2 Tawarikh 34:29

Terjemahan Lama

Maka pada masa itu disuruhkan baginda akan orang menghimpunkan segala tua-tua orang Yehuda dan Yeruzalem.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • 2Raj 23:1-3 : 1 Bermula, maka pada masa itu disuruhkan baginda akan orang menghimpunkan kepadanya segala tua-tua Yeruzalem dan Yehuda. 2 Maka naiklah baginda, lalu masuk ke dalam rumah Tuhan dan segala orang Yehuda dan segala orang isi Yeruzalempun sertanya, dan lagi segala imam dan nabi dan orang banyak dari pada kecil dan besar, maka dibacakannya segala perkataan kitab perjanjian yang terdapat dalam rumah Tuhan itu di hadapan pendengaran mereka itu sekalian. 3 Maka bagindapun berdiri hampir dengan tiang, serta dibuatnya suatu perjanjian di hadapan hadirat Tuhan, hendak berjalan mengikut Tuhan dan memeliharakan segala hukum-Nya dan firman-Nya dan syariat-Nya dengan segenap hatinya dan dengan segenap jiwanya, hendak meneguhkan segala perkataan perjanjian ini, yang tersurat di dalam kitab itu. Maka segenap orang banyakpun masuklah perjanjian itu.
  • 1Taw 29:2-9 : 2 Bahwa sekuat-kuatku aku sudah menyediakan bakal bait Allahku, yaitu emas akan barang yang keemasan dan perak akan barang yang dari pada perak dan tembaga akan barang yang dari pada tembaga dan besi akan barang yang dari pada besi dan kayu akan barang yang dari pada kayu adanya, dan lagi batu unam dan pelbagai permata yang indah-indah akan ditatahkan atau akan gemilang pada barang sujian dan batu marmar amat banyak. 3 Tambahan pula, tegal bait Allahku itulah kegemaranku, maka kuberikan lagi segala benda emas dan perak yang padaku, lain dari pada segala bakal yang telah kusediakan akan bait kesucian itu, 4 yaitu tiga ribu talenta emas dari pada emas Ofir, dan tujuh ribu talenta perak semata-mata suci, akan disalut dengan dia dinding segala biliknya. 5 Maka emas itu akan segala barang yang patut dari pada emas dan perak itu akan segala yang patut dari pada perak dan akan segala sesuatu yang akan diperbuat kelak oleh tangan segala tukang. Maka sekarang siapa gerangan dengan keridlaan hatinya hendak memenuhi tangannya bagi Tuhan? 6 Maka pada masa itu dibawa oleh segala penghulu bapa-bapa dan segala penghulu suku-suku bangsa Israel dan segala kepala atas orang seribu dan atas orang seratus dan segala penghulu orang yang dalam pekerjaan baginda akan beberapa persembahan dengan keridlaan hatinya. 7 Dipersembahkannya akan perbuatan bait-Ullah emas lima ribu talenta sepuluh ribu dirham, dan perak sepuluh ribu talenta, dan tembaga delapan belas ribu talenta, dan besi seratus ribu talenta banyaknya. 8 Maka kepada barangsiapa didapati akan permata intan, dipersembahkannya akan perbendaharaan rumah Tuhan dalam pegangan Yehiel, orang Gersoni itu. 9 Maka bersukacitalah hati orang banyak itu oleh karena persembahan mereka itu dengan keridlaan hatinya, karena dengan hati yang tulus dan dengan segala keridlaan dipersembahkannya kepada Tuhan, dan lagi baginda raja Daudpun amat besar sukacita hatinya.
  • 2Taw 30:2 : 2 Karena baginda sudah berbicara dengan segala penghulunya dan dengan segenap sidang yang di Yeruzalem, hendak memegang Pasah pada bulan yang kedua.
  • Mrk 14:8 : 8 Perempuan ini sudah berbuat seberapa dapat dibuatnya, yaitu ia datang hendak mengurapi tubuh-Ku, seolah-olah suatu persediaan bagi hal menguburkan kelak.
  • 1Sam 12:23 : 23 Maka akan daku, dijauhkan kiranya dari padaku berbuat dosa ini kepada Tuhan, yaitu aku berhenti dari pada mendoakan kamu, melainkan aku hendak mengajarkan kamu juga jalan yang baik dan betul.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 92%

    1Bermula, maka pada masa itu disuruhkan baginda akan orang menghimpunkan kepadanya segala tua-tua Yeruzalem dan Yehuda.

    2Maka naiklah baginda, lalu masuk ke dalam rumah Tuhan dan segala orang Yehuda dan segala orang isi Yeruzalempun sertanya, dan lagi segala imam dan nabi dan orang banyak dari pada kecil dan besar, maka dibacakannya segala perkataan kitab perjanjian yang terdapat dalam rumah Tuhan itu di hadapan pendengaran mereka itu sekalian.

  • 30Lalu naiklah baginda ke dalam rumah Tuhan serta dengan segala orang Yehuda dan orang isi Yeruzalem, dan lagi segala imam dan orang Lewi dan orang banyak sekalian dari pada besar dan kecil, maka dibacakannya segala perkataan kitab perjanjian yang telah terdapat di dalam rumah Tuhan itu kepada pendengaran mereka itu sekalian.

  • 28Bahwasanya Aku akan memulangkan dikau kepada segala nenek moyangmu dan engkaupun akan turun ke dalam kuburmu dengan selamat, dan matamupun tiada akan melihat segala bala yang Kudatangkan kelak atas tempat ini dan atas segala orang isinya. Hata, maka disampaikannyalah jawab ini kepada baginda.

  • 2Setelah itu maka berjalanlah mereka itu beridar-idar dalam negeri Yehuda, dihimpunkannyalah segala orang Lewi dari pada segala negeri Yehuda dan segala kepala bapa-bapa orang Israel, lalu kembalilah mereka itu ke Yeruzalem.

  • 20Maka sebab itu sesungguhnya Aku akan memulangkan dikau kepada segala nenek moyangmu dan engkau akan turun ke dalam kuburmu dengan selamat, dan matamupun tiada akan melihat segala bala yang Kudatangkan kelak atas negeri ini. Hata, maka disampaikannyalah jawab ini kepada baginda.

  • 2Maka dihimpunkannyalah segala penghulu orang Israel dan segala imam dan orang Lewipun,

  • 26Tetapi kepada raja Yehuda, yang telah menyuruhkan kamu akan bertanyakan Tuhan, hendaklah kamu katakan ini: Demikianlah firman Tuhan, Allah orang Israel: Adapun segala perkataan yang telah kaudengar itu,

  • 20Arakian, maka bangunlah baginda raja Hizkia pada pagi-pagi hari, dihimpunkannyalah segala penghulu negeri, lalu berjalanlah baginda naik ke dalam rumah Tuhan.

  • 1Arakian, maka pada masa itu dihimpunkanlah raja Sulaiman segala tua-tua orang Israel dan segala penghulu suku bangsanya dan segala kepala isi rumah bani Israel, datang menghadap baginda raja Sulaiman ke Yeruzalem, hendak dibawanya naik akan tabut perjanjian Tuhan dari negeri Daud, yaitu dari Sion.

  • 21Hata, maka oleh bagindapun disuruhkan Yehudi pergi mengambilkan gulungan surat itu; lalu diambilnya dari dalam bilik Elisama, karkun itu, maka dibacakan Yehudi akan dia kepada pendengaran baginda dan kepada pendengaran segala penghulu yang menghadap baginda.

  • 2Maka pada masa itu dihimpunkanlah segala tua-tua orang Israel dan segala penghulu suku bangsanya dan segala kepala bapa-bapa yang di antara bani Israel ke Yeruzalem hendak dibawa naik akan tabut perjanjian Tuhan dari negeri Daud, yaitu dari Zion.

  • 74%

    17maka segala uang yang terdapat di dalam rumah Tuhan itu sudah dikeluarkannya dan diberikannyalah kepada tangan segala pemerintah dan orang yang mengerjakan pekerjaan itu.

    18Lalu Safan, jurutulis itu, mempersembahkan kabar kepada baginda, sembahnya: Bahwa imam Hilkia sudah memberikan sebuah kitab kepada patik. Lalu Safanpun membacakan perkataannya di hadapan baginda.

    19Demi didengar baginda bunyi kitab Taurat itu, maka dikoyak-koyakkan baginda pakaiannya.

    20Lalu titah baginda kepada Hilkia, dan Ahikam bin Safan, dan Abdon bin Mikha, dan Safan, jurutulis, dan Asaya, penjawat istana baginda, demikian:

  • 18Tetapi adapun raja orang Yehuda, yang telah menyuruhkan kamu akan bertanyakan Tuhan, katakanlah olehmu kepadanya ini: Demikianlah firman Tuhan: Adapun segala perkataan yang telah kaudengar bunyinya itu,

  • 4Sebab itu berhimpunlah segala tua-tua orang Israel, lalu sekaliannya pergi mendapatkan Semuel, yang di Rama,

  • 32Maka disuruhnya segala orang yang terdapat di Yeruzalem dan di tanah Benyaminpun meneguhkan dia, lalu diperbuatlah orang isi Yeruzalem seperti bunyi perjanjian Allah, yaitu Allah nenek moyang mereka itu.

  • 15Maka dihimpunkannyalah segala saudara-saudaranya, lalu disucikannya dirinya serta datang menurut titah baginda, hendak disucikannya rumah Tuhan setuju dengan segala firman Tuhan.

  • 7Maka disuruh oranglah berseru-seru dalam seluruh Yehuda dan di Yeruzalem kepada segala bani tawanan itu, supaya berhimpunlah mereka itu sekalian ke Yeruzalem.

  • 29Maka pergilah Musa dan Harun, lalu dihimpunkannya segala tua-tua bani Israel.

  • 4Maka disuruh baginda segala imam dan orang Lewi datang menghadap, dihimpunkannyalah mereka itu pada halaman timur.

  • 1Sebermula, maka inilah bunyi surat yang dikirimkan nabi Yermia dari Yeruzalem kepada sisa segala tua-tua, yang telah dipindahkan dengan tertawan, dan lagi kepada segala imam dan segala nabi dan segenap orang banyak, yang telah dipindahkan oleh Nebukadnezar dari Yeruzalem ke Babil dengan tertawan;

  • 3Setelah sudah datang segala tua-tua orang Israel, maka diangkat segala imam akan tabut itu,

  • 6Maka oleh nabi Yermia disampaikanlah segala firman ini kepada Zedekia, raja Yehuda, di Yeruzalem,

  • 8Tambahan pula di Yeruzalempun diangkat Yosafat akan beberapa orang Lewi dan dari pada segala imam dan dari pada segala kepala bapa-bapa orang Israel, supaya dilakukannya hukum Tuhan dan diputuskannya segala acara, maka kedudukan mereka itu adalah di Yeruzalem.

  • 4Setelah sudah datang segala tua-tua orang Israel maka diangkat oleh orang Lewi akan tabut itu.

  • 4Maka segenap orang Yehudapun berhimpunlah hendak meminta tolong kepada Tuhan, dan lagi dari segala negeri Yehudapun datanglah orang hendak mencahari Tuhan.

  • 1Demikianlah firman Tuhan: Turunlah engkau ke istana raja Yehuda, katakanlah di sana firman ini;

  • 20Lalu katakanlah kepada mereka itu: Dengarlah olehmu akan firman Tuhan, hai segala raja orang Yehuda, dan segenap orang Yehuda dan segala orang isi Yeruzalem, yang masuk dari pada pintu-pintu ini!

  • 16Demikianlah firman Tuhan: Bahwasanya Aku akan mendatangkan jahat kelak atas negeri ini dan atas segala orang isinya, setuju dengan segala perkataan kitab yang telah dibaca oleh raja orang Yehuda.

  • 17Dan lagi berbangkitlah beberapa orang dari antara segala tua-tua negeri, lalu mereka itu berkata kepada segenap perhimpunan orang banyak itu, katanya:

  • 1Hata, maka pada sekali peristiwa datanglah kepadaku beberapa orang dari pada tua-tua Israel, lalu duduklah mereka itu di hadapan aku.

  • 1Bermula, maka oleh Daud dihimpunkanlah segala penghulu orang Israel, segala penghulu suku bangsa dan segala panglima pasukan, yang dalam pekerjaan raja, dan segala kepala atas orang seribu dan segala kepala atas orang seratus dan segala pemerintah harta benda dan milik baginda dan segala putera baginda serta dengan segala penjawat istana dan segala segala pahlawan dan segala orang bangsawan ke Yeruzalem.

  • 15Karena sesungguhnya Aku memanggil segala bangsa kerajaan dari sebelah utara, demikianlah firman Tuhan, maka mereka itu akan datang dan masing-masing mereka itu akan menaruh kursinya sampai di hadapan papan pintu Yeruzalem dan bertentang dengan segala pagar temboknya keliling, dan bertentang dengan segala negeri Yehuda.

  • 15Hata, maka kembalilah baginda, lalu sampailah ke tepi Yarden. Maka datanglah orang-orang Yehuda ke Gilgal mengelu-elukan baginda, hendak dihantarnya akan baginda menyeberang Yarden.

  • 28Panggillah olehmu berhimpun kepadaku segala tua-tua suku bangsamu dan segala pemerintahmu, supaya segala perkataan ini kukatakan kepada pendengarannya dan kuambil langit dan bumi akan saksi atas mereka itu.

  • 1Bermula, maka inilah firman Tuhan yang telah datang kepada Yermia pada masa Nebukadnezar, raja Babil, dan segala balatentaranya dan segala kerajaan di atas bumi yang di bawah perintah tangannya, dan segala bangsapun berperang melanggar Yeruzalem dan melanggar segala negerinya, bunyinya:

  • 19Yaitu segala penghulu Yehuda dan segala penghulu Yeruzalem, segala penjawat istana dan segala imam dan segala orang isi negeri, yang sudah berjalan lalu pada sama tengah penggal-penggal anak lembu itu.

  • 7tambahan pula engkau sudah mengangkat akan beberapa orang nabi, supaya di Yeruzalem mereka itu berseru-seru akan halmu demikian: Bahwa ia inilah raja di Yehuda! maka sesungguhnya perkara yang demikian ini kedengaranlah kelak ke bawah duli yang dipertuan, maka sebab itu, mari, hendaklah kita bermufakat bersama-sama.

  • 12lalu bagindapun bertitah kepada imam Hilkia dan Ahikam bin Safan dan Akhbor bin Mikhaya dan Safan, jurutulis itu, dan Asaya, hamba baginda, titahnya:

  • 17Tetapi kemudian dari pada mati Yoyada datanglah segala penghulu orang Yehuda bersembah kepada baginda; maka didengar baginda akan sembah mereka itu.

  • 4Bermula, maka Yosafatpun duduklah di Yeruzalem; setelah sudah pulang maka bagindapun berjalan-jalanlah keliling di antara bangsa itu dari pada Birsyeba datang ke pegunungan Efrayim, dikembalikannyalah mereka itu kepada Tuhan, Allah nenek moyang mereka itu.

  • 24Demikianlah firman Tuhan: Bahwasanya Aku mendatangkan jahat kelak atas tempat ini dan atas segala orang isinya, yaitu segala kutuk yang tersebut dalam kitab yang telah dibacakan oranglah di hadapan baginda raja Yehuda.

  • 3Maka dihimpunkan Daud segenap orang Israel di Yeruzalem akan membawa naik tabut Tuhan itu ke tempatnya, yang telah disediakannya akan dia.

  • 5Maka tulang-tulang segala kahin itu dibakarnya habis di atas mezbahnya, demikianlah disucikannya negeri Yehuda dan Yeruzalem.

  • 6Maka dipanggil baginda akan Yoyada, imam besar, lalu titahnya kepadanya: Mengapa engkau tiada mengajak orang Lewi membawa ke mari dari segala negeri Yehuda dan Yeruzalem akan cukai yang ditanggungkan Musa, hamba Tuhan, di atas sidang orang Israel akan guna kemah perhimpunan?

  • 3Karena telah disuruhkan orang ke sana memanggil dia. Maka datanglah Yerobeam dan segenap sidang orang Israel, lalu mereka itu berkata-kata dengan Rehabeam, sembahnya: