Keluaran 28:19
Dan pada jajar yang ketiga sebiji permata pusparagam dan sebiji permata syabu dan sebiji permata martis.
Dan pada jajar yang ketiga sebiji permata pusparagam dan sebiji permata syabu dan sebiji permata martis.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
6Maka dikerjakannya pula permata unam itu, diikatkannya dengan ikatan emas dan diukirnya seperti ukiran meterai dengan nama-nama segala bani Israel.
7Lalu dikenakannyalah kepada kedua tampal bahu efod itu menjadi permata peringatan akan bani Israel, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa itu.
8Maka diperbuatkannya lagi perhiasan dada itu, suatu perbuatan yang amat kepandaian, sama dengan perbuatan efod, dari pada benang emas dan benang yang biru laut dan ungu dan kirmizi warnanya dan dari pada bisus yang dipintal.
9Maka diperbuatkannya empat persegi dan berlapis dua, panjangnya sejengkal, lebarnyapun sejengkal, berlapis dua adanya.
10Maka dipertatahkannya dengan permata empat jajar, sejajar dari pada sebiji permata akik dan sebiji permata zabarjad dan sebiji permata yakut, ia itulah jajar yang pertama.
11Maka jajar yang kedua itu dari pada sebiji permata zamrud dan sebiji permata nilam dan sebiji permata intan.
12Dan jajar yang ketiga itu dari pada sebiji permata pusparagam dan sebiji permata syabu dan sebiji permata martis.
13Dan jajar yang keempat itu dari pada sebiji permata firuzah dan sebiji permata unam dan sebiji permata yasyib, berikatkan emas dalam pertatahannya.
14Maka banyak permata itu sama dengan segala nama bani Israel, yaitu dua belas banyaknya, nama masing-masing diukir dalamnya dengan ukiran meterai, setuju dengan kedua belas suku bangsa itu.
15Maka diperbuatkannya lagi pada perhiasan dada itu rantai kecil dari pada emas semata-mata suci, bercengkeling, perbuatan dawai emas berkerawang.
13Maka hendaklah kauperbuat ikatannya dari pada emas.
14Dan perbuatlah akan rantai kecil dua utas dari pada emas semata-mata suci bercengkeling perbuatan kawat berkerawang; maka rantai kecil dari pada kawat itu hendaklah kaukenakan pada ikatan permata itu.
15Dan lagi hendaklah kauperbuat suatu perhiasan dada akan hukum, suatu perbuatan kepandaian, sama dengan efod juga hendaklah kauperbuat akan dia, ditenun dengan emas dan benang bisus yang dipintal, berwarna biru laut dan ungu dan kirmizi.
16Maka ia itu hendak empat persegi dan berlapis dua, panjangnya sejengkal, lebarnyapun sejengkal.
17Dan hendaklah kautatahkan dia dengan suatu tatahan permata, empat jajarnya, pertama-tama sebiji permata akik dan sebiji permata zabarjad dan sebiji permata yakut, ia itulah jajar yang pertama.
18Maka pada jajar yang kedua sebiji permata zamrud dan sebiji permata nilam dan sebiji permata intan.
20Dan pada jajar yang keempat sebiji permata firuzah dan sebiji permata unam dan sebiji permata yasyib, maka segala permata ini hendaklah berikatkan emas dalam pertatahannya.
21Maka segala permata ini hendaklah dua belas biji banyaknya setuju dengan nama segala bani Israel, maka nama-nama mereka itu diukir dalamnya dengan ukiran meterai, nama masing-masing sendiri-sendiri, maka ia itu bagi kedua belas suku bangsa adanya.
22Dan lagi hendaklah kauperbuat akan perhiasan dada itu rantai kecil dari pada emas semata-mata suci bercengkeling, perbuatan kawat emas berkerawang.
23Dan perbuatlah akan perhiasan dada itu dua bentuk cincin emas, lalu bubuhlah cincin itu pada kedua ujung perhiasan dada.
18Dewalanya itu diperbuat dengan permata yasib; dan negeri itu emas jati, seperti kaca yang jernih.
19Segala asas dewala negeri itu dihiasi dengan segala jenis permata; adapun asas yang pertama yasib, dan yang kedua nilam, dan yang ketiga akik putih, dan yang keempat zamrud,
20dan yang kelima batu unam, dan yang keenam akik merah, dan yang ketujuh piruz, dan yang kedelapan arzak, dan yang kesembilan yakut kuning, dan yang kesepuluh akik hijau, dan yang kesebelas pusparagam, dan yang kedua belas martais.
7Dan permata unam dan permata tatahan akan efod dan akan perhiasan dada.
9atau permata unam dan permata pertatahan akan efod dan akan perhiasan dada.
8Maka adapun sandang efod, yang suatu perbuatan kepandaian dan yang berhubung dengan dia, ia itu hendaklah diperbuat sama dan tersambat dengan dia, dari pada emas dan benang bisus yang dipintal, berwarna biru laut dan ungu dan kirmizi.
9Maka hendaklah kauambil dua biji permata unam, lalu ukirlah di atasnya nama-nama bani Israel,
10yaitu dari pada segala nama mereka itu enam di atas permata satu, dan enam nama yang lain itu di atas permata satunya, seturut kejadian mereka itu.
11Perbuatan pengukir permata, seperti ukiran meterai, hendaklah kausuruh ukir di atas kedua biji permata itu segala nama bani Israel, dan hendaklah kausuruh ikat dia dengan ikatan emas.
27Maka oleh segala penghulu dibawa akan permata unam dan permata pertatahan akan efod dan akan perhiasan dada itu,
11Hai engkau yang teraniaya dan terhambat oleh ribut dan yang tiada terhiburkan! bahwasanya Aku akan mematutkan segala batumu dengan indahnya dan mengalaskan dikau di atas permata nilam;
12segala baluartimu Kujadikan dari pada hablur dan segala pintu gerbangmu dari pada permata intan dan segala perhinggaan tanahmu dari pada batu yang indah-indah.
6Di tempat batunya permata nilam dam gumpal-gumpalnya emas berbongkal-bongkal adanya.
12Maka emas dari tanah itu baik adanya, dan di sanapun ada hablur dan permata unam.
16Emas urai dari Ofir tiada ternilaikan dengan dia, demikian permata unam dan nilampun tidak.
17Tiada emas atau hablur yang boleh disamakan dengan dia, dan tiada ia boleh ditukar dengan benda yang dari pada emas tempawan.
18Merjan dan hablur satupun tidak, jikalau dibanding dengan dia, karena perolehan hikmat itu meliputi segala mutiara.
19Ratna cempaka dari Kusy tiada ternilai dengan dia dan emas yang amat sucipun tiada tertimbang dengan dia.
3Maka Ia yang duduk itu rupanya seperti permata yasib dan akik; dan ada suatu pelangi melengkung arasy itu, seperti zamrud rupanya.
13Engkaupun adalah di dalam Eden, taman Allah itu, tudungmu dari pada pelbagai permata yang indah-indah, seperti akik dan zabarjad dan intan, firuzah, unam dan yasyib, nilam, zamrud dan yakut emas; engkau selalu disertai bunyi rebana dan bangsi; pada hari engkau naik raja maka segala perkara itu ditentukan bagimu.
11penuh dengan kemuliaan Allah. Maka cahayanya serupa seperti permata yang amat berharga, seperti permata yasib, jernih seperti hablur;
16Benua Syampun lawanmu berniaga dengan pelbagai benda, ditukarnya daganganmu dengan permata zamrud dan kain ungu dan perbuatan yang disuji dan bisus dan merjan dan pelbagai permata.
20dan segala perhiasan kepala dan segala gelang dan segala ikat pinggang dan segala selepa dan segala anting-anting,
21dan segala cincin dan segala jamang,
28Lalu perhiasan dada serta dengan cincinnya hendaklah ditambat kepada cincin efod dengan suatu tali yang biru warnanya, di atas sandang efod yang perbuatan kepandaian, maka perhiasan dada itu tak boleh diceraikan dari pada efod.
8Maka kepada barangsiapa didapati akan permata intan, dipersembahkannya akan perbendaharaan rumah Tuhan dalam pegangan Yehiel, orang Gersoni itu.
5Maka akan sekalian ini hendaklah diambilnya emas dan benang warna biru laut dan ungu dan kirmizi dan bisus.