Yosua 16:1

Terjemahan Lama

Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el;

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yos 8:15 : 15 Maka Yusak dan segala orang Israelpun seolah-olah alahlah di hadapannya, lalu mereka itu lari pada jalan ke padang belantara.
  • Yos 18:12 : 12 Maka perhinggaan tanahnya adalah pada ujung utara Yarden, lalu perhinggaan itu naik ke sebelah Yerikho arah ke utara dan terus dari pegunungan ke barat, dan keluar kepada padang belantara Bait-Awen.
  • 2Raj 2:19-21 : 19 Maka kata orang isi negeri itu kepada Elisa: Bahwasanya baiklah kedudukan negeri ini, seperti tuan lihat juga, tetapi airnya tak baik dan tanahnyapun jahat adanya. 20 Maka kata Elisa: Ambilkanlah aku pinggan baharu seceper dan bubuhlah garam dalamnya. Maka dibawa oranglah akan pinggan itu kepadanya. 21 Lalu Elisapun keluar pergi ke mata air, dituangnya segala garam itu ke dalamnya sambil katanya: Demikian inilah firman Tuhan: Bahwa air ini sudah Kunamirkan, maka olehnya tiada lagi akan jadi barang kematian atau tanah jahat adanya.
  • Yos 15:61 : 61 Dan dalam padang belantara adalah Bait-haaraba dan Midin dan Sekhakha,

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 81%

    2maka dari Bait-el lalu ke Luz dan menyusur perhinggaan tanah orang Arkhi ke Atarot.

    3Lalu ke barat dengan menyusur perhinggaan tanah orang Yafeleti ke perhinggaan Bait-Horon hilir sampai ke Gezer dan demikian kesudahannya di laut sebelah barat.

    4Begitulah bani Yusuf, yaitu Manasye dan Efrayim, beroleh bahagian pusakanya.

    5Maka perhinggaan tanah bani Efrayim dengan bangsa-bangsanya adalah demikian: Perhinggaan tanah bahagian pusakanya pada sebelah timur adalah Aterot-Adar sampai ke Bait-Horon hulu.

    6Lalu perhinggaan itu keluar dekat dengan Mikhmetat, yang ditinggalkannya pada sebelah utara, dan dari sana perhinggaan itu balik ke timur pula ke Taanat-Silo, lalu terus dari pada itu pada sebelah timur Yanoah.

    7Lalu turun dari Yanoah ke Atarot dan Naara dan berdompak dengan Yerikho, lalu keluar sampai Yarden.

  • 81%

    10Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.

    11Bermula maka keluarlah undi suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya, maka perhinggaan bahagiannya adalah di antara bani Yehuda dengan bani Yusuf.

    12Maka perhinggaan tanahnya adalah pada ujung utara Yarden, lalu perhinggaan itu naik ke sebelah Yerikho arah ke utara dan terus dari pegunungan ke barat, dan keluar kepada padang belantara Bait-Awen.

    13Maka dari sana perhinggaan itu lalu terus dari Luz, yaitu pada sebelah selatan Luz, tempat Bait-el sekarang, lalu perhinggaan itu turun ke Aterot-Adar menyusur pegunungan, yang pada sebelah selatan Bait-Horon hilir.

  • 76%

    22Maka bani Yusufpun berjalanlah ke Bait-el, maka Tuhanpun menyertai akan mereka itu.

    23Maka ditaruh oleh bani Yusuf itu beberapa orang pengintai hampir dengan Bait-el; maka dahulu nama negeri itu Luz.

  • 76%

    18lalu terus ke sebelah yang bertentangan dengan Araba arah ke utara kemudian turun ke Araba.

    19Lalu perhinggaan itu terus ke sebelah Bait-Hojla arah ke utara dan keluar ke tanjung utara Tasik-Masin pada ujung selatan Yarden, yaitulah perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan.

    20Maka Yarden itulah perhinggaanya pada sebelah timur. Sekalian inilah bahagian pusaka bani Benyamin dengan perhinggaannya keliling, sekadar bangsa-bangsanya.

    21Maka negeri-negeri suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya adalah: Yerikho dan Bait-Hojla dan Emek-Keziz,

  • 75%

    16Maka kata bani Yusuf: Tiada terdapat lagi tanah pegunungan bagi kami, maka segala orang Kanani yang duduk di padang itu ada menaruh rata besi, baik yang duduk dalam Bait-Sean dan daerahnya baik yang duduk di padang Yizreil.

    17Maka kata Yusak kepada bani Yusuf, kepada Efrayim dan kepada Manasye demikian: Sesungguhnya kamu suatu bangsa yang banyak bilangannya dan besarlah kuatmu, tak usah kamu dapat satu bahagian undi sahaja.

  • 1Arakian, maka berangkatlah bani Israel, lalu didirikannyalah kemahnya di padang-padang Moab di sebelah sini sungai Yarden, bertentangan dengan negeri Yerikho.

  • Ul 34:2-3
    2 ayat
    75%

    2dan seluruh tanah Naftali dan tanah Efrayim dan Manasye dan seluruh tanah Yehuda sampai ke laut sebelah barat;

    3dan sebelah selatan dan tanah datar, yaitu padang Yerikho, negeri korma, sampai kepada Zoar.

  • 78dan di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, yaitu pada sebelah timur Yarden, adalah dari pada suku Rubin negeri Bezer yang di padang serta dengan kampung-kampungnya, dan Yahza serta dengan kampung-kampungnya,

  • 74%

    26Dan dari Hezbon sampai ke Ramat Mizpa dan Betonim, dan dari Mahanaim sampai kepada perhinggaan tanah Debir.

    27Dan lagi dalam lembah itu Bait-Haram dan Bait-Nimra dan Sukot dan Zefon, lebihnya kerajaan Sihon, raja Hezbon, dan Yarden dan segala tanah pada tepinya sampai kepada tasik Kinerot di seberang Yarden arah ke timur.

  • 5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.

  • 29Tetapi pada pihak bani Manasye adalah Bait-Sean dengan segala daerahnya dan Taanah dengan segala daerahnya dan Megido dengan segala daerahnya dan Dor dengan segala daerahnya. Maka dalam segala negeri ini telah duduklah bani Yusuf bin Israel.

  • 74%

    48Maka dari bukit Abarim berjalanlah mereka itu, lalu berhenti di padang-padang Moab, di tepi Yarden bertentangan dengan Yerikho.

    49Maka didirikannyalah kemahnya di tepi Yarden dari Bait Yesimot datang ke Abel-Sittim, di padang-padang Moab.

  • 17Dan lagi tanah datar dan sungai Yarden datang kepada kesudahannya, mulai dari pada Kineret sampai ke tasik di tanah datar, yaitu Tasik-Masin, sampai di kaki bukit Pisga arah ke timur.

  • 16maka berhentilah air yang mengalir dari atas, lalu bertimbun-timbun jauh sampai ke negeri Adam, yang di sebelah Zartan duduknya, maka air yang mengalir ke tasik yang di padang, yaitu ke Tasik-Masin, diceraikan sampai surutlah sama sekali. Maka menyeberanglah orang banyak itu bertentangan dengan negeri Yerikho.

  • 8Maka di seberang Yarden pada sebelah timur Yerikho ditentukannya bagi perkara itu akan Bezer di padang belantara, di tanah datar suku Rubin, dan akan Ramot di Gilead, tanah suku Gad, dan akan Golan di Bazan, tanah suku Manasye.

  • 14Maka kata bani Yusuf kepada Yusak demikian: Mengapa maka tuan memberikan kami hanya satu bahagian, yang ditentukan dengan membuang undi akan pusaka kami, sedang kami ini suatu bangsa yang banyak bilangannya oleh berkat yang dikaruniakan Tuhan akan kami sampai sekarang ini?

  • 73%

    33Maka perhinggaan tanahnya adalah dari Helef dan dari pokok eru di Zaananim, lalu Adami dan Nekeb dan Yabniel sampai ke Lakum dan keluar ke Yarden.

    34Lalu perhinggaan itu balik ke barat ke Aznot-Tabor dan dari sana keluarlah ia di Hukok dan berdompak dengan Zebulon pada sebelah selatan dan dengan Asyer pada sebelah barat dan dengan Yuda yang di tepi Yarden pada sebelah matahari terbit.

  • 15Dua suku setengah telah beroleh bahagian pusakanya di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, di sebelah timur arah ke matahari terbit.

  • 8Hata, maka bangkitlah berdiri orang-orang itu lalu pergi, maka apabila mereka itu pergi hendak menulis peta tanah itu berpesanlah Yusak kepada mereka itu, katanya: Pergilah kamu berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, lalu kembali kepadaku, supaya di sini aku membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan di Silo.

  • 3dan padang yang di sebelah timur sampai ke tasik Kinerot dan sampai ke tasik yang di padang, yaitu Tasik-Masin, arah ke timur pada jalan ke Bait-Yesimot dan arah ke selatan di bawah Asdod-Pisga.

  • 32Maka inilah dia yang dibahagi-bahagi oleh Musa akan pusaka di padang-padang Moab, di seberang Yarden, bertentangan dengan Yerikho, arah ke timur.

  • 30Bukankah kedua bukit itu di seberang Yarden pada iringan jalan besar sebelah barat tanah orang Kanani, yang duduk di tanah datar bertentangan dengan negeri Gilgal, hampir dengan hutan jati di More?

  • 1Arakian, maka bahagian yang ditentukan dengan membuang undi bagi suku bani Yehuda dengan bangsa-bangsanya itulah pada perhinggaan tanah Edom, padang belantara Zin pada sebelah selatan, pada ujungnya yang selatan sekali,

  • 1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;

  • 1Bermula, maka Yusakpun bangunlah pagi-pagi, dan mereka itu berangkat dari Sittim, lalu sampailah kepada Yarden, baik ia baik segala bani Israel, maka bermalamlah mereka itu di sana dahulu dari pada menyeberang.

  • 72%

    6lalu perhinggaan tanahnya naik ke Bait-Hojla, langsung ke sebelah utara Bait-Araba, lalu perhinggaan itu ke atas ke batu Bohan bin Rubin.

    7Dari sana naiklah perhinggaan itu ke Debir dari pada lembah Akhor lalu balik ke utara sampai ke Gilgal, yang bertentangan dengan curam Adumim pada sebelah selatan anak sungai di sana, lalu perhinggaan itu langsung ke air En-Semes dan keluar hampir dengan En-Rogel.

  • 12Maka dari sana perhinggaan itu akan turun sepanjang Yarden sampai kesudahannya di Tasik-Masin. Demikianlah tanahmu kelak dengan perhinggaannya keliling.

  • 2Maka inilah bagi segala anak-anak Manasye yang lain dengan bangsa-bangsanya, bagi bani Abiezer dan bagi bani Helek dan bagi bani Asriel, dan bagi bani Sekhem dan bagi bani Hefer dan bagi bani Semida, sekalian inilah anak-anak laki-laki Manasye bin Yusuf dengan bangsa-bangsanya.

  • 5Begitulah pusaka Manasye menjadi sepuluh bahagian, lain dari pada tanah Gilead dan Bazan, yang di seberang Yarden.

  • 13Demikianlah firman Tuhan Hua: Inilah perhinggaan tanah keliling, yang akan kamu bahagi-bahagi kepada kedua belas suku bangsa Israel; kepada Yusuf dua bahagian.

  • 51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.

  • 11Maka perhinggaan tanahnya naik ke atas dengan menyusur laut dan Marala, lalu berdompak dengan Dabeset dan dengan anak sungaipun, yang bertentangan dengan Yokneam.