Yehezkiel 46:3

Terjemahan Lama

Dan segala anak bumi itu akan meminta doa di hadapan tudung pintu itu pada segala sabat dan segala hari raya bulan baharu di hadapan hadirat Tuhan.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Luk 1:10 : 10 Maka segenap perhimpunan kaum itu ada sembahyang di luar pada ketika membakar kemenyan itu.
  • Yoh 10:9 : 9 Aku inilah Pintu. Jikalau barang seorang masuk daripada-Ku, ia terpelihara kelak, dan ia pun masuk keluar serta mendapat makanan.
  • Ibr 10:19-22 : 19 Sebab itu, hai saudara-saudaraku, sedang hati kita sudah berani hendak masuk ke dalam tempat kudus dari sebab darah Yesus, 20 dengan jalan yang baharu dan hidup, yang dibukakan-Nya bagi kita menerusi tirai, yaitu tubuh-Nya; 21 dan sedang kita ada seorang Imam yang Mulia, yang berkuasa atas isi Rumah Allah; 22 maka biarlah kita menghampiri Dia dengan hati yang tulus dan dengan sepenuh-penuh iman, sedang hati kita terpercik sehingga suci daripada perasaan hati yang jahat, dan tubuh kita dibasuh dengan air yang bersih,

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 86%

    1Demikianlah firman Tuhan Hua: Adapun pintu serambi dalam yang arah ke timur itu hendaklah terkatup pada enam hari pekerjaan itu, tetapi pada hari sabat hendaklah ia itu berbuka, dan lagi hendaklah ia itu terbuka pada hari raya bulan baharupun.

    2Maka hendaklah penghulu itu ke sana dari pada jalan rambat pintu di luar; dan hendaklah ia berhenti berdiri pada sisi jenang pintu itu, maka segala imam akan mempersembahkan korban bakarannya dan korban syukurnya dan iapun akan meminta doa di ambang pintu; setelah sudah ia keluar maka pintu itu tak boleh ditutup sampai petang hari.

  • 82%

    6Dan pada hari bulan baharu seekor lembu muda, seekor anak lembu, yang satupun tiada celanya, serta dengan anak domba enam ekor dan domba jantan seekor; semuanya itu hendaklah satupun tiada celanya.

    7Dan seefa akan seekor anak lembu dan seefa akan seekor domba jantan hendaklah disuruhnya persembahkan akan persembahan makanan, dan akan segala anak domba itu sekadar tangannya dapat memberi; dan minyak sehin akan tiap-tiap seefa.

    8Maka apabila penghulu itu masuk, hendaklah ia datang dari pada jalan rambat pintu, dan hendaklah ia keluar dari pada jalan itu juga.

    9Tetapi apabila anak bumi itu masuk menghadap hadirat Tuhan pada segala masa raya yang tertentu, hendaklah orang yang masuk dari pada jalan pintu utara akan meminta doa itu keluar dari pada jalan pintu selatan, dan orang yang masuk dari pada jalan pintu selatan itu hendaklah keluar dari pada jalan pintu utara; jangan ia kembali dari pada jalan pintu yang telah ia masuk, melainkan masing-masing orang hendak berjalan langsung.

    10Dan lagi hendaklah penghulu itu berjalan di tengah-tengahnya, apabila mereka itu masuk dan apabila mereka itu keluar hendaklah iapun keluar bersama-sama.

    11Dan pada segala hari raya dan segala masa raya yang tertentu hendaklah ada persembahan makanan seefa akan seekor lembu muda dan seefapun akan seekor domba jantan dan akan segala anak domba itu sekadar tangannya dapat memberi, dan minyak sehin akan tiap-tiap seefa.

    12Dan apabila penghulu itu menyuruh mempersembahkan karena dirinya satu korban dari keridlaan hatinya, yaitu korban bakaran atau korban syukur bagi Tuhan akan persembahan dari keridlaan hati, hendaklah dibukai pintu akan dia, yang arah ke timur, dan hendaklah disuruhnya persembahkan korban bakarannya atau korban syukurnya seperti adat pada hari sabat, tetapi apabila ia keluar hendaklah dikatupkan oranglah pintu kemudian dari pada keluarnya.

    13Dan lagi hendaklah engkau mempersembahkan kepada Tuhan seekor anak domba yang umur setahun dan yang satupun tiada celanya, akan korban bakaran; pada sebilang hari tiap-tiap pagi hendaklah engkau mempersembahkan dia.

  • 77%

    1Sudah itu, maka dibawanya akan daku balik ke jalan pintu tempat suci yang di luar, yang arah ke timur; maka adalah ia itu tertutup.

    2Maka firman Tuhan kepadaku: Bahwa tak dapat tiada pintu ini tinggal tertutup juga, jangan dibuka akan dia dan seorangpun tiada boleh masuk dari padanya, sebab Tuhan, Allah orang Israel, sudah masuk dari padanya, maka itulah sebabnya ia tertutup.

    3Maka penghulu itu, bahkan, penghulu itu akan duduk juga dalamnya akan santap roti di hadapan hadirat Tuhan; dari pada sebelah rambat pintu hendaklah ia masuk, dan keluar pula dari pada jalan itu juga.

    4Hata, maka dibawanya akan daku dari pada jalan pintu utara ke hadapan rumah, lalu kulihat bahwa sesungguhnya kemuliaan Tuhan memenuhi rumah Tuhan; lalu sujudlah aku dengan mukaku ke bumi.

  • 76%

    4Maka perkara ini patutlah kamu perbuat. Sepertiga kamu sekalian, yang berbuat khidmat pada hari sabat, itu hendaklah dengan segala imam dan orang Lewi akan penunggu ambang pintu;

    5dan sepertiga lagi hendaklah pada istana baginda, dan sepertiga lagi pada pintu tempat majelis bicara, dan segala orang yang lain itu hendaklah dalam pagar halaman rumah Tuhan.

  • 4Adapun korban bakaran yang akan dipersembahkan oleh penghulu itu kepada Tuhan pada sabat hendaklah dari pada enam ekor anak domba jantan, yang satupun tiada celanya.

  • 73%

    30dan supaya mereka itu berdiri pada tiap-tiap pagi hari akan memuji-muji dan mengucap syukur kepada Tuhan, demikianpun pada tiap-tiap petang,

    31dan akan mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan pada segala sabat dan bulan baharu dan masa raya yang tertentu dengan bilangannya, menurut adat yang di antara mereka itu senantiasa di hadapan hadirat Tuhan;

  • 24Maka akan jadi, jikalau kamu mendengar akan Daku dengan rajin, demikianlah firman Tuhan, dan pada hari sabat kamu tiada membawa akan barang gandaran masuk dari pada pintu-pintu negeri ini, dan kamu sucikan hari sabat, sehingga tiada kamu kerjakan barang pekerjaan padanya;

  • 23Maka akan jadi bahwa dari pada segala bulan sampai kepada sehari bulan dan dari pada sabat sampai kepada sabat segala manusia akan datang menyembah sujud di hadapan hadirat-Ku, demikianlah firman Tuhan.

  • 19Setelah itu maka dibawanya akan daku pada jalan tempat masuk dari pada pintu itu ke bilik-bilik yang suci, yang bagi imam-imam, dan yang pada sebelah utara, maka sesungguhnya adalah di sana suatu tempat pada kedua ujungnya, pada sebelah barat.

  • 72%

    16Maka atas segenap bangsa di tanah itu akan wajib membawa korban tatangan itu kepada penghulu Israel.

    17Tetapi atas penghulu itu wajiblah membawa korban bakaran dan persembahan makanan dan persembahan minuman pada segala masa raya, dan bulan baharu dan segala sabat, pada segala masa raya bangsa Israel. Hendaklah dibelanjakannya korban karena dosa dan persembahan makanan dan korban bakaran dan korban syukur, akan mengadakan gafirat atas bangsa Israel.

  • 10Serta didengar oleh penghulu-penghulu Yehuda akan segala perkara ini, maka pergilah mereka itu dari istana baginda ke rumah Tuhan, lalu duduklah mereka itu pada pintu baharu, yang pada rumah Tuhan.

  • 2Pergilah engkau berdiri di pintu rumah Tuhan, serukanlah di sana perkataan ini, bunyinya: Dengarlah olehmu firman Tuhan, hai segenap orang Yehuda! hai kamu yang masuk dari pada pintu ini akan meminta doa kepada Tuhan.

  • 19Hata, maka apabila pintu gerbang Yeruzalem berbayang-bayang dahulu dari pada datang sabat, kusuruh kuncikan segala pintu, dan pesanku jangan dibuka orang akan dia dahulu dari pada sabat itu sudah lalu; maka kutaruh akan beberapa orang hambaku dekat pintu-pintu itu supaya jangan barang muatan dibawa masuk ke dalam pada hari sabat.

  • 1Sudah itu, maka dibawanya akan daku kepada pintu gerbang, yaitu ke pintu yang arah ke timur.

  • 71%

    19Demikianlah firman Tuhan kepadaku: Pergilah engkau berdiri di dalam pintu gerbang anak-anak bangsa itu, dari padanya masuk keluar segala raja orang Yehuda, dan lagi di dalam segala pintu gerbang Yeruzalem.

    20Lalu katakanlah kepada mereka itu: Dengarlah olehmu akan firman Tuhan, hai segala raja orang Yehuda, dan segenap orang Yehuda dan segala orang isi Yeruzalem, yang masuk dari pada pintu-pintu ini!

    21Demikianlah firman Tuhan: Ingatlah akan jiwamu; janganlah kamu menggandar barang gandaran pada hari sabat, jangan bawa masuk akan dia dari pada pintu-pintu Yeruzalem.

  • 70%

    5Maka berpesanlah ia kepada mereka itu, katanya: Inilah perkara yang hendak kamu perbuat: bahwa sepertiga kamu, yang masuk pada hari sabat itu, hendaklah menunggui istana baginda;

    6dan sepertiga hendaklah pada pintu gerbang Tsur, dan sepertiga pula pada pintu gerbang dibalik tempat biduanda, tetapi akan pengawalan istana baginda itu hendaklah kamu lakukan ganti-berganti.

    7Dan dua bahagian kamu, segala orang yang keluar pada hari sabat itu, hendaklah menunggui kaabah Tuhan hampir dengan baginda.

  • 5Setelah itu dipersembahkannya pula korban bakaran yang selalu itu dan akan segala bulan baharu dan akan segala masa raya Tuhan yang tertentu dan yang telah disucikan, dan lagi akan segala persembahan dari keridlaan hati, yang dipersembahkan kepada Tuhan.

  • 13yaitu barang yang patut dipersembahkan pada sebilang hari, setuju dengan pesan Musa, pada segala hari sabat dan pada segala bulan baharu dan pada segala masa raya yang tertentu, tiga kali dalam setahun, yaitu pada masa raya roti fatir, dan pada masa raya asabih dan pada masa raya pondok daun-daunan.

  • 31Maka segala pintu negeri itu akan dinamai dengan nama segala suku bangsa Israel; tiga pintu pada sebelah utara, yaitu pintu Rubin dan pintu Yehuda dan pintu Lewi.

  • 11Maka segala pintu gerbangmupun akan terbuka selalu, baik siang baik malam tiada ia itu ditutup, supaya dibawa masuk kepadamu akan tentara orang kafir dan segala rajanya dihantar dengan upacara.

  • 38Dan adalah sebuah bilik besar, pintunya dekat dengan segala tiang yang pada pintu gerbang itu, di sana dibasuhkan oranglah korban bakaran.

  • 10Adapun bilik pengawal pada pintu sebelah timur itu adalah tiga di sebelah sini dan tiga di sebelah sana; ketiganya sama ukuran juga, dan segala jenangpun sama ukuran pada sebelah sana dan pada sebelah sini.

  • 15Dan hendaklah dipersembahkan anak domba itu dan persembahan makanan itu dan minyak itu pada tiap-tiap pagi; inilah korban bakaran yang senantisa.

  • 3Dan lagi ditentukannya bahagian baginda dari pada hartanya akan segala korban bakaran, yaitu akan korban bakaran pada pagi dan petang dan korban bakaran pada segala hari sabat dan pada segala bulan baharu dan segala hari raya yang tertentu, seperti tersurat di dalam taurat Tuhan.

  • 17Setahun tiga kali hendaklah segala orangmu laki-laki menghadap hadirat Tuhan Hua.

  • 6Maka pintu lama itu dibaiki oleh Yoyada bin Paseyah dan Mesulam bin Besoja, diikatnya dan dikenakannya papan pintunya serta dengan kayu palang dan segala kancingnya.

  • 19Maka ditaruhnya segala penunggu pada pintu-pintu rumah Tuhan, supaya sekali-kali jangan barang sesuatu yang najis masuk ke dalamnya.

  • 4Maka kemuliaan Tuhanpun masuklah ke dalam rumah dari pada jalan pintu yang arah ke timur.

  • 16Maka tiga kali dalam setahun hendaklah segala orang laki-laki di antara kamu datang menghadap hadirat Tuhan, Allahmu, ke tempat yang akan dipilih Tuhan, yaitu pada masa raya roti fatir dan pada masa raya jumaat dan pada masa raya pondok daun-daunan dan jangan orang menghadap hadirat Tuhan dengan hampa tangannya.

  • 17Maka akan jadi, apabila mereka itu masuk dari pada pintu-pintu serambi yang di dalam, bahwa dikenakannya pada tubuhnya pakaian kain rami, tetapi barang kain bulu jangan dipakainya apabila mereka itu berkhidmat sebelah dalam segala pintu serambi yang di dalam dan lagi di dalam kaabah.

  • 23Tak akan jangan tiga kali dalam setahun segala orang laki-laki yang di antara kamu akan datang menghadap Tuhan Hua, yaitu Allah Israel.

  • 11tetapi kendatilah demikian mereka itu juga akan berkhidmat dalam tempat-Ku yang suci itu akan berkawal pada segala pintu rumah dan mengerjakan pekerjaan yang lain-lainpun dalam rumah itu, dan mereka itu akan menyembelihkan korban bakaran dan korban sembelihan akan orang banyak itu, dan mereka itu akan berdiri di hadapannya akan berkhidmat kepadanya.