Imamat 23:37

Terjemahan Lama

Maka inilah segala masa raya Tuhan, yang hendak kamu seru-serukan akan perhimpunan yang suci dan akan dipersembahkan kepada Tuhan beberapa korban api dan korban bakaran dan persembahan makanan dan korban sembelihan dan persembahan minuman, masing-masing pada harinya.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Im 23:2 : 2 Katakanlah kepada segala bani Israel ini: Adapun segala masa raya Tuhan, yang akan diserukan oleh kamu bagi perhimpunan yang suci, segala masa raya-Ku inilah dia:
  • Im 23:4 : 4 Maka inilah segala masa raya Tuhan akan perhimpunan yang suci, yang hendak kamu serukan pada masanya yang tertentu:
  • Ul 16:16-17 : 16 Maka tiga kali dalam setahun hendaklah segala orang laki-laki di antara kamu datang menghadap hadirat Tuhan, Allahmu, ke tempat yang akan dipilih Tuhan, yaitu pada masa raya roti fatir dan pada masa raya jumaat dan pada masa raya pondok daun-daunan dan jangan orang menghadap hadirat Tuhan dengan hampa tangannya. 17 Masing-masing sekadar perolehan tangannya, sekadar berkat yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu.
  • Pkh 3:1 : 1 Bermula bagi segala sesuatu adalah masa yang tertentu dan bagi segala maksud adalah ketikanya di bawah langit.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • Im 23:1-4
    4 ayat
    87%

    1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:

    2Katakanlah kepada segala bani Israel ini: Adapun segala masa raya Tuhan, yang akan diserukan oleh kamu bagi perhimpunan yang suci, segala masa raya-Ku inilah dia:

    3Enam hari lamanya hendaklah orang bekerja, tetapi pada hari yang ketujuh itulah sabat perhentian bagi suatu perhimpunan yang suci, barang sesuatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat, karena ia itulah sabat Tuhan pada segala tempat kedudukan kamu.

    4Maka inilah segala masa raya Tuhan akan perhimpunan yang suci, yang hendak kamu serukan pada masanya yang tertentu:

  • 84%

    35Pada hari yang pertama itu akan ada perhimpuan yang suci; jangan kamu bekerja pada hari itu.

    36Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu mempersembahkan kepada Tuhan beberapa korban bakaran dan pada hari yang kedelapan hendaklah ada bagimu suatu perhimpunan yang suci, dan persembahkanlah beberapa korban bakaran kepada Tuhan; maka inilah hari raya adanya, jangan kamu bekerja pada hari itu.

  • 39Maka sekalian ini hendaklah kamu sediakan bagi Tuhan pada segala masa rayamu, lain dari pada segala nazarmu dan segala persembahan dari keridlaan hatimu, baik persembahan bakaranmu baik persembahan makananmu baik persembahan minumanmu baik persembahan syukurmu.

  • 31dan akan mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan pada segala sabat dan bulan baharu dan masa raya yang tertentu dengan bilangannya, menurut adat yang di antara mereka itu senantiasa di hadapan hadirat Tuhan;

  • Im 23:7-9
    3 ayat
    81%

    7Maka pada hari yang pertama itu hendaklah bagimu suatu perhimpunan yang suci; barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat.

    8Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan, maka pada hari yang ketujuhpun akan ada suatu perhimpunan yang suci, barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat.

    9Maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:

  • 80%

    38Kecuali segala sabat Tuhan dan kecuali segala persembahanmu dan segala nazarmu dan segala korban dari ridla hatimu, yang hendak kamu persembahkan kepada Tuhan.

    39Maka sebab itu pada lima belas hari bulan yang ketujuh, apabila kamu sudah mengumpulkan segala hasil tanahmu, hendaklah kamu membuat suatu masa raya bagi Tuhan tujuh hari lamanya; maka pada hari yang pertama hendaklah ada perhentian dan pada hari yang kedelapanpun hendaklah ada perhentian.

  • 6Lain dari pada korban bakaran pada bulan baharu dan persembahannya makanan dan korban bakaran yang selalu dengan persembahannya makanan dan persembahannya minuman dengan sepertinya, suatu persembahan yang dimakan api dan bau yang harum bagi Tuhan.

  • 37Maka inilah hukum korban bakaran, dan persembahan makanan dan korban karena dosa dan korban karena salah dan korban lantikan dan korban syukur,

  • 3maka di sana kamu akan menyediakan korban yang dimakan api bagi Tuhan, yaitu korban bakaran atau korban sembelihan akan menyampaikan nazar atau akan persembahan dari keridlaan hati, atau pada masamu raya akan mempersembahkan kepada Tuhan suatu bau yang harum dari pada lembu atau domba kambing,

  • 80%

    25Jangan kamu bekerja pada hari itu, melainkan hendaklah kamu mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan.

    26Dan lagi berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:

    27Tetapi pada sepuluh hari bulan yang ketujuh itu, yaitu hari gafirat yang besar, akan ada perhimpunan yang suci bagimu, maka pada hari itu hendaklah kamu merendahkan hatimu dan mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan.

  • 80%

    23Lain dari pada korban bakaran pada pagi hari yang akan korban bakaran selalu, hendaklah kamu menyediakan ini.

    24Dengan menurut perintah ini juga tujuh hari lamanya hendaklah kamu menyediakan makanan persembahan yang dimakan api bagi Tuhan akan suatu bau yang harum; lain dari pada korban bakaran yang selalu hendaklah disediakan sekalian ini serta dengan persembahannya minuman.

    25Maka pada hari yang ketujuh akan ada perhimpunan yang suci bagi kamu, janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya.

    26Maka pada hari buah-buah bungaran, apabila kamu mempersembahkan buah-buah yang baharu akan persembahan makanan kepada Tuhan, pada masa raya jemaatmu hendaklah ada satu perhimpunan yang suci bagi kamu dan janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya.

  • 18Maka serta dengan roti itu hendaklah kamu mempersembahkan pula tujuh ekor anak domba, yang umur setahun dan tiada celanya dan seekor lembu muda, yaitu anak lembu, dan dua ekor domba jantan, sekalian itu akan korban bakaran bagi Tuhan, serta dengan persembahannya makanan dan minuman, akan persembahan bakaran dan bau yang harum kepada Tuhan.

  • 79%

    12Maka pada lima belas hari bulan yang ketujuh itu hendaklah ada perhimpunan yang suci bagi kamu, janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya, melainkan tujuh hari lamanya hendaklah kamu memuliakan masa raya bagi Tuhan.

    13Maka hendaklah kamu menyediakan tiga belas ekor anak lembu atau lembu muda dan dua ekor domba jantan dan empat belas anak domba yang umur setahun dan tiada berkecelaan akan korban bakaran, akan korban yang dimakan api, yaitu suatu bau yang harum bagi Tuhan,

  • 10Maka inilah korban bakaran sabat pada sebilang hari sabat, lain dari pada korban bakaran yang selalu dan persembahannya minuman.

  • 21Maka pada hari itu juga hendaklah kamu berseru-seru bahwa adalah perhimpunan yang suci bagimu; barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat; ia itulah satu hukum yang kekal bagimu turun-temurun dalam segala tempat kedudukanmu.

  • 5Setelah itu dipersembahkannya pula korban bakaran yang selalu itu dan akan segala bulan baharu dan akan segala masa raya Tuhan yang tertentu dan yang telah disucikan, dan lagi akan segala persembahan dari keridlaan hati, yang dipersembahkan kepada Tuhan.

  • 78%

    35Maka pada hari yang kedelapan akan ada bagimu hari raya yang besar, jangan kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya.

    36Maka hendaklah kamu mempersembahkan seekor anak lembu dan seekor domba jantan dan tujuh ekor anak domba yang umur setahun dan yang tiada berkecelaan akan korban bakaran, yaitu korban yang dimakan api, suatu bau yang harum bagi Tuhan.

    37Adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan anak lembu dan domba jantan dan segala anak domba itu, hendaklah seturut bilangannya dan dengan sepertinya;

  • 19Maka hendaklah kamu mempersembahkan kepada Tuhan korban yang dimakan api, akan korban bakaran dua ekor anak lembu atau lembu muda dan seekor domba jantan dan tujuh ekor anak domba yang umur setahun dan tiada berkecelaan adanya.

  • 13yaitu barang yang patut dipersembahkan pada sebilang hari, setuju dengan pesan Musa, pada segala hari sabat dan pada segala bulan baharu dan pada segala masa raya yang tertentu, tiga kali dalam setahun, yaitu pada masa raya roti fatir, dan pada masa raya asabih dan pada masa raya pondok daun-daunan.

  • 2Maka hendaklah kamu menyediakan seekor anak lembu atau lembu muda dan seekor domba jantan dan tujuh ekor anak domba yang umur setahun dan tiada berkecelaan akan korban bakaran, suatu bau yang harum bagi Tuhan,

  • 14Dalam setahun tiga kali hendaklah kamu berbuat hari raya bagi-Ku.

  • 18Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;

  • 30Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;

  • 27Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;

  • 2Suruhlah bani Israel dan katakanlah kepada mereka itu: Adapun persembahan korban kepada-Ku dan persembahan makanan kepada-Ku akan persembahan yang dimakan api, ia itu suatu bau yang harum bagi-Ku, hendaklah kamu peliharakan, supaya dipersembahkan kepada-Ku pada masa yang telah ditentukan.

  • 33Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;

  • 16Maka pada hari yang pertama akan ada suatu perhimpunan yang suci dan pada hari yang ketujuhpun akan ada suatu perhimpunan yang suci, maka pada hari itu tiada boleh orang bekerja, hanya barang yang hendak dimakan oleh masing-masing itu boleh disediakan.

  • 8Maka katakanlah olehmu kepada mereka itu: Barangsiapa dari pada isi rumah Israel dan dari pada segala orang dagang, yang duduk menumpang di antaranya, apabila dipersembahkannya suatu korban bakaran atau korban sembelihan,

  • 21Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;

  • 24dan persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;

  • 31Lain dari pada korban bakaran yang selalu dan persembahannya makanan hendaklah kamu menyediakan dia, janganlah ia itu berkecelaan, dan lagi persembahannya minuman.

  • 44Demikianlah dipesan Musa kepada segala bani Israel akan segala masa raya Tuhan itu.

  • 12Maka pada hari kamu menimang-nimang seikat itu hendaklah kamu menyediakan seekor anak domba yang setahun umurnya dan yang tiada berkecelaan, akan korban bakaran bagi Tuhan.

  • 8Maka hendaklah kamu mempersembahkan seekor anak lembu atau lembu muda dan seekor domba jantan dan tujuh ekor anak domba yang umur setahun dan yang tiada berkecelaan akan korban bakaran, suatu bau yang harum bagi Tuhan,

  • 16Sampai kepada keesokan harinya kemudian dari pada sabtu yang ketujuh itu, genap lima puluh hari hendaklah kamu bilang, maka pada hari itu hendaklah kamu mempersembahkan kepada Tuhan suatu persembahan makanan yang baharu.