Keluaran 13:6

Terjemahan Lama

Tujuh hari lamanya hendaklah kamu makan apam fatir, maka hari yang ketujuh itu akan jadi satu hari raya bagi Tuhan.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Kel 12:15-20 : 15 Hendaklah kamu makan apam fatir tujuh hari lamanya, tetapi pada hari yang pertama juga hendaklah kamu membuangkan segala khamir dari dalam rumahmu, karena barangsiapa yang makan barang yang berkhamir dari pada hari yang pertama sampai kepada hari yang ketujuh itu, jiwanya akan ditumpas dari antara Israel. 16 Maka pada hari yang pertama akan ada suatu perhimpunan yang suci dan pada hari yang ketujuhpun akan ada suatu perhimpunan yang suci, maka pada hari itu tiada boleh orang bekerja, hanya barang yang hendak dimakan oleh masing-masing itu boleh disediakan. 17 Maka peliharakanlah adat makan apam fatir itu, karena betul pada hari ini juga Aku membawa akan segala balatentara kamu keluar dari negeri Mesir, maka sebab itu peliharakanlah hari ini turun-temurun menjadi suatu adat yang kekal. 18 Pada bulan yang pertama empat belas hari bulan, pada petang hari, hendaklah kamu makan apam fatir sampai kepada selikur hari bulan itu juga petang. 19 Tujuh hari lamanya jangan terdapat khamir dalam rumah-rumahmu; karena barangsiapa makan barang yang berkhamir, ia itu akan ditumpas dari antara perhimpunan Israel, baik ia orang dagang baik ia anak bumi. 20 Suatupun tiada boleh kamu makan dari pada barang yang berkhamir, melainkan dalam segala rumahmu hendaklah kamu makan apam fatir.
  • Kel 34:18 : 18 Tak akan jangan kamu memeliharakan hari raya roti fatir; tujuh hari lamanya hendaklah kamu makan roti fatir setuju dengan firman-Ku, pada masa yang tertentu dalam bulan Abib, karena dalam bulan Abib kamu telah keluar dari Mesir.
  • Im 23:8 : 8 Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan, maka pada hari yang ketujuhpun akan ada suatu perhimpunan yang suci, barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • Im 23:5-8
    4 ayat
    91%

    5Pada bulan yang pertama, pada empat belas hari bulan itu dan pada petang hari adalah Pasah Tuhan.

    6Maka pada lima belas hari bulan itu adalah hari raya fatir bagi Tuhan, maka hendaklah kamu makan apam fatir tujuh hari lamanya.

    7Maka pada hari yang pertama itu hendaklah bagimu suatu perhimpunan yang suci; barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat.

    8Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan, maka pada hari yang ketujuhpun akan ada suatu perhimpunan yang suci, barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat.

  • 89%

    7Tujuh hari lamanya hendaklah dimakan apam fatir itu, jangan kelihatan padamu yang berkhamir, bahkan, janganlah kelihatan khamir di antara kamu dalam segala perhinggaan negerimu.

    8Maka pada masa itu hendaklah kamu memberitahu kepada anak-anakmu serta katakan: Inilah sebab perkara yang telah dibuat Tuhan akan daku tatkala aku keluar dari negeri Mesir.

  • Ul 16:7-9
    3 ayat
    88%

    7Maka hendaklah kamu bermasak-masak dan makanpun di tempat yang akan dipilih oleh Tuhan, Allahmu, maka pada keesokan harinya bolehlah kamu balik pulang ke kemah-kemahmu.

    8Maka enam hari lamanya hendaklah kamu makan roti fatir, maka hari yang ketujuh itulah hari raya bagi Tuhan, Allahmu, pada hari itu tak boleh kamu bekerja.

    9Maka hendaklah kamu membilang akan tujuh jumaat, yaitu dari pada mula-mula orang mengenakan sabit kepada gandum yang berdiri hendaklah kamu mulai membilang akan tujuh jumaat itu.

  • 87%

    14Maka hari ini menjadi bagimu suatu peringatan, hendaklah kamu mempermuliakan dia akan hari raya bagi Tuhan, dan hendaklah kamu mempermuliakan dia turun-temurun; jadikan adat yang kekal adanya.

    15Hendaklah kamu makan apam fatir tujuh hari lamanya, tetapi pada hari yang pertama juga hendaklah kamu membuangkan segala khamir dari dalam rumahmu, karena barangsiapa yang makan barang yang berkhamir dari pada hari yang pertama sampai kepada hari yang ketujuh itu, jiwanya akan ditumpas dari antara Israel.

    16Maka pada hari yang pertama akan ada suatu perhimpunan yang suci dan pada hari yang ketujuhpun akan ada suatu perhimpunan yang suci, maka pada hari itu tiada boleh orang bekerja, hanya barang yang hendak dimakan oleh masing-masing itu boleh disediakan.

    17Maka peliharakanlah adat makan apam fatir itu, karena betul pada hari ini juga Aku membawa akan segala balatentara kamu keluar dari negeri Mesir, maka sebab itu peliharakanlah hari ini turun-temurun menjadi suatu adat yang kekal.

    18Pada bulan yang pertama empat belas hari bulan, pada petang hari, hendaklah kamu makan apam fatir sampai kepada selikur hari bulan itu juga petang.

    19Tujuh hari lamanya jangan terdapat khamir dalam rumah-rumahmu; karena barangsiapa makan barang yang berkhamir, ia itu akan ditumpas dari antara perhimpunan Israel, baik ia orang dagang baik ia anak bumi.

    20Suatupun tiada boleh kamu makan dari pada barang yang berkhamir, melainkan dalam segala rumahmu hendaklah kamu makan apam fatir.

  • 87%

    16Maka pada bulan yang pertama, pada empat belas hari bulan itu adalah Pasah bagi Tuhan.

    17Pada lima belas bulan itu adalah hari raya dan tujuh hari lamanya hendaklah orang makan roti fatir.

    18Pada hari yang pertama akan ada perhimpunan yang suci; janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya.

  • Ul 16:3-4
    2 ayat
    85%

    3Maka pada masa itu jangan kamu makan barang sesuatu yang berkhamir; tujuh hari lamanya hendaklah kamu makan roti fatir, yaitu roti kesukaran, karena dengan gopoh-gopoh kamu sudah keluar dari negeri Mesir, supaya kamu ingat akan hari kamu keluar dari negeri Mesir itu pada segala hari umur hidupmu.

    4Maka jangan kelihatan padamu barang khamir di dalam segala perhinggaan negerimu tujuh hari lamanya; maka dari pada daging binatang, yang kamu sembelihkan waktu petang pada hari yang pertama itu, satupun jangan bermalam sampai pagi hari.

  • 85%

    14Dalam setahun tiga kali hendaklah kamu berbuat hari raya bagi-Ku.

    15Hendaklah kamu memeliharakan hari raya fatir; tujuh hari lamanya hendaklah kamu makan fatir, setuju dengan firman-Ku kepadamu, pada masa yang tertentu bulan Abib, sebab dalam bulan itu juga kamu telah keluar dari Mesir; tetapi jangan orang menghadap hadirat-Ku dengan hampa tangannya.

  • 21Pada bulan yang pertama dan pada empat belas hari bulan itu, hendaklah ada Paskah bagi kamu, maka selama ketujuh hari raya itu hendaklah orang makan apam fatir.

  • 18Tak akan jangan kamu memeliharakan hari raya roti fatir; tujuh hari lamanya hendaklah kamu makan roti fatir setuju dengan firman-Ku, pada masa yang tertentu dalam bulan Abib, karena dalam bulan Abib kamu telah keluar dari Mesir.

  • 3Arakian, maka kata Musa kepada orang banyak itu: Ingatlah kamu akan hari ini, yaitu hari yang kamu keluar dari Mesir, dari dalam tempat perhambaan itu, karena dengan tangan yang kuat Tuhan telah membawa akan kamu keluar dari sini, maka sebab itu yang berkhamir itu tiada boleh dimakan.

  • 13Maka masa raya pondok daun-daunan hendaklah kamu pegang tujuh hari lamanya, apabila kamu sudah mengumpulkan segala hasil peluburmu dan apitanmu.

  • 15Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu memegang masa raya bagi Tuhan, Allahmu, pada tempat yang akan dipilih Tuhan; karena Tuhan, Allahmu, akan memberkati kamu dalam segala hasil tanahmu dan dalam segala pekerjaan tanganmu, sebab itu kamu akan bersuka-sukaan.

  • 5Maka akan jadi apabila Tuhan sudah membawa akan kamu masuk ke dalam negeri orang Kanani dan Heti dan Amori dan Hewi dan Yebuzi, yang telah dijanji-Nya kepada nenek moyangmu dengan bersumpah hendak dianugerahkan-Nya kepada kamu, yaitu sebuah negeri yang berkelimpahan air susu dan madu, maka tak akan jangan kamu memegang kebaktian ini pada bulan ini juga.

  • 17Maka pada masa itu juga dipeganglah Pasah oleh segala orang Israel yang terdapat itu, dan lagi masa raya fatir tujuh hari lamanya.

  • 36Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu mempersembahkan kepada Tuhan beberapa korban bakaran dan pada hari yang kedelapan hendaklah ada bagimu suatu perhimpunan yang suci, dan persembahkanlah beberapa korban bakaran kepada Tuhan; maka inilah hari raya adanya, jangan kamu bekerja pada hari itu.

  • 76%

    15Setelah itu maka dari pada keesokan harinya kemudian, dari pada sabat itu, yaitu dari pada hari yang kamu mempersembahkan gandum seikat akan persembahan timang-timangan, hendaklah kamu membilang tujuh sabtu genap.

    16Sampai kepada keesokan harinya kemudian dari pada sabtu yang ketujuh itu, genap lima puluh hari hendaklah kamu bilang, maka pada hari itu hendaklah kamu mempersembahkan kepada Tuhan suatu persembahan makanan yang baharu.

    17Maka dari dalam rumah-rumahmu hendaklah kamu membawa roti dua ketul akan persembahan timang-timangan, yaitu diperbuat dari pada dua perpuluhan tepung halus, dibakar berkhamir akan hulu hasil bagi Tuhan.

  • 30Maka pada sehari itu jua hendaklah ia itu dimakan: jangan kamu tinggalkan sisanya sampai pagi hari: Bahwa Akulah Tuhan!

  • 12Maka pada lima belas hari bulan yang ketujuh itu hendaklah ada perhimpunan yang suci bagi kamu, janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya, melainkan tujuh hari lamanya hendaklah kamu memuliakan masa raya bagi Tuhan.

  • 22Dan lagi hendaklah kamu memegang masa raya asabia, yaitu hari raya buah sulung dari pada pemotongan gandum, dan hari raya pungutan buah-buahan pada kesudahan tahun.

  • 39Maka sebab itu pada lima belas hari bulan yang ketujuh, apabila kamu sudah mengumpulkan segala hasil tanahmu, hendaklah kamu membuat suatu masa raya bagi Tuhan tujuh hari lamanya; maka pada hari yang pertama hendaklah ada perhentian dan pada hari yang kedelapanpun hendaklah ada perhentian.

  • 74%

    25Maka pada hari yang ketujuh akan ada perhimpunan yang suci bagi kamu, janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya.

    26Maka pada hari buah-buah bungaran, apabila kamu mempersembahkan buah-buah yang baharu akan persembahan makanan kepada Tuhan, pada masa raya jemaatmu hendaklah ada satu perhimpunan yang suci bagi kamu dan janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya.

  • 11Maka kemudian dari pada Pasah, pada keesokan harinya, makanlah mereka itu roti fatir dari pada hasil tanah itu dan jagung yang dibakar pada hari itu juga.

  • 2dan roti fatir dan apam fatir yang telah diramas dengan minyak, dan adonan fatir yang disapu minyak, maka hendaklah kauperbuat sekalian ini dari pada tepung gandum.

  • 25Maka janganlah kamu mempersembahkan barang suatu yang khamir serta dengan korban-Ku sembelihan, dan lagi korban sembelihan pada hari raya Pasah jangan bermalam sampai pagi.

  • 26Enam hari lamanya hendaklah kamu memungut dia, tetapi pada hari yang ketujuh adalah sabat, pada hari itulah tiada akan terdapat.

  • 3Enam hari lamanya hendaklah orang bekerja, tetapi pada hari yang ketujuh itulah sabat perhentian bagi suatu perhimpunan yang suci, barang sesuatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat, karena ia itulah sabat Tuhan pada segala tempat kedudukan kamu.

  • 7Maka di sanapun hendaklah kamu makan di hadapan hadirat Tuhan, Allahmu, dan bersukacitalah hati kamu akan segala yang pegangan tanganmu, baik kamu baik segala orang isi rumahmu, sekadar berkat yang telah diberi Tuhan, Allahmu, kepadamu.

  • 7Maka sampailah hari raya roti yang tiada beragi itu, yang anak domba Pasah itu wajib disembelih.

  • 35Maka pada hari yang kedelapan akan ada bagimu hari raya yang besar, jangan kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya.

  • 11Janganlah barang suatu persembahan makanan yang kamu persembahkan kepada Tuhan itu diperbuat berkhamir, karena baik khamir baik air madu, janganlah kamu bakar dia akan persembahan api kepada Tuhan.

  • 8Maka pada malam itu juga hendaklah mereka itu makan dagingnya, yang dipanggang pada api, dan lagi apam fatir, dan hendaklah dimakannya dengan gulai yang pahit.