Keluaran 24:3
Maka datanglah Musa memberitahu segala firman dan hukum Tuhan akan orang banyak itu, lalu mereka itu sekalianpun menyahut dengan suara jua, katanya: Akan segala hukum ini, yang firman Tuhan, kami akan turut.
Maka datanglah Musa memberitahu segala firman dan hukum Tuhan akan orang banyak itu, lalu mereka itu sekalianpun menyahut dengan suara jua, katanya: Akan segala hukum ini, yang firman Tuhan, kami akan turut.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
7Maka turunlah Musa, lalu dipanggilnya segala tua-tua bangsa itu, maka segala firman yang diberi Tuhan kepadanya itu disampaikannyalah kepada mereka itu.
8Maka sahut mereka itu sekalian bersama-sama, katanya: Segala firman yang diberi Tuhan, ia itu akan kami turut! Maka disampaikan Musa segala perkataan orang banyak ini pula kepada Tuhan.
9Maka firman Tuhan kepada Musa: Bahwa sesungguhnya Aku akan turun kepadamu dalam sebuah awan yang kabus, supaya kedengaranlah kepada orang banyak apabila Aku berfirman kepadamu, dan lagi supaya mereka itu percaya akan dikau selama-lamanya. Maka telah sudah disampaikan Musa segala perkataan orang banyak itu kepada Tuhan.
7Lalu diambilnya kitab perjanjian itu, dibacakannya kepada pendengaran orang banyak itu, maka kata mereka itu: Segala firman Tuhan ini akan kami perbuat dan kami turut.
8Maka diambil Musa akan darah itu, dipercikkannya kepada orang banyak, sambil katanya: Bahwa sesungguhnya inilah darah perjanjian yang diteguhkan Tuhan dengan kamu akan segala firman ini.
27Hendaklah tuan kiranya menghampiri Dia serta mendengar segala perkara yang akan Tuhan, Allah kami, berfirman, dan hendaklah tuan juga mengatakan kepada kami segala perkara yang Tuhan, Allah kami, berfirman kepada tuan, maka kami hendak mendengar akan dia serta menurut akan dia.
28Maka bunyi perkataanmu, yang kamu katakan kepadaku itu, kedengaranlah kepada Tuhan, lalu firman Tuhan kepadaku ini: Bahwa Aku telah mendengar bunyi perkataan bangsa ini, yang telah dikatakannya kepadamu, maka baiklah segala katanya.
4Maka oleh Musa disuratkanlah segala firman Tuhan, lalu bangunlah ia pagi-pagi, diperbuatnya sebuah mezbah pada kaki bukit itu dengan dua belas batang tiang batu seturut bilangan kedua belas suku bangsa Israel.
1Sebermula, maka dihimpunkan Musa segenap bani Israel, lalu katanya kepada mereka itu: Dengarlah olehmu, hai Israel! akan segala hukum dan undang-undang yang kusampaikan ke telingamu pada hari ini, maka hendaklah kamu memperhatikan dia dan ingat baik-baik, supaya kamu menurut akan dia.
1Hata, maka disuruh Musa berhimpun segenap sidang bani Israel, lalu katanya kepada mereka itu: Inilah segala perkataan yang firman Tuhan, supaya diturut oranglah akan dia.
16Maka sahut mereka itu akan Yusak, katanya: Segala perkara yang tuan suruh akan kami itu hendaklah kami perbuat dan ke mana-mana tuanpun menyuruhkan kami, kamipun akan pergi ke sana.
17Seperti kami telah menurut Musa dalam segala perkara, demikianpun kami akan menurut tuan; sahaja biarlah kiranya Tuhan, Allahmu, menyertai akan tuan, seperti telah disertainya akan Musa.
40Maka Musapun menyampaikanlah kepada bani Israel segala sesuatu yang firman Tuhan kepada Musa adanya.
24Maka kata orang banyak itu kepada Yusak: Sesungguhnya kami hendak berbuat bakti kepada Tuhan, Allah kami, dan mendengar akan bunyi suara-Nya!
12Maka sahut segenap sidang itu serta katanya dengan nyaring suaranya: Seperti katamu itu, maka atas kami juga berbuat demikian;
1Bermula, maka oleh Musa dan segala tua-tua Israel disuruh kepada orang banyak itu demikian: Peliharakanlah kamu segala hukum yang kupesan kepadamu pada hari ini.
10Maka sebab itu dengarlah kamu akan bunyi suara Tuhan, Allahmu, dan turutlah segala hukum undang-undangnya, yang kupesan kepadamu pada hari ini.
11Dan lagi disuruh Musa kepada orang banyak pada hari itu, katanya:
13Maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:
27Dan lagi firman Tuhan kepada Musa: Suratkanlah segala firman ini, karena seperti bunyi firman ini Aku telah berjanji dengan dikau serta dengan Israel.
24Maka diturutlah Musa akan kata mentuanya, serta dibuatnya segala perkara yang telah dipesannya.
12Maka firman Tuhan kepada Musa: Naiklah engkau ke atas bukit menghadap Aku dan tinggallah di sana, maka Aku hendak memberikan kepadamu loh batu dan Taurat dan segala hukum, yang telah Kusuratkan akan mengajarkan mereka itu.
2Lalu hendaklah hanya Musa seorang dirinya menghampiri Tuhan, tetapi jangan mereka itu sekalian datang hampir dan jangan pula orang banyak itu naik sertanya.
1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:
23Maka disuruh Musa akan bani Israel membawa orang penghujat itu ke luar tempat tentara dan melempari dia dengan batu sampai ia mati; maka diperbuatlah oleh bani Israel seperti firman Tuhan yang kepada Musa itu.
1Bermula, maka kata Musa kepada segala penghulu suku bani Israel demikian: Bahwa inilah firman yang telah dikatakan Tuhan:
32Kemudian segala bani Israelpun datanglah hampir, lalu disampaikan Musa kepada mereka itu segala perkara yang dikatakan Tuhan kepadanya di atas bukit Torsina itu.
4Maka dibuatlah oleh Musa seperti firman Tuhan kepadanya, lalu sidang itu dikumpulkan di hadapan pintu kemah perhimpunan.
5Maka kata Musa kepada sidang itu: Adapun perkara yang jadi ini, ia itulah yang disuruh Tuhan perbuat.
1Bermula, maka inilah firman perjanjian yang disuruh Tuhan akan Musa berbuat dengan bani Israel di tanah Moab, lain dari pada perjanjian yang telah diperbuatnya dengan mereka itu di Horeb.
2Maka dipanggil Musa akan segenap bani Israel berhimpun, lalu katanya kepada mereka itu: Bahwa kamu telah melihat barang yang telah dibuat Tuhan di hadapan matamu dalam Mesir akan Firaun dan akan segala pegawainya dan akan segala negerinya.
19sambil katanya kepada Musa: Hendaklah engkau sahaja berkata-kata dengan kami, maka kami akan dengar, tetapi jangan Allah berfirman kepada kami, asal jangan kami mati kelak!
54Maka demikianlah diperbuat oleh bani Israel, yaitu diperbuatnya sekalian itu setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.
1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:
23Maka sembah Musa kepada Tuhan: Bahwa mereka itu tiada dapat mendaki bukit Torsina ini, karena telah Tuhan berfirman kepada hamba demikian: Pagarilah olehmu akan bukit itu dan sucikanlah dia.
1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:
17Dan lagi berfirmanlah Tuhan kepada Musa, demikian:
13Maka sembah Musa kepada Tuhan: Jikalau demikian, niscaya hal itu kedengaranlah kelak kepada orang Mesir, dari tengahnya juga Tuhan telah membawa keluar bangsa ini oleh kodrat-Mu.
25Maka Musapun turunlah mendapatkan orang banyak itu, lalu disampaikannyalah segala firman ini kepada mereka itu.
4Dan lagi berkata Musa kepada segenap sidang bani Israel itu, katanya: Inilah perkataan yang firman Tuhan, bunyinya:
11Maka dibuat Musa seperti firman Tuhan kepadanya, demikianpun dibuatnya.
1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:
1Hata, maka dikatakan Allah segala firman ini, bunyinya:
16Maka sahut orang banyak itu, katanya: Dijauhkanlah kiranya dari pada kami meninggalkan Tuhan dan berbuat bakti kepada dewa-dewa.
5Maka dibawalah oleh mereka itu akan sekalian, yang disuruh Musa, sampai di hadapan pintu kemah perhimpunan, maka segenap sidang itu datanglah hampir, lalu berdiri di hadapan hadirat Tuhan.
6Maka kata Musa: Demikianlah firman Tuhan: Perbuatlah olehmu akan dia, maka kemuliaan Tuhan akan kelihatan kepadamu kelak.