2 Samuel 8:7

Terjemahan Lama

Maka diambil Daud akan segala perisai keemasan yang telah ada pada hamba-hamba Hadad-ezar, dibawanya akan dia ke Yeruzalem.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • 1Raj 10:16-17 : 16 Maka oleh baginda raja Sulaimanpun disuruh perbuatkan dua ratus buah perisai dari pada emas tempawan, disuruhnya timbang emas enam ratus syikal akan sebuah perisai. 17 Dan lagi tiga ratus buah selukung dari pada emas tempawan, disuruhnya timbang emas tiga kati akan sebuah selukung, lalu ditaruh baginda akan dia dalam istana yang di rimba Libanon.
  • 1Raj 14:26-27 : 26 Maka dirampasnya segala mata benda yang di dalam rumah Tuhan dan segala mata benda yang di dalam istana baginda, bahkan, dirampasnya semuanya, sehingga segala perisai keemasanpun, yang telah diperbuat oleh raja Sulaiman. 27 Maka baginda raja Rehabeampun memperbuat beberapa perisai tembaga akan gantinya, lalu ditaruhnya akan dia di bawah pemegangan penghulu biduanda, yang menunggui pintu istana baginda.
  • 1Taw 18:7 : 7 Maka diambil Daud akan perisai keemasan yang pada hamba-hamba Hadar-Ezar itu, dibawanya ke Yeruzalem.
  • 2Taw 9:15-16 : 15 Maka disuruh baginda raja Sulaiman perbuatkan selukung dua ratus buah dari pada emas tempawan, disuruhnya timbang emas enam ratus syikal akan sebuah selukung. 16 Dan lagi tiga ratus buah perisai dari pada emas tempawan, disuruhnya timbang emas tiga ratus syikal akan sebuah perisai, lalu ditaruh baginda akan segala perisai itu dalam istana rimba di Libanon.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 98%

    2Dan lagi dialahkannya orang Moab, sehingga takluklah orang Moab itu kepada Daud serta membawa upeti.

    3Maka dialahkan Daud akan Hadar-Ezar, raja Zoba di Hamat, pada masa ia berjalan pergi meneguhkan kuasanya di tepi sungai Ferat.

    4Maka dirampas Daud dari padanya rata perang seribu buah, dan orang berjalan kaki dua puluh ribu; maka oleh Daud dikerat urat kaki segala kuda penghela, tetapi diambilnya dari padanya akan dirinya rata seratus buah.

    5Maka datanglah orang Syam dari Damsyik hendak membantu Hadar-Ezar, raja Zoba itu, tetapi dari pada orang Syam itu dibunuh oleh Daud dua puluh dua ribu orang.

    6Maka ditaruh Daud beberapa orang laskar di negeri Syam-Damsyik, sehingga takluklah orang Syam itu kepada Daud dan membawa upeti. Maka dikaruniakan Tuhan kemenangan kepada Daud ke manapun baik perginya.

    7Maka diambil Daud akan perisai keemasan yang pada hamba-hamba Hadar-Ezar itu, dibawanya ke Yeruzalem.

    8Maka dari dalam Tibkhat dan dari dalam Khun, negeri Hadar-Ezar itu, diambil Daud amat banyak tembaga, maka dari pada tembaga itulah diperbuat Sulaiman akan kolam tembaga dan kedua batang tiang dan segala perkakasan tembaga itu.

    9Hata, apabila kedengaranlah kabar kepada Tohu, raja Hamat, mengatakan Daud sudah mengalahkan segenap balatentara Hadar-Ezar, raja Zoba itu,

    10disuruhkannyalah Hadoram, puteranya, pergi menghadap baginda raja Daud akan bertanyakan selamatnya dan akan meminta berkat atasnya, sebab baginda sudah berperang dengan Hadar-Ezar dan dialahkannya akan dia, karena Hadar-Ezar itu selalu berperang dengan Tohu, dan dikirimnya pula pelbagai perkakasan emas, perak dan tembaga.

    11Maka sekalian inipun disucikan oleh baginda raja Daud bagi Tuhan serta dengan segala emas perak yang telah dibawa baginda sertanya dari pada segala orang kafir itu, yaitu dari pada orang Edom dan dari pada orang Moab dan dari pada bani Ammon dan dari pada orang Filistin dan dari pada orang Amalek.

  • 84%

    8Maka dari dalam Betakh dan dari dalam Berotai, dua buah negeri Hadad-ezar, diambil raja Daud akan amat banyak tembaga.

    9Bermula, maka setelah kedengaranlah kabar kepada Toi, raja Hamat, mengatakan Daud sudah mengalahkan segenap balatentara Hadad-ezar,

    10disuruhkan Toi akan Yoram, anaknya, menghadap raja Daud akan bertanyakan selamat baginda dan menyampaikan berkat selamat kepada baginda, sebab baginda sudah memerangi Hadad-ezar dan sudah mengalahkan dia (karena Hadad-ezar itu senantiasa dalam berperang dengan Toi), maka pada tangannya adalah beberapa benda perak dan benda emas dan benda tembaga.

    11Maka ia itupun disucikan oleh raja Daud bagi Tuhan serta dengan segala emas perak yang telah disucikannya dari pada segala bangsa kafir yang sudah ditaklukkannya:

    12dari pada orang Syam dan dari pada orang Moab dan dari pada bani Ammon dan dari pada orang Filistin dan dari pada orang Amalek dan dari pada jarahan Hadad-ezar bin Rekhob, raja Zoba.

    13Maka oleh Daud didirikanlah satu tanda alamat, pada masa baginda kembali dari pada mengalahkan orang Edom dalam Lembah-Masin, tatkala mati delapan belas ribu orang.

    14Maka ditaruh baginda akan laskar pengawal dalam negeri Edom, dalam seluruh negeri Edom ditaruhnya akan laskar pengawal itu, sehingga takluklah segala orang Edom kepada Daud; maka dikaruniakan Tuhan kemenangan kepada Daud barang ke manapun ia pergi.

  • 81%

    3Dan lagi dialahkan Daud akan Hadad-ezar bin Rekhob, raja Zoba, pada masa ia pergi meluaskan pemerintahannya sampai ke sungai Ferat.

    4Maka dirampas Daud dari padanya seribu tujuh ratus orang berkuda dan dua puluh ribu orang yang berjalan kaki; dan dikerat oleh Daud akan urat kaki segala kuda penghela, dan ditinggalkannya dari padanya rata seratus buah.

    5Maka datanglah orang Syam dari Damsyik hendak membantu Hadad-ezar, raja Zoba, tetapi dialahkan Daud akan orang Syam itu, mati dua puluh ribu orang.

    6Maka ditaruh Daud akan beberapa laskar pengawal negeri di benua Syam daerah Damsyik dan orang Syam itu takluklah kepada Daud serta membawa upeti. Maka dikaruniakan Tuhan kemenangan kepada Daud barang ke manapun ia pergi.

  • 54Maka oleh Daud diambil akan kepala orang Filistin itu, dibawanya ke Yeruzalem; hanya segala pakaian perangnya ditaruhnya dalam kemahnya.

  • 75%

    9Hata, maka berangkatlah Sisak, raja Mesir itu, diserangnya akan Yeruzalem dan dirampasnya segala mata benda dari dalam rumah Tuhan dan segala mata benda dari dalam istana baginda, bahkan, dirampasnya semuanya, sehingga segala perisai keemasan perbuatan raja Sulaimanpun dirampasnya.

    10Maka diperbuat oleh baginda raja Rehabeam beberapa perisai tembaga akan gantinya, yang diserahkannya kepada tangan segala penghulu biduanda, yang menunggui pintu istana baginda.

  • 2Maka diambil Daud akan makota raja mereka itu dari atas kepalanya, didapatinya akan berat emasnya setalenta dan adalah pula permata intan padanya, maka makota itu dikenakan oranglah kepada kepala Daud, dan lagi dibawanya akan banyak jarahan dari dalam negeri itu.

  • 10Maka oleh imam itu diberikan kepada segala penghulu atas orang seratus itu segala lembing dan perisai yang dari pada raja Daud dan yang di dalam kaabah Tuhan.

  • 74%

    29Hata, maka Daudpun menghimpunkanlah segala rakyat itu lalu berangkat ke Rabba, maka diperangilah baginda akan negeri itu, lalu dialahkannya.

    30Maka diambilnya makota dari pada kepala raja mereka itu, beratnya emas setalenta, bertahtakan permata intan, lalu dikenakan kepada kepala Daud; lagipun dibawa oleh baginda akan banyak jarahan dari dalam negeri itu.

  • 9Maka diberikan imam Yoyada kepada segala penghulu atas orang seratus itu segala pendahan dan selukung dan perisai yang dahulu baginda raja Daud punya dan yang ada di dalam bait-Ullah.

  • 73%

    16Maka utusanlah Hadad-ezar disuruhnya datang segala orang Syam yang di seberang sungai itu, maka datanglah mereka itu ke Helam; maka Sobakh, panglima perang Hadad-ezar, itulah penganjurnya.

    17Setelah sudah dikabarkan hal itu kepada Daud, dihimpunkannyalah segenap orang Israel, lalu menyeberang Yarden langsung ke Helam. Maka orang Syam itu mengaturkan ikatan perangnya berhadapan dengan Daud, lalu berperanglah mereka itu dengan baginda.

  • 19Setelah dilihat oleh segala hamba Hadar-Ezar akan hal mereka itu sudah alah di hadapan orang Israel, maka berdamailah mereka itu dengan Daud dan diperhambakannya dirinya kepadanya, maka seganlah orang Syam itu membantu bani Ammon itu lagi.

  • 72%

    26Maka dirampasnya segala mata benda yang di dalam rumah Tuhan dan segala mata benda yang di dalam istana baginda, bahkan, dirampasnya semuanya, sehingga segala perisai keemasanpun, yang telah diperbuat oleh raja Sulaiman.

    27Maka baginda raja Rehabeampun memperbuat beberapa perisai tembaga akan gantinya, lalu ditaruhnya akan dia di bawah pemegangan penghulu biduanda, yang menunggui pintu istana baginda.

  • 20Dan lagi diambil Daud akan segala kambing domba dan lembu, digiringnya pada hulu segala binatang lain itu, sambil katanya: Bahwa inilah jarahan Daud.

  • 17Dan lagi tiga ratus buah selukung dari pada emas tempawan, disuruhnya timbang emas tiga kati akan sebuah selukung, lalu ditaruh baginda akan dia dalam istana yang di rimba Libanon.

  • 16Dan lagi tiga ratus buah perisai dari pada emas tempawan, disuruhnya timbang emas tiga ratus syikal akan sebuah perisai, lalu ditaruh baginda akan segala perisai itu dalam istana rimba di Libanon.

  • 57Maka apabila kembalilah Daud dari pada membunuh orang Filistin itu disambut Abner akan dia dan dihantarnya akan dia menghadap Saul, maka kepala orang Filistin itu adalah lagi pada tangannya.

  • 41Maka orang Filistin itupun datanglah sambil berjalan sambil menghampiri Daud, dan orang yang membawa perisainyapun adalah berjalan di hadapannya.

  • 24Dan lagi diambilnya segala emas perak dan segala perkakasan yang terdapat di dalam bait-Ullah pada Obed-Edom, dan segala harta benda yang di dalam istana baginda, dan lagi beberapa orang sandera, lalu pulanglah ia ke Samaria.

  • 30Maka oleh segala imam dan orang Lewi itu disambut akan timbangan segala emas perak dan perkakasan itu, hendak dibawanya ke Yeruzalem, ke bait Allah kami.

  • 7Tetapi dialahkan Daud akan kota Sion juga, yaitu negeri Daud.

  • 70%

    16Setelah dilihat orang Syam mereka itu sudah alah di hadapan orang Israel, disuruhkannya beberapa utusan mengerahkan segala orang Syam yang duduk di seberang sungai, maka Sofakh, panglima perang Hadar-Ezar, itulah penghulu mereka itu.

    17Maka setelah dimaklumkan hal itu kepada Daud, dihimpunkannyalah segenap orang Israel, lalu menyeberang Yarden. Setelah sampai kepada mereka itu, diaturkannya ikatan perang tentang mereka itu; setelah sudah dihadapkan Daud ikatan perang kepada orang Syam maka berperanglah mereka itu dengan dia.

  • 9Maka dialahkan Daud negeri itu, tiada dihidupinya laki-laki atau perempuan, dan lagi dirampasnya segala domba dan lembu dan keledai dan unta dan pakaian, lalu kembalilah ia serta menghadap Akhis.

  • 8Serta kedengaranlah hal itu kepada Daud, disuruhkannyalah Yoab dengan segala pahlawan tentara itu.

  • 15Maka oleh penghulu biduanda itu diambil akan segala pedupaan dan bokor percikan yang dari pada emas belaka dan dari pada perak belaka.

  • 7Dan lagi dikeluarkan raja Koresy segala perkakasan rumah Tuhan, yang telah dibawa oleh Nebukadnezar dari Yeruzalem dan yang ditaruhnya di dalam kuil dewanya.

  • 18Tetapi oleh Yoas, raja orang Yehuda, diambil akan segala benda kesucian yang telah disucikan oleh Yosafat dan Yoram dan Ahazia, yaitu nenek moyangnya dan raja-raja orang Yehuda dahulu, dan lagi akan segala benda yang disucikan oleh baginda sendiri dan akan segala emas yang terdapat di antara segala mata benda rumah Tuhan dan dalam istana baginda, lalu dikirimkannya kepada Hazael, raja benua Syam, maka sebab itu undurlah ia dari Yeruzalem.

  • 7Serta kedengaranlah hal itu kepada Daud, disuruhkannya Yoab dan segala orang pahlawan serta dengan segenap tentara itu.