Yehezkiel 48:11

Terjemahan Lama

Maka inilah tanah yang disucikan bagi segala imam dari pada bani Zadok, yang dahulu tetap dalam melakukan pengawalan-Ku, dan tatkala sesatlah segala bani Israel, tiada juga mereka itu sesat seperti segala bani Lewi yang lain.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yeh 44:10 : 10 Tetapi segala orang Lewi yang sudah menjauhkan dirinya dari pada-Ku sangat pada masa orang Israel mulai sesat, yang sudah sesat dari pada-Ku dengan mengikut berhala tahinya, mereka itu akan menanggung juga kesalahannya;
  • Yeh 40:46 : 46 dan bilik yang arah ke utara itu bagi segala imam yang melakukan pengawalan mezbah; sekalian ini bani Zadok dari pada bani Lewi, yang menghampiri hadirat Tuhan akan berkhidmat kepadanya.
  • Yeh 43:19 : 19 Pada masa itu akan imam-imam Lewi, yang dari pada bani Zadok dan yang menghampiri Aku, demikianlah firman Tuhan Hua, akan berkhidmat kepada-Ku, hendaklah kauberikan mereka itu seekor anak lembu muda akan korban karena dosa.
  • Yeh 44:15-16 : 15 Tetapi segala imam Lewi, bani Zadok, yang tetap sudah melakukan pengawalan tempat-Ku yang suci itu pada masa bani Israel sesatlah dari pada-Ku, mereka itu boleh menghampiri Aku akan berkhidmat kepada-Ku, dan mereka itu akan berdiri di hadapan hadirat-Ku akan mempersembahkan kepada-Ku lemak dan darah, demikianlah firman Tuhan Hua. 16 Mereka itu juga yang akan masuk ke dalam tempat-Ku yang suci itu dan mereka juga akan menghampiri meja-Ku akan berkhidmat dan akan melakukan pengawalan-Ku.
  • Mat 24:45-46 : 45 Siapakah kelak hamba yang setiawan dan budiman, yang ditetapkan oleh tuannya atas isi rumahnya akan memberi makanan kepadanya pada waktu yang tertentu? 46 Berbahagialah hamba itu, yang apabila tuannya tiba, didapatinya sedang berbuat demikian.
  • 2Tim 4:7-8 : 7 Aku telah berusaha dengan bersungguh-sungguh di dalam peperangan iman, aku telah menyempurnakan usahaku, aku telah memeliharakan iman; 8 pada akhirnya makota kebenaran telah tersedia bagiku yang akan dikaruniakan kepadaku pada Hari itu oleh Tuhan, yaitu hakim yang adil itu; dan bukan kepadaku sahaja, melainkan juga kepada sekalian orang yang telah sangat gemar akan kedatangan-Nya.
  • 1Ptr 5:4 : 4 Dan apabila kelihatan kelak Penghulu gembala itu, maka kamu akan beroleh makota kemuliaan yang tiada akan layu.
  • Why 2:10 : 10 Janganlah engkau takut akan segala kesusahan yang akan engkau rasai kelak. Tengoklah, Iblis itu hendak memasukkan setengah daripada kamu ke dalam penjara, supaya kamu dicobai; dan kamu mendapat kesusahan kelak sepuluh hari lamanya. Biarlah engkau setia sehingga mati, dan Aku akan memberi engkau makota hayat itu.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 81%

    10Tetapi segala orang Lewi yang sudah menjauhkan dirinya dari pada-Ku sangat pada masa orang Israel mulai sesat, yang sudah sesat dari pada-Ku dengan mengikut berhala tahinya, mereka itu akan menanggung juga kesalahannya;

    11tetapi kendatilah demikian mereka itu juga akan berkhidmat dalam tempat-Ku yang suci itu akan berkawal pada segala pintu rumah dan mengerjakan pekerjaan yang lain-lainpun dalam rumah itu, dan mereka itu akan menyembelihkan korban bakaran dan korban sembelihan akan orang banyak itu, dan mereka itu akan berdiri di hadapannya akan berkhidmat kepadanya.

    12Sebab itu mereka itu juga sudah berkhidmat kepadanya di hadapan segala berhala tahinya dan sudah jadi suatu kesentuhan kejahatan bagi bangsa Israel, sebab itu Aku sudah bersumpah atasnya, demikianlah firman Tuhan Hua, bahwa mereka itu akan menanggung kesalahannya.

    13Tetapi tak boleh mereka itu menghampiri Aku akan mengerjakan pekerjaan imam di hadapan hadirat-Ku atau akan menghampiri benda yang suci atau yang mahasuci bagi-Ku; jangan, melainkan mereka itu akan kena malu sebab segala perkara keji yang telah dibuatnya.

    14Tetapi sudah Kujadikan mereka itu pengawal akan mengawali rumah dan akan mengerjakan segala pekerjaan, apapun baik, yang patut dikerjakan dalamnya.

    15Tetapi segala imam Lewi, bani Zadok, yang tetap sudah melakukan pengawalan tempat-Ku yang suci itu pada masa bani Israel sesatlah dari pada-Ku, mereka itu boleh menghampiri Aku akan berkhidmat kepada-Ku, dan mereka itu akan berdiri di hadapan hadirat-Ku akan mempersembahkan kepada-Ku lemak dan darah, demikianlah firman Tuhan Hua.

    16Mereka itu juga yang akan masuk ke dalam tempat-Ku yang suci itu dan mereka juga akan menghampiri meja-Ku akan berkhidmat dan akan melakukan pengawalan-Ku.

  • 10Maka dalamnya akan ada persembahan tatangan yang suci bagi segala imam; ke utara dua puluh lima ribu dan ke barat lebarnya sepuluh ribu, dan ke timur lebarnya sepuluh ribu dan ke selatan panjangnya dua puluh lima ribu hasta; dan tempat sucipun akan di tengah-tengahnya.

  • 79%

    45Lalu katanya kepadaku: Adapun bilik ini, yang arah ke selatan itu, bagi segala imam yang melakukan pengawalan rumah itu;

    46dan bilik yang arah ke utara itu bagi segala imam yang melakukan pengawalan mezbah; sekalian ini bani Zadok dari pada bani Lewi, yang menghampiri hadirat Tuhan akan berkhidmat kepadanya.

  • 79%

    12Maka sebab itu jadilah ia itu baginya akan suatu persembahan tatangan dari pada persembahan tatangan tanah itu, suatu benda yang suci atas segala kesucian pada perhinggaan tanah orang Lewi.

    13Dan lagi pada orang Lewi juga akan ada dua puluh lima ribu hasta panjang dan sepuluh ribu hasta lebarnya berdompak dengan perhinggaan tanah imam-imam; semuanya panjangnya dua puluh lima ribu dan lebarnya sepuluh ribu hasta.

  • 78%

    3Demikian hendaklah engkau mengukur dengan pengukuran itu, panjangnya dua puluh lima ribu hasta dan lebarnya sepuluh ribu hasta; ia itu akan tempat makdis, tempat yang mahasuci.

    4Maka bahagian tanah yang suci itu akan jadi bahagian segala imam yang bekerja dalam tempat yang suci, yang datang hampir akan berkhidmat kepada Tuhan; maka ia itu baginya akan tempat rumah-rumahnya dan akan jajahan yang suci keliling tempat yang suci itu.

    5Dan ukuran yang sama, dua puluh lima ribu hasta panjang dan sepuluh ribu hasta lebar, akan jadi bahagian orang Lewi yang berkhidmat dalam rumah, ia itu akan miliknya, dua puluh bilik.

  • 19Pada masa itu akan imam-imam Lewi, yang dari pada bani Zadok dan yang menghampiri Aku, demikianlah firman Tuhan Hua, akan berkhidmat kepada-Ku, hendaklah kauberikan mereka itu seekor anak lembu muda akan korban karena dosa.

  • 74%

    5Maka hendaklah kamu sekalian melakukan pengawalan tempat suci dan pengawalan mezbah, supaya jangan datang lagi murka atas segala bani Israel.

    6Bahwa sesungguhnya Aku, bahkan, Aku telah mengambil akan saudaramu, segala orang Lewi itu, dari antara bani Israel, dan kepadamulah telah Kukaruniakan dia akan anugerah Tuhan, supaya dilakukannya pekerjaan kemah perhimpunan.

    7Maka hendaklah engkau dan anak-anakmu laki-lakipun sertamu mengerjakan imamat dalam segala yang dari pada hal mezbah dan yang di dalam sampai ke tirai dinding; dan hendaklah kamu mengerjakan imamatmu itu bagaikan jawatan karunia, dan barangsiapa orang lain yang datang hampir, ia itu akan mati dibunuh kelak.

    8Dan lagi firman Tuhan kepada Harun: Bahwa Aku, bahkan, Aku telah mengaruniakan kepadamu penungguan persembahan tatangan yang kepada-Ku, segala barang suci bani Israel telah Kukaruniakan kepadamu akan anugerah jawatan dan kepada anak-anakmu laki-lakipun, akan hukum yang kekal selama-lamanya.

    9Maka dari pada segala persembahan yang dimakan api inilah menjadi bagimu akan kesucian segala kesucian: Segala persembahan mereka itu, yaitu segala persembahannya makanan dan segala korbannya karena dosa dan segala korbannya karena salah, yang patut dipersembahkannya kepada-Ku, ia itu menjadi kesucian segala kesucian bagimu dan bagi anak-anakmupun.

  • 8pada masa kamu tiada melakukan penungguan segala benda-Ku yang suci itu, melainkan sudah kamu wakilkan orang lain akan gantimu, supaya dilakukannya penungguan-Ku di dalam tempat-Ku yang suci itu.

  • 11Maka sesungguhnya apabila keluarlah segala imam dari dalam tempat yang suci itu (karena segala imam yang terdapat dalamnya itu sudah menyucikan dirinya dengan tiada mengindahkan kelompok-kelompoknya;

  • 32dan supaya dilakukannya pengawalan kemah perhimpunan dan pengawalan tempat suci dan pengawalan bani Harun, saudara-saudara mereka itu, dalam pekerjaan rumah Tuhan.

  • 19Setelah itu maka dibawanya akan daku pada jalan tempat masuk dari pada pintu itu ke bilik-bilik yang suci, yang bagi imam-imam, dan yang pada sebelah utara, maka sesungguhnya adalah di sana suatu tempat pada kedua ujungnya, pada sebelah barat.

  • 19Maka dari antara bani Israel Aku telah menganugerahkan orang Lewi itu kepada Harun dan kepada anak-anaknya, supaya dilakukannya pekerjaan bani Israel dalam kemah perhimpunan dan supaya diadakannya gafirat atas bani Israel, asal jangan ada bala di antara bani Israel apabila bani Israel itu menghampiri tempat suci itu.

  • 72%

    13Lalu katanya kepadaku: Adapun bilik-bilik pada sebelah utara dan bilik-bilik pada sebelah selatan, yang arah ke tempat tersaku itu, ia itu bilik yang suci, tempat segala imam yang menghampiri Tuhan itu akan makan barang yang mahasuci adanya, dan di sanapun patut di taruhnya akan barang yang mahasuci itu, baik persembahan makanan baik korban karena dosa dan korban karena salah, sebab tempat itu suci adanya.

    14Apabila imam-imam itu sudah masuk ke dalamnya, tak boleh mereka itu keluar dari pada tempat yang suci ke serambi yang di luar sebelum ditanggalkannya dahulu pakaian yang dipakainya dalam berkhidmat, karena ia itulah suci adanya. Hendaklah mereka itu bersalin pakaian apabila mereka itu menghampiri orang banyak itu.

  • 8Dan pada perhinggaan Yehuda dari tepas timur sampai ke tepas barat akan ada persembahan tatangan, yang akan kautatang itu, dua puluh lima ribu hasta lebarnya dan panjangnya sekadar segala bahagiannya dari tepas timur sampai ke tepas barat; dan tempat sucipun akan di tengah-tengahnya.

  • 23Melainkan orang Lewi, ia itu hendaklah mengerjakan pekerjaan kemah perhimpunan serta menanggung salahnya. Maka inilah suatu hukum yang kekal bagi kamu turun-temurun, maka di antara bani Israel jangan mereka itu beroleh barang pusaka.

  • 6Tetapi jangan ada orang masuk ke dalam rumah Tuhan, kecuali segala imam dan orang Lewi yang berkhidmat, karena mereka itu boleh masuk, sebab sucilah adanya, tetapi segala orang yang lain itu hendaklah melakukan pengawalan Tuhan.

  • 72%

    9Bukankah sudah dihalaukan olehmu akan segala imam Tuhan, yaitu akan bani Harun dan akan segala orang Lewi, dan sudah kamu jadikan penghulu bagimu seperti segala bangsa negeri-negeri itu? Barangsiapa yang datang sahaja akan ditahbiskan sambil membawa seekor lembu muda yang jantan tujuh ekor domba jantan, ia itu diangkat penghulu bagi barang yang bukan ilah adanya.

    10Tetapi akan kami ini, Tuhan juga Allah kami dan tiada kami meninggalkan Dia, maka segala imam yang berkhidmat kepada Tuhan itulah bani Harun, dan segala orang Lewipun adalah pada jawatannya.

  • 47Maka sebab itu pada zaman Zerubabil dan pada zaman Nehemyapun diberikan segala orang Israel bahagian biduan dan penunggu pintu pada tiap-tiap hari, dan dibawanya masuk akan barang yang disucikan itu kepada orang Lewi dan barang yang disucikan itu dibawa masuk pula oleh orang Lewi kepada bani Harun.

  • 32Maka Eleazar bin Harun itu menjadi penghulu besar atas segala penghulu orang Lewi dan perintahnya akan atas segala orang yang mengawali tempat suci itu.

  • 19Maka perbuatlah demikian karena mereka itu, supaya mereka itu hidup dan jangan mati apabila mereka itu datang hampir kepada kesucian segala kesucian itu: maka hendaklah datang Harun serta anak-anaknya dan membawa mereka itu masing-masing kepada pekerjaannya dan kepada tanggungannya.

  • 14Karena ditinggalkan orang Lewi akan segala tempat kediamannya dan segala miliknya, lalu datang ke Yehuda dan ke Yeruzalem; karena telah ditolak Yerobeam dan segala anaknya akan mereka itu, sehingga tiada boleh mereka itu mengerjakan imamat bagi Tuhan.

  • 71%

    14Maka demikian hendaklah engkau mengasingkan orang Lewi itu dari antara segala bani Israel, supaya orang Lewi itu menjadi Aku punya.

    15Kemudian dari pada itu hendaklah orang Lewi itu masuk akan mengerjakan pekerjaan kemah perhimpunan, yaitu setelah sudah mereka itu kausucikan dan kau lalulalangkan dahulu seperti suatu persembahan timang-timangan.

  • 19Demikianlah disampaikan bahagiannya kepada segala bani Harun, yaitu segala imampun yang duduk di dalam negeri-negeri serta dengan segala daerahnya dan jajahannya di dalam tiap-tiap negeri oleh orang yang telah disebutkan nama-namanya, yaitu kepada segala orang laki-laki di antara imam-imam; demikianpun kepada segala orang yang tersebut namanya pada daftar asal keturunan orang Lewi.

  • 39Tetapi imam Zadok dan segala saudaranya yang imam itu adalah di hadapan kemah sembahyang Tuhan di atas bukit yang di Gibeon,

  • 15Maka demikian tiada mereka itu akan menghinakan barang yang suci, yang dipersembahkan oleh bani Israel kepada Tuhan akan persembahan tatangan;

  • 1Bahwa bagi imam-imam Lewi itu dan bagi segenap suku bangsa Lewi tiada akan ada bahagian atau pusaka serta dengan orang Israel, melainkan segala persembahan yang dimakan api bagi Tuhan dan barang pusakanya akan dimakannya.

  • 11supaya jangan lagi bangsa Israel itu sesat dari belakang Aku dan jangan lagi dicemarkannya dirinya dengan segala kejahatannya, melainkan mereka itu bagi-Ku akan umat dan Akupun baginya akan Allah, demikianlah firman Tuhan Hua!

  • 1Sebermula, maka firman Tuhan kepada Harun: Bahwa engkau dan anak-anakmu dan isi rumah bapamupun sertamu akan menanggung kesalahan tempat suci, dan engkau dan anak-anakmupun sertamu akan menanggung kesalahan imamatmu.

  • 3Maka hendaklah mereka itu melakukan pengawalanmu dan pengawalan segenap kemah itu; tetapi janganlah mereka itu menghampiri perkakas tempat suci atau mezbah, asal jangan mati dibunuh, baik kamu baik mereka itu.

  • 34Tetapi imam-imam kurang banyaknya, sehingga tiada dapat dikulitinya habis segala korban bakaran itu, maka sebab itu mereka itu dibantu oleh saudara-saudara mereka itu, yaitu orang Lewi, sampai sudah pekerjaan itu dan sampai segala imam yang lain itupun sudah menyucikan dirinya, karena rajin hati orang Lewi dalam menyucikan dirinya itu terlebih dari pada rajin segala imam.

  • 8dan supaya mereka itu menaruh akan segala perkakas kemah perhimpunan itu dan berkawal akan ganti segala bani Israel dalam mengerjakan kemah sembahyang itu.

  • 22Setelah itu maka datanglah orang Lewi itu mengerjakan pekerjaannya dalam kemah perhimpunan di hadapan Harun dan di hadapan anak-anaknya; seperti firman Tuhan yang kepada Musa akan hal orang Lewi itu, demikianpun diperbuat oranglah akan mereka itu.

  • 27maka pada hari ia masuk pula ke dalam tempat yang suci, ke dalam serambi yang di dalam, akan berkhidmat di dalam tempat yang suci itu, hendaklah dipersembahkannya korban karena dosanya, demikianlah firman Tuhan Hua!