Yesaya 34:17

Terjemahan Lama

Karena Ia sendiri sudah membuang undi atas mereka itu, dan tangan-Nyapun sudah membahagi-bahagi kepada mereka itu dengan tali sipat; mereka itu kelak beroleh dia akan barang pusaka sampai selama-lamanya dan turun-temurun mereka itu akan diam dalamnya.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yes 34:10 : 10 Ia itu tiada dipadamkan baik siang baik malam, melainkan asapnya naik kekal sampai selama-lamanya, dari pada gilir orang datang kepada gilir orang ia itu dibinasakan, dan dari pada zaman datang kepada zaman seorang perjalananpun tiada lalu dari sana.
  • Mzm 78:55 : 55 Maka dihalaukan-Nya segala orang kafir itu dari hadapan mereka itu dan dibahagikan-Nya bahagian pusaka itu kepada mereka itu dengan tali pengukur dan didudukkan-Nya segala suku bangsa Israel dalam kemah-kemah orang itu.
  • Yes 13:20-22 : 20 Maka tiada akan lagi di sana tempat kedudukan orang sampai selama-lamanya dan tiada lagi ia itu diduduki orang turun-temurun, jikalau orang Arab sekalipun tiada akan berkemah di sana dan gembalapun tiada akan memperhentikan kawannya di sana. 21 Melainkan di sana akan berjungkang segala margasatwa dari gurun dan rumah-rumahnya akan dipenuhi dengan binatang yang hebat, dan anak burung unta akan diam di sana dan segala syaitanpun akan bertempala di sana. 22 Di dalam segala istananya akan meliur serigala, dan ular naga akan ada di dalam segala maligainya yang lezat; bahwa ketikanya hampir akan sampai dan harinyapun tiada akan dipertangguhkan.
  • Yes 17:14 : 14 Pada petang hari sesungguhnya adalah kegentaran, maka dahulu dari pada datang pagi sudah tiada ia itu lagi! Bahwa inilah bahagian orang yang sudah menjarahi kita dan nasib untung mereka sekalian yang sudah merampas kita.
  • Yos 18:8 : 8 Hata, maka bangkitlah berdiri orang-orang itu lalu pergi, maka apabila mereka itu pergi hendak menulis peta tanah itu berpesanlah Yusak kepada mereka itu, katanya: Pergilah kamu berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, lalu kembali kepadaku, supaya di sini aku membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan di Silo.
  • Yer 13:25 : 25 Maka demikianlah akan nasib untungmu dan bahagianmu yang kelak, Kusukatkan kepadamu, demikianlah firman Tuhan, sebab kamu sudah meninggalkan Daku dan sudah menaruh harapmu pada dusta.
  • Kis 13:19 : 19 Setelah sudah dibinasakannya tujuh bangsa di tanah Kanaan, lalu dibahagi-bahagikannya tanah mereka itu menjadi pusaka kaum itu,
  • Kis 17:26 : 26 Maka daripada satu sahaja Ia menjadikan segala bangsa manusia akan mendiami seluruh muka bumi, setelah ditentukannya perhinggaan yang tetap, dan sempadan tempat kediamannya,

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 29Maka segala orang yang benar itu akan mempusakai tanah itu, dan mendiami dia sampai selama-lamanya.

  • 79%

    54Lalu dibawa-nya mereka itu sampai kepada jajahan yang suci bagi-Nya, dan kepada bukit yang telah diperoleh-Nya dengan tangan-Nya kanan.

    55Maka dihalaukan-Nya segala orang kafir itu dari hadapan mereka itu dan dibahagikan-Nya bahagian pusaka itu kepada mereka itu dengan tali pengukur dan didudukkan-Nya segala suku bangsa Israel dalam kemah-kemah orang itu.

  • Ul 32:8-9
    2 ayat
    79%

    8Tatkala ditentukan Allah taala pusaka segala bangsa, tatkala diperhinggakan-Nya tempat segala anak-anak Adam, ditentukan-Nya perhinggaan segala suku bangsa sekadar bilangan bani Israel;

    9karena bahagian Tuhan yaitulah umat-Nya dan Yakubpun tali pengukur pusaka-Nya.

  • 29Maka inilah tanah yang hendak kamu bahagi-bahagi akan milik pusaka kepada segala suku bangsa Israel, dan inilah bahagian-bahagian mereka itu, demikianlah firman Tuhan Hua.

  • 78%

    53Maka hendaklah kamu mengambil tanah itu akan milik pusaka serta duduklah di sana, karena tanah itu telah Kukaruniakan kepadamu, supaya kamu mempusakainya.

    54Maka tanah itupun hendaklah kamu bahagi kepada suku-suku bangsamu dengan membuang undi, bagi suku yang banyak bilangannya hendaklah kamu besarkan bahagian pusakanya dan bagi yang sedikit bilangannya hendaklah kamu kecilkan bahagian pusakanya; maka barang yang ditentukan bagi masing-masing oleh undi itu, ia itulah akan bahagiannya, maka sekadar suku-suku bangsamu kamu akan beroleh bahagianmu pusaka.

  • 78%

    55Kendatilah demikian hendaklah tanah itu juga dibahagi-bahagi dengan dibuang undi, seturut segala nama suku bangsa dan kaum hendaklah mereka itu beroleh pusaka.

    56Ditentukan dengan undi hendaklah dibahagi-bahagi pusaka kepada masing-masing, kepada yang banyak bilangannya dan kepada yang sedikit bilangannya.

  • 77%

    21Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel.

    22Maka hendaklah kamu menentukan dia akan milik pusaka bagi kamu dan bagi segala orang dagang yang menumpang di antara kamu dan yang sudah beranak berbuah di tengah-tengah kamu; karena hendaklah mereka itu bagimu seperti anak bumi juga di antara segala bani Israel; mereka itupun akan beroleh bahagian pusaka bersama-sama dengan kamu di antara segala suku bangsa Israel.

    23Maka akan jadi dalam suku juga, yang ada menumpang orang dagang itu, hendaklah kamu berikan dia bahagian pusaka, demikianlah firman Tuhan Hua!

  • 76%

    25Dan mereka itu akan duduk di dalam negeri yang telah Kukaruniakan kepada Yakub, hamba-Ku, di tempat sudah duduk segala nenek moyang kamu; maka mereka itupun akan duduk di sana, baik mereka itu baik segala anak cucu cicitnya sampai selama-lamanya, dan Daud, hamba-Ku, akan jadi Penghulu mereka itu sampai selama-lamanya.

    26Dan Aku akan membuat suatu perjanjian selamat dengan mereka itu, yaitu suatu perjanjian yang kekal dengan mereka itu, dan barang yang Kukaruniakan kepadanya itu akan Kukaruniakan dengan limpahnya; dan tempat kesucian-Ku akan Kutaruh di tengah-tengahnya sampai selama-lamanya!

  • 4Bahwasanya aku telah membahagi-bahagi bangsa-bangsa yang lagi tinggal ini kepadamu, sekadar milik pusaka suku-sukumu, sama seperti segala bangsa yang telah kubinasakan dari Yarden datang ke lautan besar, yang pada sebelah matahari masuk.

  • 76%

    5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.

    6Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.

  • 14Dan kamu mendapat dia akan milik pusaka, seorang sama dengan seorangnya; karena Aku sudah bersumpah bahwa Aku hendak mengaruniakan dia kepada nenek moyang kamu, sebab itu tanah ini juga diberikan kepada kamu akan milik pusaka.

  • 11Maka firman-Nya: Bahwa Aku akan mengaruniakan kepadamu tanah Kanaan akan bahagian pusaka, yang diukurkan bagimu.

  • 2Tetapi tiada diperolehnya bahagian pusaka di antara segala saudaranya, karena Tuhanlah bahagiannya pusaka, seperti firman Tuhan kepadanya.

  • 19Setelah sudah dibinasakannya tujuh bangsa di tanah Kanaan, lalu dibahagi-bahagikannya tanah mereka itu menjadi pusaka kaum itu,

  • 29Maka sekalian inilah orang yang telah disuruh Tuhan menentukan bahagian pusaka dalam negeri Kanaan kepada segala bani Israel.

  • 44Maka dikaruniakan-Nya kepada mereka itu tanah orang kafir, sehingga mereka itu mendapat perusahaan bangsa-bangsa itu akan miliknya pusaka.

  • 12Maka dikaruniakan-Nya tanah mereka itu akan bahagian pusaka, bahkan, akan bahagian pusaka kepada umat-Nya, yaitu Israel!

  • 5Bahwa Tuhanlah bahagianku pusaka dan pialaku; Engkau telah mengaruniai aku dengan suatu milik yang luas.

  • 2Katakanlah kepada bani Israel demikian ini: Apabila kamu sudah sampai ke dalam negeri Kanaan, maka inilah akan menjadi perhinggaan negeri yang bahagian pusaka kamu dari pada negeri Kanaan itu.

  • 13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.

  • 75%

    17dan yang ditentukan-Nya lagi kepada Yakub akan hukum dan kepada Israel akan perjanjian yang kekal,

    18firman-Nya: Bahwa Aku akan menganugerahi kamu dengan tanah Kanaan akan tali pengukur bahagianmu pusaka.

  • 10Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.

  • 22Bahwa sesungguhnya orang yang beroleh berkat dari pada Tuhan, ia itu mempusakai tanah itu, tetapi orang yang kena laknatnya, ia itu akan dibinasakan.

  • 28Dan tak boleh mereka itu mendapat bahagian pusaka, karena Akulah bahagiannya pusaka, dan jangan engkau berikan mereka itu barang milik di antara orang Israel, karena Aku ini milik mereka itu.

  • 12Berbahagialah bangsa yang beroleh Tuhan akan Allahnya, yaitu bangsa yang dipilih-Nya akan bahagian-Nya pusaka.

  • 21Lalu diberikan-Nya tanah mereka itu akan bahagian pusaka, karena kemurahan-Nya itu kekal selama-lamanya.

  • 35Hendaklah kiranya langit dan bumi memuji akan Dia dan segala laut dan barang sekalian yang bergerak di dalamnya itupun.

  • 17Maka Engkau akan membawa mereka itu masuk dan menetapkan mereka itu di atas bukit milik-Mu, di tempat yang telah Kaujadikan kedudukan-Mu, ya Tuhan! di tempat suci, yang telah dilengkap oleh tangan-Mu, ya Tuhan!

  • 34Tetapi tanah kampung keliling negeri mereka itu tiada boleh dijual, karena ia itu milik mereka itu yang kekal selama-lamanya.

  • 8maka hendaklah mereka itu sekalian beroleh sama bahagian makanan, kecuali bahagiannya dari pada barang yang dijual oleh suku bangsanya.

  • 51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.

  • 73%

    13Karena telah dipilih Tuhan akan Sion dan dikehendaki-Nya akan tempat kediaman-Nya, firman-Nya:

    14Bahwa inilah perhentian-Ku sampai kekal, dan di sinipun Aku hendak diam, karena demikianlah kehendak-Ku.

  • 2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.

  • 18Dan bagi tiap-tiap suku bangsa hendaklah kauambil seorang penghulu, supaya dibahagikannya tanah itu akan pusaka.

  • 43Maka demikianlah perihal dikaruniakan Tuhan kepada Israel seluruh tanah yang telah dijanji-Nya dengan bersumpah hendak mengaruniakan dia kepada nenek moyang mereka itu, maka mereka itupun beroleh dia akan milik pusaka serta mengeduduki dia.

  • 73%

    5Bahwa sesungguhnya pada masa itu seorangpun tiada yang melontar undi akan beroleh suatu bahagian bagimu di dalam sidang hamba Tuhan!

  • 39Maka adapun anak-anak kamu, yang telah kamu katakan akan halnya ia akan menjadi tawanan, dan anak-anakmu laki-laki yang pada sekarang belum mengetahui baik atau jahat, ia itu akan masuk ke dalamnya dan kepada mereka itu juga Aku mengaruniakannya, dan mereka itupun akan mempunyainya bagi pusaka.

  • 33Bahwa undi-undi itu dibuang dalam ribaan, tetapi segala perintahnya dari pada Tuhan juga adanya.

  • 9Maka Aku akan menerbitkan lagi benih dari pada Yakub dan dari pada Yehuda orang yang beroleh pegunungan-Ku akan bahagian pusaka, maka segala orang pilihan-Ku akan mempunyai dia turun-temurun dan segala hamba-Kupun akan diam di sana.

  • 7Begitu pusaka bani Israel itu tiada akan pindah dari pada suatu suku kepada suatu suku yang lain, melainkan hendaklah bani Israel masing-masing memeliharakan bahagian pusaka suku bapanya dengan tiada dikurangkan adanya.