Ester 1:5

Terjemahan Lama

Setelah genaplah segala hari itu maka diperbuat baginda suatu perjamuan pula akan segala orang yang terdapat di dalam kota Susan, baik besar baik kecil, tujuh hari lamanya, di dalam penghadapan taman istana baginda.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Est 7:7-8 : 7 Maka bagindapun bangkitlah dari pada santap air anggur dengan kehangatan murkanya, lalu langsung ke taman maligai. Maka Hamanpun tinggal berdiri di situ akan memohonkan selamat nyawanya kepada permaisuri Ester, karena telah diketahuinya jahat dari pada pihak baginda sudah tentu atasnya. 8 Setelah sudah baginda kembali dari pada taman maligai ke dalam bilik persantapan air anggur itu, tiba-tiba terlihatlah baginda akan Haman tersungkur pada gerai tempat duduk Ester. Maka titah baginda: Adakah kehendaknya menggagahi permaisuri di dalam istanaku juga? Serta titah ini keluar dari pada mulut baginda, maka ditudung oranglah akan muka Haman.
  • 2Taw 7:8-9 : 8 Maka pada masa itu juga dipegang Sulaiman masa raya itu tujuh hari lamanya dan segenap orang Israelpun sertanya, satu sidang yang amat besar dari pada tempat orang masuk ke Hamat sampai ke sungai Mesir. 9 Maka pada hari yang kedelapan dipegangnya hari raya yang besar sekali, karena tahbis mezbah dipegangnya tujuh hari lamanya dan masa raya itupun tujuh hari lamanya.
  • 2Taw 30:21-25 : 21 Hata, maka segala bani Israel yang terdapat di Yeruzalempun memeganglah masa raya fatir tujuh hari lamanya dengan kesukaan besar. Maka segala orang Lewi dan segala imampun memuji-mujilah Tuhan pada tiap-tiap hari dengan bunyi-bunyian kepujian Tuhan. 22 Maka Yehizkiapun berkata-kata akan membujuk hati segala orang Lewi yang tahu menyanyikan beberapa nyanyian yang elok bagi Tuhan; demikian makanlah mereka itu persembahan masa raya tujuh hari lamanya, serta dipersembahkannya korban syukur dan dipuji-pujinya Tuhan, Allah nenek moyangnya. 23 Maka segenap perhimpunanpun berbicaralah hendak memegang masa raya lagi tujuh hari lamanya, lalu dipegangnya tujuh hari lagi dengan sukacita hatinya. 24 Karena Yehizkia, raja Yehuda, sudah mengaruniai perhimpunan itu dengan lembu muda seribu ekor dan kambing domba tujuh ribu ekor; dan segala penghulupun memberikan perhimpunan itu lembu muda seribu ekor dan kambing domba selaksa ekor; maka kebanyakan orang imampun sudah menyucikan dirinya. 25 Maka segenap sidang orang Yehudapun bersuka-sukaanlah serta dengan segala imam dan orang Lewi dan segenap perhimpunan orang yang telah datang dari tanah Israel, dan lagi segala orang dagangpun, baik yang telah datang dari tanah Israel baik yang duduk di tanah Yehuda.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • Est 1:1-4
    4 ayat
    87%

    1Sebermula, maka pada sekali peristiwa, pada zaman raja Ahasyweros, ia itu Ahasyweros yang kerajaan dari pada Hindi sampai ke tanah Kusy atas seratus dua puluh tujuh bahagian tanah,

    2pada zaman raja Ahasyweros itu bersemayam di atas takhta kerajaannya di dalam kota Susan,

    3pada tahun yang ketiga dari pada kerajaannya, diperbuat baginda suatu perjamuan akan segala penghulu dan pegawainya, segala orang besar-besar di Farsi dan Medi, segala khalifat dan penghulu negeri-negeri, di hadapan hadiratnya.

    4Maka kepadanya dinyatakannya segala kekayaan kemuliaan kerajaannya dan keindahan perhiasan kebesarannya beberapa hari lamanya, sampai seratus delapan puluh hari.

  • 81%

    6Maka tirai kelambu putih, hijau dan biru laut tersingkat dengan tali kapas yang ungu warnanya dalam halkat perak pada tiang-tiang batu marmar, maka beberapa geta dari pada emas dan perakpun terhantar di atas dasar pualam dan batu marmar dan hablur dan lazurdi.

    7Maka minumanpun diperidarkan oranglah dalam piala keemasan, dan piala itu tiap-tiap kali ditukar dengan piala yang lain, maka berkelimpahanlah air anggur kerajaan, hanya baginda juga yang dapat mengaruniakan yang demikian.

    8Adapun angkapan minuman itu adalah syaratnya, jangan orang minum terpaksa, karena demikianlah sudah ditentukan oleh baginda bagi segala orang besar-besar yang di dalam istana baginda, bahwa masing-masing akan berbuat sekadar suka hatinya.

    9Hata, maka Wasti permaisuri itupun sudah berbuat lagi suatu perjamuan akan segala orang perempuan di dalam maligai yang pada baginda raja Ahasyweros.

    10Maka pada hari yang ketujuh, tatkala bersukacitalah hati baginda oleh minum air anggur itu, titah baginda kepada Mehuman dan Bizta dan Kharbona dan Bijta dan Abajta dan Zetar dan Kharkhasy, ketujuh penjawat istana yang berkhidmat di hadapan hadirat baginda raja Ahasyweros,

    11supaya dipersilakannya Wasti, permaisuri itu, datang menghadap baginda dengan berpakaikan makota kerajaan, hendak diperlihatkannya keelokan permaisuri itu kepada segala orang dan segala penghulu itu, karena sangat elok parasnya.

  • 77%

    18Maka bagindapun membuat suatu perjamuan yang besar akan segala penghulu dan pegawainya, yaitu perjamuan karena Ester, maka diringankan baginda upeti yang dibayar oleh segala negeri itu, dan dikaruniakan baginda anugerah sekadar kebesarannya.

    19Maka pada masa segala anak dara itu dipindahkan kepada maligai yang kedua itu, adalah Mordekhai duduk di dalam pintu istana baginda.

  • 76%

    17Maka pada tiga belas hari bulan Adar, dan pada empat belas hari bulan itu berhentilah mereka itu, dijadikannya hari perjamuan dan kesukaan.

    18Maka segala orang Yahudi yang di Susan berhimpunlah pada tiga belas hari bulan itu, dan pada empat belas hari bulan itu, lalu berhentilah mereka itu pada lima belas hari bulan itu, dijadikannya hari perjamuan dan kesukaan.

    19Maka sebab itu dijadikan segala orang Yahudi, yang duduk berpecah-pecah dalam segala negeri dan dusun itu, empat belas hari bulan Adar itu akan hari kesukaan dan perjamuan dan hari ria dan akan menghantar hadiah seorang kepada seorang.

  • 1Setelah sudah datang baginda serta Haman kepada perjamuan permaisuri Ester,

  • 74%

    21Hendak ditanggungkannya kepada mereka itu akan adat yang tiada terubahkan lagi, yaitu mempermuliakan empat belas hari bulan Adar dan lima belas hari bulan itu juga pada sebilang tahun.

    22Setuju dengan hari yang diperoleh segala orang Yahudi sentosa dari pada seteru-seterunya dan setuju dengan bulan kesukaran itu bertukar bagi mereka itu dengan kesukaan, supaya ditentukannya hari itu akan hari perjamuan dan kesukaan dan penghantaran hadiah seorang kepada seorang dan sedekah kepada segala orang yang miskin.

  • 15Maka Mordekhaipun keluarlah di hadapan hadirat baginda dengan berpakaikan pakaian kerajaan, warna biru laut dan putih, dan dengan kopiah keemasan dan serban kain khasah berselang ungu, maka segala orang isi negeri Susanpun bertempiksoraklah dan bersuka-sukaanlah.

  • 73%

    12Bermula, apabila sampailah giliran masing-masing anak dara akan masuk menghadap baginda raja Ahasyweros, setelah sudah dua belas bulan lamanya dibuat padanya seperti adat dalam maligai itu, karena baharu genaplah segala hari perlulutannya setelah sudah enam bulan lamanya diperlulut dengan minyak mur dan enam bulan lamanya dengan bau-bauan dan pelbagai perlulutan perempuan itu.

    13Setelah itu maka masuklah anak dara itu menghadap baginda, dan segala sesuatu yang dikatakannya itupun diberikan kepadanya akan dibawa sertanya dari dalam maligai masuk ke dalam istana baginda.

  • 1Sebermula, maka baginda raja Belsyazar berbuatlah suatu perjamuan yang besar akan seribu menterinya dan bagindapun santaplah air anggur di hadapan orang seribu itu.

  • 1Hata, maka pada bulan yang kedua belas, yaitu bulan Adar, pada tiga belas hari bulan itu, serta sampailah ketika dilakukan titah dan perintah raja itu, yaitu pada hari yang diharap seteru orang Yahudi akan mengalahkan mereka itu, maka berubahlah hal itu, karena orang Yahudi juga yang mengalahkan segala pembencinya.

  • 1Arakian, maka pada hari yang ketiga Esterpun memakailah pakaian kerajaan, lalu ia berdiri di penghadapan sebelah dalam istana baginda tentang dengan istana baginda itu, maka bagindapun bersemayamlah di atas takhta kerajaannya di dalam istana baginda tentang pintu istana itu.

  • 72%

    13Maka titah baginda kepada segala hakim yang tahu akan barang yang patut dalam hal ini (karena demikianlah adat dibicarakan segala hal ihwal kerajaan dalam majelis segala orang yang mengetahui hukum dan syarat;

    14adapun orang yang terhampir kepada baginda itu, ia itu Karsena dan Setar dan Admata dan Tarsis dan Meresy dan Marsena dan Memukhan, ketujuh penghulu Farsi dan Medi, yang menghadap hadirat baginda dan duduk pada tempat yang mulia-mulia dalam kerajaan itu);

  • Est 5:4-5
    2 ayat
    72%

    4Maka sembah Ester: Jikalau kiranya berkenan kepada tuanku, hendaklah pada hari ini tuanku serta Haman datang kepada perjamuan yang telah patik perbuat akan tuanku.

    5Maka titah baginda: Ajaklah oleh kamu akan Haman bersegera menurut kata Ester itu. Hata, setelah baginda dan Hamanpun sudah datang kepada perjamuan yang telah diperbuat oleh Ester itu,

  • Est 7:7-8
    2 ayat
    72%

    7Maka bagindapun bangkitlah dari pada santap air anggur dengan kehangatan murkanya, lalu langsung ke taman maligai. Maka Hamanpun tinggal berdiri di situ akan memohonkan selamat nyawanya kepada permaisuri Ester, karena telah diketahuinya jahat dari pada pihak baginda sudah tentu atasnya.

    8Setelah sudah baginda kembali dari pada taman maligai ke dalam bilik persantapan air anggur itu, tiba-tiba terlihatlah baginda akan Haman tersungkur pada gerai tempat duduk Ester. Maka titah baginda: Adakah kehendaknya menggagahi permaisuri di dalam istanaku juga? Serta titah ini keluar dari pada mulut baginda, maka ditudung oranglah akan muka Haman.

  • 12Yaitu pada suatu hari yang tentu dalam segala negeri baginda raja Ahasyweros, pada tiga belas hari bulan yang kedua belas, yaitu bulan Adar.

  • 14Maka sementara mereka itu lagi berkata-kata dengan dia, tiba-tiba datanglah sida-sida raja, dihantarnya akan Haman dengan segeranya kepada perjamuan yang telah diperbuat oleh Ester.

  • 7Maka pada bulan yang pertama, yaitu bulan Nisan, tahun yang kedua belas dari pada kerajaan Ahasyweros, ditentukannya bulan yang kedua belas, yaitu bulan Adar, oleh Pur, yaitu undi, yang dibuang oranglah di hadapan Haman dari pada sehari datang kepada sehari dan dari pada sebulan datang kepada sebulan.

  • 65Maka pada masa itu juga raja Sulaimanpun memegang hari raya dan segenap orang Israelpun sertanya, suatu perhimpunan yang besar, dari pada tempat orang masuk ke Hamat sampai ke sungai Mesir, maka ia itu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita, tujuh hari dan lagi tujuh hari pula, dalam semuanya empat belas hari lamanya.

  • 16Demikianlah peri Ester dibawa menghadap baginda raja Ahasyweros ke dalam istana baginda pada bulan yang kesepuluh, yaitu bulan Tebet, pada tahun yang ketujuh dari pada kerajaannya.

  • 12Maka dipersenangkan orang Lewi akan mereka itu sekalian, katanya: Diamlah kamu, karena sucilah hari ini, sebab itu janganlah kamu berdukacita.

  • 5Maka ditentukan baginda riasa mereka itu pada tiap-tiap hari, yaitu bahagian ayapan dari pada santapan baginda sendiri dan dari pada air anggur santapan bagindapun. Maka akan lamanya pemeliharaan mereka itu ditentukan tiga tahun, kemudian boleh mereka itu menghadap hadirat baginda.

  • 15Maka segala barid itupun berjalanlah, diajak bersegera-segera dengan pesan baginda, dan titah itu diberikan di dalam kota Susan. Maka duduklah baginda dan Haman minum bersama-sama, tetapi huru-haralah segala orang isi kota Susan adanya.

  • 1Bermula, maka pada sekali peristiwa, yaitu pada bulan Nisan tahun yang kedua puluh dari pada kerajaan baginda raja Artahsasta, pada masa adalah air anggur di hadapan baginda, bahwa aku mengambil air anggur itu, lalu kupersembahkan dia kepada baginda; maka dahulu belum pernah aku berduacita di hadapan baginda.

  • 26Maka sebab itu hari itupun dinamai Purim, menurut nama Pur itu. Maka oleh karena perkara ini, dan barang yang lagi tersebut dalam surat itu, dan oleh karena segala yang telah dilihatnya dari pada perkara itu, dan barang yang telah sampai kepada telinganya,

  • 21Maka bicara ini baiklah kepada pemandangan baginda dan segala penghulu itu, maka diperbuat baginda seperti sembah Memukhan itu.

  • 70%

    8Maka pada masa itu juga dipegang Sulaiman masa raya itu tujuh hari lamanya dan segenap orang Israelpun sertanya, satu sidang yang amat besar dari pada tempat orang masuk ke Hamat sampai ke sungai Mesir.

    9Maka pada hari yang kedelapan dipegangnya hari raya yang besar sekali, karena tahbis mezbah dipegangnya tujuh hari lamanya dan masa raya itupun tujuh hari lamanya.

    10Maka pada dua puluh tiga hari bulan yang ketujuh dilepaskan baginda orang banyak itu pulang ke rumahnya dengan sukacita dan senang hatinya oleh karena segala kebajikan yang telah dibuat Tuhan akan Daud dan akan Sulaiman dan akan Israel, umat-Nya.

  • 18Maka segenap sidang orang yang sudah kembali dari pada tertawan itupun memperbuatkan pondok-pondok itu, karena dari pada zaman Yusak bin Nun sampai kepada hari ini tiada pernah diperbuat begitu oleh bani Israel; maka adalah kesukaan yang amat besar. (8:19)Maka pada tiap-tiap hari dibaca oranglah kitab taurat Allah dari pada hari yang pertama datang kepada hari yang terkemudian, dan dipegangnya masa raya itu tujuh hari lamanya dan pada hari yang kedelapan, hari yang besar itu, menurut hakikat adanya.

  • Est 2:1-2
    2 ayat
    70%

    1Hata, maka kemudian dari pada yang tersebut itu, setelah padamlah murka baginda raja Ahasyweros, teringatlah baginda akan Wasti dan akan barang yang telah dibuatnya dan akan barang yang telah ditentukan atasnya.

    2Maka sembah segala orang muda baginda yang berkhidmat kepadanya: Baiklah dicahari akan tuanku beberapa orang perempuan muda, yaitu anak dara, yang elok parasnya.

  • 9Maka berkenanlah anak dara itu kepada matanya, sehingga diperolehnya keridlaan di hadapannya, maka sebab itu dengan segera juga diberikannya perlulutannya kepadanya dan bahagian yang ditentukan kepadanya dan lagi tujuh orang dayang-dayang yang layak dari dalam istana baginda, maka dipindahkannya dia serta segala dayang-dayangnya ke dalam tempat maligai yang terbaik.

  • 22Maka dipegangnya masa raya fatir tujuh hari lamanya dengan sukacitanya; karena Tuhan sudah menyukakan hati mereka itu, tegal digerakkannya hati baginda raja Asyur kepada mereka itu akan menguatkan tangannya kepada pekerjaan bait-Ullah, yaitu Allah orang Israel.

  • 1Arakian, maka pada hari itu juga dikaruniakan baginda raja Ahasyweros rumah Haman, seteru orang Yahudi itu, kepada permaisuri Ester, maka Mordekhaipun lalu menghadap hadirat baginda, karena sudah diberitahu Ester kepada baginda apa Mordekhai itu kepadanya.