Yehezkiel 27:22

Terjemahan Lama

Maka saudagar-saudagar dari Syeba dan dari Raemapun datanglah ke pasarmu; maka dengan keindahan segala rempah-rempah dan dengan pelbagai permata yang indah-indah, dan dengan emaspun ditukarnya segala daganganmu.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Kej 10:7 : 7 Maka anak laki-laki Kusy yaitu Seba dan Hawila dan Sapta dan Raema dan Sabtekha; dan anak laki-laki Raema yaitu Syeba dan Dedan.
  • Yes 60:6 : 6 Bahwa kawan-kawan unta akan menudungi muka tanahmu, yaitu unta yang pantas dari Midian dan Hefa; maka dari Syebapun datanglah sekaliannya sambil membawakan emas dan kemenyan, sambil memasyhurkan kepujian Tuhan.
  • Yeh 38:13 : 13 Bahwa Syeba dan Dedan dan segala saudagar Tarsis dan segala penyamun, kawannya itu, akan berkata kepadamu: Datang engkau akan menjarah rayahkah? sudah engkau mengerahkan segala tentaramu hendak merampas barang-barangkah? hendak membawa lalu akan emas perak dan mengambil akan lembu kambing dan harta dan menjarah banyak barang-barang?
  • Kej 43:11 : 11 Lalu kata Israel, bapanya, kepada mereka itu: Jikalau demikian buatlah olehmu begini: ambillah buah-buah hasil tanah ini yang terutama dalam bekas-bekasmu, bawalah turun akan suatu persembahan kepada tuan itu, yaitu sedikit getah harum dan sedikit air madu dan rempah-rempah dan kemenyan dan buah keras dan buah badam.
  • 1Raj 10:1-9 : 1 Sebermula, setelah kedengaranlah kabar kepada permaisuri di Syeba akan hal raja Sulaiman dan akan nama Tuhan, maka datanglah ia hendak mencobai baginda dengan bagai-bagai penerka. 2 Maka datanglah ia ke Yeruzalem dengan tentara yang amat besar serta dengan beberapa ekor unta yang muat rempah-rempah dan amat banyak emas dan permata yang indah-indah, maka datanglah ia menghadap raja Sulaiman, lalu dikatakannya kepadanya segala kepikiran hatinya. 3 Maka oleh raja Sulaiman diartikanlah kepadanya segala perkataannya, barang seperkarapun tiada terlindung dari pada baginda, yang tiada diartikannya kepadanya. 4 Setelah dilihat oleh permaisuri Syeba segala hikmat raja Sulaiman dan lagi istana yang telah dibangunkannya, 5 dan perintah mejanya dan peri duduk segala pegawainya dan peri berdiri segala hambanya dan pakaian mereka itu dan lagi segala penjawat minumannya dan perarakannya apabila baginda berarak naik ke rumah Tuhan, maka tiada lagi bersemangat permaisuri itu. 6 Lalu katanya kepada raja Sulaiman: Benarlah juga kabar yang telah beta dengar di negeri beta akan segala hal ihwal tuan dan akan hikmat tuan. 7 Maka kabar itupun tiada beta percaya sebelum beta datang ke mari dan mata beta sendiri melihat semuanya, maka sesungguhnya separuhnya juga tiada dikabarkan kepada beta, karena hikmat dan harta benda tuan meliputi segala kabar yang telah beta dengar itu. 8 Berbahagialah kiranya segala hamba tuan dan berbahagialah segala pegawai tuan ini, yang senantiasa menghadap hadirat tuan dan mendengar akan hikmat tuan. 9 Segala puji bagi Tuhan, Allahmu, yang berkenan akan tuan, sehingga didudukkannya tuan di atas takhta kerajaan Israel! Tegal Tuhan mengasihi akan orang Israel pada selama-lamanya, maka sebab itu diangkat-Nya akan tuan menjadi raja akan berbuat benar dan insaf. 10 Maka diberikan oleh permaisuri itu kepada baginda emas seratus dua puluh talenta dan amat banyak rempah-rempah dan permata yang indah-indah; adapun rempah-rempah yang diberikan oleh permaisuri Syeba kepada baginda raja Sulaiman, begitu macam tiada lagi dibawa orang dengan sekian banyaknya. 11 Dan lagi segala kapal raja Hiram, yang pergi mengambil emas dari Ofir, ia itu membawa dari Ofir lagi amat banyak kayu cendana dan permata yang indah-indah. 12 Maka dari pada kayu cendana itu diperbuat baginda geradi akan rumah Tuhan dan akan istana baginda dan lagi kecapi dan dandi bagi segala biduanda. Maka begitu macam kayu cendana belum pernah dibawa atau dilihat orang datang kepada hari ini. 13 Maka diberikan oleh baginda raja Sulaiman akan permaisuri Syeba segala kehendaknya, segala yang dipintanya, kecuali segala yang diberinya akan dia sekadar kekayaan baginda raja Sulaiman. Hata, maka bermohonlah permaisuri itu, lalu pulanglah ia ke negerinya serta dengan segala hambanya.
  • 1Taw 1:9 : 9 Dan bani Kusy itulah Seba dan Hawila dan Sabta dan Raema dan Sabtekha; dan bani Raema itulah Syeba dan Dedan.
  • 2Taw 9:1-9 : 1 Sebermula, maka serta kabar akan hal raja Sulaiman kedengaranlah kepada permaisuri negeri Syeba, maka datanglah ia ke Yeruzalem hendak mencobai akan raja Sulaiman dengan beberapa penerka dan sertanya adalah suatu tentara yang besar dan beberapa unta yang muat rempah-rempah dan amat banyak emas dan permata yang indah-indah; maka sampailah ia kepada raja Sulaiman, lalu berkata-kata dengan baginda akan hal segala sesuatu yang di dalam hatinya. 2 Maka diartikan raja Sulaiman baginya segala perkataannya; barang suatu perkarapun tiada yang terlindung dari pada raja Sulaiman dan yang tiada dinyatakannya kepadanya. 3 Maka dilihat oleh permaisuri Syeba akan hikmat Sulaiman dan akan istana yang telah diperbuatnya, 4 dan akan sajian mejanya dan peri duduk segala pegawainya dan peri berdiri segala hambanya dan pakaian mereka itu dan segala penjawat minuman baginda serta dengan pakaiannya dan peri baginda berarak apabila baginda berjalan naik ke rumah Tuhan, maka tiada lagi semangat permaisuri itu. 5 Maka katanya kepada baginda: Benarlah juga kabar yang telah beta dengar di negeri beta akan segala hal ihwal tuan dan akan hikmat tuan. 6 Maka perkataan mereka itu tiada beta percaya, sebelum beta datang ke mari dan mata beta sendiri melihat ini, maka sesungguhnya separuh juga tiada dikabarkan kepada beta dari pada kebesaran hikmat tuan; maka tuan sudah meliputi akan segala kabar yang telah beta dengar itu. 7 Berbahagialah kiranya segala pegawaimu dan berbahagialah segala hambamu, yang senantiasa menghadap hadiratmu dan mendengar hikmatmu. 8 Segala puji bagi Tuhan, Allahmu, yang berkenan akan dikau, sehingga didudukan-Nya engkau seperti raja bagi Tuhan, Allahmu, di atas takhta kerajaan-Nya. Maka sebab Allahmu mengasihi akan orang Israel hendak menetapkan mereka itu sampai selama-lamanya, sebab itu telah diangkatnya akan dikau menjadi raja atas mereka itu, supaya engkau berbuat benar dan insaf. 9 Maka diberikan permaisuri itu kepada baginda emas seratus dua puluh talenta dan amat banyak rempah-rempah dan permata yang indah-indah; maka belum pernah ada macam rempah-rempah seperti yang diberikan permaisuri Syeba itu kepada baginda raja Sulaiman. 10 Maka hamba Hiram serta dengan hamba Sulaiman yang membawa emas dari Ofir itu membawa kayu cendana dan permata yang indah-indahpun. 11 Maka dari pada kayu cendana itu diperbuat baginda geradi akan rumah Tuhan dan akan istana baginda, dan lagi kecapi dan dandi akan segala biduan; maka begini macam kayu cendana belum pernah kelihatan dahulu di negeri Yehuda. 12 Maka diberikan oleh baginda Sulaiman akan permaisuri Syeba itu segala kehendaknya, segala yang dipintanya, kecuali barang yang sama dengan benda yang telah dihantarnya kepada baginda; setelah itu maka bermohonlah permaisuri itu, lalu pulanglah ia ke negerinya serta dengan segala hambanya.
  • Mzm 72:10 : 10 Bahwa raja-raja Tarsis dan raja-raja segala pulaupun akan membawa persembahan, dan segala raja Syeba dan Sebapun akan menghantar bingkisan.
  • Mzm 72:15 : 15 Dan lagi iapun akan hidup dan dipersembahkan oranglah kepadanya emas Syeba, dan selalu orang akan memohon kepadanya, dan pada segala hari orang akan memberkati dia.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 89%

    23Baik Haran baik Kanai dan Edan, segala saudagar dari Syeba dan Asyur dan Kilmad datanglah ke pasarmu;

    24mereka itu juga yang menghantar kepadamu di antara segala daganganmu akan kain yang halus tenunannya, dan yang biru laut warnanya dan bersuji, beberapa kayu banyaknya, dan pakaian yang indah-indah berpeti-peti, terikat dan tersimpul dengan tali-tali.

    25Segala sesuatu yang dibawa oleh kapal-kapal Tarsis itulah perniagaanmu; demikianlah engkau penuh, bahkan, berkelimpahanlah engkau di tengah-tengah laut.

    26Bahwa segala pendayungmu sudah membawa akan dikau ke tengah-tengah laut, lalu engkau dikaramkan oleh angin timur di tengah-tengah lautan besar.

    27Segala hartamu yang indah-indah dan segala daganganmu dan segala benda perniagaanmu dan segala awak kapalmu dan segala nakhodamu dan mereka yang memakai celahan perahumu dan yang melakukan daganganmu dan segala orang perang yang di dalammu dan segenap orang banyak yang di tengahmu, semuanya tenggelamlah dalam lautan besar pada hari jatuhmu.

  • 89%

    12Bahwa Tarsis lawanmu berniaga dengan pelbagai dagangan yang indah-indah, dan ditukarnya daganganmu dengan perak dan besi dan timah putih dan timah hitam.

    13Orang Yaman dan Tubal dan Mesekhpun datanglah ke pasarmu dan dibayarnya segala daganganmu dengan orang dan tembaga tempawan.

    14Dari Bait-Togarma datanglah kuda penghela dan kuda kendaraan dan bagal akan ditukar dengan daganganmu.

    15Bani Dedanpun datanglah ke pasarmu, maka dengan pertolonganmu beberapa pulau-pulaupun dapat berniaga dan diberikannya dikau segala batang gading dan kayu arang dengan uang tunai.

    16Benua Syampun lawanmu berniaga dengan pelbagai benda, ditukarnya daganganmu dengan permata zamrud dan kain ungu dan perbuatan yang disuji dan bisus dan merjan dan pelbagai permata.

    17Maka orang Yehuda dan orang Israelpun ke pasarmu, dibayarnya segala daganganmu dengan gandum dari Minit dan dari Panaj dan lagi dengan air lebah dan minyak dan minyak bau-bauan.

    18Maka Damsyikpun lawanmu berniaga dengan pelbagai benda, suatu kelimpahan barang yang indah-indah, dengan air anggur dari Khelbon dan dengan bulu kambing yang putih.

    19Orang Wedan dan Yawanipun bertukar dagangan dengan dikau, dibawanya ke pasarmu akan besi yang terupam dan tengguli dan deringu.

    20Maka Dedanpun datanglah ke pasarmu dengan pelbagai pelana dan kain permadani.

    21Maka orang Arab dan segala penghulu dari Kedarpun berniagalah olehmu; mereka itu lawanmu berniaga dengan anak domba dan domba jantan dan dengan kambing jantan.

  • 77%

    11Dan segala saudagar di bumi akan menangis dan meratapkan dia, oleh sebab seorang pun tiada membeli dagangannya lagi,

    12yaitu dagangan emas dan perak dan permata, dan berbagai-bagai mutiara, dan kain kasa, dan kain ungu, dan sutera, dan kain merah kirmizi, dan segala kayu yang harum baunya, dan segala bekas diperbuat dengan gading, dan segala bekas diperbuat dengan kayu yang berharga mahal, dan yang diperbuat dengan tembaga, dan besi, dan batu marmar,

    13dan lagi kulit manis, dan minyak bau-bauan, dan kemenyan, dan mur, dan dupa, dan air anggur, dan minyak zaitun, dan tepung halus, dan gandum, dan lembu, dan domba, dan kuda, dan kenaikan, dan abdi, dan diri manusia.

    14Maka buah-buahan, yang diingini oleh hatimu sudah lenyap daripadamu, dan segala yang sedap dan indah-indah itu sudah hilang daripadamu; sekali-kali tiada akan didapati lagi.

    15Segala saudagar dagangan ini, yang sudah dikayakan olehnya, akan berdiri dari jauh sebab takut akan sengsaranya, sambil menangis dan meratap,

  • 77%

    33Tatkala segala daganganmu datanglah dari laut, maka dengan dia engkau mengenyangkan beberapa berapa bangsa, dan dengan pelbagai bendamu yang indah-indah dan dengan segala daganganmu sudah kaukayakan segala raja yang di atas bumi.

    34Maka pada masa engkau dipecahkan oleh ombak lalu tenggelam dalam air, maka karamlah juga segala perniagaanmu dan mereka sekalian yang di dalammu itu.

  • 15Kecuali segala emas yang dari pada orang berniaga dan dari pada perniagaan tukang rempah-rempah dan dari pada segala raja Arab dan segala orang kaya-kaya di tanah itu.

  • 14Kecuali segala emas yang dibawa masuk oleh segala saudagar dan orang berniaga; demikianpun segala raja Arab dan penghulu negeri-negeri itu membayar upeti emas dan perak kepada Sulaiman.

  • 6Bahwa kawan-kawan unta akan menudungi muka tanahmu, yaitu unta yang pantas dari Midian dan Hefa; maka dari Syebapun datanglah sekaliannya sambil membawakan emas dan kemenyan, sambil memasyhurkan kepujian Tuhan.

  • 73%

    9Dari Jebal datanglah pandai dan tukangmu akan memakai segala celah-celah perahumu, dari pada mereka itu sekalian yang berlayar di laut adalah awak kapal di dalammu akan berniaga sertamu.

    10Orang Tarsi dan orang Ludi dan Puti adalah di dalam tentaramu dan jadi orang perangmu, digantungkannya di dalammu akan perisai dan ketopong dan dipertambahkannya kemuliaanmu.

  • 13Bahwa Syeba dan Dedan dan segala saudagar Tarsis dan segala penyamun, kawannya itu, akan berkata kepadamu: Datang engkau akan menjarah rayahkah? sudah engkau mengerahkan segala tentaramu hendak merampas barang-barangkah? hendak membawa lalu akan emas perak dan mengambil akan lembu kambing dan harta dan menjarah banyak barang-barang?

  • 7Kain bisus bersuji dari pada Mesir bagimu akan kain yang dibuat layar, dan kain biru laut dan ungu dari pulau-pulau Elisapun bagimu akan kemah.

  • 9Maka diberikan permaisuri itu kepada baginda emas seratus dua puluh talenta dan amat banyak rempah-rempah dan permata yang indah-indah; maka belum pernah ada macam rempah-rempah seperti yang diberikan permaisuri Syeba itu kepada baginda raja Sulaiman.

  • 10Maka diberikan oleh permaisuri itu kepada baginda emas seratus dua puluh talenta dan amat banyak rempah-rempah dan permata yang indah-indah; adapun rempah-rempah yang diberikan oleh permaisuri Syeba kepada baginda raja Sulaiman, begitu macam tiada lagi dibawa orang dengan sekian banyaknya.

  • 8Siapakah sudah menakdirkan untung ini atas Tsur, yang biasa membahagi-bahagi makota dan saudagarnya bagaikan raja-raja dan biaperinya bagaikan orang besar-besar di dunia itu.

  • 71%

    4Dengan kepandaianmu dan dengan akalmu juga engkau beroleh akan segala kekayaan itu dan mendapat emas dan perak itu dalam khazanahmu,

    5dengan kebesaran budimu dalam berniaga telah kauperbanyakkan hartamu selalu, sehingga boleh juga hatimu membesarkan dirinya sebab hartamu itu.

  • 2Maka datanglah ia ke Yeruzalem dengan tentara yang amat besar serta dengan beberapa ekor unta yang muat rempah-rempah dan amat banyak emas dan permata yang indah-indah, maka datanglah ia menghadap raja Sulaiman, lalu dikatakannya kepadanya segala kepikiran hatinya.

  • 15Demikianlah gunanya kepadamu segala orang perlente, yang telah kaujadikan taulanmu dari pada masa mudamu; masing-masing mereka itu sesat pada jalannya, seorangpun tiada yang dapat menolong engkau!

  • 13Demikianlah engkau telah dihiasi dengan emas dan perak dan pakaianmupun dari pada kain khasah dan sutera dan kain yang bersuji; maka tepung halus dan air lebah dan minyakpun menjadi makananmu, dan engkau menjadi amat elok, sehingga engkau naik pangkat permaisuri.

  • 42Tatkala gemuruh di sana kurang damai, diambilnya pula akan beberapa orang dari pada orang kebanyakan, yaitu peminum air anggur dari padang, yang membubuh gelang pada tangannya dan makota yang mulia pada kepalanya.

  • 21Karena segala kapal baginda berlayar ke Tarsis serta dengan hamba-hamba Hiram, maka dalam tiga tahun sekali masuklah segala kapal dari Tarsis itu bermuatkan emas dan perak dan gading dan beberapa ekor kera dan burung merak. 11389

  • 10Bahwa raja-raja Tarsis dan raja-raja segala pulaupun akan membawa persembahan, dan segala raja Syeba dan Sebapun akan menghantar bingkisan.

  • 22Karena pada baginda adalah kapal dari Tarsis di laut serta dengan kapal Hiram, maka tiap-tiap tiga tahun sekali masuklah segala kapal dari Tarsis itu, muatannya emas dan perak dan gading dan beberapa kera dan burung merak.

  • 69%

    22dan kepada segala raja Tsur dan segala raja Sidon dan kepada raja-raja segala pulau-pulau yang diseberang laut,

    23kepada Dedan dan Tema dan Buz dan kepada mereka sekalian yang bercukur ujung rambutnya itu;

    24dan kepada segala raja Arab dan segala raja orang bedui yang duduk di padang belantara;

  • 69%

    5Bahwa kamu sudah mengambil emas perak-Ku, dan segala mata benda-Ku yang indah-indah itu sudah kamu bawa masuk ke dalam kuilmu.

  • 8Maka engkau suka akan kebenaran dan benci akan kejahatan, ya Allah! maka sebab itu Allahmu telah menyirami engkau dengan minyak kesukaan terlebih dari pada segala taulanmu.

  • 25Lalu mereka itu duduk hendak makan roti. Serta mereka itu mengangkat matanya dilihatnya bahwasanya adalah datang suatu kafilah orang Ismaili dari negeri Gilead serta dengan untanya bermuat rempah-rempah dan getah dan kemenyan, ia itu berjalan hendak ke Mesir.

  • 1Sebermula, maka serta kabar akan hal raja Sulaiman kedengaranlah kepada permaisuri negeri Syeba, maka datanglah ia ke Yeruzalem hendak mencobai akan raja Sulaiman dengan beberapa penerka dan sertanya adalah suatu tentara yang besar dan beberapa unta yang muat rempah-rempah dan amat banyak emas dan permata yang indah-indah; maka sampailah ia kepada raja Sulaiman, lalu berkata-kata dengan baginda akan hal segala sesuatu yang di dalam hatinya.

  • 23dan cahaya pelita sekali-kali tiada akan bercahaya lagi di dalammu, dan suara mempelai laki-laki dan mempelai perempuan pun sekali-kali tiada akan terdengar lagi di dalammu. Karena segala saudagarmu itu orang besar-besar di dunia; oleh sebab hobatanmu telah tersesat segala bangsa.

  • 28Maka bagi raja Sulaiman adalah pembawaan kuda dari Mesir, dan akan benang rami itu, segala saudagar baginda mengambil benang rami itu dengan harganya.