Yosua 18:10

Terjemahan Lama

Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yos 18:6 : 6 Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.
  • Yos 18:8 : 8 Hata, maka bangkitlah berdiri orang-orang itu lalu pergi, maka apabila mereka itu pergi hendak menulis peta tanah itu berpesanlah Yusak kepada mereka itu, katanya: Pergilah kamu berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, lalu kembali kepadaku, supaya di sini aku membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan di Silo.
  • Yos 19:51 : 51 Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.
  • Mzm 16:5-6 : 5 Bahwa Tuhanlah bahagianku pusaka dan pialaku; Engkau telah mengaruniai aku dengan suatu milik yang luas. 6 Maka tali pengukur telah jatuh bagiku pada tempat-tempat yang permai, dan suatu pusaka yang indah-indah telah menjadi bahagianku.
  • Mzm 47:4 : 4 Maka Ia telah menaklukkan segala bangsa kepada kami, dan segala bangsapun di bawah kaki kami.
  • Mzm 61:5 : 5 Bahwa aku akan diam di dalam kemah-Mu sampai selama-lamanya, dan aku akan berlindung di bawah naung sayap-Mu. -- Selah.
  • Ams 18:18 : 18 Bahwa buang undi itu memutuskan perselisihan serta menceraikan orang yang berkuasa.
  • Yeh 47:22 : 22 Maka hendaklah kamu menentukan dia akan milik pusaka bagi kamu dan bagi segala orang dagang yang menumpang di antara kamu dan yang sudah beranak berbuah di tengah-tengah kamu; karena hendaklah mereka itu bagimu seperti anak bumi juga di antara segala bani Israel; mereka itupun akan beroleh bahagian pusaka bersama-sama dengan kamu di antara segala suku bangsa Israel.
  • Yeh 48:29 : 29 Maka inilah tanah yang hendak kamu bahagi-bahagi akan milik pusaka kepada segala suku bangsa Israel, dan inilah bahagian-bahagian mereka itu, demikianlah firman Tuhan Hua.
  • Mat 27:35 : 35 Setelah disalibkannya Yesus, maka mereka itu pun berbahagi pakaian-Nya dengan membuang undi.
  • Yoh 17:2 : 2 Seperti Engkau telah mengaruniakan kuasa kepada-Nya memerintah segala manusia, supaya Ia pula memberikan hidup yang kekal kepada masing-masing yang Engkau anugerahkan kepada-Nya.
  • Kis 13:19 : 19 Setelah sudah dibinasakannya tujuh bangsa di tanah Kanaan, lalu dibahagi-bahagikannya tanah mereka itu menjadi pusaka kaum itu,
  • Kis 26:18 : 18 akan mencelikkan mata mereka itu, supaya mereka itu berpaling daripada gelap kepada terang, dan daripada kuasa Iblis kepada Allah, dan supaya mereka itu beroleh keampunan dosa dan bahagian bersama-sama dengan segala orang yang dikuduskan itu oleh sebab iman kepada-Ku.
  • Kol 1:12 : 12 mengucap syukur kepada Bapa, yang menjadikan kamu berlayak akan beroleh bahagian warisan orang-orang suci di tempat terang itu.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.

  • 84%

    8Hata, maka bangkitlah berdiri orang-orang itu lalu pergi, maka apabila mereka itu pergi hendak menulis peta tanah itu berpesanlah Yusak kepada mereka itu, katanya: Pergilah kamu berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, lalu kembali kepadaku, supaya di sini aku membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan di Silo.

    9Maka orang itupun pergilah berjalan keliling tanah itu, ditulisnya akan petanya dalam sebuah kitab dengan segala negerinya atas tujuh bahagian. Maka kembalilah mereka itu kepada Yusak ke tempat tentara di Silo.

  • 11Bermula maka keluarlah undi suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya, maka perhinggaan bahagiannya adalah di antara bani Yehuda dengan bani Yusuf.

  • 81%

    1Sebermula, maka segenap sidang bani Israelpun berhimpunlah di Silo, dan didirikannyalah di sana akan kemah perhimpunan, pada masa seluruh tanah itu telah alah di hadapannya.

    2Maka tinggal lagi di antara bani Israel tujuh suku, yang belum dibahagikan milik pusaka kepadanya.

    3Maka kata Yusak kepada bani Israel: Berapa lamakah kamu malas mengambil tanah itu akan milikmu yang telah dikaruniakan Tuhan, Allah nenek moyangmu, kepadamu?

    4Berikanlah kiranya bagi dirimu tiga orang dari pada tiap-tiap suku, maka aku hendak menyuruhkan mereka itu pergi berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, sekadar bahagian pusaka masing-masing, lalu mereka itu akan kembali kepadaku,

    5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.

    6Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.

  • 79%

    1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;

    2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.

  • 5Seperti firman Tuhan kepada Musa, demikianlah diperbuat bani Israel dan demikianpun dibahagikannyalah tanah itu.

  • 49Maka demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah akan miliknya pusaka dengan segala perhinggaannya. Maka diberikan juga oleh bani Israel suatu milik pusaka kepada Yusak bin Nun di tengah-tengahnya.

  • 21Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel.

  • 19Setelah sudah dibinasakannya tujuh bangsa di tanah Kanaan, lalu dibahagi-bahagikannya tanah mereka itu menjadi pusaka kaum itu,

  • 75%

    55Kendatilah demikian hendaklah tanah itu juga dibahagi-bahagi dengan dibuang undi, seturut segala nama suku bangsa dan kaum hendaklah mereka itu beroleh pusaka.

    56Ditentukan dengan undi hendaklah dibahagi-bahagi pusaka kepada masing-masing, kepada yang banyak bilangannya dan kepada yang sedikit bilangannya.

  • 75%

    17Bahwa inilah nama-nama segala orang yang akan membahagi-bahagi tanah itu kepadamu akan pusaka; yaitu Eliazar, yang imam, dan Yusak bin Nun.

    18Dan bagi tiap-tiap suku bangsa hendaklah kauambil seorang penghulu, supaya dibahagikannya tanah itu akan pusaka.

  • 13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.

  • 23Maka segala negeri itu dialahkan Yusak setuju dengan segala firman Tuhan yang kepada Musa, lalu diberikan Yusak tanah itu kepada orang Israel akan bahagian pusaka sekadar pasukan mereka itu dan seturut suku bangsa mereka itu. Maka behentilah tanah itu dari pada perang.

  • 1Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el;

  • 17Karena Ia sendiri sudah membuang undi atas mereka itu, dan tangan-Nyapun sudah membahagi-bahagi kepada mereka itu dengan tali sipat; mereka itu kelak beroleh dia akan barang pusaka sampai selama-lamanya dan turun-temurun mereka itu akan diam dalamnya.

  • 54Maka tanah itupun hendaklah kamu bahagi kepada suku-suku bangsamu dengan membuang undi, bagi suku yang banyak bilangannya hendaklah kamu besarkan bahagian pusakanya dan bagi yang sedikit bilangannya hendaklah kamu kecilkan bahagian pusakanya; maka barang yang ditentukan bagi masing-masing oleh undi itu, ia itulah akan bahagiannya, maka sekadar suku-suku bangsamu kamu akan beroleh bahagianmu pusaka.

  • 8Demikianlah peri diberikan bani Israel negeri-negeri ini serta dengan tanah rumputnya kepada orang Lewi setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa, ditentukan dengan membuang undi.

  • 4Bahwasanya aku telah membahagi-bahagi bangsa-bangsa yang lagi tinggal ini kepadamu, sekadar milik pusaka suku-sukumu, sama seperti segala bangsa yang telah kubinasakan dari Yarden datang ke lautan besar, yang pada sebelah matahari masuk.

  • 6Setelah sudah dilepaskan Yusak orang banyak itu, maka segala bani Israelpun pergilah masing-masing kepada bahagian pusakanya, hendak mengambil tanah itu akan miliknya.

  • 29Maka inilah tanah yang hendak kamu bahagi-bahagi akan milik pusaka kepada segala suku bangsa Israel, dan inilah bahagian-bahagian mereka itu, demikianlah firman Tuhan Hua.

  • 65Maka diberikannya akan dia dengan membuang undi dari pada suku bani Yehuda dan dari pada suku bani Simeon dan dari pada suku bani Benyamin segala negeri yang disebutkan nama-namanya itu.

  • 7Maka sekalian inilah raja-raja negeri yang dialahkan oleh Yusak dan segala bani Israel pada sebelah barat Yarden, dari pada Baal-Gad yang di lembah Libanon, sampai ke bukit gundul, yang naik ke Seir, maka diberi Yusak akan dia kepada segala suku Israel akan milik pusaka sekadar segala pasukannya;

  • 29Maka sekalian inilah orang yang telah disuruh Tuhan menentukan bahagian pusaka dalam negeri Kanaan kepada segala bani Israel.

  • 7Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.

  • 2yaitu ke Silo dalam benua Kanaan, lalu katanya kepada mereka itu: Bahwa Tuhan telah berfirman kepada Musa, disuruhnya berikan negeri-negeri kepada kami akan tempat duduk dan tanah rumput akan binatang kami.

  • 17Maka kata Yusak kepada bani Yusuf, kepada Efrayim dan kepada Manasye demikian: Sesungguhnya kamu suatu bangsa yang banyak bilangannya dan besarlah kuatmu, tak usah kamu dapat satu bahagian undi sahaja.

  • 32Maka inilah dia yang dibahagi-bahagi oleh Musa akan pusaka di padang-padang Moab, di seberang Yarden, bertentangan dengan Yerikho, arah ke timur.

  • 7Maka kepada setengah suku Manasye itu telah diberikan Musa bahagian pusaka di Bazan, seperti yang telah diberikan Yusak kepada setengah suku yang lain serta dengan saudara-saudaranya di sebelah barat Yarden. Maka orang inipun disuruh Yusak pulang ke kemahnya serta diberinya berkat akan mereka itu.

  • 14Maka kata bani Yusuf kepada Yusak demikian: Mengapa maka tuan memberikan kami hanya satu bahagian, yang ditentukan dengan membuang undi akan pusaka kami, sedang kami ini suatu bangsa yang banyak bilangannya oleh berkat yang dikaruniakan Tuhan akan kami sampai sekarang ini?

  • 55Maka dihalaukan-Nya segala orang kafir itu dari hadapan mereka itu dan dibahagikan-Nya bahagian pusaka itu kepada mereka itu dengan tali pengukur dan didudukkan-Nya segala suku bangsa Israel dalam kemah-kemah orang itu.

  • 12Dan lagi kata Yusak kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye demikian:

  • 1Hata, setelah sudah menyeberang Yarden sekalian orang banyak itu, maka berfirmanlah Tuhan kepada Yusak demikian:

  • 1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Yusak demikian: