Bilangan 34:15
Dua suku setengah telah beroleh bahagian pusakanya di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, di sebelah timur arah ke matahari terbit.
Dua suku setengah telah beroleh bahagian pusakanya di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, di sebelah timur arah ke matahari terbit.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;
2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.
3Karena telah ditentukan Musa milik pusaka dua suku setengah itu di seberang Yarden, dan kepada orang Lewi tiada diberikannya milik pusaka di antara mereka itu,
16Dan lagi firman Tuhan kepada Musa demikian:
32Maka inilah dia yang dibahagi-bahagi oleh Musa akan pusaka di padang-padang Moab, di seberang Yarden, bertentangan dengan Yerikho, arah ke timur.
12Maka dari sana perhinggaan itu akan turun sepanjang Yarden sampai kesudahannya di Tasik-Masin. Demikianlah tanahmu kelak dengan perhinggaannya keliling.
13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.
14Karena suku bani Rubin dengan bangsanya dan suku bani Gad dengan bangsanya dan setengah suku Manasyepun telah beroleh bahagian pusakanya.
19Kendatilah demikian hamba ini tiada akan mempusakai tanah bersama-sama dengan mereka itu di seberang Yarden dan lebih jauh lagi, jikalau kiranya hamba beroleh tanah yang di sebelah timur Yarden itu akan pusaka.
14Biarlah segala anak binimu dan segala kawan binatangmu tinggal di tanah yang diberikan Musa kepadamu di seberang Yarden; tetapi hendaklah kamu menyeberang dengan berlengkap baik-baik dan berjalan pada hulu segala saudaramu, semua orang yang tahu perang, maka hendaklah kamu membantu akan mereka itu,
15sampai sudah dikaruniakan Tuhan perhentian kepada segala saudaramupun seperti kepada kamu, dan mereka itu juga mempusakai tanah yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadanya kelak, lalu hendaklah kamu kembali ke tanahmu pusaka, dan kamu akan mempunyai dia bagaikan pusaka, yang diberikan Musa, hamba Tuhan itu, kepadamu di seberang Yarden, pada sebelah matahari terbit.
7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.
7Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.
8Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu.
7Maka kepada setengah suku Manasye itu telah diberikan Musa bahagian pusaka di Bazan, seperti yang telah diberikan Yusak kepada setengah suku yang lain serta dengan saudara-saudaranya di sebelah barat Yarden. Maka orang inipun disuruh Yusak pulang ke kemahnya serta diberinya berkat akan mereka itu.
46yaitu di seberang Yarden, di lembah yang bertentangan dengan Bait-Peor, di tanah Sihon, raja orang Amori yang duduk di Hezbon dan yang dialahkan oleh Musa dan oleh bani Israel kemudian dari pada keluar mereka itu dari Mesir.
47Maka diambilnya tanahnya akan miliknya sendiri serta dengan tanah Og, raja Bazan, yaitu keduanya raja orang Amori, yang ada di seberang Yarden arah ke sebelah matahari terbit,
12Dan lagi kata Yusak kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye demikian:
41Hata, maka pada masa itu diasingkan Musa tiga buah negeri yang di seberang Yarden, arah ke sebelah matahari terbit,
29Maka diberikan Musa bahagian kepada setengah suku Manasye demikian: Bahwa bagi setengah suku Manasye dengan bangsa-bangsanya,
20Maka Yarden itulah perhinggaanya pada sebelah timur. Sekalian inilah bahagian pusaka bani Benyamin dengan perhinggaannya keliling, sekadar bangsa-bangsanya.
27Dan lagi dalam lembah itu Bait-Haram dan Bait-Nimra dan Sukot dan Zefon, lebihnya kerajaan Sihon, raja Hezbon, dan Yarden dan segala tanah pada tepinya sampai kepada tasik Kinerot di seberang Yarden arah ke timur.
17Dan lagi tanah datar dan sungai Yarden datang kepada kesudahannya, mulai dari pada Kineret sampai ke tasik di tanah datar, yaitu Tasik-Masin, sampai di kaki bukit Pisga arah ke timur.
78dan di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, yaitu pada sebelah timur Yarden, adalah dari pada suku Rubin negeri Bezer yang di padang serta dengan kampung-kampungnya, dan Yahza serta dengan kampung-kampungnya,
8Maka di seberang Yarden pada sebelah timur Yerikho ditentukannya bagi perkara itu akan Bezer di padang belantara, di tanah datar suku Rubin, dan akan Ramot di Gilead, tanah suku Gad, dan akan Golan di Bazan, tanah suku Manasye.
1Bermula, maka inilah segala raja negeri-negeri yang dialahkan oleh bani Israel dan yang dirampasnya tanahnya di seberang Yarden arah ke matahari terbit, dari pada anak sungai Arnon datang ke pegunungan Hermon, dan seluruh padang yang di sebelah timur.
30Bukankah kedua bukit itu di seberang Yarden pada iringan jalan besar sebelah barat tanah orang Kanani, yang duduk di tanah datar bertentangan dengan negeri Gilgal, hampir dengan hutan jati di More?
31Karena sekarang juga kamu pergi menyeberang Yarden hendak mengambil tanah itu akan milik pusaka yang telah dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu, maka kamupun kelak mempunyai dia akan pusaka dan kamu akan mengeduduki dia.
2dan seluruh tanah Naftali dan tanah Efrayim dan Manasye dan seluruh tanah Yehuda sampai ke laut sebelah barat;
1Arakian, maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa di padang-padang di Moab, di tepi Yarden bertentangan dengan Yerikho, bunyinya:
50Maka berfirmanlah Tuhan kepada Musa di padang-padang Moab, di tepi Yarden bertentangan dengan Yerikho, demikian bunyinya:
32Dengan suatu tentara orang pilihan hamba akan menyeberang di hadapan hadirat Tuhan ke dalam negeri Kanaan, maka akan hamba ini, milik bahagian pusaka hamba akan ada di seberang Yarden.
5Begitulah pusaka Manasye menjadi sepuluh bahagian, lain dari pada tanah Gilead dan Bazan, yang di seberang Yarden.
12Maka bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye berjalanlah lengkap dengan senjatanya pada hulu segala bani Israel, setuju dengan pesan Musa kepadanya.
1Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el;
4Bahwasanya aku telah membahagi-bahagi bangsa-bangsa yang lagi tinggal ini kepadamu, sekadar milik pusaka suku-sukumu, sama seperti segala bangsa yang telah kubinasakan dari Yarden datang ke lautan besar, yang pada sebelah matahari masuk.
34Lalu perhinggaan itu balik ke barat ke Aznot-Tabor dan dari sana keluarlah ia di Hukok dan berdompak dengan Zebulon pada sebelah selatan dan dengan Asyer pada sebelah barat dan dengan Yuda yang di tepi Yarden pada sebelah matahari terbit.
5Maka perhinggaan tanahnya pada sebelah timur itulah Tasik-Masin pada ujung Yarden dan perhinggaan tanahnya pada sebelah utara adalah dari pada ujung tasik itu, yaitu dari pada kesudahan Yarden,
42Maka adapun separuh yang diambil Musa dari pada orang perang akan bani Israel,
25Bahwa perhinggaan tanahnya akan jadi Yaezar dan segala negeri Gilead dan setengah tanah bani Ammon, sampai kepada Aroer yang bertentangan dengan Raba.
4Dari pada padang Tiah dan dari pada Libanon ini sampai kepada sungai besar, yaitu sungai Ferat, seluruh tanah orang Heti, dan sampai kepada lautan besar yang di sebelah matahari masuk, sekalian itu menjadi perhinggaan tanah kamu.
2Katakanlah kepada bani Israel demikian ini: Apabila kamu sudah sampai ke dalam negeri Kanaan, maka inilah akan menjadi perhinggaan negeri yang bahagian pusaka kamu dari pada negeri Kanaan itu.
7Maka sekalian inilah raja-raja negeri yang dialahkan oleh Yusak dan segala bani Israel pada sebelah barat Yarden, dari pada Baal-Gad yang di lembah Libanon, sampai ke bukit gundul, yang naik ke Seir, maka diberi Yusak akan dia kepada segala suku Israel akan milik pusaka sekadar segala pasukannya;
8Maka dirampas oleh kita akan tanahnya, lalu kita berikan dia kepada orang Rubin dan kepada orang Gad dan kepada setengah suku Manasye.
29Maka sekalian inilah orang yang telah disuruh Tuhan menentukan bahagian pusaka dalam negeri Kanaan kepada segala bani Israel.
13Demikianlah firman Tuhan Hua: Inilah perhinggaan tanah keliling, yang akan kamu bahagi-bahagi kepada kedua belas suku bangsa Israel; kepada Yusuf dua bahagian.
2Maka tinggal lagi di antara bani Israel tujuh suku, yang belum dibahagikan milik pusaka kepadanya.
1Arakian, maka pada masa itu dipanggil Yusak akan orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye.