Ulangan 26:4

Terjemahan Lama

Maka oleh imam hendaklah diambil akan bakul itu dari pada tanganmu, diletakkannya di hadapan mezbah Tuhan, Allahmu.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Mat 5:23-24 : 23 Sebab itu, jikalau engkau hendak mempersembahkan persembahanmu di tempat korban, dan di sana engkau teringat, bahwa saudaramu ada sakit hati kepadamu, 24 maka tinggalkanlah persembahanmu pada tempat korban itu, baliklah engkau berdamai dahulu dengan saudaramu, lalu kembalilah pula mempersembahkan persembahanmu.
  • Mat 23:19 : 19 Hai orang buta, apakah yang lebih besar: Persembahankah atau tempat korban yang menguduskan persembahan itu?
  • Ibr 13:10-12 : 10 Maka kita ada suatu tempat korban, dan segala orang yang melakukan ibadat di kemah itu tiada berhak makan makanan daripada tempat korban itu. 11 Karena segala bangkai binatang yang darahnya dibawa masuk ke dalam tempat kudus oleh imam besar itu karena dosa, dihanguskan di luar tempat segala kemah. 12 Sebab itulah Yesus pun, supaya dapat menguduskan kaum itu dengan darah-Nya sendiri, sudah menderita sengsara di luar pintu gerbang.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • Ul 26:1-3
    3 ayat
    82%

    1Demikianpun, apabila kamu sudah masuk ke dalam negeri yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu akan milikmu pusaka, dan kamupun duduk dalamnya,

    2maka hendaklah kamu mengambil dari pada hulu hasil tanahmu, yang kamu kumpulkan dari bendangmu, yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu, lalu bubuhlah dia dalam bakul dan bawalah akan dia ke tempat yang akan dipilih Tuhan, Allahmu, hendak mendudukkan namanya di sana.

    3Maka hendaklah kamu pergi mendapatkan imam yang pada masa itu, sambil katamu kepadanya: Pada hari ini hamba mengaku dengan nyata di hadapan Tuhan, Allahmu, bahwa hamba telah sampai ke dalam negeri yang telah dijanji Tuhan kepada nenek moyang kami pakai sumpah hendak mengaruniakan dia kepada kami.

  • 10Maka sekarang, bahwasanya hamba telah membawa hulu hasil tanah ini, yang dikaruniakan Tuhan kepada hamba. Lalu hendaklah kamu meletakkan dia di hadapan hadirat Tuhan, Allahmu, dan hendaklah kamu menyembah sujud di hadapan hadirat Tuhan, Allahmu.

  • 3Dan bubuhlah dia dalam sebuah bakul, lalu persembahkanlah dia dalam bakul itulah serta dengan anak lembu dan kedua ekor domba jantan itu.

  • 76%

    8Maka persembahan makanan yang disediakan demikian hendaklah kaupersembahkan kepada Tuhan; maka ia itu akan dihampirkan oranglah kepada imam, yang akan membawa dia kepada mezbah.

  • 75%

    16Lalu hendaklah imam itu menghampiri hadirat Tuhan serta menyediakan korban karena dosa dan korban bakaran itu.

    17Setelah itu hendaklah disediakannya domba jantan itu akan korban syukur bagi Tuhan serta dengan rantang yang berisi apam fatir, dan lagi hendaklah disediakan imam persembahannya makanan dan minuman.

  • 75%

    23dan lagi roti seketul dan sebuah roti surati yang bercampur minyak dan sebuah opak dari dalam bakul roti fatir, yang ada di hadapan hadirat Tuhan.

    24Taruhlah dia di atas tangan Harun dan di atas tangan anak-anaknya laki-laki, maka hendaklah kautimangkan dia bagai korban timangan di hadapan hadirat Tuhan,

    25lalu ambillah sekalian itu dari pada tangan mereka itu, bakarkanlah dia di atas mezbah, di atas korban bakaran itu, akan suatu bau yang harum di hadapan hadirat Tuhan; maka ia itulah suatu korban bakaran bagi Tuhan adanya.

  • 74%

    24Maka jikalau kiranya jalannya terlalu jauh, sehingga tiada kamu dapat membawa akan dia, sebab tempat yang telah dipilih Tuhan, Allahmu, akan menetapkan namanya di sana terlalu jauh dari padamu, maka jikalau Tuhan, Allahmu, telah memberi berkat akan kamu,

    25bolehlah kamu menukarkan barang-barang itu dengan uang, lalu dengan uang itu dalam tanganmu hendaklah kamu pergi ke tempat yang dipilih oleh Tuhan, Allahmu, itu.

  • 26Tetapi persembahanmu yang suci, yang akan ada padamu, dan segala barang nazarmupun hendaklah kamu bawa sertamu ke tempat yang akan dipilih Tuhan.

  • 16Maka hendaklah disuruh imam akan dia datang hampir serta dihadapkannya dia kepada hadirat Tuhan.

  • Ul 12:6-7
    2 ayat
    73%

    6Dan ke sana juga hendaklah kamu membawa akan segala korban bakaranmu dan segala korban sembelihanmu dan segala persembahanmu dalam sepuluh asa, dan segala persembahan tatangan tanganmu dan segala nazarmu dan segala persembahanmu dari ridla hati dan segala anak sulung lembu dan dombamu.

    7Maka di sanapun hendaklah kamu makan di hadapan hadirat Tuhan, Allahmu, dan bersukacitalah hati kamu akan segala yang pegangan tanganmu, baik kamu baik segala orang isi rumahmu, sekadar berkat yang telah diberi Tuhan, Allahmu, kepadamu.

  • 5Berkatlah bakulmu dan palunganmu.

  • 13Maka hendaklah katamu di hadapan hadirat Tuhan, Allahmu: Bahwa hamba telah mengambil barang yang suci itu dari dalam rumah, dan lagi hamba telah memberikan dia kepada orang Lewi dan kepada orang dagang dan kepada anak piatu dan kepada perempuan janda, setuju dengan segala firman-Mu yang telah Kausuruh akan hamba, maka dari pada segala firman-Mu satupun tiada hamba lalui atau hamba lalaikan.

  • 19bahwasanya apabila kamu makan dari pada roti negeri itu, hendaklah kamu mempersembahkan persembahan tatangan kepada Tuhan.

  • Ul 27:6-7
    2 ayat
    71%

    6melainkan dari pada batu kasar hendaklah kamu perbuat akan mezbah Tuhan, Allahmu, dan di atasnya hendaklah kamu mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan, Allahmu.

    7Dan lagi hendaklah kamu menyembelihkan korban syukur dan makan dia di sana dan bersuka-sukaanlah kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allahmu.

  • 5Maka hendaklah kamu sahut serta katamu di hadapan hadirat Tuhan, Allahmu: Bahwa bapaku seorang Aram yang mengembara, maka turunlah ia ke Mesir, lalu menumpanglah di sana selaku orang dagang, lagi sedikit bilangan orangnya, maka di sanalah iapun menjadi suatu bangsa yang besar dan kuasa dan banyak bilangannya!

  • 4Dan segala buah sulung dari pada gandummu dan dari pada air anggurmu dan dari pada minyakmu dan hulu segala guntingan bulu dombamu hendaklah kamu berikan dia.

  • 71%

    26maka dari dalam rantang apam fatir yang di hadapan hadirat Tuhan diambilnya apam fatir sekeping dan penganan roti yang disediakan dengan minyak dan segumpal adonan, lalu diletakkannya di atas segala lemak itu dan di atas bahu yang kanan.

    27Maka sekaliannya itu diletakkannya di atas tangan Harun dan di atas tangan anak-anaknya, lalu ditimang-timangkannya akan persembahan timangan di hadapan hadirat Tuhan.

  • 11Maka pada masa itu akan ada suatu tempat yang dipilih oleh Tuhan, Allahmu, hendak mendudukkan namanya di situ, maka ke sanapun hendaklah kamu membawa akan segala yang telah kupesan kepadamu, baik korban bakaranmu baik korban sembelihanmu atau persembahanmu dalam sepuluh asa dan persembahan tatanganmu dan segala barang pilihan dari pada nazarmu, yang akan kamu bernazar kepada Tuhan.

  • 10Lalu hendaklah kamu memegang masa raya jumaat itu bagi Tuhan, Allahmu, maka barang yang akan kamu persembahkan itu hendaklah persembahan tanganmu dengan ridla hati, sekadar telah diberkati Tuhan, Allahmu, akan kamu.

  • 70%

    9Maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:

    10Katakanlah kepada segala bani Israel ini: Apabila kamu sudah masuk ke dalam negeri yang hendak Kuanugerahkan kepadamu, serta kamu menuai hasilnya, maka hendaklah dari pada hulu penuaianmu seikat kamu bawa kepada imam.

  • 24Maka hendaklah diambil imam akan anak domba korban karena salah itu dan akan minyak setakar itu, lalu ditimang-timang olehnya akan persembahan timangan di hadapan hadirat Tuhan.

  • 26Dan lagi berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:

  • 70%

    25Maka sementara ini hendaklah diambil imam akan persembahan makanan gairat dari pada tangan perempuan itu, lalu ditimang-timangnya persembahan makanan itu di hadapan hadirat Tuhan dan dipersembahkannya di atas mezbah.

    26Ia itu oleh imam akan diambil dari pada persembahan makanan itu segenggam penuh akan bahagian persembahannya dan dibakarnya habis di atas mezbah, setelah itu hendaklah diberinya minum air itu kepada perempuan itu.

  • 23Jikalau kiranya kami membangunkan mezbah akan diri kami hendak undur dari belakang Tuhan, atau jikalau kiranya ia itu supaya di atasnya kami mempersembahkan korban bakaran atau persembahan makanan atau menyediakan korban syukur di atasnya, baiklah Tuhan menuntutnya kepada kami!

  • 17Dan lagi dipersembahkannya persembahan makanan, diambilnya dari padanya penuh segenggam, lalu dibakarnya di atas mezbah, lain dari pada persembahan bakaran pada pagi hari itu.

  • 28Maka di sanalah dapat kamu berbakti kepada berhala yang perbuatan tangan manusia, yaitu kayu dan batu yang tiada melihat dan tiada mendengar dan tiada makan dan tiada mencium bau.

  • 24Hendaklah engkau mempersembahkan dia akan korban di hadapan hadirat Tuhan, dan segala imam itu akan menghamburkan garam padanya dan mempersembahkan dia kepada Tuhan akan korban bakaran.

  • 28Maka demikian hendaklah kamupun menatang suatu persembahan tatangan bagi Tuhan dari pada segala perpuluhanmu, yang kamu ambil dari pada bani Israel, maka persembahan tatangan bagi Tuhan dari pada sekalian ini hendaklah kamu berikan kepada Harun, yang imam.

  • 23Lalu diletakkannya roti di atasnya dengan sepertinya, di hadapan hadirat Tuhan, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.

  • 69%

    2Ambillah olehmu akan Harun dan akan anak-anaknya laki-lakipun sertanya dan akan pakaiannya dan minyak siraman itu dan akan lembu muda korban karena dosa dan kedua domba jantan dan rantang dengan apam fatir itu.

  • 17Kutuklah bakulmu dan kutuklah palunganmu.

  • 28Maka sebab itu kata kami: Jikalau kiranya besok demikianlah kata mereka itu kepada kami dan kepada anak cucu kami, maka kami akan menyahut: Tengoklah kamu akan turutan mezbah Tuhan ini, yang telah diperbuat oleh nenek moyang kami, bukannya akan korban bakaran, dan bukannya akan korban sembelihan, melainkan akan suatu kesaksian di antara kami dengan kamulah.

  • 19Tetapi segala perkakasan yang sudah diberikan kepadamu akan guna bait-Ullahmu itu, hendaklah kaukembalikan ke hadapan hadirat Allah di Yeruzalem.

  • 69%

    5Maka dibawalah oleh mereka itu akan sekalian, yang disuruh Musa, sampai di hadapan pintu kemah perhimpunan, maka segenap sidang itu datanglah hampir, lalu berdiri di hadapan hadirat Tuhan.

  • 12Maka hendaklah dibawanya kepada imam, lalu diambil imam dari padanya seberapa banyak dapat digenggam akan bahagian persembahan, dan dibakarnya di atas mezbah, di atas korban api bagi Tuhan: ia itulah persembahan karena dosa adanya.

  • 20Maka katanya kepadaku: Inilah tempat segala imam akan merebus daging korban karena salah dan korban karena dosa, dan tempat direbusnya kelak akan persembahan makanan, dengan tiada usah dibawanya keluar akan dia ke serambi yang di luar, dan akan menyucikan orang banyak itu demikian.

  • 36Maka Tuhanpun akan membawa kamu serta dengan rajamu, yang telah kamu angkat atas dirimu, kepada suatu bangsa yang tiada kamu kenal, dan yang tiada dikenal oleh nenek moyangmupun, maka di sana bolehlah kamu berbuat bakti kepada berhala, yaitu kepada kayu dan batu.

  • 8Bahwa Tuhan akan menyuruhkan berkat menyertai kamu dalam peluburmu dan dalam segala yang dipegang tanganmu dan diberkati-Nya akan kamu dalam negeri yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu.

  • 15Bahwa tilik apalah dari pada kedudukan kesucian-Mu, dari dalam langit, dan berkati apalah akan Israel, umat-Mu, dan akan tanah yang telah Kaukaruniakan kepada hamba setuju dengan janji-Mu kepada nenek moyang hamba pakai sumpah, yaitu tanah yang berkelimpahan air susu dan madu.