Ulangan 6:8

Terjemahan Lama

Dan hendaklah kamu mengikatkan dia pada tanganmu akan suatu tanda alamat dan hendaklah ia itu bagimu akan patam antara kedua belah matamu.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Ul 11:18 : 18 Melainkan hendaklah kamu memperhatikan segala firman-Ku ini dan masukkanlah dia ke dalam hatimu dan ikatkanlah dia pada tanganmu akan tanda dan jadikanlah dia patam di tengah-tengah kedua belah matamu,
  • Kel 13:9 : 9 Biarlah ini akan suatu tanda pada tanganmu dan akan suatu peringatan di antara kedua belah matamu, supaya hukum Tuhan adalah pada lidahmu, sebab telah dibawa Tuhan akan kamu keluar dari negeri Mesir dengan tangan yang kuat.
  • Kel 13:16 : 16 Maka biarlah ini akan suatu tanda pada tanganmu dan akan suatu jamang antara kedua belah matamu, karena Tuhan telah menghantar akan kami keluar dari Mesir dengan tangan yang kuat.
  • Ams 3:3 : 3 Janganlah kiranya sifat kemurahan dan setia itu meninggalkan dikau, melainkan kalungkanlah dia pada lehermu, dan suratkanlah dia pada loh hatimu.
  • Ams 6:21 : 21 Tambatlah akan dia selalu pada hatimu, dan kenakanlah dia seperti kalung pada lehermu.
  • Ams 7:3 : 3 Tambatkanlah dia pada jarimu dan suratkanlah dia pada loh hatimu.
  • Bil 15:38-39 : 38 Katakanlah olehmu kepada segala bani Israel ini: Hendaklah diperbuatkannya akan dirinya rambu-rambu pada punca pakaiannya, turun-temurun, dan hendaklah ditambatkannya rambu-rambu itu pada punca itu dengan benang yang biru laut warnanya. 39 Maka inilah menjadi suatu perhiasan bagimu; apabila kamu pandang akan dia hendaklah kamu ingat akan segala firman Tuhan, supaya kamu melakukan dia dan jangan kamu menurut pembujuk hatimu dan matamu sehingga kamu berkendak dengan dia,
  • Mat 23:5 : 5 Maka segala perbuatannya dilakukannya sahaja, supaya dilihat orang; maka pengikat sembahyang dilebarkannya, dan rumbai-rumbai pakaiannya dilabuhkannya,
  • Ibr 2:1 : 1 Sebab itu patutlah kita terlebih lagi ingat akan segala perkara yang sudah kedengaran itu, supaya jangan kita boleh hanyut.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 90%

    18Melainkan hendaklah kamu memperhatikan segala firman-Ku ini dan masukkanlah dia ke dalam hatimu dan ikatkanlah dia pada tanganmu akan tanda dan jadikanlah dia patam di tengah-tengah kedua belah matamu,

    19dan ajarkanlah dia kepada anak-anakmu dengan berkata-kata akan halnya apabila kamu duduk dalam rumahmu dan apabila kamu berjalan di luar, dan apabila kamu hendak berbaring dan apabila kamu bangun pula.

    20Maka hendaklah kamu menyuratkan dia pada jenang rumahmu dan pada segala pintumu,

  • Ul 6:9-10
    2 ayat
    85%

    9Dan hendaklah kamu menyuratkan dia pada jenang rumahmu dan pada segala pintumu.

    10Maka apabila sudah jadi bahwa Tuhan, Allahmu, telah membawa akan kamu masuk ke dalam negeri yang dijanjinya kepada nenek moyangmu Ibrahim, Ishak dan Yakub pakai sumpah hendak mengaruniakan dia kepadamu, yaitu beberapa negeri yang besar dan baik, yang bukan kamu bangunkan,

  • 82%

    8Maka pada masa itu hendaklah kamu memberitahu kepada anak-anakmu serta katakan: Inilah sebab perkara yang telah dibuat Tuhan akan daku tatkala aku keluar dari negeri Mesir.

    9Biarlah ini akan suatu tanda pada tanganmu dan akan suatu peringatan di antara kedua belah matamu, supaya hukum Tuhan adalah pada lidahmu, sebab telah dibawa Tuhan akan kamu keluar dari negeri Mesir dengan tangan yang kuat.

    10Sebab itu peganglah akan syarat ini pada masa yang tertentu sebilang-bilang tahun.

  • 16Maka biarlah ini akan suatu tanda pada tanganmu dan akan suatu jamang antara kedua belah matamu, karena Tuhan telah menghantar akan kami keluar dari Mesir dengan tangan yang kuat.

  • Ul 6:5-7
    3 ayat
    81%

    5Hendaklah kamu mengasihi akan Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segala kuatmu.

    6Maka hendaklah dalam hatimu segala firman, yang kusuruh kepadamu pada hari ini.

    7Dan hendaklah kamu mengajarkan dia akan anak-anakmu, dan berkata-katalah kamu akan halnya apabila kamu duduk dalam rumahmu atau apabila kamu berjalan di luar atau apabila kamu membaringkan dirimu hendak tidur atau apabila kamu bangun dari pada tidurmu.

  • 80%

    20Hai anakku! peliharakanlah hukum bapamu dan janganlah engkau meninggalkan pesan ibumu.

    21Tambatlah akan dia selalu pada hatimu, dan kenakanlah dia seperti kalung pada lehermu.

    22Apabila engkau berjalan-jalan, maka iapun kelak memimpin akan dikau, apabila engkau berbaring tidur, maka iapun kelak menunggui akan dikau, dan apabila engkau jaga dari pada tidurmu, maka iapun akan berkata-kata dengan dikau.

  • Ams 7:2-3
    2 ayat
    79%

    2Peliharakanlah segala pesanku, supaya engkau selamat, dan akan hukumku seperti biji matamu.

    3Tambatkanlah dia pada jarimu dan suratkanlah dia pada loh hatimu.

  • 46Maka ia itu akan padamu bagi tanda alamat dan suatu keheranan, dan pada benihmupun sampai selama-lamanya.

  • 73%

    17Hendaklah dengan rajin kamu melakukan segala firman Tuhan, Allahmu, dan segala hukum dan segala undang-undang yang telah dipesankan-Nya kepadamu.

    18Dan perbuatlah olehmu barang yang benar dan baik kepada pemandangan Tuhan, Allahmu, supaya selamatlah kamu dan supaya kamu masuk serta mempusakai negeri yang baik, yang telah dijanji Tuhan kepada nenek moyangmu pakai sumpah;

  • 20Maka kayu yang padanya telah engkau menyurat itu, hendaklah pada tanganmu di hadapan mata mereka itu.

  • 72%

    38Katakanlah olehmu kepada segala bani Israel ini: Hendaklah diperbuatkannya akan dirinya rambu-rambu pada punca pakaiannya, turun-temurun, dan hendaklah ditambatkannya rambu-rambu itu pada punca itu dengan benang yang biru laut warnanya.

    39Maka inilah menjadi suatu perhiasan bagimu; apabila kamu pandang akan dia hendaklah kamu ingat akan segala firman Tuhan, supaya kamu melakukan dia dan jangan kamu menurut pembujuk hatimu dan matamu sehingga kamu berkendak dengan dia,

    40dan supaya kamu ingat akan segala firman-Ku serta melakukan dia dan supaya sucilah kamu bagi Allahmu.

  • 8Maka pada batu itu hendaklah kamu menyurat akan segala firman taurat ini, dan menyebut dia sebaik-baik nyatanya.

  • 26Ambillah olehmu akan kitab taurat ini, letakkanlah dia pada sisi tabut perjanjian Tuhan, Allahmu, supaya di sanalah ia itu akan saksi atas kamu.

  • 71%

    1Maka inilah segala hukum dan undang-undang dan syarat yang telah disuruh Tuhan, Allahmu, ajarkan kamu, supaya kamu melakukan dia dalam negeri yang kamu menyeberang kepadanya hendak mengambil dia akan milikmu pusaka;

  • 71%

    6Maka hendaklah kamu memeliharakan segala firman Tuhan, Allahmu, supaya kamu berjalan pada jalan-Nya dan takut akan Dia;

  • 20Maka jikalau besok jemah ditanyakan oleh anakmu kepadamu, katanya: Apakah asal segala firman dan hukum dan undang-undang, yang telah diberikan Tuhan, Allahmu, kepadamu itu?

  • 21Janganlah ia itu tercerai dari pada matamu, dan taruhlah akan dia dalam hatimu betul-betul.

  • 6supaya ia itu menjadi suatu tanda peringatan di tengah-tengah kamu; maka jikalau kiranya esok jemah ditanya oleh anak-anakmu demikian: Apakah artinya segala batu ini kepadamu?

  • 16Gulungkanlah olehmu akan assyahadat itu dan meteraikanlah taurat itu di antara segala murid-Ku.

  • 12Maka hendaklah kamu memperbuat akan dirimu tali pada keempat punca selimutmu, yang terpakai olehmu akan menyelimuti dirimu.

  • 37Maka kenakanlah dia kepada kulah dengan tali yang biru laut warnanya, maka ia itu hendaklah di sebelah hadapan kulah itu.

  • 8Maka sekarangpun marilah, ukirlah ini pada sekeping papan loh bagi mereka itu dan suratkanlah ini di dalam sebuah kitab, supaya itu tinggal sampai selama-lamanya.

  • 3Janganlah kiranya sifat kemurahan dan setia itu meninggalkan dikau, melainkan kalungkanlah dia pada lehermu, dan suratkanlah dia pada loh hatimu.

  • 9Karena ia itulah akan bulang yang elok pada kepalamu dan kalung rantai yang indah-indah pada lehermu.

  • 24Bahwa Tuhan memberkati apalah kamu dan memeliharakan kamu!

  • 11Perbuatan pengukir permata, seperti ukiran meterai, hendaklah kausuruh ukir di atas kedua biji permata itu segala nama bani Israel, dan hendaklah kausuruh ikat dia dengan ikatan emas.

  • 16Bahwasanya Aku sudah mencacahkan tandamu pada kedua tapak tangan-Ku, maka pagar tembokmu adalah selalu di hadapan-Ku.

  • 70%

    9Maka sebab itu ingatlah baik-baik dan peliharakanlah dirimu sangat dari pada melupakan segala perkara yang telah dilihat oleh matamu, dan janganlah ia itu lepas dari pada hatimu seumur hidupmu, maka hendaklah kamu memberitahu dia kepada anak-anakmu dan kepada cucu cicitmu.

  • 27Demikian hendaklah diletakkannya nama-Ku kepada segala bani Israel, maka Aku akan memberkati mereka itu kelak.

  • 32Maka sebab itu peliharakanlah dan menurutlah akan segala hukum dan undang-undang yang kupesan kepadamu sekarang ini.

  • 7Lalu dikenakannyalah kepada kedua tampal bahu efod itu menjadi permata peringatan akan bani Israel, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa itu.

  • 46maka katanya kepada mereka itu: Perhatikanlah kamu baik-baik segala firman yang kupesan kepadamu pada hari ini, supaya kamu menyuruh anak-anakmu memeliharakan dan melakukan segala firman taurat ini.

  • 1Arakian, maka akan jadi, apabila segala perkara ini berlaku atas kamu, baik berkat baik kutuk ini, yang telah kuhadapkan kepadamu, maka kamupun memperhatikan dia pula di antara segala bangsa, yang kamu telah dihalaukan oleh Tuhan, Allahmu, kepadanya;

  • 18Maka sebab itu dengarlah olehmu akan bunyi suara Tuhan, Allahmu, supaya kamu memeliharakan segala hukum-Nya, yang kupesan akan kamu sekarang, dengan berbuat perkara yang benar kepada pemandangan Tuhan, Allahmu, adanya.

  • 11Hendaklah kamu menyunatkan daging kulupmu akan tanda perjanjian, yang antara Aku dengan dikau.

  • 11Maka hendaklah kamu melakukan segala hukum dan undang-undang dan syarat yang pada hari ini kusuruh kamu turut.

  • 24Peliharakanlah perintah ini, jadikanlah dia satu adat bagi dirimu dan bagi segala anak-anakmu sampai selama-lamanya.