17Adapun akan dikau, hai anak Adam! demikianlah firman Tuhan Hua: Katakanlah kepada segala unggas dengan pelbagai sayapnya, dan kepada segala margasatwa di padang: Berkerumunlah kamu, datanglah ke mari, berhimpunlah bersama-sama dari mana-mana kepada sembelihan-Ku yang sudah Kusembelih bagi kamu, suatu sembelihan besar di atas pegunungan Israel; makanlah dagingnya dan minumlah darahnya!
18Daging orang pahlawan akan kamu makan dan darah orang besar di dunia akan kamu minum; domba jantan dan anak kambing dan kambing jantan dan lembu muda, semuanya binatang yang tambun-tambun dari Bazan!
19Kamu akan makan lemaknya sampai kenyang dan minum darah sampai mabuk dari pada sembelihan yang telah Kusembelih bagi kamu.
20Dan lagi pada meja-Ku kamu akan dikenyangkan dengan kuda dan orang berkendaraan dan orang pahlawan dan pelbagai orang laskar, demikianlah firman Tuhan Hua!