada jalan Tuhan.
3Dan lakukanlah olehmu akan segala ibadat kepada Tuhan, Allahmu, dengan menurut jalan-Nya dan memeliharakan segala hukum dan undang-undang-Nya dan syariat dan firman-Nya, setuju dengan segala sesuatu yang tersebut dalam taurat Musa, supaya bijaksana engkau dalam segala sesuatu yang kauperbuat dan selamatlah engkau barang ke manapun baik engkau akan pergi;
4supaya disampaikan Tuhan akan janji, seperti yang telah Ia berfirman akan halku, bunyinya: Jikalau kiranya anak-anakmu memeliharakan jalannya baik-baik, serta berjalan di hadapan hadirat-Ku dengan setia dan dengan segenap hatinya dan segenap nyawanya, niscaya, demikianlah firman-Nya, seorang juapun tiada akan terputuskan bagimu dari pada takhta kerajaan Israel.
14Maka sembah baginda: Ya Tuhan, Allah orang Israel! tiada Allah melainkan Engkau, baik di dalam langit baik di atas bumi; Engkau juga yang menyampaikan janji dan kemurahan kepada segala hamba-Mu yang berjalan di hadapan hadirat-Mu dengan segenap hatinya.
15Maka Engkau juga yang telah menyampaikan kepada hambamu Daud, ayahku, barang yang sudah Kaujanji kepadanya, karena barang yang telah Kauberfirman dengan mulut-Mu itu juga sudah Kausampaikan dengan tangan-Mu, seperti adanya pada hari ini.
16Maka sekarangpun, ya Tuhan, Allah orang Israel, sampaikanlah juga barang yang telah Kaujanji kepada hamba-Mu Daud, ayahku, firman-Mu: Seorang juapun tiada akan terputuskan bagimu di hadapan hadirat-Ku dari pada duduk di atas takhta kerajaan Israel, sahaja jikalau anak-anakmu memeliharakan jalannya dan berjalan menurut firman-Ku, seperti engkaupun sudah berjalan di hadapan hadirat-Ku.
20Supaya janganlah hatinya membesarkan dirinya dari pada segala saudaranya dan jangan ia menyimpang dari pada hukum itu ke kiri atau ke kanan, supaya dilanjutkannya umur hidupnya dalam kerajaannya, baik ia baik anak-anaknya di tengah-tengah orang Israel.
56Segala puji bagi Tuhan, yang telah mengaruniakan selamat sentosa kepada umat-Nya, yaitu orang Israel, setuju dengan segala yang sudah Ia berfirman! sepatah katapun tiada gugur dari pada segala firman yang baik yang telah dikatakan-Nya dengan lidah Musa, hamba-Nya.
57Hendaklah kiranya Tuhan, Allah kita, serta dengan kita, seperti disertai-Nya akan nenek moyang kita dahulu, jangan ditinggalkan-Nya dan jangan dibiarkan-Nya kita;
58melainkan hendaklah dicenderungkan-Nya hati kita kepada-Nya, supaya kita berjalan pada jalan-Nya dan memeliharakan hukum-Nya dan syariat-Nya dan syarat-Nya, yang telah dipesankan-Nya kepada nenek moyang kita.
5Sahaja ingatlah kamu baik-baik akan melakukan hukum dan undang-undang ini, yang dipesan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadamu, bahwa kamu mengasihi akan Tuhan, Allahmu, dan menjalani segala jalan-Nya dan memeliharakan segala firman-Nya dan bersangkut paut kepada Tuhan dan berbuat kebaktian kepada-Nya dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu.
6Tetapi jikalau kiranya engkau atau anak-anakmu undur dari pada-Ku dengan sengajanya dan tiada kamu memeliharakan hukum-Ku dan syariat-Ku yang telah Kuberi di hadapanmu itu, melainkan kamu pergi berbuat bakti kepada dewa-dewa dan kamu menyembah sujud kepadanya,
17Seperti kami telah menurut Musa dalam segala perkara, demikianpun kami akan menurut tuan; sahaja biarlah kiranya Tuhan, Allahmu, menyertai akan tuan, seperti telah disertainya akan Musa.
33Maka dilalukan Yosia segala barang kebencian dari pada segala tanah yang orang Israel punya, yang terdapat di dalam negeri Israel, akan berbuat ibadat kepada Tuhan, Allahnya; maka sepanjang umur hidup baginda tiada mereka itu undur dari pada mengikut Tuhan, Allah nenek moyangnya.
5Seorangpun tiada akan tahan berdiri di hadapanmu pada segala hari hidupmu; seperti dahulu adalah Aku serta dengan Musa, begitu Aku akan menyertai engkau; tiada Aku akan membiarkan dikau dan tiada Aku meninggalkan dikau!
15Maka tiada orang melalui pesan baginda itu akan hal segala imam dan orang Lewi dalam segala perkara, demikianpun akan hal segala perbendaharaan.
12Maka ia itu sebab tiada mereka itu menurut bunyi firman Tuhan, Allahnya, melainkan diubahkannya perjanjian-Nya; akan segala sesuatu yang sudah dipesan oleh Musa, hamba Tuhan itu, tiada mereka itu mau dengar dan tiada mereka itu mau melakukan dia.
6Maka sebab itu hendaklah kamu merajinkan dirimu sangat dalam memeliharakan dan melakukan segala sesuatu yang tersebut dalam kitab taurat Musa dengan tiada menyimpang dari padanya ke kiri atau ke kanan.
7Sahaja hendaklah engkau perwira perkasa, supaya dengan yakin engkau melakukan segenap taurat ini, yang dipesan oleh Musa, hamba-Ku, kepadamu; janganlah engkau menyimpang dari padanya ke kiri atau ke kanan, supaya engkau melakukan dirimu dengan bijaksana di mana-mana tempat yang kautuju kelak.
11Maka dibuat Musa seperti firman Tuhan kepadanya, demikianpun dibuatnya.
3Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, sama seperti segala sesuatu yang telah dibuat oleh raja Daud, moyangda baginda.
2Lalu katanya kepada mereka itu: Bahwa kamu telah berbuat akan segala yang dipesan Musa, hamba Tuhan itu, kepadamu, dan kamu telah menurut kataku dalam segala perkara yang kusuruh kepadamu.
17Maka adapun akan dikau, jikalau kiranya engkau berjalan di hadapan hadirat-Ku, seperti sudah berjalan Daud, bapamu itu, dan kauperbuat akan segala sesuatu yang telah Kupesan kepadamu dan kau peliharakan segala syariat dan hukum-Ku,
31Maka bagindapun berdirilah pada tempatnya serta berjanjilah di hadapan hadirat Tuhan hendak berjalan mengikut Tuhan dan memeliharakan segala hukum-Nya dan kesaksian-Nya dan syariat-Nya dengan segenap hatinya dan dengan segenap jiwanya, serta melakukan segala firman perjanjian yang tersurat di dalam kitab itu.
8dan sudah Kuputuskan kerajaan itu dari pada isi istana Daud dan Kukaruniakan dia kepadamu, maka bukan engkau seperti hamba-Ku Daud, yang telah memeliharakan segala firman-Ku dan yang mengikut Aku dengan segenap hatinya hendak berbuat hanya perkara yang benar kepada pemandangan-Ku;
4Maka jikalau engkau berjalan di hadapan hadirat-Ku seperti ayahmu Daud sudah berjalan itu, dengan sempurna dan tulus hati hendak berbuat segala sesuatu yang telah Kupesan kepadamu dan engkau memeliharakan segala syariat dan syarat-Ku,
15Maka seperti firman Tuhan kepada Musa, hamba-Nya, demikianpun pesan Musa kepada Yusak, dan demikianpun diperbuatlah oleh Yusak, satupun tiada dilalaikannya dari pada segala firman Tuhan yang kepada Musa.