Yehezkiel 47:13
Demikianlah firman Tuhan Hua: Inilah perhinggaan tanah keliling, yang akan kamu bahagi-bahagi kepada kedua belas suku bangsa Israel; kepada Yusuf dua bahagian.
Demikianlah firman Tuhan Hua: Inilah perhinggaan tanah keliling, yang akan kamu bahagi-bahagi kepada kedua belas suku bangsa Israel; kepada Yusuf dua bahagian.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
14Dan kamu mendapat dia akan milik pusaka, seorang sama dengan seorangnya; karena Aku sudah bersumpah bahwa Aku hendak mengaruniakan dia kepada nenek moyang kamu, sebab itu tanah ini juga diberikan kepada kamu akan milik pusaka.
15Maka hendaklah ini perhinggaan tanah itu: Pada sebelah utara dari pada lautan besar turut jalan Hetlon lalu sampai ke Zedada.
29Maka inilah tanah yang hendak kamu bahagi-bahagi akan milik pusaka kepada segala suku bangsa Israel, dan inilah bahagian-bahagian mereka itu, demikianlah firman Tuhan Hua.
20Dan pada sebelah barat adalah lautan besar dari pada perhinggaan itu sampai tentang jalan orang pergi ke Hamat; itulah sebelah baratnya.
21Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel.
22Maka hendaklah kamu menentukan dia akan milik pusaka bagi kamu dan bagi segala orang dagang yang menumpang di antara kamu dan yang sudah beranak berbuah di tengah-tengah kamu; karena hendaklah mereka itu bagimu seperti anak bumi juga di antara segala bani Israel; mereka itupun akan beroleh bahagian pusaka bersama-sama dengan kamu di antara segala suku bangsa Israel.
23Maka akan jadi dalam suku juga, yang ada menumpang orang dagang itu, hendaklah kamu berikan dia bahagian pusaka, demikianlah firman Tuhan Hua!
5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.
12Maka dari sana perhinggaan itu akan turun sepanjang Yarden sampai kesudahannya di Tasik-Masin. Demikianlah tanahmu kelak dengan perhinggaannya keliling.
13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.
7Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.
8Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu.
4Dan pada perhinggaan Naftali dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Manasye.
5Dan pada perhinggaan Manasye dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Efrayim.
6Dan pada perhinggaan Efrayim dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Rubin.
7Dan pada perhinggaan Rubin dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bagian bagi Yehuda.
2Katakanlah kepada bani Israel demikian ini: Apabila kamu sudah sampai ke dalam negeri Kanaan, maka inilah akan menjadi perhinggaan negeri yang bahagian pusaka kamu dari pada negeri Kanaan itu.
1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;
2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.
3Karena telah ditentukan Musa milik pusaka dua suku setengah itu di seberang Yarden, dan kepada orang Lewi tiada diberikannya milik pusaka di antara mereka itu,
4karena bani Yusuf itu menjadi dua suku, yaitu Manasye dan Efrayim, sebab itu tiada diberikannya milik pusaka dari pada tanah itu kepada orang Lewi, melainkan hanya beberapa buah negeri, supaya mereka itu duduk dalamnya serta dengan tanah yang di kelilingnya bagi binatang dan barang-barang mereka itu.
54Maka tanah itupun hendaklah kamu bahagi kepada suku-suku bangsamu dengan membuang undi, bagi suku yang banyak bilangannya hendaklah kamu besarkan bahagian pusakanya dan bagi yang sedikit bilangannya hendaklah kamu kecilkan bahagian pusakanya; maka barang yang ditentukan bagi masing-masing oleh undi itu, ia itulah akan bahagiannya, maka sekadar suku-suku bangsamu kamu akan beroleh bahagianmu pusaka.
32Maka inilah dia yang dibahagi-bahagi oleh Musa akan pusaka di padang-padang Moab, di seberang Yarden, bertentangan dengan Yerikho, arah ke timur.
55Kendatilah demikian hendaklah tanah itu juga dibahagi-bahagi dengan dibuang undi, seturut segala nama suku bangsa dan kaum hendaklah mereka itu beroleh pusaka.
4Begitulah bani Yusuf, yaitu Manasye dan Efrayim, beroleh bahagian pusakanya.
14Maka kata bani Yusuf kepada Yusak demikian: Mengapa maka tuan memberikan kami hanya satu bahagian, yang ditentukan dengan membuang undi akan pusaka kami, sedang kami ini suatu bangsa yang banyak bilangannya oleh berkat yang dikaruniakan Tuhan akan kami sampai sekarang ini?
17Maka kata Yusak kepada bani Yusuf, kepada Efrayim dan kepada Manasye demikian: Sesungguhnya kamu suatu bangsa yang banyak bilangannya dan besarlah kuatmu, tak usah kamu dapat satu bahagian undi sahaja.
17Bahwa inilah nama-nama segala orang yang akan membahagi-bahagi tanah itu kepadamu akan pusaka; yaitu Eliazar, yang imam, dan Yusak bin Nun.
18Dan bagi tiap-tiap suku bangsa hendaklah kauambil seorang penghulu, supaya dibahagikannya tanah itu akan pusaka.
20Maka inilah bahagian pusaka suku bani Yehuda dengan bangsa-bangsanya.
11Maka firman-Nya: Bahwa Aku akan mengaruniakan kepadamu tanah Kanaan akan bahagian pusaka, yang diukurkan bagimu.
51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.
17Karena Ia sendiri sudah membuang undi atas mereka itu, dan tangan-Nyapun sudah membahagi-bahagi kepada mereka itu dengan tali sipat; mereka itu kelak beroleh dia akan barang pusaka sampai selama-lamanya dan turun-temurun mereka itu akan diam dalamnya.
15Dua suku setengah telah beroleh bahagian pusakanya di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, di sebelah timur arah ke matahari terbit.
53Kepada segala orang itulah akan dibahagi-bahagi tanah itu menjadi pusakanya, yaitu atas bilangan nama-namanya.
26Dan pada perhinggaan Isakhar dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Zebulon.
27Dan pada perhinggaan Zebulon dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Gad.
9karena bahagian Tuhan yaitulah umat-Nya dan Yakubpun tali pengukur pusaka-Nya.
18Maka pada sebelah timur dari antara Hawran dengan Damsyik dan antara Gilead dengan tanah Israel sampai ke Yarden, dari pada perhinggaan ini sampai ke laut timur itulah sebelah timurnya.
19Lalu katakanlah kepadanya: Demikianlah firman Tuhan Hua: Bahwasanya Aku mengambil kelak akan kayu Yusuf, yang pada tangan Efrayim, dan segala suku bangsa Israel dengan kawan-kawannya, dan Aku akan memperhubungkan dia dengan kayu yang lain, dengan kayu Yehuda, dan Kujadikan dia sebatang kayu jua, sehingga satu jua adanya dalam tangan-Ku.
22Maka aku telah memberi akan dikau sepotong tanah lebih dari pada bahagian segala saudaramu, yaitu yang telah kurampas dari pada tangan orang Amori dengan pedangku dan dengan panahku.
4Dari pada padang Tiah dan dari pada Libanon ini sampai kepada sungai besar, yaitu sungai Ferat, seluruh tanah orang Heti, dan sampai kepada lautan besar yang di sebelah matahari masuk, sekalian itu menjadi perhinggaan tanah kamu.
1Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el;
7Dan bagi penghulu itu akan barang yang pada kiri kanan persembahan tatangan yang suci itu dan dari pada milik negeri ke sebelah persembahan tatangan yang suci itu dan ke sebelah milik negeri pada penjuru barat arah ke barat dan pada penjuru timur arah ke timur; dan panjangnya akan sekadar panjang tiap-tiap bahagian pusaka yang lain, dari pada perhinggaan barat sampai kepada perhinggaan timur.
5Begitulah pusaka Manasye menjadi sepuluh bahagian, lain dari pada tanah Gilead dan Bazan, yang di seberang Yarden.
7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.
4Bahwasanya aku telah membahagi-bahagi bangsa-bangsa yang lagi tinggal ini kepadamu, sekadar milik pusaka suku-sukumu, sama seperti segala bangsa yang telah kubinasakan dari Yarden datang ke lautan besar, yang pada sebelah matahari masuk.
5Maka pada masa itu kata Musa kepada segala bani Israel atas firman Tuhan, bunyinya: Benarlah kata suku bani Yusuf ini.
19Kendatilah demikian hamba ini tiada akan mempusakai tanah bersama-sama dengan mereka itu di seberang Yarden dan lebih jauh lagi, jikalau kiranya hamba beroleh tanah yang di sebelah timur Yarden itu akan pusaka.