Ester 2:4

Terjemahan Lama

Maka anak dara yang berkenan kepada pemandangan tuanku itu hendaklah diangkat permaisuri akan ganti Wasti. Maka benarlah sembah ini kepada pemandangan baginda, lalu dibuat baginda demikian.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • 2Sam 13:4-6 : 4 Maka katanya kepadanya: Mengapa dari pada pagi datang kepada pagi engkau makin kurus, hai putera raja! tiadakah engkau mau memberitahu aku? Maka sahut Amnon kepadanya: Bahwa aku memberahikan Tamar, saudara perempuan abangku Absalom itu. 5 Maka kata Yonadab kepadanya: Baiklah engkau berbaring pada tempat tidurmu, pura-pura sakit, maka apabila datang ayahmu melewati engkau, hendaklah kaukatakan kepadanya: Berilah kiranya adikku Tamar itu datang ke mari memberi makan aku dan menyediakan makanan di hadapan mataku, supaya aku melihatnya dan akupun makan dari pada tangannya. 6 Hata, maka Amnonpun berbaring pura-pura sakit; setelah sudah datang baginda melawat akan dia, maka sembah Amnon kepada baginda: Berilah kiranya adik patik Tamar itu datang ke mari menyediakan dua buah serabi di hadapan mata patik, supaya patik makan dari pada tangannya.
  • 2Sam 16:21-23 : 21 Maka sembah Akhitofel kepada Absalom: Baiklah tuanku bersetubuh dengan segala gundik paduka ayahanda yang telah ditinggalkannya akan menunggui istana, maka akan diketahui kelak oleh segala orang Israel, bahwa bau tuanku sudah menjadi busuk kepada paduka ayahanda, dan lagi tangan segala orang yang menyertai akan tuanku itu akan dikuatkan. 22 Maka dibentangkan oranglah satu kemah akan Absalom di atas sotoh, lalu bersetubuhlah Absalom dengan segala gundik ayahnya di hadapan mata segala orang Israel. 23 Maka pada masa itu adalah bicara yang diberi Akhitofel itu, serasa orang bertanyakan firman Allah, demikianlah adanya bicara Akhitofel itu, baik bagi Daud baik bagi Absalom.
  • 2Sam 17:4 : 4 Maka benarlah sembah itu kepada pemandangan Absalom dan kepada pemandangan segala tua-tua orang Israel.
  • Est 1:21 : 21 Maka bicara ini baiklah kepada pemandangan baginda dan segala penghulu itu, maka diperbuat baginda seperti sembah Memukhan itu.
  • Est 3:9-9 : 9 Jikalau kiranya berkenan kepada tuanku, baiklah diberi surat titah supaya mereka itu ditumpas, maka patikpun akan menimbang selaksa talenta perak kepada tangan orang yang punya pekerjaan membawa masuk dia ke dalam khazanah tuanku. 10 Maka oleh baginda dicabut cincinnya dari pada jarinya, lalu dikaruniakannya kepada Haman bin Hamedata, orang Agaji dan seteru segala orang Yahudi itu.
  • Mat 14:6 : 6 Tetapi pada perjamuan hari lahir Herodes, menarilah anak Herodiah yang perempuan itu di tengah orang, serta menyukakan hati baginda.
  • Mat 20:16 : 16 Demikianlah orang yang terakhir itu akan menjadi yang mula-mula, dan yang mula-mula itu akan menjadi yang terakhir."
  • Mat 22:14 : 14 Karena banyaklah orang yang dijemput, tetapi sedikit yang terpilih."

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • Est 2:1-3
    3 ayat
    85%

    1Hata, maka kemudian dari pada yang tersebut itu, setelah padamlah murka baginda raja Ahasyweros, teringatlah baginda akan Wasti dan akan barang yang telah dibuatnya dan akan barang yang telah ditentukan atasnya.

    2Maka sembah segala orang muda baginda yang berkhidmat kepadanya: Baiklah dicahari akan tuanku beberapa orang perempuan muda, yaitu anak dara, yang elok parasnya.

    3Hendaklah kiranya tuanku memberi titah kepada orang besar-besar dalam segala negeri kerajaan tuanku, supaya dihimpunkannya kepada tuanku segala perempuan muda, yaitu anak dara yang elok parasnya, ke dalam kota Susan dan ke dalam maligai, di bawah perintah Hejai, sida-sida tuanku, yang menunggui segala perempuan, dan hendaklah diberikan perlulutannya kepadanya.

  • Est 1:8-21
    14 ayat
    85%

    8Adapun angkapan minuman itu adalah syaratnya, jangan orang minum terpaksa, karena demikianlah sudah ditentukan oleh baginda bagi segala orang besar-besar yang di dalam istana baginda, bahwa masing-masing akan berbuat sekadar suka hatinya.

    9Hata, maka Wasti permaisuri itupun sudah berbuat lagi suatu perjamuan akan segala orang perempuan di dalam maligai yang pada baginda raja Ahasyweros.

    10Maka pada hari yang ketujuh, tatkala bersukacitalah hati baginda oleh minum air anggur itu, titah baginda kepada Mehuman dan Bizta dan Kharbona dan Bijta dan Abajta dan Zetar dan Kharkhasy, ketujuh penjawat istana yang berkhidmat di hadapan hadirat baginda raja Ahasyweros,

    11supaya dipersilakannya Wasti, permaisuri itu, datang menghadap baginda dengan berpakaikan makota kerajaan, hendak diperlihatkannya keelokan permaisuri itu kepada segala orang dan segala penghulu itu, karena sangat elok parasnya.

    12Tetapi engganlah permaisuri Wasti datang dengan titah baginda yang disampaikan oleh penjawat itu kepadanya, maka sangatlah murka baginda, sehingga bernyala-nyala murkanya.

    13Maka titah baginda kepada segala hakim yang tahu akan barang yang patut dalam hal ini (karena demikianlah adat dibicarakan segala hal ihwal kerajaan dalam majelis segala orang yang mengetahui hukum dan syarat;

    14adapun orang yang terhampir kepada baginda itu, ia itu Karsena dan Setar dan Admata dan Tarsis dan Meresy dan Marsena dan Memukhan, ketujuh penghulu Farsi dan Medi, yang menghadap hadirat baginda dan duduk pada tempat yang mulia-mulia dalam kerajaan itu);

    15yang patut dipengapakan permaisuri Wasti seturut bunyi hukum, sebab tiada diturutnya titah baginda raja Ahasyweros yang disampaikan oleh penjawat itu kepadanya?

    16Maka sembah Memukhan di hadapan hadirat baginda dan segala penghulu itu: Adapun permaisuri Wasti itu bersalah bukan kepada tuanku seorang jua, melainkan lagi kepada segala penghulu dan segala bangsa yang di dalam segala negeri duli tuanku Ahasyweros.

    17Karena kelakuan permaisuri ini kedengaranlah kelak kepada segala orang perempuan, sehingga lakinya akan berkecelaan kepada pemandangannya, serta katanya: Bahwa baginda raja Ahasyweros sudah bertitah mempersilakan permaisuri Wasti datang menghadap hadirat baginda, tetapi engganlah ia datang.

    18Maka mulai dari pada hari ini juga segala bini penghulu Farsi dan Medi, apabila didengarnya kelakuan permaisuri itu, niscaya iapun akan bertutur demikian kepada segala penghulu tuanku, sehingga tiada akan kurang kecelaan dan kemarahan.

    19Maka jikalau berkenan kepada tuanku, hendaklah kiranya keluar suatu titah dari pada hadirat tuanku, dan disuratkan titah itu di dalam hukum Farsi dan Medi, yang tiada dapat dilalui, bahwa Wasti tiada boleh lagi menghadap hadirat baginda raja Ahasyweros, dan kebesarannyapun dikaruniakan oleh tuanku kepada seorang lain yang baik dari padanya.

    20Maka masyhurlah kelak titah tuanku yang akan dimaklumkan dalam seluruh kerajaan tuanku, berapa besarnya sekalipun, maka segala orang perempuan itu kelak memberi hormat akan lakinya dari pada besar dan kecil.

    21Maka bicara ini baiklah kepada pemandangan baginda dan segala penghulu itu, maka diperbuat baginda seperti sembah Memukhan itu.

  • 83%

    11Maka pada tiap-tiap hari berjalanlah Mordekhai lalu lalang di penghadapan maligai hendak mengetahui perihal selamat Ester dan barang yang dipengapakan dia.

    12Bermula, apabila sampailah giliran masing-masing anak dara akan masuk menghadap baginda raja Ahasyweros, setelah sudah dua belas bulan lamanya dibuat padanya seperti adat dalam maligai itu, karena baharu genaplah segala hari perlulutannya setelah sudah enam bulan lamanya diperlulut dengan minyak mur dan enam bulan lamanya dengan bau-bauan dan pelbagai perlulutan perempuan itu.

    13Setelah itu maka masuklah anak dara itu menghadap baginda, dan segala sesuatu yang dikatakannya itupun diberikan kepadanya akan dibawa sertanya dari dalam maligai masuk ke dalam istana baginda.

    14Adapun ia masuk pada petang hari, dan pada pagi hari kembalilah ia ke dalam maligai yang kedua, yang di bawah perintah Saasyjaz, sida-sida baginda yang menunggui segala gundik; maka tiada pula ia masuk menghadap baginda, melainkan apabila baginda berahikan dia dan iapun dipanggil dengan namanya.

    15Maka apabila sampailah giliran Ester, anak Abikhail, mamak Mordekhai, yang sudah mengangkat anak akan dia, bahwa iapun masuk menghadap baginda, maka satupun tiada dikehendakinya melainkan barang yang dikatakan oleh Hejai, sida-sida baginda, yang menunggui segala perempuan itu, maka Esterpun berkenan kepada pemandangan segala orang yang melihat dia.

    16Demikianlah peri Ester dibawa menghadap baginda raja Ahasyweros ke dalam istana baginda pada bulan yang kesepuluh, yaitu bulan Tebet, pada tahun yang ketujuh dari pada kerajaannya.

    17Maka kasihlah baginda akan Ester terlebih dari pada kasihnya akan segala perempuan yang lain itu, sehingga iapun beroleh kasihan dan keridlaan di hadapan hadirat baginda terlebih dari pada segala anak dara itu, maka dikenakan baginda makota kerajaan pada kepalanya dan iapun dijadikan baginda permaisuri akan ganti Wasti.

    18Maka bagindapun membuat suatu perjamuan yang besar akan segala penghulu dan pegawainya, yaitu perjamuan karena Ester, maka diringankan baginda upeti yang dibayar oleh segala negeri itu, dan dikaruniakan baginda anugerah sekadar kebesarannya.

    19Maka pada masa segala anak dara itu dipindahkan kepada maligai yang kedua itu, adalah Mordekhai duduk di dalam pintu istana baginda.

  • Est 2:8-9
    2 ayat
    82%

    8Hata, setelah termasyhurlah titah baginda dan hukum itu dan beberapa berapa anak darapun sudah dihimpunkan di dalam kota Susan di bawah perintah Hejai, maka Esterpun dibawa masuk ke dalam istana baginda di bawah perintah Hejai, penunggu segala perempuan itu.

    9Maka berkenanlah anak dara itu kepada matanya, sehingga diperolehnya keridlaan di hadapannya, maka sebab itu dengan segera juga diberikannya perlulutannya kepadanya dan bahagian yang ditentukan kepadanya dan lagi tujuh orang dayang-dayang yang layak dari dalam istana baginda, maka dipindahkannya dia serta segala dayang-dayangnya ke dalam tempat maligai yang terbaik.

  • Est 8:4-5
    2 ayat
    77%

    4Maka bagindapun mengunjuklah tongkat kerajaan yang keemasan itu kepada Ester, lalu Esterpun bangkitlah berdiri di hadapan hadirat baginda.

    5Maka sembahnya: Jikalau baik pada sangka duli tuanku, dan jikalau patik sudah beroleh keridlaan di hadapan hadirat tuanku, dan perkara ini benar kepada tuanku, dan patikpun berkenan kepada mata tuanku, hendaklah kiranya ditulis surat akan mengubahkan segala surat maksud Haman bin Hamedata, orang Agaji itu, yang telah ditulisnya hendak menumpas segala orang Yahudi yang di dalam segala negeri tuanku.

  • Est 5:3-5
    3 ayat
    76%

    3Maka titah baginda kepadanya: Apa kurang, hai permaisuri Ester, dan apa gerangan pinta adinda? Jikalau separuh kerajaan kakanda ini sekalipun, niscaya kakanda berikan adinda.

    4Maka sembah Ester: Jikalau kiranya berkenan kepada tuanku, hendaklah pada hari ini tuanku serta Haman datang kepada perjamuan yang telah patik perbuat akan tuanku.

    5Maka titah baginda: Ajaklah oleh kamu akan Haman bersegera menurut kata Ester itu. Hata, setelah baginda dan Hamanpun sudah datang kepada perjamuan yang telah diperbuat oleh Ester itu,

  • 2pada zaman raja Ahasyweros itu bersemayam di atas takhta kerajaannya di dalam kota Susan,

  • Est 8:1-2
    2 ayat
    74%

    1Arakian, maka pada hari itu juga dikaruniakan baginda raja Ahasyweros rumah Haman, seteru orang Yahudi itu, kepada permaisuri Ester, maka Mordekhaipun lalu menghadap hadirat baginda, karena sudah diberitahu Ester kepada baginda apa Mordekhai itu kepadanya.

    2Maka dicabut baginda cincin yang telah diambilnya dari pada Haman, lalu dikaruniakannya cincin itu kepada Mordekhai, dan Esterpun menjadikan Mordekhai itu pemerintah rumah Haman itu.

  • 2maka titah baginda kepada Ester, pada hari yang keduapun, sementara baginda santap air anggur: Apa gerangan permintaan adinda, hai permaisuri Ester! niscaya ia itu akan diberikan kelak; dan apa gerangan kehendak adinda? jikalau separuh kerajaan sekalipun, niscaya ia itu akan dikaruniakan juga.

  • 74%

    9Dan pakaian dan kuda itu diberikan kepada tangan barang seorang dari pada segala penghulu dan orang besar-besar duli tuanku, supaya dikenakannya kepada orang itu dan dinaikkannya di atas kuda itu dan diaraknya keliling segala lorong negeri sambil berseru-seru di hadapannya: Demikianlah dibuat akan orang yang hendak tersangat dipermuliakan oleh baginda!

    10Maka titah baginda kepada Haman: Segera, ambillah olehmu akan pakaian dan kuda itu, seperti yang kaukatakan itu, dan perbuatlah olehmu begitu akan Mordekhai, orang Yahudi, yang duduk di pintu istana raja; sepatah katapun jangan kurang disampaikan dari pada segala yang telah kaukatakan itu.

  • Est 4:4-5
    2 ayat
    74%

    4Hata, maka datanglah dayang-dayang dan sida-sida Ester memberitahu hal itu kepadanya, maka ia itu sangat mendukacitakan permaisuri, lalu dikirimnya persalin kepada Mordekhai, supaya dipakainya dan ditanggalkannya kain karung itu dari pada tubuhnya, tetapi tiada diterimanya.

    5Maka dipanggil Ester akan Hatakh, seorang dari pada segala sida-sida baginda, yang berdiri di hadapannya, disuruhnya pergi bertanyakan Mordekhai akan hal ini dan akan mula sebabnya.

  • 8Jikalau patik sudah beroleh keridlaan kepada pemandangan tuanku, dan jikalau berkenan kepada tuanku meluluskan kehendak patik dan memberikan permintaan patik, hendaklah kiranya tuanku serta Haman datang pula kepada perjamuan yang pada esok hari lagi hendak patik perbuat akan tuanku, lalu patikpun akan berbuat seperti titah tuanku itu.

  • 22Maka ketahuanlah perkara ini kepada Mordekhai, lalu diberinya tahu permaisuri Ester, dan Esterpun mempersembahkan hal itu kepada baginda atas nama Mordekhai.

  • 15Maka Esterpun menyuruh memberi jawab ini kepada Mordekhai:

  • 17Hata, maka pergilah Mordekhai, dibuatnya seperti segala sesuatu yang dipesan oleh Ester itu kepadanya.

  • 4Maka benarlah perkara itu kepada pemandangan baginda dan kepada pemandangan segenap sidang itu.

  • 7Maka sebab itu sembah Haman kepada baginda: Adapun akan orang yang patut tersangat dipermuliakan oleh tuanku itu,

  • 8Dan lagi diberikannya akan dia salinan surat titah yang telah diberi di Susan akan membinasakan mereka itu sekalian, supaya diperlihatkannya surat itu kepada Ester dan dimaklumkannya sekalian itu kepadanya, dan disuruhnya kepada Ester pergi menghadap baginda akan meminta keridlaannya dan memohon-mohon akan bangsanya di hadapan baginda.

  • 5Hata, maka di dalam kota Susan itu adalah seorang orang Yahudi, bernama Mordekhai bin Yait bin Simai bin Kisy, seorang orang Benyamin,

  • 5Maka sembah segala orang muda-muda baginda itu: Bahwa Haman adalah berdiri di penghadapan. Maka titah baginda: Suruhlah dia masuk.