2 Tawarikh 16:6

Terjemahan Lama

Maka dihimpunkan baginda raja Asa segala orang Yehuda, supaya diangkutnya segala batu di Rama dan segala kayunya, yang telah dipakai Baesa akan meneguhkan negeri itu, maka diteguhkan baginda negeri Geba dan Mizpa dengan dia.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yos 15:38 : 38 dan Dilan dan Mizpa dan Yokteil,
  • Yos 18:24-26 : 24 dan Khefar-haamonai dan Haofni dan Geba, semuanya dua belas buah negeri serta dengan jajahannya. 25 Dan Gibeon dan Rama dan Bierot, 26 dan Mizpa dan Khefira dan Moza,
  • 1Sam 7:6 : 6 Maka mereka itupun berhimpunlah di Mizpa, lalu diciduknya air, dicurahkannya di hadapan hadirat Tuhan; maka pada hari itu berpuasalah mereka itu serta katanya di sana: Bahwa kami sudah berdosa kepada Tuhan. Maka Semuelpun menjadi hakim orang Israel di Mizpa.
  • 1Sam 7:16 : 16 Maka dari pada setahun datang kepada setahun berjalanlah Semuel berkeliling ke Bait-el dan ke Gilgal dan ke Mizpa, diperintahkannya orang Israel pada segala tempat yang tersebut itu.
  • 1Sam 10:17 : 17 Hata, maka kemudian dari pada itu dipanggil Semuel akan orang banyak itu berhimpun kepada Tuhan di Mizpa;
  • 1Raj 15:22 : 22 Setelah itu maka disuruh baginda raja Asa kerahkan segala orang Yehuda, seorang juapun tiada lepas, lalu diangkat mereka itu akan segala batu dan kayu yang telah dipakai Baesa kepada kota benteng itu, maka dengan dia juga dibangunkan baginda raja Asa akan Geba-Benyamin dan Mizpa.
  • 1Taw 6:60 : 60 Maka dari pada suku Benyamin adalah Geba serta dengan segala kampungnya, dan Alemet serta dengan segala kampungnya, dan Anatot serta dengan segala kampungnya. Adapun segala negeri yang bagi orang isi rumah mereka itu, ia itu tiga belas buah negeri banyaknya.
  • 2Taw 21:17 : 17 Maka berjalanlah mereka itu ke negeri Yehuda, lalu langsung ke dalamnya, dibawanya dari sana akan segala harta benda yang didapatinya dalam istana baginda dan akan segala anak isteri bagindapun, sehingga seorang anakpun tiada ditinggalkan bagi baginda, melainkan Yoahaz, anaknya laki-laki yang bungsu.
  • Yes 10:29 : 29 mereka itu berjalan terus dari pada jurang; di Geba mereka itu bermalam; Ramapun gemetar, isi Gibea-Saulpun lari.
  • Za 14:10 : 10 Maka seluruh tanah ini keliling akan seperti padang dari Geba sampai ke Rimon, pada sebelah selatan Yeruzalem; maka negeri itu akan ditinggikan dan diduduki pada tempatnya, dari pintu Benyamin sampai kepada tempat pintu yang pertama, sampai ke pintu penjuru, dan dari menara Hananiel sampai kepada apitan anggur baginda.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 93%

    20Maka didengarlah oleh Benhadad akan kata baginda raja Asa, lalu disuruhnya panglima perang yang padanya pergi menyerang negeri-negeri orang Israel, maka dialahkannya negeri Iyon dan Dan dan Abel-Bait-Maakha dan seluruh Kinerot dan seluruh tanah Naftali.

    21Demi kedengaranlah hal itu kepada Baesa, maka berhentilah ia dari pada meneguhkan Rama, lalu tinggallah ia di Tirza.

    22Setelah itu maka disuruh baginda raja Asa kerahkan segala orang Yehuda, seorang juapun tiada lepas, lalu diangkat mereka itu akan segala batu dan kayu yang telah dipakai Baesa kepada kota benteng itu, maka dengan dia juga dibangunkan baginda raja Asa akan Geba-Benyamin dan Mizpa.

    23Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Asa dan segala perbuatannya, dan segala negeri yang telah dibangunkannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda? Maka pada masa tuanya jatuhlah baginda gering kedua belah kakinya.

  • 83%

    1Hata, maka pada tahun yang ketiga puluh enam dari pada kerajaan Asa, datanglah Baesa, raja orang Israel, memerangi orang Yehuda, maka diteguhkannya negeri Rama, sehingga seorangpun tiada diberinya keluar masuk akan mendapatkan Asa, raja orang Yehuda.

    2Maka pada masa itu dikeluarkan Asa segala emas perak dari pada segala mata benda yang di dalam rumah Tuhan dan di dalam istana baginda, lalu utusanlah ia kepada Benhadad, raja benua Syam, yang duduk di negeri Damsyik, katanya:

    3Hendaklah ada suatu perjanjian di antara tuan dengan beta, seperti dahulu di antara ayah tuan dengan ayah beta; bahwasanya beta mengirim kepada tuan emas perak ini, hendaklah tuan pergi merombak perjanjian tuan dengan Baesa, raja orang Israel itu, supaya undurlah ia dari pada beta.

    4Maka didengarlah Benhadad akan kata baginda raja Asa, lalu disuruhkannya segala panglima tentara yang padanya menyerang negeri-negeri orang Israel, maka dialahkannya Iyon dan Dan dan Abelmayim dan segala tempat perbekalan yang di Naftali.

    5Hata, demi didengar Baesa akan hal yang demikian, maka berhentilah ia dari pada meneguhkan Rama, dibantutkannya pekerjaan itu.

  • 82%

    15Maka dibawanya ke dalam rumah Tuhan akan segala benda yang telah disucikan oleh ayahanda baginda, dan akan segala benda yang telah disucikan oleh baginda sendiri, dari pada emas perak dan pelbagai perkakasan.

    16Maka adalah perang antara Asa dengan Baesa, raja orang Israel itu, sepanjang umur hidupnya.

    17Karena Baesa, raja orang Israel itu, sudah mendatangi orang Yehuda dan diteguhkannya negeri Rama, sehingga seorangpun tiada diberinya masuk atau keluar akan pergi menghadap Asa, raja orang Yehuda.

    18Maka pada masa itu diambil Asa akan segala emas perak yang lagi ketinggalan di antara segala mata benda yang di rumah Tuhan dan segala mata benda yang di dalam istana baginda, diserahkannya kepada tangan pegawainya, lalu disuruh baginda raja Asa akan mereka itu pergi menghadap Benhadad bin Tabrimmon bin Hezyon, raja di benua Syam, yang duduk di Damsyik, katanya:

  • 7Bermula, maka pada masa itu juga datanglah penilik Hanani menghadap Asa, raja orang Yehuda, serta katanya kepadanya: Sebab engkau telah bersandar pada raja Syam dan tiada engkau bersandar pada Tuhan, Allahmu, sebab itu tentara raja Syam itu sudah luput dari pada tanganmu.

  • 2Ditaruh baginda akan beberapa orang perang di dalam segala negeri Yehuda yang berkota benteng dan ditaruh baginda pula beberapa orang laskar di tanah Yehuda dan di dalam segala negeri Efrayim, yang telah ditawan oleh ayahanda baginda.

  • 72%

    10Tetapi murkalah Asa akan orang penilik itu, diserahkannya ke dalam penjara, demikianlah sangat murkanya akan dia sebab kata itu, dan lagi beberapa orang dari pada rakyatpun dianiayakan oleh Asa pada masa itu.

    11Arakian, maka segala kisah Asa, baik yang mula baik yang kemudian, bahwasanya tersuratlah ia itu di dalam kitab raja-raja Yehuda dan Israel.

  • 71%

    8Setelah didengar Asa segala perkataan dan nubuat nabi bin Oded ini, maka dipertetapkannyalah hatinya dan dilalukannya segala kegelian dari pada seluruh tanah Yehuda dan Benyamin dan dari dalam segala negeri di pegunungan Efrayim, yang telah dirampasnya, dan lagi dibaikinya akan mezbah Tuhan yang di hadapan serambi rumah Tuhan.

    9Maka dihimpunkannyalah segala orang Yehuda dan Benyamin dan serta dengan mereka itupun segala orang yang telah datang dari Efrayim dan Manasye dan Simeon, karena dari Israel banyaklah orang yang jatuh kepadanya, apabila dilihatnya Tuhan, Allahnya, adalah menyertai akan baginda.

    10Maka berhimpunlah mereka itu sekalian di Yeruzalem pada bulan yang ketiga, tahun yang kelima belas dari pada kerajaan Asa.

  • 71%

    27Maka oleh Baesa bin Ahia, dari pada isi rumah Isakhar, diadakan suatu fakat hendak mendurhaka kepadanya, lalu dibunuh Baesa akan dia di Gibeton, orang Filistin punya, pada masa Nadab dan segenap orang Israel mengepung Gibeton itu.

    28Maka dibunuh Baesa akan dia pada tahun yang ketiga dari pada kerajaan Asa atas orang Yehuda, dan Baesapun naik raja menggantikan dia.

  • 70%

    7Maka titah baginda kepada segala orang Yehuda: Baiklah kita membuat negeri-negeri ini dan melengkungkan dia dengan pagar batu dan bangun-bangun dan beberapa pintu gerbang dengan sakatnya, sedang tanah itu lagi kita punya, karena kita telah mencahari Tuhan, Allah kita, maka sebab kita mencahari Dia, dikaruniakan-Nya kepada kita selamat sentosa berkeliling. Hata, maka dibangunkannya negeri itu dan disudahkannya juga dengan selamat.

    8Maka pada Asa adalah suatu tentara, tiga ratus ribu orang dari Yehuda yang berselukung dan berlembing dan dua ratus delapan puluh ribu orang dari Benyamin yang membawa perisai dan yang tahu membentang busur panah, semuanya itu orang perwira perkasa.

  • 70%

    16Dan lagi akan Maakha, bunda baginda raja Asa itu, dipecatkan oleh baginda dari pada pangkatnya permaisuri, sebab telah diperbuatnya dalam hutan seekor berhala yang memberi dahsyat, maka dibinasakan Asa berhalanya yang memberi dahsyat itu, dihancurluluhkannya dan dibakarnya habis di tepi sungai Kideron.

    17Sungguhpun segala panggung tiada dilalukan dari tengah orang Israel, tetapi hati Asa tulus juga sepanjang umur hidupnya.

    18Maka dibawanya masuk ke dalam bait-Ullah akan segala benda yang disucikan oleh ayahanda baginda dan segala benda yang disucikan baginda sendiri, dari pada emas perak dan pelbagai perkakasan.

  • 6Karena bagindapun keluar, lalu berperang dengan orang Filistin, dan dipecahkan baginda pagar tembok Gat dan pagar tembok Yabne, dan pagar tembok Asdod, dan dibuat baginda beberapa benteng di Asdod dan di tanah orang Filistin itu.

  • 3karena dilalukannya segala mezbah orang helat dan segala panggungpun, dan dipecahkannya segala patung dan ditebangnya segala hutan-hutan.

  • 10Lalu keluarlah Asa hendak melawan dia, maka keduanya mengaturlah ikat perangnya di lembah Zefata hampir dengan Maresa.

  • 68%

    8Maka Abiampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan dia dalam negeri Daud, maka Asa, putera baginda, kerajaanlah akan gantinya.

    9Maka pada tahun yang kedua puluh dari pada kerajaan Yerobeam, raja orang Israel, adalah Asa naik raja atas orang Yehuda.

  • 68%

    12Karena dinyahkannya segala orang zindik itu dari dalam negeri, dan dibuangnya segala berhala tahi yang telah diperbuat oleh nenek moyangnya.

    13Sehingga Maakha bunda bagindapun dipecatkannya dari pada pangkat permaisuri, sebab telah diperbuatkannya seekor berhala haibani dalam hutan, dan lagi dibinasakan Asa berhala haibani itu, dibakarnya habis dengan api di tepi sungai Kideron.

  • 18Maka segala tukang raja Sulaiman dan segala tukang raja Hiram dan segala orang Jibelipun memahatkan dia, dan ditarakannya segala kayu dan batu akan perusahaan rumah itu.

  • 67%

    1Bermula, maka pada masa itu datanglah firman Tuhan kepada Yehu bin Hanani akan hal Baesa, bunyinya:

    2Sebab sudah Kuangkat akan dikau dari dalam abu serta sudah Kujadikan dikau penganjur umat-Ku Israel, tetapi engkau sudah berjalan pada jalan Yerobeam serta menyuruh umat-Ku Israel berdosa dan membangkitkan murka-Ku dengan segala dosamu,

  • 67%

    32Maka adalah perang antara Asa dan Baesa, raja orang Israel itu, sepanjang umur hidupnya.

    33Maka pada tahun yang ketiga dari pada kerajaan Asa atas orang Yehuda adalah Baesa bin Ahia naik raja atas segala orang Israel di Tirza, dan kerajaanlah ia dua puluh empat tahun lamanya.

  • 46Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yosafat dan segala kuasa yang diperolehnya, dan segala peri hal ia melakukan perang, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda?

  • 15Maka pada tahun yang kedua puluh tujuh dari pada kerajaan Asa atas orang Yehuda, kerajaanlah Zimri di Tirza tujuh hari lamanya, maka orang banyak itupun tengah mengepung negeri Gibeton, yang dalam kuasa orang Filistin.

  • 6yaitu kepada segala tukang kayu dan orang yang pandai membuat rumah dan tukang batu, pembeli kayu dan batu yang terpahat akan membaiki rumah itu.

  • 18Dan lagi serambi sabat, yang telah dibuat orang pada rumah itu dan pintu raja yang di luar dilalukannya dari pada rumah Tuhan oleh karena sebab raja Asyur itu.

  • 32Dan didirikannya bagi Baal itu sebuah mezbah dalam kuil Baal, yang telah dibuatnya di Samaria.

  • 15Arakian, maka inilah peri pengerahan orang yang dikerahkan dengan titah raja Sulaiman, supaya dibangunkannya rumah Tuhan dan istana baginda dan Milo dan pagar tembok Yeruzalem dan lagi Hazor dan Megido dan Gezer.

  • 9Maka diluluskan raja benua Asyur akan kehendak baginda, karena raja benua Asyur itu berangkat lalu menyerang negeri Damsyik, dialahkannya dan dibawanya akan orang isinya tertawan ke Kir dan dibunuhnya Rezin.

  • 11Diberikannya kepada tukang kayu dan tukang yang membuat rumah, supaya dibelinya batu yang terpahat dan kayu akan gelegar dan akan tingkat segala bilik yang telah dirusakkan oleh raja-raja Yehuda.

  • 7Demikian juga jadilah firman Tuhan yang telah dikatakannya dengan lidah nabi Yehu bin Hanani akan hal Baesa dan segala isi istananya, yaitu sebab segala jahat yang telah dibuatnya di hadapan mata Tuhan dan sebab dibangkitkannya murka-Nya dengan perbuatan tangannya, sehingga ia menjadi sama dengan isi istana Yerobeam, dan sebab telah dibunuhnya akan mereka itu.

  • 10Maka masuklah Zimri, lalu diparang dan dibunuh oleh Zimri akan dia pada tahun yang kedua puluh tujuh dari pada kerajaan Asa atas orang Yehuda, maka Zimri itu lalu naik raja menggantikan dia.

  • 12Hata, maka dipalu Tuhan akan segala orang Kusyi itu di hadapan Asa dan orang Yehuda, sehingga larilah orang Kusyi itu.