8Maka sekarang pada sangkamu kamu dapat menggagahi kerajaan Tuhan, yang pada tangan putera Daud. Sungguhpun amat banyak bilangan kamu tetapi sertamu adalah patung anak lembu keemasan, perbuatan Yerobeam akan berhala bagimu.
9Bukankah sudah dihalaukan olehmu akan segala imam Tuhan, yaitu akan bani Harun dan akan segala orang Lewi, dan sudah kamu jadikan penghulu bagimu seperti segala bangsa negeri-negeri itu? Barangsiapa yang datang sahaja akan ditahbiskan sambil membawa seekor lembu muda yang jantan tujuh ekor domba jantan, ia itu diangkat penghulu bagi barang yang bukan ilah adanya.
10Tetapi akan kami ini, Tuhan juga Allah kami dan tiada kami meninggalkan Dia, maka segala imam yang berkhidmat kepada Tuhan itulah bani Harun, dan segala orang Lewipun adalah pada jawatannya.