Lukas 10:4

Terjemahan Lama

Jangan membawa pundi-pundi, atau tempat bekal, atau kasut; dan jangan memberi salam kepada barang seorang pun di jalan.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • 2Raj 4:29 : 29 Maka kata Elisa kepada Gehazi: Ikatlah pinggangmu, ambillah akan tongkatku pada tanganmu, lalu pergi; maka jikalau barang seorang bertemu dengan dikau jangan engkau bersalam-salaman dengan dia, dan jikalau barang seorang memberi salam kepadamu, jangan kaubalas salamnya, dan letakkanlah tongkatku ini pada muka budak itu.
  • Luk 22:35 : 35 Maka kata Yesus kepada murid-murid itu, "Tatkala Aku menyuruhkan kamu keluar dengan tiada membawa pundi-pundi atau tempat bekal atau kasut, adakah kamu kekurangan barang sesuatu?" Maka kata mereka itu, "Tiada."
  • Ams 4:25 : 25 Biarlah matamu memandang betul ke muka, dan kelopak matamupun menuju betul ke hadapanmu.
  • Mat 10:9-9 : 9 Dan jangan kamu membawa emas atau perak atau tembaga di dalam ikat pinggangmu; 10 atau barang tempat bekal bagi perjalanan, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat pun; karena tiap-tiap orang yang bekerja, patut mendapat makanannya. 11 Dan apabila kamu masuk ke dalam barang sesuatu negeri atau kampung, periksalah olehmu, siapa yang patut-patut di sana, lalu tinggallah di situ, sehingga kamu berangkat pula dari tempat itu. 12 Apabila kamu masuk rumah orang, berilah salam padanya. 13 Dan jikalau isi rumah itu berlayak, biarlah sejahteramu turun ke atasnya; tetapi jikalau tiada, berbaliklah sejahteramu itu kepadamu pula. 14 Maka barangsiapa yang tiada menerima kamu atau tiada mendengar perkataanmu, apabila kamu keluar dari rumah atau negeri itu, kebaskanlah debu kakimu.
  • Mrk 6:8-9 : 8 Lalu dipesankan-Nya kepada mereka itu supaya jangan membawa barang sesuatu pun pada perjalanannya, hanyalah sebatang tongkat sahaja, tetapi roti pun jangan, pundi-pundi pun jangan, uang dalam ikat pinggang pun jangan, 9 boleh juga memakai kasut, tetapi jangan memakai dua lapis baju dalam. 10 Maka berkatalah Yesus kepada mereka itu, "Barang di mana kamu masuk ke dalam rumah orang, di situlah kamu tinggal, sehingga kamu berangkat pula dari tempat itu. 11 Maka tempat mana yang tiada menerima kamu, atau tiada hendak mendengar akan kamu, apabila kamu keluar dari situ pula, kebaskanlah debu yang di tapak kakimu, akan menjadi suatu kesaksian pada mereka itu."
  • Luk 9:3-6 : 3 Maka kata-Nya kepada mereka itu, "Jangan kamu bawa apa-apa pada perjalananmu; tongkat pun jangan, pundi-pundi pun jangan, roti pun jangan, uang pun jangan, berbaju dua pun jangan. 4 Maka ke rumah mana jua pun kamu masuk, tinggallah di sana, dan dari situ pula kamu keluar. 5 Maka seberapa banyak orang yang tiada menerima kamu, apabila kamu keluar dari negeri itu, kebaskanlah debu yang di tapak kakimu, akan menjadi suatu kesaksian pada mereka itu." 6 Maka keluarlah mereka itu pergi ke seluruh kampung sambil memberitakan kabar kesukaan dan menyembuhkan orang sana sini.
  • Luk 9:59-60 : 59 Maka kata Yesus kepada seorang lain, "Ikutlah Aku." Tetapi kata orang itu, "Izinkanlah hamba pergi dahulu menguburkan bapa hamba." 60 Tetapi kata Yesus kepadanya, "Biarlah orang mati menguburkan orangnya yang mati; tetapi engkau ini, pergilah memasyhurkan kerajaan Allah."
  • Luk 10:4-9 : 4 Jangan membawa pundi-pundi, atau tempat bekal, atau kasut; dan jangan memberi salam kepada barang seorang pun di jalan. 5 Apabila kamu masuk ke rumah mana pun, hendaklah kamu berkata dahulu: Sejahteralah bagi rumah ini. 6 Jikalau ada anak sejahtera di situ, maka sejahteramu itu pun akan tinggal tetap kepadanya; tetapi jikalau tiada, berbaliklah sejahtera itu kepada kamu. 7 Di dalam rumah itulah kamu tinggal serta makan minumlah barang yang diberinya; karena tiap-tiap orang yang bekerja, niscaya mendapat upahnya. Janganlah kamu berpindah-pindah dari sebuah rumah ke sebuah rumah. 8 Apabila kamu masuk ke negeri mana pun serta orang menerima kamu, makanlah barang yang dihidangkan bagimu, 9 dan sembuhkanlah orang sakit di situ, serta katakan kepadanya: Kerajaan Allah sudah dekat dengan kamu. 10 Apabila kamu masuk ke negeri mana pun, tetapi orangnya tiada menerima kamu, pergilah kamu ke luar ke jalan-jalannya, katakanlah: 11 Debu negerimu yang lekat pada kaki kami itu pun, kami kebaskan kepadamu; akan tetapi ketahuilah olehmu, bahwa kerajaan Allah sudah dekat. 12 Maka Aku berkata kepadamu, bahwa pada hari itu siksa negeri Sodom terlebih ringan daripada siksa negeri itu.
  • Kej 24:33 : 33 Kemudian disajikan oranglah kepadanya makanan, tetapi katanya: Tiada hamba mau makan sebelum hamba katakan habis segala perkataan hamba dahulu. Maka sahut Laban: Katakanlah dia.
  • Kej 24:56 : 56 Maka sahutnya kepada mereka itu: Janganlah kamu tahankan hamba, sedang sudah dihasilkan Tuhan akan perjalanan hamba, biarlah hamba pergi berjalan pulang kepada tuan hamba.
  • 1Sam 21:8 : 8 Maka kata Daud kepada Akhimelekh: Tiadakah di sini, di bawah tanganmu, sebatang lembing atau sebilah pedang? karena tiada sempat aku membawa pedang atau senjata pada tanganku, sebab titah baginda itu dengan paksa juga.
  • 2Raj 4:24 : 24 Maka dikenakannya pelana kepada keledai betina itu, lalu katanya kepada hambanya: Buru-buru sahaja jalannya, jangan ia berhenti melainkan dengan kataku.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • Luk 9:3-5
    3 ayat
    83%

    3Maka kata-Nya kepada mereka itu, "Jangan kamu bawa apa-apa pada perjalananmu; tongkat pun jangan, pundi-pundi pun jangan, roti pun jangan, uang pun jangan, berbaju dua pun jangan.

    4Maka ke rumah mana jua pun kamu masuk, tinggallah di sana, dan dari situ pula kamu keluar.

    5Maka seberapa banyak orang yang tiada menerima kamu, apabila kamu keluar dari negeri itu, kebaskanlah debu yang di tapak kakimu, akan menjadi suatu kesaksian pada mereka itu."

  • 83%

    5Maka kedua belas orang inilah disuruhkan oleh Yesus dengan pesan-Nya demikian, "Janganlah kamu pergi ke negeri orang kafir dan jangan kamu masuk negeri orang Samaria,

    6melainkan pergilah kamu kepada segala domba kaum Israel yang sesat itu.

    7Maka sambil kamu berjalan itu, kabarkanlah: Bahwa kerajaan surga sudah dekat.

    8Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkanlah orang yang mati, tahirkanlah orang yang kena bala zaraat dan buangkanlah segala setan. Karena dengan percuma kamu dapat, berikanlah juga dengan percuma.

    9Dan jangan kamu membawa emas atau perak atau tembaga di dalam ikat pinggangmu;

    10atau barang tempat bekal bagi perjalanan, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat pun; karena tiap-tiap orang yang bekerja, patut mendapat makanannya.

    11Dan apabila kamu masuk ke dalam barang sesuatu negeri atau kampung, periksalah olehmu, siapa yang patut-patut di sana, lalu tinggallah di situ, sehingga kamu berangkat pula dari tempat itu.

    12Apabila kamu masuk rumah orang, berilah salam padanya.

    13Dan jikalau isi rumah itu berlayak, biarlah sejahteramu turun ke atasnya; tetapi jikalau tiada, berbaliklah sejahteramu itu kepadamu pula.

    14Maka barangsiapa yang tiada menerima kamu atau tiada mendengar perkataanmu, apabila kamu keluar dari rumah atau negeri itu, kebaskanlah debu kakimu.

  • 83%

    8Lalu dipesankan-Nya kepada mereka itu supaya jangan membawa barang sesuatu pun pada perjalanannya, hanyalah sebatang tongkat sahaja, tetapi roti pun jangan, pundi-pundi pun jangan, uang dalam ikat pinggang pun jangan,

    9boleh juga memakai kasut, tetapi jangan memakai dua lapis baju dalam.

    10Maka berkatalah Yesus kepada mereka itu, "Barang di mana kamu masuk ke dalam rumah orang, di situlah kamu tinggal, sehingga kamu berangkat pula dari tempat itu.

    11Maka tempat mana yang tiada menerima kamu, atau tiada hendak mendengar akan kamu, apabila kamu keluar dari situ pula, kebaskanlah debu yang di tapak kakimu, akan menjadi suatu kesaksian pada mereka itu."

  • 79%

    35Maka kata Yesus kepada murid-murid itu, "Tatkala Aku menyuruhkan kamu keluar dengan tiada membawa pundi-pundi atau tempat bekal atau kasut, adakah kamu kekurangan barang sesuatu?" Maka kata mereka itu, "Tiada."

    36Lalu kata-Nya kepada mereka itu, "Tetapi sekarang siapa yang ada pundi-pundi, biarlah ia bawa dia, dan yang ada tempat bekal begitu juga; tetapi siapa yang tiada menaruh sesuatu, hendaklah ia menjual bajunya akan membeli pedang.

  • 3Pergilah kamu! Ingat-ingat, Aku menyuruh kamu seperti anak domba di antara serigala.

  • 75%

    5Apabila kamu masuk ke rumah mana pun, hendaklah kamu berkata dahulu: Sejahteralah bagi rumah ini.

    6Jikalau ada anak sejahtera di situ, maka sejahteramu itu pun akan tinggal tetap kepadanya; tetapi jikalau tiada, berbaliklah sejahtera itu kepada kamu.

    7Di dalam rumah itulah kamu tinggal serta makan minumlah barang yang diberinya; karena tiap-tiap orang yang bekerja, niscaya mendapat upahnya. Janganlah kamu berpindah-pindah dari sebuah rumah ke sebuah rumah.

    8Apabila kamu masuk ke negeri mana pun serta orang menerima kamu, makanlah barang yang dihidangkan bagimu,

    9dan sembuhkanlah orang sakit di situ, serta katakan kepadanya: Kerajaan Allah sudah dekat dengan kamu.

    10Apabila kamu masuk ke negeri mana pun, tetapi orangnya tiada menerima kamu, pergilah kamu ke luar ke jalan-jalannya, katakanlah:

    11Debu negerimu yang lekat pada kaki kami itu pun, kami kebaskan kepadamu; akan tetapi ketahuilah olehmu, bahwa kerajaan Allah sudah dekat.

  • 70%

    15Dan orang yang di atas sotoh rumah, janganlah turun ke bawah atau masuk membawa ke luar apa-apa dari dalam rumahnya;

    16dan orang yang di ladangnya, janganlah pulang mengambil pakaiannya.

  • 18dan lagi orang yang di ladangnya, janganlah pulang mengambil pakaiannya.

  • 69%

    40Dan jikalau seorang hendak mendakwa engkau, lalu mengambil bajumu, biarlah ia mengambil jubahmu juga.

    41Dan lagi barangsiapa yang memaksa engkau berjalan satu mil jauhnya, pergilah sertanya dua kali ganda.

  • 69%

    29Kepada orang yang menampar pipimu sebelah, berilah juga kepadanya pipi yang sebelah lagi; dan orang yang mengambil jubahmu, jangan ditegahkan mengambil bajumu lagi.

    30Berilah kepada tiap-tiap orang yang meminta kepadamu; dan daripada orang yang mengambil barang-barangmu, jangan dituntut kembali.

  • 16Ingatlah olehmu, Aku ini menyuruhkan kamu seperti domba di antara serigala. Sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular, dan tulus hati seperti burung merpati.

  • 29Maka kata Elisa kepada Gehazi: Ikatlah pinggangmu, ambillah akan tongkatku pada tanganmu, lalu pergi; maka jikalau barang seorang bertemu dengan dikau jangan engkau bersalam-salaman dengan dia, dan jikalau barang seorang memberi salam kepadamu, jangan kaubalas salamnya, dan letakkanlah tongkatku ini pada muka budak itu.

  • 4Maka mereka itupun kelak bertanyakan selamatmu serta memberikan kepadamu roti dua ketul, hendaklah engkau menerima dia dari pada tangannya.

  • 23Maka orang akan berkata kepadamu: Tengoklah di situ! Tengoklah di sini! Janganlah kamu pergi atau mengikut!

  • 6Janganlah kamu memberi barang yang kudus pada anjing, dan jangan dicampakkan mutiaramu di hadapan babi, kalau-kalau dipijak-pijaknya dengan kakinya serta berbalik mencarik kamu.

  • 15Hai anakku! janganlah engkau pergi serta mereka itu pada jalan itu dan jauhkanlah kakimu dari pada lorong-lorongnya.

  • 12supaya kamu melakukan dirimu dengan senonoh kepada orang luar, dan tiada bergantung kepada orang.

  • 10Jikalau barang seorang datang kepadamu dan membawa pengajaran lain daripada itu, janganlah kamu terima dia masuk ke dalam rumahmu, dan jangan memberi salam kepadanya.

  • 15dan kakimu berkasutkan persediaan Injil perdamaian itu,

  • 35Pada keesokan harinya dikeluarkannya dua dinar, diberikannya kepada tuan rumah tumpangan itu sambil katanya: Belakanlah dia, dan barang apa yang engkau belanjakan lebih daripada itu aku ganti, apabila aku datang kembali.

  • 57Sedang mereka itu berjalan, berkatalah seorang kepada Yesus, "Hamba hendak mengikut barang ke mana Guru pergi."

  • 33Jualkanlah barang yang ada padamu dan sedekahkanlah; perbuatlah akan dirimu pundi-pundi yang tiada akan buruk, suatu harta yang tiada berkesudahan di surga, yaitu di tempat pencuri tiada masuk, dan yang tiada gegat membinasakan.

  • 22Maka kata Yesus kepada murid-murid-Nya, "Sebab itu Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu kuatir akan hal nyawamu, yaitu apa yang hendak kamu makan; atau dari hal tubuhmu, apa yang hendak kamu pakai.

  • 14Janganlah engkau masuk kepada jalan orang fasik dan jangan berjejak pada jalan orang jahat.

  • 36Maka sementara Ia berjalan, orang pun membentangkan pakaiannya di jalan.

  • 33Sedemikian juga barangsiapa di antara kamu, yang tiada meninggalkan segala sesuatu yang dipunyainya, tiada dapat menjadi murid-Ku.