Yosua 14:3

Terjemahan Lama

Karena telah ditentukan Musa milik pusaka dua suku setengah itu di seberang Yarden, dan kepada orang Lewi tiada diberikannya milik pusaka di antara mereka itu,

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yos 13:14 : 14 Sahaja kepada suku Lewi tiada diberikannya tanah milik; bahwa segala persembahan yang dimakan api bagi Tuhan, Allah Israel, itulah miliknya pusaka, seperti firman-Nya kepadanya.
  • Yos 13:8 : 8 Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu.
  • Yos 13:32-33 : 32 Maka inilah dia yang dibahagi-bahagi oleh Musa akan pusaka di padang-padang Moab, di seberang Yarden, bertentangan dengan Yerikho, arah ke timur. 33 Tetapi kepada suku Lewi tiada diberikan Musa bahagian tanah, sebab Tuhan, Allah Israel, itulah bahagian pusaka mereka itu, seperti firman-Nya kepadanya.
  • Bil 32:29-42 : 29 Maka kata Musa kepada mereka itu: Jikalau bani Gad dan bani Rubin menyeberang Yarden serta dengan kamu, yaitu segala orang yang terpilih bagi perang di hadapan hadirat Tuhan dan negeri itupun sudah dialahkan di hadapanmu, maka hendaklah kamu memberikan mereka itu tanah Gilead akan miliknya. 30 Tetapi jikalau tiada orangnya pilihan menyeberang serta dengan kamu, maka mereka itupun akan beroleh milik di tengah-tengah kamu dalam negeri Kanaan. 31 Maka sahut bani Gad dan bani Rubin demikian: Barang apa firman Tuhan kepada hambamu ini, ia itu akan hamba turut. 32 Dengan suatu tentara orang pilihan hamba akan menyeberang di hadapan hadirat Tuhan ke dalam negeri Kanaan, maka akan hamba ini, milik bahagian pusaka hamba akan ada di seberang Yarden. 33 Maka demikianlah perihal diberikan Musa kepada bani Gad dan bani Rubin dan separuh suku Manasye bin Yusuf, kerajaan Sihon, raja Amori, dan kerajaan Og, raja Bazan, baik tanahnya serta dengan segala negerinya, dan daerah segala negeri di tanah itu keliling. 34 Maka dibangunkan bani Gad akan negeri Dibon dan Atarot dan Aroer 35 dan Aterot-Sofan dan Yaezar dan Yokbeha 36 dan Bait-Nimra dan Bait-Haran, separuh negeri yang berkota, separuh tempat kandang kawan domba. 37 Maka oleh bani Rubin dibangunkan Hezbon dan Eliala dan Kiryatayim, 38 dan Nebo dan Baal-Meon, yang ditukarnya namanya, dan Sibma. Lain dari pada itu dikekalkannya nama segala negeri yang dibangunkan pula. 39 Maka anak-anak Makhir bin Manasyepun pergilah ke Gilead, lalu dialahkannya dan dihalaukannya segala orang Amori yang di sana dari miliknya. 40 Maka Musapun memberikan Gilead itu kepada Makhir bin Manasye, lalu diamlah ia di sana. 41 Maka Yair bin Manasyepun pergi mengalahkan segala dusun dusunnya, lalu dinamainya Hawot-Yair. 42 Maka Nobahpun pergi mengalahkan Kenat dan segala daerahnya, lalu dinamainya Nobah, turut nama dirinya.
  • Ul 3:12-17 : 12 Demikianlah peri pada masa itu kita mengambil tanah itu akan milik kita; maka dari Aroer, yang di tepi anak sungai Arnon, dan separuh pegunungan Gilead, serta dengan segala negerinya telah kuberikan kepada orang Rubin dan kepada orang Gad. 13 Maka lebihnya Gilead dan seluruh Bazan, kerajaan Og itu, kuberikan kepada setengah suku Manasye, segenap jajahan Argob, maka dalam seluruh Bazan ia itu dinamai tanah orang Refai. 14 Maka Yair bin Manasye itu mengambil segenap jajahan Argob, sampai perhinggaan negeri orang Gesuri dan Maakhati, maka Bazan itu dinamainya Hawot-Yair menurut namanya sendiri sampai kepada hari ini. 15 Maka kepada Makhir telah kuberikan Gilead. 16 Dan kepada orang Rubin dan orang Gad telah kuberikan dari Gilead sampai ke anak sungai Arnon, pertengahan anak sungai itu datang kepada kesudahannya dan kepada anak sungai Yabok perhinggaan negeri bani Ammon. 17 Dan lagi tanah datar dan sungai Yarden datang kepada kesudahannya, mulai dari pada Kineret sampai ke tasik di tanah datar, yaitu Tasik-Masin, sampai di kaki bukit Pisga arah ke timur.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.

  • 85%

    4karena bani Yusuf itu menjadi dua suku, yaitu Manasye dan Efrayim, sebab itu tiada diberikannya milik pusaka dari pada tanah itu kepada orang Lewi, melainkan hanya beberapa buah negeri, supaya mereka itu duduk dalamnya serta dengan tanah yang di kelilingnya bagi binatang dan barang-barang mereka itu.

    5Seperti firman Tuhan kepada Musa, demikianlah diperbuat bani Israel dan demikianpun dibahagikannyalah tanah itu.

  • 85%

    1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;

    2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.

  • 84%

    32Maka inilah dia yang dibahagi-bahagi oleh Musa akan pusaka di padang-padang Moab, di seberang Yarden, bertentangan dengan Yerikho, arah ke timur.

    33Tetapi kepada suku Lewi tiada diberikan Musa bahagian tanah, sebab Tuhan, Allah Israel, itulah bahagian pusaka mereka itu, seperti firman-Nya kepadanya.

  • 83%

    13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.

    14Karena suku bani Rubin dengan bangsanya dan suku bani Gad dengan bangsanya dan setengah suku Manasyepun telah beroleh bahagian pusakanya.

    15Dua suku setengah telah beroleh bahagian pusakanya di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, di sebelah timur arah ke matahari terbit.

    16Dan lagi firman Tuhan kepada Musa demikian:

  • 83%

    14Sahaja kepada suku Lewi tiada diberikannya tanah milik; bahwa segala persembahan yang dimakan api bagi Tuhan, Allah Israel, itulah miliknya pusaka, seperti firman-Nya kepadanya.

    15Maka telah diberikan Musa bahagian kepada suku bani Rubin dengan bangsa-bangsanya demikianlah:

  • 29Maka diberikan Musa bahagian kepada setengah suku Manasye demikian: Bahwa bagi setengah suku Manasye dengan bangsa-bangsanya,

  • 80%

    7Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.

    8Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu.

  • 9Maka sebab itu Lewipun tiada beroleh bahagian atau pusaka serta dengan segala saudaranya, melainkan Tuhanlah bahagian pusakanya, seperti firman Tuhan, Allahmu, kepadanya.

  • Ul 18:1-2
    2 ayat
    78%

    1Bahwa bagi imam-imam Lewi itu dan bagi segenap suku bangsa Lewi tiada akan ada bahagian atau pusaka serta dengan orang Israel, melainkan segala persembahan yang dimakan api bagi Tuhan dan barang pusakanya akan dimakannya.

    2Tetapi tiada diperolehnya bahagian pusaka di antara segala saudaranya, karena Tuhanlah bahagiannya pusaka, seperti firman Tuhan kepadanya.

  • 7Maka kepada setengah suku Manasye itu telah diberikan Musa bahagian pusaka di Bazan, seperti yang telah diberikan Yusak kepada setengah suku yang lain serta dengan saudara-saudaranya di sebelah barat Yarden. Maka orang inipun disuruh Yusak pulang ke kemahnya serta diberinya berkat akan mereka itu.

  • 24Adapun segala perpuluhan bani Israel, yang patut dipersembahkannya kepada Tuhan akan persembahan tatangan, ia itu telah Kukaruniakan kepada orang-orang Lewi akan bahagian pusakanya, maka sebab itu firman-Ku akan hal mereka itu: di antara bani Israel jangan mereka itu beroleh bahagian pusaka.

  • 19Kendatilah demikian hamba ini tiada akan mempusakai tanah bersama-sama dengan mereka itu di seberang Yarden dan lebih jauh lagi, jikalau kiranya hamba beroleh tanah yang di sebelah timur Yarden itu akan pusaka.

  • 3Lalu diberikanlah oleh bani Israel kepada orang Lewi dari pada milik pusakanya setuju dengan firman Tuhan akan negeri-negeri ini serta dengan tanah rumputnya.

  • 42Maka adapun separuh yang diambil Musa dari pada orang perang akan bani Israel,

  • 47Maka diambil Musa dari pada separuh yang bahagian bani Israel itu satu dari lima puluh, baik orang baik binatang, diberikannya kepada orang-orang Lewi, yang melakukan pengawalan kemah Tuhan, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.

  • 75%

    1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa di padang-padang di Moab, di tepi Yarden bertentangan dengan Yerikho, bunyinya:

    2Suruhlah bani Israel memberikan beberapa negeri dari pada bahagian pusakanya kepada orang Lewi, supaya mereka itu duduk di dalamnya, dan lagi hendaklah engkau memberikan kepada orang Lewi itu daerah negeri itu keliling.

  • 75%

    4Maka datanglah mereka itu menghadap Eliazar, yang imam, dan menghadap Yusak bin Nun, di hadapan segala penghulu, katanya: Bahwa Tuhan telah berfirman kepada Musa memberikan kepada kami suatu pusaka di antara segala saudara kami. Maka sebab itu diberikannyalah kepada mereka itu suatu pusaka di antara segala saudara bapanya setuju dengan firman Tuhan itu.

    5Begitulah pusaka Manasye menjadi sepuluh bahagian, lain dari pada tanah Gilead dan Bazan, yang di seberang Yarden.

  • 2Maka tinggal lagi di antara bani Israel tujuh suku, yang belum dibahagikan milik pusaka kepadanya.

  • 74%

    14Biarlah segala anak binimu dan segala kawan binatangmu tinggal di tanah yang diberikan Musa kepadamu di seberang Yarden; tetapi hendaklah kamu menyeberang dengan berlengkap baik-baik dan berjalan pada hulu segala saudaramu, semua orang yang tahu perang, maka hendaklah kamu membantu akan mereka itu,

    15sampai sudah dikaruniakan Tuhan perhentian kepada segala saudaramupun seperti kepada kamu, dan mereka itu juga mempusakai tanah yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadanya kelak, lalu hendaklah kamu kembali ke tanahmu pusaka, dan kamu akan mempunyai dia bagaikan pusaka, yang diberikan Musa, hamba Tuhan itu, kepadamu di seberang Yarden, pada sebelah matahari terbit.

  • 27Maka adapun orang Lewi, yang duduk sebelah dalam pintu gerbangmu itu, sekali-kali jangan kamu menolak akan dia, karena tiada ia beroleh bahagian atau pusaka serta dengan kamu.

  • 54Maka tanah itupun hendaklah kamu bahagi kepada suku-suku bangsamu dengan membuang undi, bagi suku yang banyak bilangannya hendaklah kamu besarkan bahagian pusakanya dan bagi yang sedikit bilangannya hendaklah kamu kecilkan bahagian pusakanya; maka barang yang ditentukan bagi masing-masing oleh undi itu, ia itulah akan bahagiannya, maka sekadar suku-suku bangsamu kamu akan beroleh bahagianmu pusaka.

  • 6Maka dialahkan oleh Musa, hamba Tuhan, dan oleh bani Israel akan mereka itu, lalu diberi Musa, hamba Tuhan, akan dia kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye akan milik pusaka.

  • 24Arakian, maka diberikan Musa bahagian kepada suku Gad, yaitu kepada bani Gad dengan bangsa-bangsanya demikian:

  • 33Tetapi tiada dibilangnya segala orang Lewi itu di antara bani Israel, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.

  • 8Demikianlah peri diberikan bani Israel negeri-negeri ini serta dengan tanah rumputnya kepada orang Lewi setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa, ditentukan dengan membuang undi.

  • 55Kendatilah demikian hendaklah tanah itu juga dibahagi-bahagi dengan dibuang undi, seturut segala nama suku bangsa dan kaum hendaklah mereka itu beroleh pusaka.

  • 64Maka segala negeri ini serta dengan kampung-kampungnya diberikan oleh bani Israel kepada orang Lewi.

  • 12Dan lagi kata Yusak kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye demikian:

  • 8Maka dirampas oleh kita akan tanahnya, lalu kita berikan dia kepada orang Rubin dan kepada orang Gad dan kepada setengah suku Manasye.

  • 11Jikalau bapanyapun tiada bersaudara laki-laki, maka hendaklah kamu memberikan pusakanya kepada orang kaum keluarganya yang terhampir kepadanya, supaya ia itu mempusakainya. Maka inilah menjadi bagi segala bani Israel suatu hukum undang-undang setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.

  • 61Maka bagi bani Kehat yang lain itu adalah dari pada bangsa suku Efrayim dan dari pada suku Dan dan dari pada setengah suku Manasye sepuluh buah negeri dengan membuang undi.

  • 4Bahwasanya aku telah membahagi-bahagi bangsa-bangsa yang lagi tinggal ini kepadamu, sekadar milik pusaka suku-sukumu, sama seperti segala bangsa yang telah kubinasakan dari Yarden datang ke lautan besar, yang pada sebelah matahari masuk.

  • 14Maka kata bani Yusuf kepada Yusak demikian: Mengapa maka tuan memberikan kami hanya satu bahagian, yang ditentukan dengan membuang undi akan pusaka kami, sedang kami ini suatu bangsa yang banyak bilangannya oleh berkat yang dikaruniakan Tuhan akan kami sampai sekarang ini?

  • 9dan supaya jangan bahagian pusaka suatu suku pulang kepada suku yang lain, karena tiap-tiap suku bani Israel akan memeliharakan bahagian pusakanya dengan tiada dikurangkan adanya.