Keluaran 27:20
Maka hendaklah kausuruh segala bani Israel membawa kepadamu minyak buah zait yang ditumbuk serta yang jernih akan minyak pelita, supaya segala pelita itu dapat dipasang oranglah.
Maka hendaklah kausuruh segala bani Israel membawa kepadamu minyak buah zait yang ditumbuk serta yang jernih akan minyak pelita, supaya segala pelita itu dapat dipasang oranglah.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:
2Suruhlah bani Israel itu membawa kepadamu akan minyak zait yang ditumbuk dan jernih bagi pelita itu, supaya pelita itu dapat dipasang selalu.
3Maka hendaklah disediakan Harun akan dia di luar tirai tempat assyahadat itu dalam kemah perhimpunan, dari petang sampai pagi hari di hadapan hadirat Tuhan; bahwa inilah hukum yang kekal bagimu turun-temurun.
4Maka hendaklah disediakannya segala pelita itu di atas kaki pelita yang dari pada emas tulen, di hadapan hadirat Tuhan selalu.
37dan akan kaki pelita dari pada emas semata-mata suci serta dengan segala pelitanya lengkap akan disediakan dan segala perkakasnya dan minyak akan pelita itu,
37Maka hendaklah kauperbuatkan dia pelita tujuh buah, supaya apabila dipasang maka segala pelita itu menerangkan kedua pihak, sebelah-menyebelah.
21Maka di dalam kemah perhimpunan, di luar tirai yang menudungi assyahadat, hendaklah disediakan oleh Harun serta anak-anaknya laki-laki akan dia di hadapan hadirat Tuhan dari pada petang datang kepada pagi hari; maka inilah suatu hukum yang kekal bagi segala bani Israel turun-temurun adanya.
4Dan meja itupun hendaklah kaubawa ke dalamnya dan letakkanlah di atasnya barang yang patut kauletakkan, dan hendaklah engkau membawa kaki pelita itupun ke dalamnya, lalu pasanglah segala pelitanya.
1Dan lagi berfirmanlah Tuhan kepada Musa, demikian:
2Katakanlah ini kepada Harun: Apabila engkau memasang pelita, maka hendaklah ketujuh buah pelita itu bernyala-nyala bertentangan dengan kaki pelita itu.
3Maka diperbuatlah oleh Harun demikian, dipasangnya segala pelita itu bertentangan dengan kaki pelita, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.
4Maka demikianlah perbuatan kaki pelita itu, yaitu dari pada emas yang tersepuh, baik batangnya baik bunganya, setuju dengan teladan yang telah ditunjuk Tuhan kepada Musa, begitulah diperbuatnya akan kaki pelita itu.
5Dan lagi berfirmanlah Tuhan kepada Musa demikian:
14dan kaki pelita akan dipasang serta dengan segala perkakasnya dan pelitanya dan minyak akan pelita itu,
30Dan letakkanlah roti pertunjukan di atas meja itu selalu di hadapan hadirat-Ku.
31Demikianpun hendaklah kauperbuatkan sebuah kaki pelita dari pada emas yang suci, perbuatkanlah kaki pelita itu dengan terupam batangnya dan cabang-cabangnya, maka segala kelopaknya dan kuntumnya dan bunganya hendaklah diperbuat iras jua.
32Maka enam cabang hendaklah terbit dari pada kedua sisinya, tiga cabang dari pada sisi satu kaki pelita itu, dan tiga cabang dari pada sisi satunya.
7Maka di atas meja itulah akan dibakar rempah-rempah yang harum baunya oleh Harun pada sebilang pagi, apabila diisinya pelita hendaklah dibakarnya itu.
8Maka apabila dipasang Harun akan pelita itu pada petang hari, hendaklah ia itupun dibakar olehnya, maka selalu ia itu suatu bau-bauan yang harum di hadapan hadirat Tuhan di antara segala turunanmu.
31Maka hendaklah kaukatakan kepada bani Israel: Bahwa minyak siraman yang suci ini bagi Aku sahaja di antara segala bangsa kamu.
20dan segala kaki pelita serta dengan segala pelitanya dari pada emas pejal, akan dipasang di hadapan tempat firman seturut adatnya;
24Maka ditaruhnya lagi akan kaki pelita itu di dalam kemah perhimpunan, bertentangan dengan meja itu pada sebelah kemah sembahyang yang arah ke selatan.
25Maka dipasangnyalah segala pelita itu di hadapan hadirat Tuhan, seperti firman Tuhan yang kepada Musa.
25Maka dari padanya perbuatlah olehmu minyak siraman yang suci, suatu macam minyak yang diperbuat dengan kepandaian, seperti perbuatan tukang rempah-rempah, maka ia itu menjadi suatu minyak siraman yang suci.
26Maka dengan dia juga hendaklah engkau menyiram kemah perhimpunan dan peti assyahadat,
27dan meja itu serta dengan segala perkakasnya dan kaki pelita itu serta dengan segala perkakasnya dan meja pedupaan itu,
11dan lagi minyak siraman dan dupa dari pada rempah-rempah yang harum itu akan tempat yang suci; maka hendaklah mereka itu memperbuatkan dia setuju dengan segala perkara yang telah Kupesan kepadamu itu.
12Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:
6Dan minyak akan pelita, dan rempah-rempah akan minyak dan bau-bauan dan akan membakar dupa.
17Maka diperbuatkannya pula sebuah kaki pelita dari pada emas semata-mata suci, dan diperbuatkannya kaki pelita itu dengan terupam batangnya dan cabang-cabangnya, maka segala kelopaknya dan kuntumnya dan bunganyapun iras juga.
18Maka enam cabang keluarlah dari pada sisinya, tiga cabang dari pada satu sisi kaki pelita, dan tiga cabang dari pada sisinya yang lain.
19Maka tiga buah kelopak seperti bunga badam rupanya pada sebatang, serta dengan sepucuk kuntum dan sebiji bunga, dan tiga buah kelopak seperti bunga badam rupanya pada batang yang lain, serta dengan sepucuk kuntum dan sebiji bunga, demikian adalah keenam cabang yang terbit dari pada batang kaki pelita itu.
12Maka demikianlah api di atas mezbah itu dipeliharakan selalu, supaya jangan ia itu padam; maka pada sebilang pagi imam itu akan membakar kayu di atasnya dan meletakkan korban bakaran di atas kayu itu dan membakar segala lemak korban syukur di atasnya.
13Maka di atas mezbah itu hendaklah dipeliharakan selalu suatu api yang kekal, janganlah ia itu dipadamkan.
16Maka kepada pemerintah Eleazar bin Harun, imam itu, diserahkan segala minyak pelita dan dupa dari pada rempah-rempah yang harum dan persembahan makanan yang sehari-hari dengan minyak siraman, bahkan, pemerintahannya atas segenap kemah sembahyang serta dengan segala isinya, baik tempat yang suci baik segala perkakasnya.
17Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa dan Harun demikian:
28dan rempah-rempah dan minyak akan pelita dan akan minyak siraman dan akan dupa dari pada rempah-rempah yang harum baunya.
8Maka pada sebilang hari sabat hendaklah engkau menyediakan dia di hadapan hadirat Tuhan selalu; maka inilah menjadi bagi orang Israel suatu perjanjian yang kekal selama-lamanya.
9Lagipun hendaklah diambilnya sehelai kain biru laut, ditudungkannya kaki pelita itu serta segala pelitanya dan segala penjepitnya dan segala pemadamnya dan segala bekas minyaknya yang terpakai kepada pekerjaan itu.
8dan meja itu serta dengan segala perkakasnya dan kaki pelita dari pada emas semata-mata suci serta dengan segala perkakasnya dan tempat persembahan dupa itu,
36Maka demikianlah firman Tuhan pada hari yang disiraminya mereka itu dengan minyak, bahwa ia itu diberikan oleh bani Israel kepada mereka itu, dan inilah suatu syarat yang kekal turun-temurun.
15dan lagi timbangan akan segala kaki pelita keemasan dan akan pelita-pelitanya yang keemasan, tiap-tiap kaki pelita dan tiap-tiap pelita itu dengan timbangannya.
23Maka diperbuatkannya akan dia tujuh buah pelita, dan segala sepitnya dan pemadamnya dari pada emas semata-mata suci.
14Dan akan persembahannya makanan hendaklah engkau mempersembahkan pada tiap-tiap pagi seperenam seefa dan minyak sepertiga sehin, akan membasahkan tepung; bahwa ini persembahan makanan bagi Tuhan, suatu hukum yang kekal sampai selama-lamanya.
15Dan hendaklah dipersembahkan anak domba itu dan persembahan makanan itu dan minyak itu pada tiap-tiap pagi; inilah korban bakaran yang senantisa.
35Ia itu sepucuk kuntum di bawah dua cabang yang terbit dari padanya, dan lagi sepucuk kuntum di bawah dua cabang yang terbit dari padanya, dan lagi sepucuk kuntum di bawah dua cabang yang terbit dari padanya; demikian hendaklah keenam cabang yang terbit dari pada batang kaki pelita itu.
8atau minyak akan pelita atau rempah-rempah akan minyak bau-bauan dan akan membakar dupa,
22Maka ia itu akan disediakan oleh imam yang disirami dengan minyak di antara anak-anaknya laki-laki, yang menggantikan dia kemudian dari padanya, maka inilah suatu hukum yang kekal selama-lamanya, bahwa ia itu dibakar sama sekali bagi Tuhan.
40supaya selalu dipersembahkannya kepada Tuhan korban bakaran di atas mezbah, korban bakaran pagi dan petang, menurut segala sesuatu yang tersurat di dalam taurat Tuhan, firman-Nya kepada orang Israel.
11Maka pada sebilang pagi petang dipasangnya bagi Tuhan korban bakaran dan lagi dupa dari pada rempah-rempah yang harum dan disajikannya roti di atas meja yang suci itu, dan lagi kaki pelita yang keemasan dengan segala pelitanya dipasang pada tiap-tiap malam, karena kami melakukan tungguan Tuhan, Allah kami, tetapi kamu sudah meninggalkan Dia.