Daniel 1:16
Maka sebab itu dilalukan penjawat santapan akan segala ayapan dan akan air anggur yang ditentukan akan minumannya, diberikannya mereka itu buah-buahan hasil tanah juga.
Maka sebab itu dilalukan penjawat santapan akan segala ayapan dan akan air anggur yang ditentukan akan minumannya, diberikannya mereka itu buah-buahan hasil tanah juga.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
2Maka diserahkan Tuhan akan Yoyakim, raja Yehuda itu, kepada tangannya, demikianpun separuh dari pada segala bejana bait-Ullah; maka dibawanya akan dia ke tanah Sinear, ke rumah berhalanya dan disuruhnya bawa masuk segala bejana itu ke dalam gedung perbendaharaan berhalanya.
3Maka titah baginda kepada Aspenaz, penghulu penjawat istana, disuruhnya bawa serta akan beberapa orang dari bani Israel, yang asal dari raja dan dari orang besar-besar,
4yaitu beberapa orang muda-muda yang satupun tiada celanya, dan yang baik parasnya dan beradab dan berbudi dan bijaksana dan senang diajar, yang layak akan mengerjakan pekerjaan dalam istana baginda, supaya mereka itu diajarkan suratan dan bahasa orang Kasdim.
5Maka ditentukan baginda riasa mereka itu pada tiap-tiap hari, yaitu bahagian ayapan dari pada santapan baginda sendiri dan dari pada air anggur santapan bagindapun. Maka akan lamanya pemeliharaan mereka itu ditentukan tiga tahun, kemudian boleh mereka itu menghadap hadirat baginda.
6Maka di antaranya adalah Daniel dan Hananya dan Misail dan Azarya, yang dari pada bani Yehuda.
7Maka oleh penghulu penjawat istana itu ditukarlah namanya, akan Daniel dinamanianya Beltsazar dan akan Hananya itu Saderakh dan akan Misail itu Mesakh dan akan Azarya itu Abed-nego.
8Adapun Daniel itu sudah berniat dalam hatinya tiada ia mau menajiskan dirinya dengan ayapan dari pada persantapan baginda dan dengan air anggur santapan baginda, sebab itu dipintanya maaf kepada penghulu segala penjawat istana, supaya jangan dinajiskan dirinya.
9Maka dikaruniakan Allah kepada Daniel bahwa ia berolah keridlaan dan kemurahan dari pada penghulu segala penjawat istana itu.
10Tetapi kata juga penghulu segala penjawat istana kepada Daniel: Takutlah aku akan baginda yang dipertuan, yang sudah menentukan bahagian makanan dan minumanmu, karena mengapa kiranya seri mukamu akan kurang dari pada seri muka segala orang muda-muda yang sebaya dengan dikau? Demikianlah engkau akan menjunjungkan salah di atas kepalaku di hadapan baginda.
11Lalu kata Daniel kepada penjawat santapan yang telah diangkat oleh penghulu segala penjawat istana atas Daniel, Hananya, Misail dan Azarya.
12Hendaklah kiranya tuan mencoba juga hamba-hamba tuan ini barang sepuluh hari lamanya, biarlah hamba diberi makanan buah-buahan hasil tanah dan diberi minum air.
13Lalu hendaklah di hadapan tuan juga orang membanding rupa hamba ini dengan rupa segala orang muda-muda yang selalu makan ayapan baginda, kemudian buatlah akan hamba ini setuju dengan pendapatan tuan itu.
14Maka diluluskannya kehendak mereka itu, dicobanya akan mereka itu sepuluh hari lamanya.
15Maka pada kesudahan sepuluh hari itu nyatalah rupanya lebih baik dan tubuhnyapun lebih gemuk dari pada segala orang muda-muda yang selalu makan ayapan baginda.
17Maka dikaruniakan Allah kepada keempat orang muda-muda itu pengetahuan dan akal pada segala suratan dan ilmu, tambahan pula kepada Daniel dikaruniakan-Nya akal dalam segala khayal dan mimpi.
18Hata, setelah genap segala hari yang dititah baginda kemudiannya patut dibawa oranglah akan mereka itu masuk, maka oleh penghulu segala penjawat istana dibawa akan mereka itu menghadap hadirat baginda raja Nebukadnezar.
19Maka dalam baginda bertitah kepada mereka itu tiada didapati antara mereka itu sekalian akan orang yang seperti Daniel, Hananya, Misail dan Azarya; maka menghadaplah mereka itu hadirat baginda.
20Maka adapun dalam hal segala ilmu dan pengetahuan yang ditanyakan baginda akan mereka itu, didapati baginda akan mereka itu sepuluh kali lebih alim dari pada segala orang sastrawan dan segala ahlulnujum yang dalam seluruh kerajaannya.
33Dan disalinkannya pakaiannya penjara dan selalu iapun makan ayapan di hadapan baginda pada segala hari umur hidupnya.
34Maka oleh baginda raja Babil dikaruniakan kepadanya biaya yang tentu akan kehidupannya, dari pada sehari datang kepada sehari sampai hari matinya, yaitu pada segala hari umut hidupnya.
7Maka minumanpun diperidarkan oranglah dalam piala keemasan, dan piala itu tiap-tiap kali ditukar dengan piala yang lain, maka berkelimpahanlah air anggur kerajaan, hanya baginda juga yang dapat mengaruniakan yang demikian.
9Dan lagi hendaklah diambil olehmu akan gandum dan syeir dan kacang dan miju dan sekui dan cawak, bubuhlah dia dalam sebuah bejana dan buatlah roti dari padanya akan dirimu; maka seturut bilangan segala hari engkau berbaring pada sisimu satu itu, tiga ratus sembilan puluh hari lamanya, hendaklah engkau makan dia.
10Adapun makanan yang akan kaumakan itu hendaklah beratnya dua puluh syikal pada sehari, dan hendaklah engkau makan dia tiap-tiap waktu sedikit.
11Dan lagi airpun hendaklah kauminum dengan takarannya, yaitu seperenam hin, tiap-tiap waktu sedikit.
18Sehingga barang yang disediakan pada satu hari itu seekor lembu jantan dan enam ekor domba yang tambun dan beberapa ekor burung, dan pada tiap-tiap sepuluh hari pelbagai air anggur amat banyak; kendatilah demikian, tiada juga aku menuntut belanja seorang penghulu negeri, sebab tanggungan pekerjaan ini beratlah atas orang banyak itu.
2Maka pada hari itu adalah aku, Daniel, tengah berkabung tiga sabat hari lamanya.
3Barang makanan yang sedap tiada aku makan dan daging atau air anggurpun tiada masuk ke dalam mulutku, dan lagi tiada aku pakai barang minyak bau-bauan sampai genaplah sudah tiga sabat itu.
9Dan barang yang lagi ia berhajat itu, seperti lembu muda dan domba jantan dan anak domba akan korban bakaran bagi Allah, Tuhannya segala langit, dan lagi gandum, garam dan air anggur dan minyak, seturut kata segala imam yang di Yeruzalem itu, hendaklah diberikan kepadanya pada tiap-tiap hari dengan tiada bersalahan.
1Sebermula, maka baginda raja Belsyazar berbuatlah suatu perjamuan yang besar akan seribu menterinya dan bagindapun santaplah air anggur di hadapan orang seribu itu.
2Maka dalam santap air anggur itu bertitahlah Belsyazar: Hendaklah orang membawa akan segala bejana emas perak yang telah dikeluarkan oleh Nebukadnezar, ayahanda baginda, dari dalam kaabah yang di Yeruzalem, supaya dari padanya boleh diminum oleh baginda dan oleh segala menteri dan isteri dan gundik baginda.
21Maka termasuklah ia ke dalam perutnya, tetapi tiada nyata kepadaku ia telah turun ke dalam perutnya, karena rupanya lagi keji seperti dahulu juga. Lalu jagalah aku.
14Maka dari pada hari aku dititahkan menjadi penghulu mereka itu di negeri Yehuda, yaitu dari pada tahun yang kedua puluh, sampai kepada tahun yang ketiga puluh dua dari pada kerajaan Artahsasta, dua belas tahun lamanya, tiada tahu aku makan belanja penghulu, dan segala saudarakupun tidak.
16Maka pergilah Daniel meminta kepada baginda pertangguhkan waktunya, supaya boleh dimaklumkannya kepada baginda tabir mimpi itu.
18supaya dipintanya rahmat dari pada Allah yang di sorga, akan rahasia ini, supaya jangan Daniel dan segala taulannyapun binasalah serta dengan segala orang alim yang di Babil itu.
29Dan ditukar baginda pakaian penjara yang padanya, lalu iapun senantiasa santap ayapan di hadapan baginda sepanjang umur hidupnya.
30Dan ditentukan baginda baginya biayanya akan penghidupannya pada tiap-tiap hari sama banyaknya, maka ia itu sepanjang umur hidupnya.
1Sebermula, maka kemudian dari pada itu adalah Darius, orang Medi, naik raja, pada masa umurnya kira-kira enam puluh dua tahun.
2Maka berkenanlah kepada Darius mengangkat atas kerajaan itu seratus dua puluh orang menteri yang memegang perintah dalam segenap kerajaan itu.
4Maka kepadanya dinyatakannya segala kekayaan kemuliaan kerajaannya dan keindahan perhiasan kebesarannya beberapa hari lamanya, sampai seratus delapan puluh hari.
5Setelah genaplah segala hari itu maka diperbuat baginda suatu perjamuan pula akan segala orang yang terdapat di dalam kota Susan, baik besar baik kecil, tujuh hari lamanya, di dalam penghadapan taman istana baginda.
18Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;
21Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;
14Minyak sapi dan air susu domba kambing dan lemak anak domba dan domba jantan yang jadi di Bazan dan kambing jantan dan lemaknya segala gandum, dan lagi darah buah anggur yang ungu warnanya telah kamu minum!
24Sebab itu disuruhkan-Nya ujung tangan ini dan dari padanya juga datanglah suratan ini.
4Maka diminumnya air anggur itu dan dipuji-pujinya segala berhala yang dari pada emas, perak, tembaga, besi, kayu dan batu adanya.
24dan persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;
27Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;
28dibawanya akan tilam dan pinggan dan periuk belanga dan gandum dan syeir dan tepung dan emping dan kacang dan miju lagi bertih,
30Maka adapun persembahannya makanan dan persembahannya minuman akan segala anak lembu dan segala domba jantan dan segala anak domba itu seturut bilangannya dan dengan sepertinya;
13Maka dibawa oranglah akan Daniel menghadap baginda, lalu titah baginda kepada Daniel demikian: Engkaukah Daniel itu, seorang dari pada mereka yang sudah dipindahkan dengan tertawan dari negeri Yehuda, yang sudah dibawa ke mari dari antara orang Yahudi oleh paduka marhum?