Yosua 14:2
dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.
dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.
14Karena suku bani Rubin dengan bangsanya dan suku bani Gad dengan bangsanya dan setengah suku Manasyepun telah beroleh bahagian pusakanya.
15Dua suku setengah telah beroleh bahagian pusakanya di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, di sebelah timur arah ke matahari terbit.
16Dan lagi firman Tuhan kepada Musa demikian:
3Karena telah ditentukan Musa milik pusaka dua suku setengah itu di seberang Yarden, dan kepada orang Lewi tiada diberikannya milik pusaka di antara mereka itu,
4karena bani Yusuf itu menjadi dua suku, yaitu Manasye dan Efrayim, sebab itu tiada diberikannya milik pusaka dari pada tanah itu kepada orang Lewi, melainkan hanya beberapa buah negeri, supaya mereka itu duduk dalamnya serta dengan tanah yang di kelilingnya bagi binatang dan barang-barang mereka itu.
5Seperti firman Tuhan kepada Musa, demikianlah diperbuat bani Israel dan demikianpun dibahagikannyalah tanah itu.
1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;
7Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.
8Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu.
8Demikianlah peri diberikan bani Israel negeri-negeri ini serta dengan tanah rumputnya kepada orang Lewi setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa, ditentukan dengan membuang undi.
51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.
55Kendatilah demikian hendaklah tanah itu juga dibahagi-bahagi dengan dibuang undi, seturut segala nama suku bangsa dan kaum hendaklah mereka itu beroleh pusaka.
56Ditentukan dengan undi hendaklah dibahagi-bahagi pusaka kepada masing-masing, kepada yang banyak bilangannya dan kepada yang sedikit bilangannya.
5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.
6Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.
7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.
10Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.
11Bermula maka keluarlah undi suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya, maka perhinggaan bahagiannya adalah di antara bani Yehuda dengan bani Yusuf.
54Maka tanah itupun hendaklah kamu bahagi kepada suku-suku bangsamu dengan membuang undi, bagi suku yang banyak bilangannya hendaklah kamu besarkan bahagian pusakanya dan bagi yang sedikit bilangannya hendaklah kamu kecilkan bahagian pusakanya; maka barang yang ditentukan bagi masing-masing oleh undi itu, ia itulah akan bahagiannya, maka sekadar suku-suku bangsamu kamu akan beroleh bahagianmu pusaka.
29Maka diberikan Musa bahagian kepada setengah suku Manasye demikian: Bahwa bagi setengah suku Manasye dengan bangsa-bangsanya,
32Maka inilah dia yang dibahagi-bahagi oleh Musa akan pusaka di padang-padang Moab, di seberang Yarden, bertentangan dengan Yerikho, arah ke timur.
33Tetapi kepada suku Lewi tiada diberikan Musa bahagian tanah, sebab Tuhan, Allah Israel, itulah bahagian pusaka mereka itu, seperti firman-Nya kepadanya.
7Maka kepada setengah suku Manasye itu telah diberikan Musa bahagian pusaka di Bazan, seperti yang telah diberikan Yusak kepada setengah suku yang lain serta dengan saudara-saudaranya di sebelah barat Yarden. Maka orang inipun disuruh Yusak pulang ke kemahnya serta diberinya berkat akan mereka itu.
29Maka sekalian inilah orang yang telah disuruh Tuhan menentukan bahagian pusaka dalam negeri Kanaan kepada segala bani Israel.
4Maka datanglah mereka itu menghadap Eliazar, yang imam, dan menghadap Yusak bin Nun, di hadapan segala penghulu, katanya: Bahwa Tuhan telah berfirman kepada Musa memberikan kepada kami suatu pusaka di antara segala saudara kami. Maka sebab itu diberikannyalah kepada mereka itu suatu pusaka di antara segala saudara bapanya setuju dengan firman Tuhan itu.
4Bahwasanya aku telah membahagi-bahagi bangsa-bangsa yang lagi tinggal ini kepadamu, sekadar milik pusaka suku-sukumu, sama seperti segala bangsa yang telah kubinasakan dari Yarden datang ke lautan besar, yang pada sebelah matahari masuk.
29Maka inilah tanah yang hendak kamu bahagi-bahagi akan milik pusaka kepada segala suku bangsa Israel, dan inilah bahagian-bahagian mereka itu, demikianlah firman Tuhan Hua.
65Maka diberikannya akan dia dengan membuang undi dari pada suku bani Yehuda dan dari pada suku bani Simeon dan dari pada suku bani Benyamin segala negeri yang disebutkan nama-namanya itu.
2Maka tinggal lagi di antara bani Israel tujuh suku, yang belum dibahagikan milik pusaka kepadanya.
42Maka adapun separuh yang diambil Musa dari pada orang perang akan bani Israel,
14Sahaja kepada suku Lewi tiada diberikannya tanah milik; bahwa segala persembahan yang dimakan api bagi Tuhan, Allah Israel, itulah miliknya pusaka, seperti firman-Nya kepadanya.
19Setelah sudah dibinasakannya tujuh bangsa di tanah Kanaan, lalu dibahagi-bahagikannya tanah mereka itu menjadi pusaka kaum itu,
13Demikianlah firman Tuhan Hua: Inilah perhinggaan tanah keliling, yang akan kamu bahagi-bahagi kepada kedua belas suku bangsa Israel; kepada Yusuf dua bahagian.
49Maka demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah akan miliknya pusaka dengan segala perhinggaannya. Maka diberikan juga oleh bani Israel suatu milik pusaka kepada Yusak bin Nun di tengah-tengahnya.
18Dan bagi tiap-tiap suku bangsa hendaklah kauambil seorang penghulu, supaya dibahagikannya tanah itu akan pusaka.
21Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel.
2Katakanlah kepada bani Israel demikian ini: Apabila kamu sudah sampai ke dalam negeri Kanaan, maka inilah akan menjadi perhinggaan negeri yang bahagian pusaka kamu dari pada negeri Kanaan itu.
17Karena Ia sendiri sudah membuang undi atas mereka itu, dan tangan-Nyapun sudah membahagi-bahagi kepada mereka itu dengan tali sipat; mereka itu kelak beroleh dia akan barang pusaka sampai selama-lamanya dan turun-temurun mereka itu akan diam dalamnya.
6Maka dialahkan oleh Musa, hamba Tuhan, dan oleh bani Israel akan mereka itu, lalu diberi Musa, hamba Tuhan, akan dia kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye akan milik pusaka.
8Maka dirampas oleh kita akan tanahnya, lalu kita berikan dia kepada orang Rubin dan kepada orang Gad dan kepada setengah suku Manasye.
53Kepada segala orang itulah akan dibahagi-bahagi tanah itu menjadi pusakanya, yaitu atas bilangan nama-namanya.
2Tetapi tiada diperolehnya bahagian pusaka di antara segala saudaranya, karena Tuhanlah bahagiannya pusaka, seperti firman Tuhan kepadanya.
2yaitu ke Silo dalam benua Kanaan, lalu katanya kepada mereka itu: Bahwa Tuhan telah berfirman kepada Musa, disuruhnya berikan negeri-negeri kepada kami akan tempat duduk dan tanah rumput akan binatang kami.