2 Tawarikh 25:24

Terjemahan Lama

Dan lagi diambilnya segala emas perak dan segala perkakasan yang terdapat di dalam bait-Ullah pada Obed-Edom, dan segala harta benda yang di dalam istana baginda, dan lagi beberapa orang sandera, lalu pulanglah ia ke Samaria.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • 1Taw 26:15 : 15 Dan lagi Obed-Edom sebelah selatan, dan bagi anak-anaknya perbendaharaan yang di sana.
  • 2Taw 12:9 : 9 Hata, maka berangkatlah Sisak, raja Mesir itu, diserangnya akan Yeruzalem dan dirampasnya segala mata benda dari dalam rumah Tuhan dan segala mata benda dari dalam istana baginda, bahkan, dirampasnya semuanya, sehingga segala perisai keemasan perbuatan raja Sulaimanpun dirampasnya.
  • 2Raj 14:14 : 14 Maka diambilnya akan segala emas perak dan segala perkakasan yang terdapat dalam rumah Tuhan dan dalam khazanah istana baginda, dan lagi akan beberapa orang sandera, lalu pulanglah ia ke Samaria.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 91%

    13Maka ditawanilah oleh Yoas, raja orang Israel, akan Amazia bin Yoas, raja orang Yehuda, di Bait-Semes, lalu dibawanya akan dia ke Yeruzalem, dan dipecahkannya sepotong pagar tembok Yeruzalem dari pada pintu gerbang Efrayim sampai kepada pintu gerbang Penjuru itu, empat ratus hasta panjangnya.

    14Maka diambilnya akan segala emas perak dan segala perkakasan yang terdapat dalam rumah Tuhan dan dalam khazanah istana baginda, dan lagi akan beberapa orang sandera, lalu pulanglah ia ke Samaria.

  • 79%

    13Dan dibawanya keluar dari sana akan segala mata benda rumah Tuhan dan segala mata benda istana baginda dan dikeratnya segala perhiasan emas, perbuatan Sulaiman, raja orang Israel, dalam kaabah Tuhan, yaitu setuju dengan firman Tuhan.

    14Dan dibawanya dengan tertawan segenap orang isi Yeruzalem serta dengan segala penghulu dan orang hartawan, sepuluh ribu orang dibawanya dengan tertawan, demikianpun segala tukang kayu dan tukang besi; seorangpun tiada tinggal melainkan orang hina dina belaka di antara segala rakyat negeri itu.

  • 18Tetapi oleh Yoas, raja orang Yehuda, diambil akan segala benda kesucian yang telah disucikan oleh Yosafat dan Yoram dan Ahazia, yaitu nenek moyangnya dan raja-raja orang Yehuda dahulu, dan lagi akan segala benda yang disucikan oleh baginda sendiri dan akan segala emas yang terdapat di antara segala mata benda rumah Tuhan dan dalam istana baginda, lalu dikirimkannya kepada Hazael, raja benua Syam, maka sebab itu undurlah ia dari Yeruzalem.

  • 18Maka segala perkakas bait-Ullah, baik besar baik kecil, dan segala mata benda rumah Tuhan dan segala mata benda baginda dan segala penghulunya, semuanya itu dibawanya ke Babil,

  • 26Maka dirampasnya segala mata benda yang di dalam rumah Tuhan dan segala mata benda yang di dalam istana baginda, bahkan, dirampasnya semuanya, sehingga segala perisai keemasanpun, yang telah diperbuat oleh raja Sulaiman.

  • 75%

    14Dan lagi diambilnya akan segala periuk dan sodok dan serampang dan pedupaan dan segala serba tembaga yang terpakai kepada pekerjaan kebaktian.

    15Maka oleh penghulu biduanda itu diambil akan segala pedupaan dan bokor percikan yang dari pada emas belaka dan dari pada perak belaka.

  • 75%

    25maka kutimbangkan baginya segala emas dan perak dan segala perkakasan itu, yaitu persembahan tatangan bait Allah kami, yang telah dipersembahkan oleh baginda dan segala menterinya dan segala penghulunya dan oleh segala orang Israel yang terdapat di sana.

    26Maka kutimbangkan pada tangan mereka itu perak enam ratus lima puluh talenta dan perkakasan yang dari pada perak seratus talenta dan emas seratus talenta.

  • 74%

    15Maka diberikan raja Hizkia segala perak yang terdapat dalam rumah Tuhan dan dalam perbendaharaan istana baginda.

    16Maka pada masa itu dikerat raja Hizkia segala emas dari pada pintu kaabah Tuhan dan dari pada tiang-tiang yang telah disalut oleh Hizkia, raja orang Yehuda, lalu diberikannya kepada raja Asyur.

  • 23Maka ditangkap Yoas, raja Israel, akan raja Yehuda, yaitu Amazia bin Yoas bin Yoahaz, di Bait-Semes, lalu dibawanya akan dia ke Yeruzalem dan dipecahkannya pagar tembok Yeruzalem mulai dari pada pintu gerbang Efrayim sampai kepada pintu gerbang penjuru, empat ratus hasta panjangnya.

  • 30Maka oleh segala imam dan orang Lewi itu disambut akan timbangan segala emas perak dan perkakasan itu, hendak dibawanya ke Yeruzalem, ke bait Allah kami.

  • 73%

    18Dan lagi dibawanya serta akan segala periuk dan penyodok dan serampang dan bokor percikan dan cerana dan segala perkakasan tembaga, yang terpakai kepada ibadat itu.

    19Dan segala mangkok dan tempat api dan bokor percikan dan periuk dan pelita dan cerana dan piala cucuran, yang semata-mata emas atau perak, itupun dibawa serta oleh penghulu biduanda itu.

  • 9Hata, maka berangkatlah Sisak, raja Mesir itu, diserangnya akan Yeruzalem dan dirampasnya segala mata benda dari dalam rumah Tuhan dan segala mata benda dari dalam istana baginda, bahkan, dirampasnya semuanya, sehingga segala perisai keemasan perbuatan raja Sulaimanpun dirampasnya.

  • 7Dan lagi dikeluarkan raja Koresy segala perkakasan rumah Tuhan, yang telah dibawa oleh Nebukadnezar dari Yeruzalem dan yang ditaruhnya di dalam kuil dewanya.

  • 7Dan lagi dibawa Nebukadnezar akan segala perkakas rumah Tuhan ke Babil, ditaruhnya akan dia di dalam rumah berhalanya di Babil.

  • 18Maka pada masa itu diambil Asa akan segala emas perak yang lagi ketinggalan di antara segala mata benda yang di rumah Tuhan dan segala mata benda yang di dalam istana baginda, diserahkannya kepada tangan pegawainya, lalu disuruh baginda raja Asa akan mereka itu pergi menghadap Benhadad bin Tabrimmon bin Hezyon, raja di benua Syam, yang duduk di Damsyik, katanya:

  • 72%

    23Maka sesungguhnya kemudian dari pada lalu setahun datanglah balatentara orang Syam hendak berperang dengan dia, maka datanglah mereka itu menyerang negeri Yehuda dan Yeruzalem, dibinasakannya segala penghulu di antara orang banyak itu, dan segala barang jarahan dikirimnya ke Damsyik kepada rajanya.

    24Karena jikalau tentara Syam itu datang dengan sedikit orangnya sekalipun, maka diserahkan Tuhan juga kepada tangannya suatu tentara yang amat banyak orangnya, sebab sudah ditinggalkan mereka itu akan Tuhan, Allah nenek moyangnya, maka dalam itupun dilakukannyalah pehukuman atas Yoas.

  • 18Maka dibawanya masuk ke dalam bait-Ullah akan segala benda yang disucikan oleh ayahanda baginda dan segala benda yang disucikan baginda sendiri, dari pada emas perak dan pelbagai perkakasan.

  • 2Maka diserahkan Tuhan akan Yoyakim, raja Yehuda itu, kepada tangannya, demikianpun separuh dari pada segala bejana bait-Ullah; maka dibawanya akan dia ke tanah Sinear, ke rumah berhalanya dan disuruhnya bawa masuk segala bejana itu ke dalam gedung perbendaharaan berhalanya.

  • 5Dan lagi segala perkakasan bait-Ullah dari pada emas dan perak, yang sudah diambil oleh Nebukadnezar dari dalam kaabah yang di Yeruzalem dan yang dibawa olehnya ke Babil itu, hendaklah dikembalikan supaya dibawa akan dia ke kaabah yang di Yeruzalem, ke tempatnya, dan dibawa oranglah akan dia turun ke bait-Ullah.

  • 8Maka diambil Akhaz akan segala emas perak yang terdapat dalam rumah Tuhan dan dalam perbendaharaan istana baginda, dihantarkannya hadiah kepada raja benua Asyur itu.

  • 8Maka dari pada saudaranya dibawa oleh bani Israel tertawan dua ratus ribu orang perempuan dan anak laki-laki dan perempuan, dan lagi dirampasnya banyak jarahan dari padanya, lalu dibawanya akan segala jarahan itu ke Samaria.

  • 14Setelah habis sudah pekerjaan itu, maka dibawa mereka itu lebihnya segala uang itu ke hadapan baginda dan Yoyada, maka dari pada uang itulah diperbuatkannya beberapa perkakas bagi rumah Tuhan, yaitu perkakas yang terpakai kepada khidmat, dan kepada persembahan korban dan beberapa bokor dan benda yang lain-lain dari pada emas dan perak; maka senantiasa dipersembahkannya korban bakaran di dalam rumah Tuhan sepanjang umur hidup Yoyada.

  • 15Maka dibawanya ke dalam rumah Tuhan akan segala benda yang telah disucikan oleh ayahanda baginda, dan akan segala benda yang telah disucikan oleh baginda sendiri, dari pada emas perak dan pelbagai perkakasan.

  • 7Maka diambil Daud akan perisai keemasan yang pada hamba-hamba Hadar-Ezar itu, dibawanya ke Yeruzalem.

  • 11Jumlah segala benda emas perak itu lima ribu empat ratus, semuanya itu dibawa oleh Sesybazar sertanya, tatkala di hantarnya akan segala orang tawanan itu dari Babil ke Yeruzalem.

  • 14Bahkan, segala perkakasan bait-Ullah dari pada emas dan perak, yang diambil oleh Nebukadnezar dari dalam kaabah yang di Yeruzalem dan yang sudah dibawa olehnya ke dalam kuil yang di Babil, itu sudah dikeluarkan pula oleh baginda raja Koresy dari dalam kuil yang di Babil, diamanatkannya kepada seorang yang bernama Sesybazar, yang telah dijadikannya penghulu negeri.

  • 24Maka negeri serta dengan segala isinya dibakarnya habis dengan api, hanya barang emas perak dan segala benda tembaga dan besi dipersembahkannya kepada perbendaharaan bait Tuhan.

  • 2Maka sukacitalah hati Hizkia akan mereka itu, lalu ditunjuknya kepadanya khazanahnya, segala emas, perak dan rempah-rempah dan minyak yang harum baunya, dan segenap gedung senjatanya dan segala sesuatu yang terdapat di dalam khazanahnya, baik yang di dalam istananya baik yang di dalam segenap kerajaannya, suatupun tiada yang tiada ditunjuk Hizkia kepada mereka itu.

  • 7Maka diambil Daud akan segala perisai keemasan yang telah ada pada hamba-hamba Hadad-ezar, dibawanya akan dia ke Yeruzalem.

  • 17Maka berjalanlah mereka itu ke negeri Yehuda, lalu langsung ke dalamnya, dibawanya dari sana akan segala harta benda yang didapatinya dalam istana baginda dan akan segala anak isteri bagindapun, sehingga seorang anakpun tiada ditinggalkan bagi baginda, melainkan Yoahaz, anaknya laki-laki yang bungsu.

  • 9Maka datanglah mereka itu kepada Hilkia, imam besar, diberikannyalah kepadanya segala uang yang telah dibawa masuk ke dalam bait-Ullah dan yang telah dikumpulkan oleh orang-orang Lewi penunggu pintu dari pada tangan orang Manasye dan orang Efrayim dan segala orang yang lagi tinggal dari pada orang Israel, dan dari pada segala orang Yehuda dan orang Benyamin dan segala orang isi Yeruzalem.

  • 20Kemudian diambilnya akan segala penghulu atas orang seratus dan akan segala orang yang mulia-mulia dan yang memerintahkan orang banyak dan akan segala orang isi negeri, dihantarnya akan baginda turun dari dalam rumah Tuhan, maka berjalanlah mereka itu sekalian dari pada pertengahan pintu besar, lalu langsung ke istana baginda; maka didudukkannya baginda di atas takhta kerajaan.

  • 11Maka sesungguhnya apabila peti itu dibawa masuk oleh tangan orang Lewi kepada pemerintah baginda, serta dilihatnya adalah banyak uang di dalamnya, maka datanglah jurutulis baginda dan seorang wakil imam besar menghampakan peti itu, lalu diangkat oranglah akan dia pula, ditaruhnya pula pada tempatnya; demikianlah perbuatannya pada sebilang hari dan dikumpulkannya amat banyak uang.

  • 15dan akan membawa ke sana segala emas dan perak yang telah dipersembahkan oleh raja dan segala menterinya dengan keridlaan hatinya kepada Allah orang Israel, yang tempat kediamannya adalah di Yeruzalem.

  • 70%

    5Bahwa kamu sudah mengambil emas perak-Ku, dan segala mata benda-Ku yang indah-indah itu sudah kamu bawa masuk ke dalam kuilmu.

  • 24Maka dikumpulkan Akhaz segala serba perkakasan bait-Ullah, dipecah-pecahkannya segala serba perkakasan bait-Ullah itu dan dikatupkannya segala papan pintu rumah Tuhan dan dibuatnya akan dirinya beberapa mezbah pada segala penjuru Yeruzalem.

  • 21demikianlah firman Tuhan serwa sekalain alam, Allah orang Israel, akan hal segala serba perkakasan yang lagi tinggal di dalam rumah Tuhan dan di dalam istana raja Yehuda dan di Yeruzalem:

  • 11Maka sekalian inipun disucikan oleh baginda raja Daud bagi Tuhan serta dengan segala emas perak yang telah dibawa baginda sertanya dari pada segala orang kafir itu, yaitu dari pada orang Edom dan dari pada orang Moab dan dari pada bani Ammon dan dari pada orang Filistin dan dari pada orang Amalek.

  • 25Hata, maka kemudian dari pada mati Yoas bin Yoahaz, raja Israel, hiduplah Amazia bin Yoas, raja Yehuda, lagi lima belas tahun lamanya.

  • 15Dan dilalukannya segala berhala orang helat dan patung yang serupa dengan manusia itu dari dalam rumah Tuhan, demikianpun segala mezbah yang telah diperbuatnya di atas bukit rumah Tuhan dan di Yeruzalem, lalu dibuangnya akan dia ke luar negeri.

  • 11Maka sesungguhnya apabila baginda berangkat ke rumah Tuhan, maka datanglah segala biduanda sambil membawa perisai itu, kemudian dikembalikannya akan dia pula ke dalam pelatar biduanda.

  • 19Maka segala emas perak dan segala benda dari pada tembaga dan besi itu akan suci bagi Tuhan, hendaklah ia itu masuk ke dalam perbendaharaan Tuhan.

  • 14Hata, setelah sudah pulang amazia dari pada mengalahkan orang Edom itu, dibawanya sertanya akan berhala-berhala bani Seir, maka dijadikannya berhala bagi dirinya, lalu iapun menyembah sujud kepadanya dan membakar dupa baginya.