1 Raja-raja 15:8

Terjemahan Lama

Maka Abiampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan dia dalam negeri Daud, maka Asa, putera baginda, kerajaanlah akan gantinya.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • 2Taw 14:1 : 1 Hata, maka mangkatlah Abia beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan baginda di dalam negeri Daud, lalu Asa, putera baginda, naik raja akan gantinya. Maka pada zamannya negeri itu selamat sentosa sepuluh tahun lamanya.
  • 1Raj 14:31 : 31 Maka Rehabeampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan baginda pada sisi nenek moyang baginda dalam negeri Daud. Adapun nama bunda baginda itu Naama, seorang orang Ammoni, maka putera baginda bernama Abiam itu naik raja menggantikan dia.
  • 1Taw 3:9 : 9 Maka sekalian inilah bani Daud, lain dari pada segala anak gundiknya, dan Tamar, saudara perempuan mereka itu.
  • Mat 1:7-8 : 7 maka Sulaiman memperanakkan Rehabiam; dan Rehabiam memperanakkan Abia; dan Abia memperanakkan Asa; 8 dan Asa memperanakkan Yosapat; dan Yosapat memperanakkan Yoram; dan Yoram memperanakkan Uzia;
  • 1Raj 14:1 : 1 Bermula, maka pada masa itu adalah Abia, anak Yerobeam itu, jatuh sakit.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 90%

    1Hata, maka mangkatlah Abia beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan baginda di dalam negeri Daud, lalu Asa, putera baginda, naik raja akan gantinya. Maka pada zamannya negeri itu selamat sentosa sepuluh tahun lamanya.

    2Maka oleh Asa dibuat barang yang baik dan benar kepada pemandangan Tuhan, Allahnya,

  • 89%

    23Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Asa dan segala perbuatannya, dan segala negeri yang telah dibangunkannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda? Maka pada masa tuanya jatuhlah baginda gering kedua belah kakinya.

    24Maka raja Asapun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan dia pada sisi nenek moyangnya dalam negeri Daud, moyangda baginda; maka Yosafat puteranyapun naik raja menggantikan dia.

    25Adapun Nadab bin Yerobeam itu naik raja atas orang Israel pada tahun yang kedua dari pada kerajaan Asa atas orang Yehuda; maka kerajaanlah ia atas orang Israel dua tahun lamanya.

  • 16Maka mangkatlah Rehabeam beradu dengan segala nenek moyangnya, dikuburkan oranglah akan dia di dalam negeri Daud, maka Abia, puteranya, lalu naik raja akan gantinya.

  • 81%

    13Maka mangkatlah Asa beradu dengan segala nenek moyangnya. Adapun baginda mangkat itu pada tahun yang keempat puluh satu dari pada kerajaannya.

    14Maka dikuburkan oranglah akan baginda di dalam kubur yang telah disuruh baginda gali akan dia di dalam negeri Daud, dan dibaringkan oranglah akan baginda di atas sebuah tilam yang telah diisinya dengan rempah-rempah dan pelbagai barang yang harum, dilengkap sekadar kepandaian tukang rempah-rempah, maka dibakar oranglah suatu pembakaran amat besar akan baginda.

  • 24Maka raja Yorampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan baginda pada sisi segala nenek moyangnya dalam negeri Daud, maka Ahazia, puteranya, lalu naik raja menggantikan dia.

  • 7Adapun barang yang lagi tinggal dari pada kisah Abiam dan segala sesuatu yang telah dibuatnya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda? Maka antara Abiam dengan Yerobeampun adalah perang.

  • 7Maka raja Azaryapun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan baginda pada sisi segala nenek moyang baginda di dalam negeri Daud, maka Yotam, putera baginda, lalu naik raja akan gantinya.

  • 40Demikianlah peri raja Akhab mangkat beradu dengan segala nenek moyangnya, dan Ahazia putera bagindapun naiklah raja menggantikan ayahnya.

  • 28Maka Omripun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan dia di Samaria, dan Akhab, anaknya, kerajaanlah menggantikan ayahnya.

  • 1Bermula, maka pada tahun yang kedelapan belas dari pada kerajaan baginda raja Yerobeam bin Nebat, naiklah Abiam raja atas orang Yehuda.

  • 31Maka mangkatlah raja Sulaiman beradu dengan segala nenek moyangnya, dan dikuburkan oranglah akan baginda di dalam negeri Daud, ayahanda baginda, maka Rehabeam, putera baginda, lalu naik raja akan gantinya.

  • 77%

    9Maka pada tahun yang kedua puluh dari pada kerajaan Yerobeam, raja orang Israel, adalah Asa naik raja atas orang Yehuda.

    10Maka kerajaanlah ia di Yeruzalem empat puluh satu tahun lamanya, dan nama bunda baginda itu Maakha, anak Abisalom.

    11Maka Asapun berbuat barang yang benar kepada pemandangan Tuhan seperti Daud, moyangda baginda itu.

  • 20Maka Akhazpun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya lalu bagindapun dikuburkan pada sisi segala nenek moyangnya dalam negeri Daud, maka Hizkia, puteranya, lalu naik raja akan gantinya.

  • 1Hata, maka mangkatlah raja Yosafat beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan baginda pada sisi segala nenek moyangnya, di dalam negeri Daud, maka Yoram, putera baginda, lalu naik raja akan gantinya.

  • 38Hata, maka raja Yotampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan baginda pada sisi segala nenek moyangnya dalam negeri Daud, moyangda baginda, maka Akhaz, putera baginda, naik raja akan gantinya.

  • 43Kemudian raja Sulaimanpun mangkat beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan baginda dalam negeri Daud, ayahanda baginda, maka Rehabeam, putera baginda, lalu naik raja menggantikan baginda.

  • 31Maka Rehabeampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan baginda pada sisi nenek moyang baginda dalam negeri Daud. Adapun nama bunda baginda itu Naama, seorang orang Ammoni, maka putera baginda bernama Abiam itu naik raja menggantikan dia.

  • 9Maka mangkatlah Yotam beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan baginda di dalam negeri Daud, maka Akhaz, putera baginda, lalu naik raja akan gantinya.

  • 50Lalu kata raja Ahazia bin Akhab kepada raja Yosafat: Biarlah hamba beta turun berlayar dengan hamba tuan dalam kapal itu. Tetapi raja Yosafat tiada mau.

  • Mat 1:7-8
    2 ayat
    76%

    7maka Sulaiman memperanakkan Rehabiam; dan Rehabiam memperanakkan Abia; dan Abia memperanakkan Asa;

    8dan Asa memperanakkan Yosapat; dan Yosapat memperanakkan Yoram; dan Yoram memperanakkan Uzia;

  • 9Maka raja Yoahazpun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan dia di Samaria, maka Yoas puteranyapun naik raja akan gantinya.

  • 16Maka raja Yoaspun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu iapun dikuburkan di Samaria pada sisi raja-raja orang Israel, maka Yerobeam, puteranya, lalu naik raja akan gantinya.

  • 10Maka putera Sulaiman itulah Rehabeam, yang berputera Abia, yang berputera Asa, yang berputera Yosafat,

  • 27Maka mangkatlah Akhaz beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan dia di dalam negeri Yeruzalem, tetapi tiada dibawanya akan dia ke dalam kubur-kubur segala raja Israel; maka Yehizkia, puteranya, lalu naik raja akan gantinya.

  • 6Maka mangkatlah raja Yoyakim beradu dengan segala nenek moyangnya dan Yoyakhin, putera baginda, lalu naik raja akan gantinya.

  • 1Bermula, maka pada tahun yang kedelapan belas dari pada kerajaan Yerobeam, naiklah Abia raja atas orang Yehuda.

  • 21Hata, maka mangkatlah raja Hizkia beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu naik raja Manasye, putera baginda, akan gantinya.

  • 13Maka raja Yoaspun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu bersemayamlah Yerobeam di atas takhta kerajaannya. Maka raja Yoaspun dikuburkan di Samaria pada sisi segala raja marhum orang Israel.

  • 29Hata, maka raja Yerobeampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, yaitu raja-raja marhum orang Israel, lalu Zakharia, puteranya, naik raja akan gantinya.

  • 28Maka dibunuh Baesa akan dia pada tahun yang ketiga dari pada kerajaan Asa atas orang Yehuda, dan Baesapun naik raja menggantikan dia.

  • 6Maka Baesapun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, dan dikuburkan oranglah akan dia di Tirza, maka Ela, anaknya, naik raja menggantikan dia.

  • 10Setelah itu maka Daudpun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan baginda dalam negeri Daud.

  • 20Hata, maka mangkatlah Manasye beradu dengan segala nenek moyangnya, dan dikuburkan oranglah akan baginda di dalam istananya, lalu Amon, putera baginda, naik raja akan gantinya.

  • 22Hata, maka Menahimpun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu Pekahya, puteranya, naiklah raja akan gantinya.

  • 26Hata maka bagindapun dikuburkan oranglah dalam kuburnya yang di taman Uza, lalu naiklah Yosia raja akan gantinya.

  • 35Maka raja Yehupun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan baginda di Samaria, dan Yoahaz, putera baginda, lalu naik raja akan gantinya.

  • 11Arakian, maka segala kisah Asa, baik yang mula baik yang kemudian, bahwasanya tersuratlah ia itu di dalam kitab raja-raja Yehuda dan Israel.

  • 20Adapun lamanya Yerobeam kerajaan itu, ia itu dua puluh dua tahun, maka bagindapun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya dan Nadab, putera baginda, naik raja menggantikan dia.

  • 32Maka diangkatnya akan Asahel, dikuburkannya dalam kubur bapanya, yang di Betlehem. Maka berjalanlah Yoab serta dengan segala orangnya semalam-malaman itu, maka fajarpun merekah apabila mereka itu sampai ke Heberon.

  • 22Maka bagindapun meneguhkan Elat, dikembalikannya negeri itu kepada orang Yehuda, kemudian dari pada mangkat raja beradu dengan segala nenek moyangnya.

  • 1Bermula, maka pada masa itu adalah Abia, anak Yerobeam itu, jatuh sakit.

  • 18Hata, maka mangkatlah raja Manasye beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan baginda dalam taman istana baginda, yaitu dalam taman Uza, lalu Amon, putera baginda, naik raja akan gantinya.

  • 23Maka mangkatlah Uzia beradu dengan segala nenek moyangnya, dan dikuburkan oranglah akan dia pada sisi segala nenek moyangnya di padang pekuburan raja-raja, karena kata mereka itu: Bahwa ia telah berkusta; maka Yotam, puteranya, lalu naik raja akan gantinya.