Ulangan 5:27

Terjemahan Lama

Hendaklah tuan kiranya menghampiri Dia serta mendengar segala perkara yang akan Tuhan, Allah kami, berfirman, dan hendaklah tuan juga mengatakan kepada kami segala perkara yang Tuhan, Allah kami, berfirman kepada tuan, maka kami hendak mendengar akan dia serta menurut akan dia.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Kel 20:19 : 19 sambil katanya kepada Musa: Hendaklah engkau sahaja berkata-kata dengan kami, maka kami akan dengar, tetapi jangan Allah berfirman kepada kami, asal jangan kami mati kelak!
  • Ibr 12:19 : 19 dan kepada bunyi nafiri, dan suara firman, sehingga orang yang mendengar itu sudah memohonkan jangan diturunkan firman lagi.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 28Maka bunyi perkataanmu, yang kamu katakan kepadaku itu, kedengaranlah kepada Tuhan, lalu firman Tuhan kepadaku ini: Bahwa Aku telah mendengar bunyi perkataan bangsa ini, yang telah dikatakannya kepadamu, maka baiklah segala katanya.

  • 81%

    23Maka sesungguhnya tatkala kedengaranlah bunyi suara itu kepadamu dari tengah kegelapan, dan gunung itupun bernyala-nyala apinya datanglah kamu mendapatkan aku, yaitu segala penghulu suku-suku bangsamu dan segala tua-tuamu

    24sambil katamu: Bahwasanya Tuhan, Allah kami, telah memperlihatkan kepada kami kemuliaan-Nya dan kebesaran-Nya, maka suara-Nya telah kami dengar dari tengah-tengah api, maka pada hari ini juga kami telah melihat, bahwa Allah berfirman kepada manusia serta menghidupi akan dia juga.

    25Maka sekarangpun mengapa maka kami akan mati kelak, dimakan api yang besar ini? Jikalau lebih lama lagi dan selalu kami mendengar suara Tuhan, Allah kami, niscaya matilah kami kelak.

    26Karena dari pada segala kejadian yang berdaging siapakah telah mendengar suara Allah yang hidup itu berfirman kepadanya dari tengah-tengah api, seperti kami ini, maka tinggallah ia hidup?

  • 80%

    8Maka sahut mereka itu sekalian bersama-sama, katanya: Segala firman yang diberi Tuhan, ia itu akan kami turut! Maka disampaikan Musa segala perkataan orang banyak ini pula kepada Tuhan.

    9Maka firman Tuhan kepada Musa: Bahwa sesungguhnya Aku akan turun kepadamu dalam sebuah awan yang kabus, supaya kedengaranlah kepada orang banyak apabila Aku berfirman kepadamu, dan lagi supaya mereka itu percaya akan dikau selama-lamanya. Maka telah sudah disampaikan Musa segala perkataan orang banyak itu kepada Tuhan.

  • 3Maka datanglah Musa memberitahu segala firman dan hukum Tuhan akan orang banyak itu, lalu mereka itu sekalianpun menyahut dengan suara jua, katanya: Akan segala hukum ini, yang firman Tuhan, kami akan turut.

  • 78%

    18Hata, maka dilihat oleh mereka itu sekalian akan segala petir dan kilat dan bunyi nafiri dan bukit yang berasap itu; serta dilihatnya maka undurlah mereka itu, lalu berdiri dari jauh,

    19sambil katanya kepada Musa: Hendaklah engkau sahaja berkata-kata dengan kami, maka kami akan dengar, tetapi jangan Allah berfirman kepada kami, asal jangan kami mati kelak!

  • 76%

    16Maka sahut mereka itu akan Yusak, katanya: Segala perkara yang tuan suruh akan kami itu hendaklah kami perbuat dan ke mana-mana tuanpun menyuruhkan kami, kamipun akan pergi ke sana.

    17Seperti kami telah menurut Musa dalam segala perkara, demikianpun kami akan menurut tuan; sahaja biarlah kiranya Tuhan, Allahmu, menyertai akan tuan, seperti telah disertainya akan Musa.

  • 7Lalu diambilnya kitab perjanjian itu, dibacakannya kepada pendengaran orang banyak itu, maka kata mereka itu: Segala firman Tuhan ini akan kami perbuat dan kami turut.

  • 75%

    12bukan ia itu dalam langit, sehingga boleh kata orang: Siapakah akan naik ke langit karena kita dan mengambil dia akan kita supaya diperdengarkannya kita dan supaya kita dapat melakukan dia?

    13Dan lagi bukan ia itu di seberang laut, sehingga boleh kata orang: Siapa gerangan akan menyeberang laut karena kita dan mengambil dia akan kita, supaya diperdengarkannya kita dan supaya kita dapat melakukan dia?

    14Melainkan firman itu amat dekat padamu, yaitu dalam mulutmu dan dalam hatimu, supaya kamu melakukan dia.

  • 75%

    16Setuju dengan segala yang telah kamu pinta kepada Tuhan, Allahmu, di Horeb, pada masa orang banyak itu ada berhimpun, katamu: Jangan kiranya kami mendengar pula bunyi suara Tuhan, Allah kami, dan api yang besar ini jangan kiranya kami lihat lagi, supaya jangan kami mati!

    17Maka pada masa itu berfirmanlah Tuhan kepadaku: Benarlah kata mereka itu.

  • 10Maka sebab itu dengarlah kamu akan bunyi suara Tuhan, Allahmu, dan turutlah segala hukum undang-undangnya, yang kupesan kepadamu pada hari ini.

  • 12Maka sahut segenap sidang itu serta katanya dengan nyaring suaranya: Seperti katamu itu, maka atas kami juga berbuat demikian;

  • 24Maka kata orang banyak itu kepada Yusak: Sesungguhnya kami hendak berbuat bakti kepada Tuhan, Allah kami, dan mendengar akan bunyi suara-Nya!

  • 72%

    5Maka kata mereka itu kepada Yermia: Bahwa Tuhan juga pada kami akan saksi yang benar dan setia, jikalau kiranya tiada kami membuat seperti segala firman yang disampaikan Tuhan kelak kepadamu akan hal kami.

    6Kendatilah baik atau jahat, kami juga akan menurut bunyi firman Tuhan, Allah kami, kepadanya kami menyuruhkan dikau sekarang; maka ia itu supaya selamatlah kami apabila kami menurut firman Tuhan, Allah kami.

  • 22Maka pada masa itu datanglah kamu sekalian menghadap aku sambil katamu: Berilah kiranya hamba menyuruhkan orang dahulu di hadapan hamba, supaya diselidiknya tanah itu akan hamba, serta membawa kembali kabar kepada hamba akan jalan mana yang baik hamba turut, supaya hamba masuk ke dalamnya dan akan negeri-negeri yang hamba akan sampai kelak.

  • 1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:

  • Ul 5:1-5
    5 ayat
    72%

    1Sebermula, maka dihimpunkan Musa segenap bani Israel, lalu katanya kepada mereka itu: Dengarlah olehmu, hai Israel! akan segala hukum dan undang-undang yang kusampaikan ke telingamu pada hari ini, maka hendaklah kamu memperhatikan dia dan ingat baik-baik, supaya kamu menurut akan dia.

    2Bahwa Tuhan, Allah kita, telah berbuat suatu perjanjian dengan kita di Horeb.

    3Bukannya dengan nenek moyang kita diperbuat Tuhan perjanjian itu, melainkan dengan kita, istimewa dengan kita sekalian yang hadir di sini dengan hidupnya.

    4Maka Tuhan telah berfirman kepada kamu muka dengan muka dari atas gunung dan dari tengah-tengah api itu

    5(maka pada masa itu adalah aku berdiri di antara Tuhan dengan kamu akan memberitahu kepadamu firman Tuhan, tatkala kamu takut akan api itu dan kamupun tiada naik ke atas gunung), maka firman-Nya:

  • 33yaitu suatu bangsa telah mendengar suara Allah yang berfirman dari tengah-tengah api, seperti telah kamu dengar, maka tinggal hidup juga bangsa itu?

  • 14Maka sahut kamu akan daku demikian: Benarlah kata ini, yang tuan katakan supaya hamba menurut dia.

  • 21Setelah sudah didengar Semuel akan kata orang banyak itu, maka disampaikannyalah kepada Tuhan.

  • 28Katakanlah kepada mereka itu: firman Tuhan demikian: Sesungguh-sungguhnya Aku hidup, jikalau tiada Aku berbuat akan kamu sebagaimana telah kamu katakan pada pendengaran-Ku!

  • 31Tetapi hendaklah engkau juga berdiri di sini serta-Ku, supaya Aku mengatakan kepadamu segala hukum dan undang-undang dan syarat, yang patut kauajarkan mereka itu, supaya diturutnya akan dia dalam negeri yang Kukaruniakan kepadanya kelak akan miliknya pusaka.

  • 32Maka jikalau engkau berjalan serta dengan kami dan datanglah kelak kebajikan, olehnya juga Tuhan hendak berbuat baik akan kami maka kamipun akan berbuat baik akan dikau.

  • 25Maka inilah akan kebenaran kami, jikalau kami ingat akan menurut segala hukum ini di hadapan hadirat Tuhan, Allah kami, seperti yang Tuhan sudah berfirman kepada kami.

  • 3Supaya Tuhan, Allahmu, memberitahu kami jalan yang mana patut kami turut, dan barang apa yang patut kami perbuat.

  • 27Bahwa sekalian ini sudah kita camkan; dengarlah olehmu akan dia dan perhatikanlah dia.

  • 27Biarkanlah kami pergi ke dalam padang Tiah sejauh tiga hari perjalanan, supaya kami membawa korban kepada Tuhan, Allah kami, seperti firman-Nya kepada kami.

  • 12Maka pada masa itu berfirmanlah Tuhan kepadamu dari tengah-tengah api itu, maka bunyi suara perkataan itu telah kamu dengar, tetapi kecuali suara itu tiada kamu melihat barang sesuatu lembaga.

  • 23melainkan perkara ini juga sudah Kupesan kepada mereka itu, firman-Ku: Dengarlah olehmu akan firman-Ku, maka Aku ini bagimu akan Allah dan kamupun bagi-Ku akan umat; hendaklah kamu menurut segala jalan yang Kupesan kepadamu, supaya selamat sentosalah kamu.

  • 6Maka firman Tuhan kepadaku: Serukanlah segala perkataan ini di dalam segala negeri Yehuda dan pada segala lorong Yeruzalem, bunyinya: Dengarlah olehmu akan segala perkataan perjanjian ini dan lakukanlah dia;

  • 10Maka tak akan jangan kamu menurut juga bunyi perkataan yang diberitahu oleh mereka itu kepadamu dari pada tempat yang akan dipilih Tuhan, serta hendaklah kamu ingat akan berbuat setuju dengan segala yang diajarkannya akan kamu.

  • 11apabila segenap bani Israel datang menghadap hadirat Tuhan, Allahmu, ke tempat yang akan dipilih-Nya, hendaklah kamu membacakan taurat ini kepada pendengaran segenap bani Israel.

  • 7Tetapi sekarang dengarlah juga olehmu perkataan ini, yang kukatakan di hadapan pendengaranmu dan di hadapan pendengaran segenap orang banyak ini:

  • 1Hata, maka dikatakan Allah segala firman ini, bunyinya:

  • 19Kemudian dari pada itu berjalanlah kita dari Horeb, lalu beridar-idar di padang yang besar dan hebat itu, yang telah kamu lihat, sambil menuju pegunungan Amori, seperti firman Tuhan kepada kita, maka sampailah kita di Kades-Barnea.