1 Raja-raja 15:11

Terjemahan Lama

Maka Asapun berbuat barang yang benar kepada pemandangan Tuhan seperti Daud, moyangda baginda itu.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • 2Taw 14:2 : 2 Maka oleh Asa dibuat barang yang baik dan benar kepada pemandangan Tuhan, Allahnya,
  • 2Taw 14:11 : 11 Maka Asapun meminta doa kepada Tuhan! bagi-Mu tiada bedanya antara menolong orang yang kuat dengan orang yang tiada kuat; ya Tuhan, Allah kami! tolong apalah akan kami, karena kami bersandar pada-Mu, dan dengan nama-Mu juga kami sudah datang hendak melawan orang sebanyak ini. Ya Tuhan! Engkau juga Allah kami, janganlah kiranya orang yang sia-sia dapat melawan akan Dikau.
  • 2Taw 15:17 : 17 Sungguhpun segala panggung tiada dilalukan dari tengah orang Israel, tetapi hati Asa tulus juga sepanjang umur hidupnya.
  • 2Taw 16:7-9 : 7 Bermula, maka pada masa itu juga datanglah penilik Hanani menghadap Asa, raja orang Yehuda, serta katanya kepadanya: Sebab engkau telah bersandar pada raja Syam dan tiada engkau bersandar pada Tuhan, Allahmu, sebab itu tentara raja Syam itu sudah luput dari pada tanganmu. 8 Bukankah dahulu orang Kusyi dan orang Libipun suatu tentara yang besar dengan amat banyak rata perangnya dan orang berkuda? maka sebab engkau telah harap pada Tuhan diserahkan-Nya juga mereka itu sekalian kepada tanganmu. 9 Karena adapun akan Tuhan, matanya adalah memandang berkeliling seluruh muka bumi akan mengaruniakan gagah dan kuat kepada barangsiapa yang tulus hatinya kepada-Nya. Maka sebab itu bodoh perbuatanmu ini, karena mulai dari pada sekarang ini engkau akan diperangi selalu. 10 Tetapi murkalah Asa akan orang penilik itu, diserahkannya ke dalam penjara, demikianlah sangat murkanya akan dia sebab kata itu, dan lagi beberapa orang dari pada rakyatpun dianiayakan oleh Asa pada masa itu.
  • 1Raj 15:3 : 3 Adapun kelakuan baginda itu, ia menurut segala dosa yang dibuat ayahanda baginda dahulu dari pada baginda, dan hati bagindapun tiada tulus dengan Tuhan, Allahnya, seperti tulus hati Daud, moyangda baginda.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 90%

    1Hata, maka mangkatlah Abia beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan baginda di dalam negeri Daud, lalu Asa, putera baginda, naik raja akan gantinya. Maka pada zamannya negeri itu selamat sentosa sepuluh tahun lamanya.

    2Maka oleh Asa dibuat barang yang baik dan benar kepada pemandangan Tuhan, Allahnya,

    3karena dilalukannya segala mezbah orang helat dan segala panggungpun, dan dipecahkannya segala patung dan ditebangnya segala hutan-hutan.

  • 32Maka berjalanlah baginda pada jalan Asa, ayahanda baginda, dengan tiada menyimpang dari padanya dan diperbuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan.

  • 3Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, sama seperti segala sesuatu yang telah dibuat oleh raja Daud, moyangda baginda.

  • 80%

    12Karena dinyahkannya segala orang zindik itu dari dalam negeri, dan dibuangnya segala berhala tahi yang telah diperbuat oleh nenek moyangnya.

    13Sehingga Maakha bunda bagindapun dipecatkannya dari pada pangkat permaisuri, sebab telah diperbuatkannya seekor berhala haibani dalam hutan, dan lagi dibinasakan Asa berhala haibani itu, dibakarnya habis dengan api di tepi sungai Kideron.

    14Tetapi segala panggung tiada juga dibuang; maka adalah hati Asa tulus dengan Tuhan sepanjang umur hidupnya.

    15Maka dibawanya ke dalam rumah Tuhan akan segala benda yang telah disucikan oleh ayahanda baginda, dan akan segala benda yang telah disucikan oleh baginda sendiri, dari pada emas perak dan pelbagai perkakasan.

    16Maka adalah perang antara Asa dengan Baesa, raja orang Israel itu, sepanjang umur hidupnya.

  • 3Maka dibuatnya barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, seperti segala perbuatan Amazia, ayahanda baginda.

  • 2Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, menurut segala perbuatan Daud, moyangda baginda.

  • 3Maka oleh bagindapun dibuat barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, tetapi bukan seperti perbuatan Daud, moyangda baginda, melainkan dalam semuanya adalah perbuatannya seperti perbuatan Yoas, ayahanda baginda.

  • 34Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, seperti segala perbuatan Uzia, ayahanda baginda, demikianpun perbuatan baginda.

  • 77%

    8Maka Abiampun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya, lalu dikuburkan oranglah akan dia dalam negeri Daud, maka Asa, putera baginda, kerajaanlah akan gantinya.

    9Maka pada tahun yang kedua puluh dari pada kerajaan Yerobeam, raja orang Israel, adalah Asa naik raja atas orang Yehuda.

    10Maka kerajaanlah ia di Yeruzalem empat puluh satu tahun lamanya, dan nama bunda baginda itu Maakha, anak Abisalom.

  • 77%

    23Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah Asa dan segala perbuatannya, dan segala negeri yang telah dibangunkannya, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja orang Yehuda? Maka pada masa tuanya jatuhlah baginda gering kedua belah kakinya.

    24Maka raja Asapun mangkatlah beradu dengan segala nenek moyangnya dan dikuburkan oranglah akan dia pada sisi nenek moyangnya dalam negeri Daud, moyangda baginda; maka Yosafat puteranyapun naik raja menggantikan dia.

  • 76%

    16Dan lagi akan Maakha, bunda baginda raja Asa itu, dipecatkan oleh baginda dari pada pangkatnya permaisuri, sebab telah diperbuatnya dalam hutan seekor berhala yang memberi dahsyat, maka dibinasakan Asa berhalanya yang memberi dahsyat itu, dihancurluluhkannya dan dibakarnya habis di tepi sungai Kideron.

    17Sungguhpun segala panggung tiada dilalukan dari tengah orang Israel, tetapi hati Asa tulus juga sepanjang umur hidupnya.

    18Maka dibawanya masuk ke dalam bait-Ullah akan segala benda yang disucikan oleh ayahanda baginda dan segala benda yang disucikan baginda sendiri, dari pada emas perak dan pelbagai perkakasan.

    19Maka tiada juga perang sampai kepada tahun yang ketiga puluh lima dari pada kerajaan Asa.

  • 4Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, menurut segala perbuatan Amazia, ayahanda baginda.

  • 43Maka berjalanlah baginda pada segala jalan Asa, ayahanda baginda, dengan tiada menyimpang, dan diperbuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan.

  • 2Maka dibuatnya barang yang benar kepada pemandangan Tuhan dan berjalanlah ia pada segala jalan Daud, moyangda baginda, dengan tiada menyimpang dari padanya ke kiri atau ke kanan.

  • 2Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan dan bagindapun menurut segala jalan raja Daud moyangda baginda, dengan tiada menyimpang ke kiri atau ke kanan.

  • 1Adapun umur Akhaz pada masa ia naik raja itu dua puluh tahun dan kerajaanlah ia di Yeruzalem enam belas tahun lamanya; maka tiada dibuatnya barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, seperti Daud, moyangda baginda.

  • 11Arakian, maka segala kisah Asa, baik yang mula baik yang kemudian, bahwasanya tersuratlah ia itu di dalam kitab raja-raja Yehuda dan Israel.

  • 2Maka dibuat raja Yoas barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, seumur hidupnya, yaitu barang yang diajarkan imam Yoyada akan dia.

  • 3Adapun kelakuan baginda itu, ia menurut segala dosa yang dibuat ayahanda baginda dahulu dari pada baginda, dan hati bagindapun tiada tulus dengan Tuhan, Allahnya, seperti tulus hati Daud, moyangda baginda.

  • 13Maka mangkatlah Asa beradu dengan segala nenek moyangnya. Adapun baginda mangkat itu pada tahun yang keempat puluh satu dari pada kerajaannya.

  • 5Sebab Daud sudah berbuat barang yang benar kepada pemandangan Tuhan dan tiada ia menyimpang dari pada segala sesuatu yang dipesannya kepadanya sepanjang umur hidupnya, melainkan hanya dalam perkara Uria, orang Heti itu.

  • 8Setelah didengar Asa segala perkataan dan nubuat nabi bin Oded ini, maka dipertetapkannyalah hatinya dan dilalukannya segala kegelian dari pada seluruh tanah Yehuda dan Benyamin dan dari dalam segala negeri di pegunungan Efrayim, yang telah dirampasnya, dan lagi dibaikinya akan mezbah Tuhan yang di hadapan serambi rumah Tuhan.

  • 2Maka dibuat Yoas barang yang benar kepada pemandangan Tuhan sepanjang umur hidup imam Yoyada.

  • 2Adapun umur Akhaz pada masa ia naik raja itu dua puluh tahun, maka kerajaanlah ia di Yeruzalem enam belas tahun lamanya, dan tiada dibuatnya barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, Allahnya, seperti Daud, moyangda baginda;

  • 12Maka pada masa itu disampaikan oranglah kepadanya sepucuk surat dari pada nabi Elia, bunyinya: Demikian inilah firman Tuhan, Allah moyangmu Daud: Maka oleh sebab tiada engkau berjalan pada jalan ayahmu Yosafat dan pada jalan Asa, raja Yehuda,

  • Mat 1:7-8
    2 ayat
    71%

    7maka Sulaiman memperanakkan Rehabiam; dan Rehabiam memperanakkan Abia; dan Abia memperanakkan Asa;

    8dan Asa memperanakkan Yosapat; dan Yosapat memperanakkan Yoram; dan Yoram memperanakkan Uzia;

  • 6Demikianlah diperbuat raja Sulaiman barang yang jahat kepada pemandangan Tuhan, dan tiada baginda tetap dalam mengikut Tuhan seperti raja Daud, ayahanda baginda.

  • 2Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, menurut segala perbuatan Uzia, ayahanda baginda, kecuali tiada ia masuk sampai ke dalam kaabah Tuhan; akan tetapi orang banyak lagi membinasakan dirinya.

  • 20Demikianlah perbuatan Yehizkia pada seluruh tanah Yehuda, diperbuat baginda barang yang baik dan benar dan betul di hadapan hadirat Tuhan, Allahnya.

  • 20Maka dibuat baginda barang yang jahat kepada pemandangan Tuhan, seperti perbuatan Manasye, ayahanda baginda.

  • 10Maka putera Sulaiman itulah Rehabeam, yang berputera Abia, yang berputera Asa, yang berputera Yosafat,

  • 2Maka dibuat baginda barang yang benar kepada pemandangan Tuhan, tetapi bukan dengan segala tulus hatinya.

  • 70%

    2Ditaruh baginda akan beberapa orang perang di dalam segala negeri Yehuda yang berkota benteng dan ditaruh baginda pula beberapa orang laskar di tanah Yehuda dan di dalam segala negeri Efrayim, yang telah ditawan oleh ayahanda baginda.

    3Karena Tuhanpun menyertai akan Yosafat, sebab ia berjalan pada segala jalan Daud, moyangnya, yang dahulu itu dan tiada ditanyakannya akan Baalim.

  • 10Maka berhimpunlah mereka itu sekalian di Yeruzalem pada bulan yang ketiga, tahun yang kelima belas dari pada kerajaan Asa.

  • 46Adapun barang yang lagi tinggal dari pada segala kisah raja Yosafat dan segala kuasa yang diperolehnya, dan segala peri hal ia melakukan perang, bukankah ia itu tersebut dalam kitab tawarikh raja-raja Yehuda?

  • 9maka dibuatnya barang yang jahat kepada pemandangan Tuhan, seperti perbuatan segala nenek moyangnya, tiada dijauhkannya dirinya dari pada dosa Yerobeam bin Nebat, yang telah menyuruhkan orang Israel berbuat dosa.