Ayub 40:24
Dapatkah engkau bermain-main dengan dia seperti dengan burung kecil? dapatkah engkau mengikat dia dengan tali akan permainan budak-budakmu perempuan? (40:25)dapatkah orang yang berekan menjadikan dia suatu barang dagangan? dapatkah ia dibahagi-bahagi di antara orang saudagar? (40:26)dapatkah engkau memenuhi kulitnya dengan tempuling, atau kepalanya dengan serampang? (40:27)Bubuhlah sahaja tanganmu padanya, niscaya engkau tiada berniat lagi hendak berperang dengan dia. (40:28)Bahwasanya harapnya akan putus, jikalau ia berbaring di hadapan mukanya sekalipun.