2 Samuel 19:15

Terjemahan Lama

Hata, maka kembalilah baginda, lalu sampailah ke tepi Yarden. Maka datanglah orang-orang Yehuda ke Gilgal mengelu-elukan baginda, hendak dihantarnya akan baginda menyeberang Yarden.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yos 5:9 : 9 Maka firman Tuhan kepada Yusak: Bahwa pada hari ini juga aku menolak dari padamu kecelaan orang Mesir, yang lagi lekat padamu! Maka sebab itu tempat itupun dinamai Gilgal datang kepada hari ini.
  • 1Sam 11:14-15 : 14 Dan lagi kata Semuel kepada orang banyak itu: Marilah kamu, biarlah kita sekalian ke Gilgal dan membaharui kerajaan itu di sana. 15 Lalu segenap orang banyak itupun pergi ke Gilgal merajakan Saul di hadapan hadirat Tuhan di Gilgal, serta dipersembahkannya di sana korban syukur di hadapan hadirat Tuhan, maka di sanapun Saul bersuka-sukaanlah dengan segala orang Israel amat ramai adanya.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 82%

    38Maka titah baginda: Baiklah Khimham mengiringkan daku ke sana, dan aku kelak berbuat akan dia barang yang baik pada sangkamu, maka barang apapun baik yang kaupinta, jikalau dalam kuasaku, niscaya kuperbuat kelak akan dia.

    39Adapun setelah sudah segala orang itu menyeberang Yarden dan bagindapun sudah menyeberang, maka diciumlah baginda akan Barzilai dan diberkatinya akan dia, lalu pulanglah ia ke tempatnya.

    40Maka bagindapun langsung ke Gilgal dan Khimhampun mengiringkan baginda, demikianpun segala orang dari Yehuda, yang sudah menyeberangkan baginda dan setengah orang Israel.

    41Maka tiba-tiba datanglah segala orang Israel menghadap baginda serta sembahnya: Mengapa saudara-saudara patik, yaitu orang Yehuda, sudah mencuri tuanku dan sudah menghantarkan tuanku dan akan segala orang isi istana tuanku dan segala hamba tuanku raja Daudpun sertanya menyeberang Yarden?

  • 31Hata, maka Barzilai orang Gilead itupun turunlah dari Rogelim, lalu menyeberang Yarden serta dengan baginda hendak mengiringkan baginda sampai ke tengah Yarden.

  • 14Maka demikianlah peri dicenderungkannya hati segala orang Yehuda itu seolah-olah hati orang satu jua; maka utusanlah mereka itu kepada baginda, sembahnya: Silakanlah tuanku kembali serta dengan segala hamba tuanku.

  • 78%

    16Maka Simai bin Gera, orang Benyamin dari Bahurim, bersegera-segera datang turun dengan segala orang Yehuda mengelu-elukan baginda raja Daud,

    17dan adalah seribu orang dari Benyaminpun sertanya, dan lagi Ziba, hamba orang isi istana Saul, serta dengan anak-anaknya laki-laki lima belas orang dan hambanya dua puluh orang; maka mereka itu sekalian menyeberanglah Yarden dahulu dari pada baginda.

    18Maka adalah satu rakit pergi datang akan menyeberangkan segala orang isi istana baginda dan akan menyampaikan kehendak hati baginda; maka sementara bagindapun menyeberang Yarden sujudlah Simai bin Gera itu di hadapan baginda dengan mukanya sampai ke bumi,

  • 24Arakian, maka sampailah Daud ke Mahanayim; maka Absalompun menyeberanglah Yarden, baik ia sendiri baik segala orang Israel yang sertanya.

  • 15Maka kembalilah Yusak dan segenap bani Israelpun sertanya ke tempat tentara yang di Gilgal.

  • 1Arakian, maka pulanglah Yosafat, raja Yehuda, dengan selamat ke istananya di Yeruzalem.

  • 25Maka apabila ia datang mengelu-elukan baginda di Yeruzalem, bertitah baginda kepadanya: Apa sebab maka dahulu tiada engkau mengikut aku, hai Mefiboset?

  • 29Hata, maka berangkatlah raja orang Israel dan Yosafat, raja orang Yehuda, ke Ramot yang di Gilead itu.

  • 28Hata, maka berjalanlah raja Israel dan Yosafat, raja Yehuda, ke Ramot yang di Gilead.

  • 22Maka berbangkitlah Daud dan segala rakyatpun yang sertanya, lalu menyeberanglah sungai Yarden, sehingga pada waktu fajar seorang juapun tiada kurang yang belum menyeberang Yarden itu.

  • 23Setelah itu maka berbangkitlah Yoab lalu ke Gesur, dihantarnya akan Absalom ke Yeruzalem.

  • 16Dan lagi dari pada bani Benyamin dan dari pada bani Yehuda datanglah orang mendapatkan Daud ke tempat-tempat yang tiada terhampiri.

  • 23Maka segenap orang isi negeripun menangislah dengan nyaring suaranya barang di mana orang sekalian itu berjalan lalu; maka bagindapun menyeberanglah sungai Kideron dan segala orang itupun menyeberanglah, lalu diturutnya jalan ke padang belantara.

  • 11Maka pada masa itu disuruhkan baginda raja Daud akan Zadok dan Abyatar, kedua imam itu, titahnya: Katakanlah olehmu kepada segala tua-tua Yehuda ini: Masakan kamu terkemudian dalam mempersilakan baginda kembali kepada istana baginda. (Maka yaitu sebab perkataan segala orang Israel itu sudah sampai kepada baginda dan kepada orang isi istana baginda.)

  • 21Hata, setelah sampai Daud kepada orang dua ratus, yang dahulu penat begitu, sehingga tiada dapat diikutnya Daud dan yang telah ditinggalkannya pada sungai Besor itu, maka datanglah mereka itu mengelu-elukan Daud dan segala orang yang sertanya, maka datanglah Daudpun hampir kepada orang banyak itu sambil bertanyakan selamatnya.

  • 21Setelah itu maka titah baginda kepada Yoab: Bahwasanya ridlalah aku akan perkara ini; pergilah engkau menyambut kembali akan si Absalom, orang muda itu.

  • 2Maka undurlah segala orang Israel itu dari belakang Daud, lalu pergi mengiringkan Seba bin Bikhri, tetapi segala orang Yehuda itu bersangkut pautlah kepada raja mereka itu dari Yarden datang ke Yeruzalem.

  • 4Tetapi menanglah titah baginda atas Yoab, sebab itu Yoabpun keluar lalu berjalan keliling dalam segenap negeri Israel, kemudian kembalilah ia ke Yeruzlaem.

  • 73%

    14Maka bagindapun masuklah dan segala rakyatpun yang sertanya, sebab penat mereka itu sekalian, lalu berhentilah di sana.

    15Bermula, maka Absalom dan segala rakyat, yaitu orang Israel, datang ke Yeruzalem dan Akhitofelpun sertanya.

  • 43Maka kembalilah Yusak dan segala orang Israelpun sertanya ke tempat tentara yang di Gilgal.

  • 17Maka setelah dimaklumkan hal itu kepada Daud, dihimpunkannyalah segenap orang Israel, lalu menyeberang Yarden. Setelah sampai kepada mereka itu, diaturkannya ikatan perang tentang mereka itu; setelah sudah dihadapkan Daud ikatan perang kepada orang Syam maka berperanglah mereka itu dengan dia.

  • 9Maka titah baginda kepadanya: Pergilah engkau dengan selamat. Hata, maka berbangkitlah Absalom itu lalu pergi ke Heberon.

  • 72%

    19Maka titah baginda kepada Itai, orang Geti itu: Mengapa maka engkau juga pergi serta kami? Baliklah sahaja dan tinggal dengan raja, karena engkau ini orang dagang, yang sudah meninggalkan negeri asalnya.

    20Bahwa kelemarin baharu engkau datang, masakan pada hari ini aku membawa akan dikau mengembara serta dengan kami. Tak dapat tiada aku pergi ke manapun baik, tetapi hendaklah engkau balik dan bawalah akan segala saudaramu itu sertamu, dan hendaklah kebajikan dan setia menyertai akan dikau kiranya.

  • 33Maka titah baginda kepada Barzilai: Hendaklah engkau mengikut aku, maka aku memeliharakan dikau kelak sertaku di Yeruzalem.

  • 4Arakian, maka titah baginda kepada Amasa: Sekarang panggillah olehmu akan segala orang Yehuda berhimpun dalam tiga hari ini, kemudian hendaklah engkau ke mari pula.

  • 17Maka keluarlah baginda serta segala orang itu dengan berjalan kaki, lalu berhentilah mereka itu sekalian di Bait-Merkhak.

  • 1Bermula, maka pada masa itu disuruhkan baginda akan orang menghimpunkan kepadanya segala tua-tua Yeruzalem dan Yehuda.

  • 36Hanya patik hendak mengiringkan tuanku sekerat jalan saja ke seberang Yarden, karena mengapa gerangan tuanku hendak membalas kepada patik dengan demikian peri?

  • 14Dan lagi kata Semuel kepada orang banyak itu: Marilah kamu, biarlah kita sekalian ke Gilgal dan membaharui kerajaan itu di sana.

  • 27Setelah sampai Daud di Mahanayim, tiba-tiba datanglah Sobi bin Nahas dari Rabba bani Ammon dan Makhir bin Amiel dari Lodebar, dan Barzilai, orang Gilead, dari Rogelim,

  • 33Hata, maka pergilah Yoab menghadap baginda, disampaikannyalah kepada baginda segala sembah itu. Maka dipanggil baginda akan Absalom, setelah sudah datang, maka menyembah sujudlah ia di hadapan baginda dengan mukanya sampai ke bumi, maka bagindapun menciumlah Absalom.

  • 27Setelah itu maka kembalilah segala orang Yehuda dan orang isi Yeruzalem dan raja Yosafatpun pada haluannya, pulang ke Yeruzalem dengan sukacita hatinya, karena telah disukakan Tuhan akan mereka itu dari karena segala musuhnya.

  • 8Hata, maka bangkitlah baginda, lalu bersemayamlah baginda dalam pintu gerbang. Maka diberitahu oranglah kepada segala rakyat, mengatakan: Adalah baginda bersemayam dalam pintu gerbang; lalu segala rakyatpun datanglah menghadap baginda, tetapi segala orang Israel sudah lari masing-masing ke kemahnya.

  • 57Maka apabila kembalilah Daud dari pada membunuh orang Filistin itu disambut Abner akan dia dan dihantarnya akan dia menghadap Saul, maka kepala orang Filistin itu adalah lagi pada tangannya.

  • 17Setelah sudah dikabarkan hal itu kepada Daud, dihimpunkannyalah segenap orang Israel, lalu menyeberang Yarden langsung ke Helam. Maka orang Syam itu mengaturkan ikatan perangnya berhadapan dengan Daud, lalu berperanglah mereka itu dengan baginda.

  • 15Serta dilihat bani Ammon akan hal orang Syam itu lari, maka mereka itupun larilah dari hadapan Abisai, saudara Yoab, lalu masuk ke dalam negeri, maka Yoabpun sampailah ke Yeruzalem.

  • 29Maka pada masa itu disuruhkan baginda akan orang menghimpunkan segala tua-tua orang Yehuda dan Yeruzalem.

  • 3Maka dihimpunkan Daud segenap orang Israel di Yeruzalem akan membawa naik tabut Tuhan itu ke tempatnya, yang telah disediakannya akan dia.

  • 8Serta kedengaranlah hal itu kepada Daud, disuruhkannyalah Yoab dengan segala pahlawan tentara itu.

  • 20Arakian, setelah kedengaran kabar kepada segenap orang Israel mengatakan Yerobeam sudah pulang, disuruhkannya orang mempersilakan dia kepada perhimpunannya, lalu dirajakannya ia atas segenap orang Israel; seorangpun tiada mengikut orang isi istana Daud, melainkan suku Yehuda jua.

  • 5Hata, maka dihimpunkanlah Daud segenap orang Israel dari pada Sikhor, sungai Mesir itu, sampai ke tempat orang masuk ke Hamat, hendak membawa tabut Allah dari Kiryat-Yearim.

  • 3Demikianpun segala tua-tua Israel datang menghadap baginda ke Heberon, lalu berjanji-janjianlah Daud dengan mereka itu di Heberon di hadapan hadirat Tuhan, maka disiramnya Daud akan raja atas orang Israel.