1 Tawarikh 23:2
Maka dihimpunkannyalah segala penghulu orang Israel dan segala imam dan orang Lewipun,
Maka dihimpunkannyalah segala penghulu orang Israel dan segala imam dan orang Lewipun,
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
2Setelah itu maka berjalanlah mereka itu beridar-idar dalam negeri Yehuda, dihimpunkannyalah segala orang Lewi dari pada segala negeri Yehuda dan segala kepala bapa-bapa orang Israel, lalu kembalilah mereka itu ke Yeruzalem.
3Maka segenap perhimpunan itupun berjanji-janjianlah di dalam bait-Ullah dengan rajanya, maka kata Yoyada kepada mereka itu: Lihatlah olehmu, inilah putera baginda yang patut kerajaan, seperti Tuhan sudah berfirman akan hal bani Daud itu.
1Bermula, maka pada masa itu disuruhkan baginda akan orang menghimpunkan kepadanya segala tua-tua Yeruzalem dan Yehuda.
2Maka naiklah baginda, lalu masuk ke dalam rumah Tuhan dan segala orang Yehuda dan segala orang isi Yeruzalempun sertanya, dan lagi segala imam dan nabi dan orang banyak dari pada kecil dan besar, maka dibacakannya segala perkataan kitab perjanjian yang terdapat dalam rumah Tuhan itu di hadapan pendengaran mereka itu sekalian.
1Bermula, maka oleh Daud dihimpunkanlah segala penghulu orang Israel, segala penghulu suku bangsa dan segala panglima pasukan, yang dalam pekerjaan raja, dan segala kepala atas orang seribu dan segala kepala atas orang seratus dan segala pemerintah harta benda dan milik baginda dan segala putera baginda serta dengan segala penjawat istana dan segala segala pahlawan dan segala orang bangsawan ke Yeruzalem.
3Maka dihimpunkan Daud segenap orang Israel di Yeruzalem akan membawa naik tabut Tuhan itu ke tempatnya, yang telah disediakannya akan dia.
4Maka dihimpunkanlah Daud segala bani Harun dan segala orang Lewi.
13Maka segala imam dan orang Lewi, yang di seluruh tanah Israel itu, berhimpunlah kepadanya dari pada segala jajahan negerinya.
29Maka pada masa itu disuruhkan baginda akan orang menghimpunkan segala tua-tua orang Yehuda dan Yeruzalem.
2Maka bertitahlah raja Sulaiman kepada segenap orang Israel, kepada segala kepala atas orang seribu dan atas orang seratus dan kepada segala hakim dan kepada segala penghulu segenap orang Israel, semuanya kepala bapa-bapa.
2Maka pada masa itu dihimpunkanlah segala tua-tua orang Israel dan segala penghulu suku bangsanya dan segala kepala bapa-bapa yang di antara bani Israel ke Yeruzalem hendak dibawa naik akan tabut perjanjian Tuhan dari negeri Daud, yaitu dari Zion.
3Maka berhimpunlah segala orang Israel kepada baginda pada hari raya yang pada bulan yang ketujuh.
4Setelah sudah datang segala tua-tua orang Israel maka diangkat oleh orang Lewi akan tabut itu.
1Sebermula, maka Daudpun bermusyawaratlah dengan segala penghulu orang seribu dan segala penghulu orang seratus dan dengan segala orang raja-raja.
2Maka titah Daud kepada segenap perhimpunan orang Israel: Jikalau pada sangkamu baik dan setuju dengan kehendak Tuhan, Allah kita, mari kita menyuruhkan utusan ke mana-mana, kepada segala saudara kita yang lain dalam segala negeri orang Israel, dan lagi kepada segala imam dan segala orang Lewipun dalam negeri-negeri bahagian mereka itu, supaya mereka itu sekalian dihimpunkan kepada kita.
1Bermula, maka pada masa Daud sudah tua dan puas-puas umurnya dijadikannya Sulaiman, puteranya, raja atas orang Israel.
1Arakian, maka pada masa itu dihimpunkanlah raja Sulaiman segala tua-tua orang Israel dan segala penghulu suku bangsanya dan segala kepala isi rumah bani Israel, datang menghadap baginda raja Sulaiman ke Yeruzalem, hendak dibawanya naik akan tabut perjanjian Tuhan dari negeri Daud, yaitu dari Sion.
3Setelah sudah datang segala tua-tua orang Israel, maka diangkat segala imam akan tabut itu,
27Maka dengan titah Daud yang kemudian itu dibilangnya banyak bani Lewi yang umur dua puluh tahun atau lebih.
11Arakian, maka dipanggil Daud akan imam Zadok dan Abyatar dan akan orang-orang Lewi yang bernama Uriel dan Asaya dan Yoel dan Semaya dan Eliel dan Aminadab.
12Lalu titah baginda kepada mereka itu: Adapun kamu ini penghulu-penghulu segala orang isi rumah bapa-bapa orang Lewi, maka sebab itu sucikanlah dirimu dan segala saudaramupun, supaya dibawa olehmu akan tabut Tuhan naik ke tempat yang telah kusediakan baginya.
26Maka berdirilah segala orang Lewi dengan bunyi-bunyian Daud, dan segala imampun dengan nafirinya.
3Demikianpun segala tua-tua Israel datang menghadap baginda ke Heberon, lalu berjanji-janjianlah Daud dengan mereka itu di Heberon di hadapan hadirat Tuhan, maka disiramnya Daud akan raja atas orang Israel.
17Lagipun bertitah Daud kepada segala penghulu orang Israel, disuruhnya mereka itu membantu Sulaiman, putera baginda, titahnya:
9Maka hendaklah kausuruh orang Lewi itu datang hampir ke hadapan kemah perhimpunan dan segenap sidang bani Israel hendaklah kaupanggil berhimpun bersama-sama.
2Maka disuruh Daud himpunkan segala orang dagang yang di dalam negeri orang Israel, lalu dijadikannya mereka itu pemahat batu, akan memahatkan baut-batu galian bagi perbuatan bait-Ullah.
6Maka dibahagi Daud akan mereka itu berkelompok-kelompok seturut bani Lewi, yaitu Gerson dan Kehat dan Merari.
3Demikianpun datanglah segala tua-tua orang Israel menghadap baginda ke Heberon, maka Daudpun berjanji-janjianlah dengan mereka itu di Heberon, di hadapan hadirat Tuhan, maka disiramnyalah Daud akan raja orang Israel, setuju dengan firman Tuhan yang dikatakan oleh Semuel itu.
3maka orang Lewi itu dibilang banyaknya, yaitu segala orang yang umur tiga puluh tahun dan lebih dari pada itu, maka jumlah segala orangnya laki-laki adalah tiga puluh delapan ribu.
1Kemudian dari pada itu dihimpunkanlah Daud pula segala orang pilihan dari antara orang Israel, tiga puluh ribu orang banyaknya.
13Maka disuruh baginda raja Sulaiman kerahkan orang dari pada segenap orang Israel, adapun banyak yang dikerahkan itu tiga puluh ribu orang.
14dan lagi sepuluh orang penghulupun sertanya, seorang penghulu akan tiap-tiap suku bani Israel, masing-masing mereka itu penghulu bangsanya di antara beribu-ribu orang Israel.
4Maka disuruh baginda segala imam dan orang Lewi datang menghadap, dihimpunkannyalah mereka itu pada halaman timur.
25Maka segenap sidang orang Yehudapun bersuka-sukaanlah serta dengan segala imam dan orang Lewi dan segenap perhimpunan orang yang telah datang dari tanah Israel, dan lagi segala orang dagangpun, baik yang telah datang dari tanah Israel baik yang duduk di tanah Yehuda.
4Sebab itu berhimpunlah segala tua-tua orang Israel, lalu sekaliannya pergi mendapatkan Semuel, yang di Rama,
32Maka titah baginda raja Daud: Panggilkanlah aku imam Zadok dan nabi Natan dan Benaya bin Yoyada. Maka ketiganyapun datanglah menghadap baginda.
11Maka disuruhkan baginda akan orang pergi memanggil imam Akhimelekh bin Ahitub dan segala orang isi rumah bapanya, yaitu segala imam yang di Nob, maka datanglah mereka itu sekalian menghadap baginda.
21Bahwasanya inilah segala kelompok-kelompok imam dan orang Lewi yang sedia bagi segala pekerjaan bait-Ullah, dan lagi bagi pekerjaan itu adalah sertamu pelbagai orang yang ridla hatinya lagi pandai dalam segala pekerjaan itu, dan segala penghulu dan segenap orang banyak itu sedia akan menjunjung segala titahmu.
23Maka bersemayamlah Sulaiman di atas takhta kerajaan Tuhan, menjadi raja akan ganti Daud, ayahanda baginda, dan selamatlah ia dalam segala sesuatu yang diperbuat olehnya, dan segenap orang Israelpun mendengar akan titahnya.
24Maka segala penghulu dan segala orang pahlawan dan segala putera baginda raja Daudpun menjunjung duli baginda akan tanda takluknya ke bawah baginda raja Sulaiman.
5Maka baginda raja Sulaiman dan segala orang Israel yang telah dihimpunkan oleh baginda itu, adalah serta baginda di hadapan tabut sambil mengorbankan lembu domba kambing yang tiada terbilang atau tepermanai banyaknya.
46Adapun segala orang yang dibilang, yang dibilang oleh Musa dan Harun dan oleh penghulu-penghulu Israel dari pada segala orang Lewi, seturut sukunya seturut rumah bapa-bapanya,
17Hata, maka dibilang Sulaiman akan segala orang dagang yang di dalam negeri orang Israel seturut bilangan Daud, ayahanda baginda, akan mereka itu, maka didapati jumlahnya seketi lima laksa tiga ribu enam ratus.
5Maka sebab itu dihimpunkanlah oleh baginda segala imam dan orang Lewi, lalu titahnya kepada mereka itu: Hendaklah kamu keluar kepada segala negeri Yehuda dan pungutlah uang dari pada segenap orang Israel akan membaiki bait-Ullahmu pada sebilang tahun; dan kamu ini hendaklah bersegera-segera dan rajin dalam perkara ini; tetapi tiada juga orang Lewi itu rajin.
2Maka inilah segala menteri yang padanya: Azaria bin Zadok itu mangkubumi.
8Dan serta dengan mereka itu orang Lewi, yaitu Semaya dan Netanya dan Zebaja dan Asahel dan Semiramot dan Yonatan dan Adonia dan Tobia dan Tob-Adonia, dari pada orang Lewi, dan serta dengan mereka itu imam Elisama dan Yoram.
6Maka nama-namanya disuratkan oleh Semaya bin Netaniel, jurutulis yang dari pada orang Lewi, yaitu di hadapan baginda dan segala penghulu dan imam Zadok dan Ahimelekh bin Abyatar dan segala kepala bapa-bapa di antara segala imam dan di antara segala orang Lewi, tiap-tiap kali diambil seisi rumah dari pada Eleazar dan seisi rumah dari pada Itamar.
14Setelah itu maka berpalinglah baginda wajahnya, lalu diberkatinya akan segenap sidang orang Israel, maka segenap sidang orang Israelpun berdirilah.
20Setelah itu maka titah Daud kepada segenap sidang itu: Marilah kamu, pujilah akan Tuhan, Allahmu. Maka dipuji-puji oleh segenap sidang itu akan Tuhan, Allah nenek moyangnya, dan mereka itupun tunduk kepala dan menyembah sujud kepada Tuhan di hadapan baginda.
62Arakian, maka oleh baginda dan segenap orang Israelpun sertanya dipersembahkan korban sembelihan di hadapan hadirat Tuhan.