Keluaran 26:16

Terjemahan Lama

Adapun panjang sebatang jenang itu hendaklah sepuluh hasta dan tengah dua hasta lebarnya tiap-tiap jenang itu.

Sumber Tambahan

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 94%

    20Maka diperbuatkannya pula akan kemah sembahyang itu beberapa jenang yang terdiri dari pada kayu penaga.

    21Panjang sebatang jenang itu sepuluh hasta dan tengah dua hasta lebarnya tiap-tiap jenang itu.

    22Pada sebatang jenang dua pemegangan, dimasukkan ke dalam lobangnya seperti anak tangga, demikianlah diperbuatkannya segala jenang kemah sembahyang itu.

    23Maka diperbuatkannya pula segala jenang akan kemah sembahyang itu, sehingga dua puluh batang jenang arah ke sebelah selatan.

    24Dan diperbuatkannya empat puluh buah kaki perak di bawah dua puluh batang jenang itu; dua buah kaki pada sebatang jenang dengan dua pemegangannya, dan dua buah kaki pada jenang lain dengan dua pemegangannya.

    25Dan diperbuatkannya lagi dua puluh batang jenang pada sebelah kemah sembahyang yang lain arah ke utara,

    26serta dengan keempat puluh kakinya dari pada perak; dua buah kaki di bawah sebatang jenang dan dua buah kaki di bawah jenang yang lain.

    27Tetapi pada sebelah kemah sembahyang arah ke barat diperbuatkannya enam batang jenang.

    28Dan diperbuatkannya pula dua batang jenang akan tutup kedua penjuru kemah sembahyang yang di belakang.

  • 15Dan lagi hendaklah kauperbuat akan kemah sembahyang itu beberapa jenang dari pada kayu penaga.

  • 87%

    17Pada sebatang jenang hendaklah ada dua pemegangan, akan dimasukkan masing-masing ke dalam lobangnya seperti anak-anak tangga; demikian hendaklah kauperbuat akan segala jenang kemah sembahyang itu.

    18Maka hendaklah kauperbuat segala jenang kemah sembahyang itu demikianlah; dua puluh batang jenang arah ke sebelah selatan.

    19Dan lagi hendaklah kauperbuat empat puluh buah kaki perak di bawah dua puluh batang jenang itu, dua buah kaki pada sebatang jenang dengan dua pemegangannya; dan dua buah kaki pada jenang yang lain dengan dua pemegangannya.

    20Demikianpun hendaklah ada dua puluh batang jenang pada sebelah kemah sembahyang yang lain arah ke utara.

    21Serta dengan keempat puluh kakinya dari pada perak, dua buah kaki di bawah sebatang jenang dan dua buah kaki di bawah jenang yang lain.

    22Tetapi pada sebelah kemah sembahyang yang arah ke barat hendaklah kauperbuat enam batang jenang.

    23Lagipun hendaklah kauperbuat dua batang jenang akan tutup kedua penjuru kemah sembahyang yang di belakang.

  • 10Maka hendaklah diperbuatnya sebuah peti dari pada kayu penaga, tengah tiga hasta panjangnya dan tengah dua hasta lebarnya dan tengah dua hasta tingginya.

  • 81%

    25Sebab itu jumlahnya delapan batang jenang serta dengan kakinya yang dari pada perak, enam belas kaki banyaknya, dua buah kaki di bawah tiap-tiap jenang.

    26Dan lagi hendaklah kauperbuat beberapa palang dari pada kayu penaga, lima batang akan segala jenang sebelah satu kemah sembahyang,

    27dan lima batang akan segala jenang sebelah kemah sembahyang yang lain, dan lima batang palang akan segala jenang sebelah barat kemah sembahyang pada kedua penjurunya.

    28Maka palang yang di tengah hendaklah menerusi segala jenang itu dari pada ujung datang kepada ujungnya.

  • 23Dan lagi hendaklah engkau memperbuatkan sebuah meja dari pada kayu penaga, panjangnya dua hasta, lebarnya satu hasta dan tingginya tengah dua hasta.

  • 10Maka diperbuatkannya pula sebuah meja dari pada kayu penaga, panjangnya dua hasta, lebarnya sehasta dan tingginya tengah dua hasta.

  • 8Panjangnya sehelai kain itu hendaklah tiga puluh hasta, dan lebarnya sehelai kain empat hasta; kesebelas kain kelambu itu hendaklah seukuran jua.

  • 2Adapun panjang sehelai kelambu itu dua puluh delapan hasta, dan lebar sehelai kelambu itu empat hasta, dan hendaklah segala kelambu itupun seukuran juga.

  • 1Arakian, maka oleh Bezaliel diperbuatkanlah tabut itu dari pada kayu penaga, panjangnya tengah tiga hasta, lebarnya tengah dua hasta dan tingginya tengah dua hasta.

  • 77%

    24Adapun panjang sayap kerubiun itu sebelah-menyebelah lima hasta, sehingga sepuluh hasta jauhnya dari pada ujung sayap sebelah sampai kepada ujung sayap sebelahnya.

    25Demikianpun kerubiun yang lain itu sepuluh hasta, kedua kerubiun itu sama ukurannya dan sama rupanya.

    26Tinggi satu kerubiun sepuluh hasta dan kerubiun yang lainpun demikian.

  • 77%

    1Lalu dibawanya akan daku ke dalam kaabah, diukurnya akan segala tiang; enam hasta lebarnya pada sebelah sini dan enam hasta lebarnya pada sebelah sana; itulah lebarnya kemah.

    2Maka lebar pintu itu sepuluh hasta dan kedua pihak pintu itu lima hasta pada sebelah sini dan lima hasta pada sebelah sana; dan diukurnya panjangnya empat puluh hasta dan lebarnya dua puluh hasta.

  • 15Maka demikian hendaklah kauperbuat akan dia: Panjang bahtera itu tiga ratus hasta, dan lebarnya lima puluh hasta, dan tingginya tiga puluh hasta.

  • 76%

    30Demikian adalah jumlahnya delapan batang jenang serta dengan kakinya dari pada perak, enam belas buah kaki banyaknya, dua buah kaki di bawah tiap-tiap jenang.

    31Dan lagi diperbuatkannya beberapa palang dari pada kayu penaga: lima batang akan segala jenang sebelah satu kemah sembahyang,

    32dan lima batang akan segala jenang pada sebelah kemah sembahyang yang lain, dan lagi lima batang palang akan segala jenang kemah sembahyang sebelah barat pada kedua penjurunya.

  • 13Maka sehasta pada sebelah sini, dan sehasta pada sebelah sana; yang lebih pada kelambu kemah itu hendaklah terjuntai pada sebelah-menyebelah kemah sembahyang itu akan menudungi dia.

  • 3Maka serambi yang di hadapan rumah kaabah itu adalah dua puluh hasta panjangnya, seturut lebar rumah itu dan lebarnya sepuluh hasta di hadapan rumah itu.

  • 12Di hadapan tiap-tiap bilik pengawal itu adalah ambang yang sehasta, pada kiri kanannya sama, dan segala bilik pengawal itu adalah enam hasta pada sebelah sini dan enam hasta pada sebelah sana.

  • 8Hendaklah kauperbuatkan dia geronggang dari pada papan, seperti yang telah ditunjuk kepadamu di atas bukit, demikian hendaklah kauperbuatkan dia.

  • 16Maka ia itu hendak empat persegi dan berlapis dua, panjangnya sejengkal, lebarnyapun sejengkal.

  • 16Maka panjang Ariel itu dua belas hasta, lebarnyapun dua belas hasta, empat persegi pada keempat pihaknya.

  • 17Adapun panjang rumah itu empat puluh hasta, yaitu kaabah yang di hadapan.

  • 2Sehasta akan panjangnya dan sehasta lebarnya, betul empat persegi, tetapi tingginya dua hasta, dan tanduknya hendak berhubung dengan dia.

  • 15Maka panjang sehelai tiga puluh hasta, dan lebar sehelai empat hasta; kesebelas helai kain itu sama ukurannya.

  • 17Dan lagi perbuatkanlah sebuah tutupan gafirat dari pada emas semata-mata suci, tengah tiga hasta panjangnya dan tengah dua hasta lebarnya.

  • 9Maka panjang sehelai kelambu itu dua puluh delapan hasta dan lebarnya sehelai kelambu empat hasta; segala kelambu itu sama ukurannya.

  • 1Arakian, maka hendaklah kauperbuat sebuah mezbahpun dari pada kayu penaga, lima hasta akan panjangnya dan lima hasta lebarnya (betul empat persegi mezbah itu) dan tiga hasta tingginya.

  • 30Kemudian hendaklah engkau mendirikan kemah sembahyang itu setuju dengan teladan yang telah ditunjuk kepadamu di atas bukit itu.

  • 18Maka panjang halaman itu hendaklah seratus hasta, dan lebarnya lima puluh hasta genap, dan tingginya lima hasta, dari pada bisus yang dipintal dan segala kakinya dari pada tembaga.