1 Raja-raja 15:23

Terjemahan Lama

Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Asa dan segala perbuatannya, dan segala negeri yang telah dibangunkannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda? Maka pada masa tuanya jatuhlah baginda gering kedua belah kakinya.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • 1Raj 14:29-31 : 29 Adapun barang yang lagi tinggal dari pada kisah Rehabeam dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda? 30 Maka adalah perang antara Rehabeam dengan Yerobeam sepanjang umur hidupnya. 31 Maka Rehabeampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan baginda pada sisi nenek moyang baginda dalam negeri Daud. Adapun nama bunda baginda itu Naama, seorang orang Ammoni, maka putera baginda bernama Abiam itu naik raja menggantikan dia.
  • 1Raj 15:7-8 : 7 Adapun barang yang lagi tinggal dari pada kisah Abiam dan segala sesuatu yang telah dibuatnya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda? Maka antara Abiam dengan Yerobeampun adalah perang. 8 Maka Abiampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan dia dalam negeri Daud, maka Asa, putera baginda, kerajaanlah akan gantinya.
  • 2Taw 16:11-14 : 11 Arakian, maka segala kisah Asa, baik yang mula baik yang kemudian, bahwasanya tersuratlah ia itu di dalam kitab raja-raja Yehuda dan Israel. 12 Maka pada tahun yang ketiga puluh sembilan dari pada kerajaannya jatuhlah Asa sakit kedua belah kakinya, sehingga terpayahlah sakitnya, tetapi dalam sakitnya tiada dicaharinya Tuhan, melainkan dicaharinya segala tabib. 13 Maka mangkatlah Asa beradu dengan segala nenek moyangnya. Adapun baginda mangkat itu pada tahun yang keempat puluh satu dari pada kerajaannya. 14 Maka dikuburkan oranglah akan baginda di dalam kubur yang telah disuruh baginda gali akan dia di dalam negeri Daud, dan dibaringkan oranglah akan baginda di atas sebuah tilam yang telah diisinya dengan rempah-rempah dan pelbagai barang yang harum, dilengkap sekadar kepandaian tukang rempah-rempah, maka dibakar oranglah suatu pembakaran amat besar akan baginda.
  • Mzm 90:10 : 10 Adapun segala hari umur hidup kami itu tujuh puluh tahun, maka jikalau kami amat kuat delapan puluh tahun; maka kelebihannya sekalian itu susah dan kesukaran jua, karena dengan segeranya ia itu dikerat dan kamipun lenyaplah.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 81%

    11Arakian, maka segala kisah Asa, baik yang mula baik yang kemudian, bahwasanya tersuratlah ia itu di dalam kitab raja-raja Yehuda dan Israel.

    12Maka pada tahun yang ketiga puluh sembilan dari pada kerajaannya jatuhlah Asa sakit kedua belah kakinya, sehingga terpayahlah sakitnya, tetapi dalam sakitnya tiada dicaharinya Tuhan, melainkan dicaharinya segala tabib.

    13Maka mangkatlah Asa beradu dengan segala nenek moyangnya. Adapun baginda mangkat itu pada tahun yang keempat puluh satu dari pada kerajaannya.

  • 24Maka raja Asapun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan dia pada sisi nenek moyangnya dalam negeri Daud, moyangda baginda; maka Yosafat puteranyapun naik raja menggantikan dia.

  • 6Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Azarya dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda?

  • 76%

    45Dan raja Yosafatpun berdamailah dengan baginda raja orang Israel.

    46Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yosafat dan segala kuasa yang diperolehnya, dan segala peri hal ia melakukan perang, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda?

  • 22Setelah itu maka disuruh baginda raja Asa kerahkan segala orang Yehuda, seorang juapun tiada lepas, lalu diangkat mereka itu akan segala batu dan kayu yang telah dipakai Baesa kepada kota benteng itu, maka dengan dia juga dibangunkan baginda raja Asa akan Geba-Benyamin dan Mizpa.

  • 19Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Akhaz dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda?

  • 18Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala perkara raja Ahazia dan barang yang telah diperbuatnya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel?

  • 28Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yosia dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda?

  • 5Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Baesa dan segala perbuatannya dan segala kuasanya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh segala raja-raja Israel?

  • 29Adapun barang yang lagi tinggal dari pada kisah Rehabeam dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda?

  • 17Sungguhpun segala panggung tiada dilalukan dari tengah orang Israel, tetapi hati Asa tulus juga sepanjang umur hidupnya.

  • 19Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yoas dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda?

  • 26Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisahnya dan segala kelakuannya, yang mula dan kemudian, bahwasanya tersuratlah ia itu di dalam kitab raja-raja Yehuda dan Israel.

  • 72%

    7Adapun barang yang lagi tinggal dari pada kisah Abiam dan segala sesuatu yang telah dibuatnya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda? Maka antara Abiam dengan Yerobeampun adalah perang.

    8Maka Abiampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan dia dalam negeri Daud, maka Asa, putera baginda, kerajaanlah akan gantinya.

    9Maka pada tahun yang kedua puluh dari pada kerajaan Yerobeam, raja orang Israel, adalah Asa naik raja atas orang Yehuda.

  • 36Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yotam dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda?

  • 39Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Akhab dan segala perbuatan baginda dan istana gading yang telah diperbuat oleh baginda dan segala negeri yang telah dibangunkan baginda, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel?

  • 8Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yoahaz dan segala perbuatannya dan kuasanya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Israel?

  • 23Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yoram dan segala perbuatan baginda, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh segala raja-raja orang Yehuda?

  • 18Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Amazia, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda?

  • 32Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Yehizkia dan segala kebaikannya, bahwasanya tersuratlah ia itu serta dengan penglihatan nabi Yesaya bin Amos di dalam kitab raja-raja Yehuda dan Israel.

  • 14Tetapi segala panggung tiada juga dibuang; maka adalah hati Asa tulus dengan Tuhan sepanjang umur hidupnya.

  • 71%

    31Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Nadab dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel?

    32Maka adalah perang antara Asa dan Baesa, raja orang Israel itu, sepanjang umur hidupnya.

  • 21Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Menahim dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel?

  • 12Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yoas dan segala perbuatannya dan kuasanya dalam berperang dengan Amazia, raja orang Yehuda, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Israel?

  • 2Ditaruh baginda akan beberapa orang perang di dalam segala negeri Yehuda yang berkota benteng dan ditaruh baginda pula beberapa orang laskar di tanah Yehuda dan di dalam segala negeri Efrayim, yang telah ditawan oleh ayahanda baginda.

  • 15Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yoas dan segala perbuatannya dan kuasanya dan perihal perangnya dengan Amazia, raja orang Yehuda, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel?

  • 31Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Pekah dan segala perbuatannya, bahwasanya adalah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel.

  • 11Maka Asapun berbuat barang yang benar kepada pemandangan Tuhan seperti Daud, moyangda baginda itu.

  • 69%

    16Maka adalah perang antara Asa dengan Baesa, raja orang Israel itu, sepanjang umur hidupnya.

    17Karena Baesa, raja orang Israel itu, sudah mendatangi orang Yehuda dan diteguhkannya negeri Rama, sehingga seorangpun tiada diberinya masuk atau keluar akan pergi menghadap Asa, raja orang Yehuda.

    18Maka pada masa itu diambil Asa akan segala emas perak yang lagi ketinggalan di antara segala mata benda yang di rumah Tuhan dan segala mata benda yang di dalam istana baginda, diserahkannya kepada tangan pegawainya, lalu disuruh baginda raja Asa akan mereka itu pergi menghadap Benhadad bin Tabrimmon bin Hezyon, raja di benua Syam, yang duduk di Damsyik, katanya:

  • 6Maka dihimpunkan baginda raja Asa segala orang Yehuda, supaya diangkutnya segala batu di Rama dan segala kayunya, yang telah dipakai Baesa akan meneguhkan negeri itu, maka diteguhkan baginda negeri Geba dan Mizpa dengan dia.

  • 27Adapun barang yang tinggal lagi dari pada segala kisah Omri dan segala perbuatannya dan kuasa yang telah diperolehnya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Israel?

  • 14Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Ela dan segala perbuatannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Israel?

  • 69%

    1Hata, maka mangkatlah Abia beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan baginda di dalam negeri Daud, lalu Asa, putera baginda, naik raja akan gantinya. Maka pada zamannya negeri itu selamat sentosa sepuluh tahun lamanya.

    2Maka oleh Asa dibuat barang yang baik dan benar kepada pemandangan Tuhan, Allahnya,

  • 19Maka tiada juga perang sampai kepada tahun yang ketiga puluh lima dari pada kerajaan Asa.

  • 28Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yerobeam, dan segala perbuatannya dan kuasanya dan perihal perangnya dan bagaimana dikembalikannya Damsyik dan Hamat dari Yehuda kepada orang Israel, bukankah sekalian itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel?

  • 20Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Hizkia dan segala kuasanya dan bagaimana telah diperbuatnya kolam dan saluran air dan dialirkannya air itu ke dalam negeri, bukankah semuanya itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda?

  • 19Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Yerobeam, bagaimana ia sudah berperang dan bagaimana ia memegang kerajaan, bahwasanya sekalian itu tersebutlah dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel.

  • 26Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Pekahya dan segala perbuatannya, bahwasanya adalah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Israel.

  • 17Bermula, adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Manasye, dan segala perbuatannya dan segala dosa yang telah dibuatnya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda?

  • 34Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Yosafat, dari pada yang mula dan kemudian, bahwasanya tersebutlah ia itu di dalam tawarikh Yehu bin Hanani, yang disuratkan dalam kitab raja-raja orang Israel.

  • 26Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Amazia, yang mula dan yang kemudian, bukankah ia itu tersurat di dalam kitab raja-raja Yehuda dan Israel?