Yehezkiel 48:29

Terjemahan Lama

Maka inilah tanah yang hendak kamu bahagi-bahagi akan milik pusaka kepada segala suku bangsa Israel, dan inilah bahagian-bahagian mereka itu, demikianlah firman Tuhan Hua.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Bil 34:2 : 2 Katakanlah kepada bani Israel demikian ini: Apabila kamu sudah sampai ke dalam negeri Kanaan, maka inilah akan menjadi perhinggaan negeri yang bahagian pusaka kamu dari pada negeri Kanaan itu.
  • Bil 34:13 : 13 Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.
  • Yos 13:1-9 : 1 Bermula, maka Yusakpun telah menjadi tua dan telah banyak bilangan tahunnya, maka firman Tuhan kepadanya: Bahwa engkau sudah tua dan sudah banyak umurmu, maka tinggal lagi amat banyak tanah yang dapat diambil akan milik pusaka. 2 Maka inilah tanah yang lagi tinggal. Segala jajahan orang Filistin dan seluruh tanah Gesuri. 3 Dari Sikhor yang pada sebelah Mesir sampai kepada perhinggaan Ekeron arah ke utara semuanya hendaklah dibilang Kanani, kelima kerajaan orang Filistin, yaitu Gaza dan Asdod dan Askelon dan Gat dan Ekeron, dan lagi segala orang Awi. 4 Dari sebelah selatan segala tanah itu Kanani, demikianpun gua yang milik orang Zidoni sampai ke Afek, sampai ke perhinggaan negeri orang Amori. 5 Dan lagi tanah orang Gibeli dan segenap Libanon arah ke sebelah matahari terbit, dari Baal-Gad yang di kaki pegunungan Hermon sampai kepada tempat orang masuk ke Hamat. 6 Segala orang yang mengeduduki pegunungan dari pada Libanon sampai ke Misrefot-Mayim dan lagi segala orang Zidoni, maka Aku akan menghalaukan mereka itu dari pada miliknya di hadapan segala bani Israel, maka sementara itu hendaklah engkau suruh buang undi bagi orang Israel akan dibahagi-bahagi pusaka itu setuju dengan firman-Ku kepadamu. 7 Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye. 8 Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu. 9 Yaitu dari Aroer yang di tepi anak sungai Arnon dan negeri yang di pertengahan anak sungai itu, dan seluruh tanah datar dari Medeba ke Dibon. 10 Dan segala negeri Sihon, raja orang Amori yang kerajaan di Hezbon, sampai kepada perhinggaan negeri bani Ammon, 11 dan Gilead dan tanah orang Gesuri dan orang Maakhati dan segala pegunungan Hermon dan seluruh Bazan sampai ke Salkha. 12 Segala kerajaan Og di Bazan, yang dipertuan di Astarot dan di Ederei (maka iapun lagi tinggal dari pada sisa orang Refai), yang dialahkan dan diambil oleh Musa akan milik. 13 Tetapi tiada dihalaukan bani Israel akan orang Gesuri dan orang Maakati dari pada miliknya, melainkan Gesur dan Maakhat adalah duduk di antara orang Israel datang kepada hari ini. 14 Sahaja kepada suku Lewi tiada diberikannya tanah milik; bahwa segala persembahan yang dimakan api bagi Tuhan, Allah Israel, itulah miliknya pusaka, seperti firman-Nya kepadanya. 15 Maka telah diberikan Musa bahagian kepada suku bani Rubin dengan bangsa-bangsanya demikianlah: 16 Bahwa perhinggaan tanahnya akan ada dari pada Aroer yang di tepi anak sungai Arnon dan negeri yang dipertengahan anak sungai itu dan seluruh tanah datar yang ikut Medeba. 17 Dan Hezbon serta segala negerinya, yang di tanah datar tempatnya, Dibon dan Bamot-Baal dan Bait-Baal-Meon, 18 dan Yahza dan Kedemot dan Mefaat, 19 dan Kiryatayim dan Sibma dan Zeret-Hasahar di atas gunung lembah itu, 20 dan Bait-Peor dan Asdod-Pisga dan Bait-Yesimot, 21 dan segala negeri di tanah datar, segenap kerajaan Sihon, raja orang Amori, yang dipertuan di Hezbon dan yang dialahkan oleh Musa, baik ia baik segala raja Midian, yaitu Ewi dan Rekem dan Zur dan Hur dan Reba, yang takluk kepada Sihon, semuanya mengeduduki tanah itu,
  • Yeh 47:13-22 : 13 Demikianlah firman Tuhan Hua: Inilah perhinggaan tanah keliling, yang akan kamu bahagi-bahagi kepada kedua belas suku bangsa Israel; kepada Yusuf dua bahagian. 14 Dan kamu mendapat dia akan milik pusaka, seorang sama dengan seorangnya; karena Aku sudah bersumpah bahwa Aku hendak mengaruniakan dia kepada nenek moyang kamu, sebab itu tanah ini juga diberikan kepada kamu akan milik pusaka. 15 Maka hendaklah ini perhinggaan tanah itu: Pada sebelah utara dari pada lautan besar turut jalan Hetlon lalu sampai ke Zedada. 16 Hamat, Berota, Siberayim, yang duduknya di antara perhinggaan Damsyik dengan perhinggaan Hamat, dan Hazer dan Hatikhon, yang duduknya berdompak dengan perhinggaan Hawran. 17 Maka perhinggaan itu akan sampai ke Hazar-Enon, perhinggaannya Damsyik, dan segala yang lebih ke utara lagi duduknya dan Hamat. Bahwa ia itulah sebelah utara. 18 Maka pada sebelah timur dari antara Hawran dengan Damsyik dan antara Gilead dengan tanah Israel sampai ke Yarden, dari pada perhinggaan ini sampai ke laut timur itulah sebelah timurnya. 19 Dan pada sebelah selatan sekali dari Tamar sampai ke air perbantahan di Kades, lalu turut sungai sampai ke lautan besar, itulah sebelah selatannya sekali. 20 Dan pada sebelah barat adalah lautan besar dari pada perhinggaan itu sampai tentang jalan orang pergi ke Hamat; itulah sebelah baratnya. 21 Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel. 22 Maka hendaklah kamu menentukan dia akan milik pusaka bagi kamu dan bagi segala orang dagang yang menumpang di antara kamu dan yang sudah beranak berbuah di tengah-tengah kamu; karena hendaklah mereka itu bagimu seperti anak bumi juga di antara segala bani Israel; mereka itupun akan beroleh bahagian pusaka bersama-sama dengan kamu di antara segala suku bangsa Israel.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 83%

    21Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel.

    22Maka hendaklah kamu menentukan dia akan milik pusaka bagi kamu dan bagi segala orang dagang yang menumpang di antara kamu dan yang sudah beranak berbuah di tengah-tengah kamu; karena hendaklah mereka itu bagimu seperti anak bumi juga di antara segala bani Israel; mereka itupun akan beroleh bahagian pusaka bersama-sama dengan kamu di antara segala suku bangsa Israel.

    23Maka akan jadi dalam suku juga, yang ada menumpang orang dagang itu, hendaklah kamu berikan dia bahagian pusaka, demikianlah firman Tuhan Hua!

  • 81%

    13Demikianlah firman Tuhan Hua: Inilah perhinggaan tanah keliling, yang akan kamu bahagi-bahagi kepada kedua belas suku bangsa Israel; kepada Yusuf dua bahagian.

    14Dan kamu mendapat dia akan milik pusaka, seorang sama dengan seorangnya; karena Aku sudah bersumpah bahwa Aku hendak mengaruniakan dia kepada nenek moyang kamu, sebab itu tanah ini juga diberikan kepada kamu akan milik pusaka.

  • 80%

    53Maka hendaklah kamu mengambil tanah itu akan milik pusaka serta duduklah di sana, karena tanah itu telah Kukaruniakan kepadamu, supaya kamu mempusakainya.

    54Maka tanah itupun hendaklah kamu bahagi kepada suku-suku bangsamu dengan membuang undi, bagi suku yang banyak bilangannya hendaklah kamu besarkan bahagian pusakanya dan bagi yang sedikit bilangannya hendaklah kamu kecilkan bahagian pusakanya; maka barang yang ditentukan bagi masing-masing oleh undi itu, ia itulah akan bahagiannya, maka sekadar suku-suku bangsamu kamu akan beroleh bahagianmu pusaka.

  • 29Maka sekalian inilah orang yang telah disuruh Tuhan menentukan bahagian pusaka dalam negeri Kanaan kepada segala bani Israel.

  • 79%

    53Kepada segala orang itulah akan dibahagi-bahagi tanah itu menjadi pusakanya, yaitu atas bilangan nama-namanya.

    54Bagi orang yang banyak bilangannya hendaklah kaulebihkan pusakanya dan bagi orang yang sedikit bilangannya hendaklah kaukurangkan pusakanya; kepada masing-masing sekadar bilangannya hendaklah diberikan pusakanya.

    55Kendatilah demikian hendaklah tanah itu juga dibahagi-bahagi dengan dibuang undi, seturut segala nama suku bangsa dan kaum hendaklah mereka itu beroleh pusaka.

    56Ditentukan dengan undi hendaklah dibahagi-bahagi pusaka kepada masing-masing, kepada yang banyak bilangannya dan kepada yang sedikit bilangannya.

  • 78%

    12Maka dari sana perhinggaan itu akan turun sepanjang Yarden sampai kesudahannya di Tasik-Masin. Demikianlah tanahmu kelak dengan perhinggaannya keliling.

    13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.

  • 17Karena Ia sendiri sudah membuang undi atas mereka itu, dan tangan-Nyapun sudah membahagi-bahagi kepada mereka itu dengan tali sipat; mereka itu kelak beroleh dia akan barang pusaka sampai selama-lamanya dan turun-temurun mereka itu akan diam dalamnya.

  • 78%

    26Dan pada perhinggaan Isakhar dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Zebulon.

    27Dan pada perhinggaan Zebulon dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Gad.

    28Dan pada perhinggaan Gad pada tepas selatan sekali di sana turunlah perhinggaan itu dari Tamar ke air perbantahan Kades, lalu turut sungai sampai ke lautan besar.

  • 78%

    5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.

    6Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.

    7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.

  • 4Bahwasanya aku telah membahagi-bahagi bangsa-bangsa yang lagi tinggal ini kepadamu, sekadar milik pusaka suku-sukumu, sama seperti segala bangsa yang telah kubinasakan dari Yarden datang ke lautan besar, yang pada sebelah matahari masuk.

  • 76%

    3Dan pada perhinggaan Asyer dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Naftali.

    4Dan pada perhinggaan Naftali dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Manasye.

    5Dan pada perhinggaan Manasye dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Efrayim.

    6Dan pada perhinggaan Efrayim dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Rubin.

    7Dan pada perhinggaan Rubin dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bagian bagi Yehuda.

  • 76%

    17Bahwa inilah nama-nama segala orang yang akan membahagi-bahagi tanah itu kepadamu akan pusaka; yaitu Eliazar, yang imam, dan Yusak bin Nun.

    18Dan bagi tiap-tiap suku bangsa hendaklah kauambil seorang penghulu, supaya dibahagikannya tanah itu akan pusaka.

  • 30Maka inilah akan kampung yang di luar negeri; pada sebelah utara empat ribu lima ratus hasta, diukur betul-betul.

  • 2Katakanlah kepada bani Israel demikian ini: Apabila kamu sudah sampai ke dalam negeri Kanaan, maka inilah akan menjadi perhinggaan negeri yang bahagian pusaka kamu dari pada negeri Kanaan itu.

  • 51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.

  • 9karena bahagian Tuhan yaitulah umat-Nya dan Yakubpun tali pengukur pusaka-Nya.

  • 75%

    1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;

    2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.

  • 1Maka apabila kamu membahagi-bahagi tanah itu akan milikmu pusaka, hendaklah kamu mengambil suatu persembahan tatangan bagi Tuhan, suatu bahagian tanah yang suci, panjangnya hendaklah dua puluh lima ribu hasta dan lebarnya sepuluh ribu; maka ia itu akan suci pada segala perhinggaannya keliling.

  • 1Maka inilah nama-nama segala suku bangsa itu: Pada sebelah utara sepanjang jalan Hetlon tempat orang pergi ke Hamat sampai ke Hazar-Enon, sepanjang perhinggaan utara Damsyik ke sebelah Hamat, semua tepas dari timur ke barat itulah satu bahagian juga bagi Dan.

  • 18firman-Nya: Bahwa Aku akan menganugerahi kamu dengan tanah Kanaan akan tali pengukur bahagianmu pusaka.

  • 28Dan tak boleh mereka itu mendapat bahagian pusaka, karena Akulah bahagiannya pusaka, dan jangan engkau berikan mereka itu barang milik di antara orang Israel, karena Aku ini milik mereka itu.

  • 32Maka inilah dia yang dibahagi-bahagi oleh Musa akan pusaka di padang-padang Moab, di seberang Yarden, bertentangan dengan Yerikho, arah ke timur.

  • 8Maka dirampas oleh kita akan tanahnya, lalu kita berikan dia kepada orang Rubin dan kepada orang Gad dan kepada setengah suku Manasye.

  • 73%

    7Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.

    8Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu.

  • 28Maka inilah bahagian pusaka bani Gad dengan bangsa-bangsanya, yaitu segala negeri dan dusun-dusunnya.

  • 11Maka firman-Nya: Bahwa Aku akan mengaruniakan kepadamu tanah Kanaan akan bahagian pusaka, yang diukurkan bagimu.

  • 10Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.

  • 23Maka adapun segala suku yang lain itu; dari pada tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Benyamin.

  • 18Maka pada sebelah timur dari antara Hawran dengan Damsyik dan antara Gilead dengan tanah Israel sampai ke Yarden, dari pada perhinggaan ini sampai ke laut timur itulah sebelah timurnya.