Yosua 18:5

Terjemahan Lama

dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yos 15:1-9 : 1 Arakian, maka bahagian yang ditentukan dengan membuang undi bagi suku bani Yehuda dengan bangsa-bangsanya itulah pada perhinggaan tanah Edom, padang belantara Zin pada sebelah selatan, pada ujungnya yang selatan sekali, 2 sehingga perhinggaan tanah mereka itu pada sebelah selatan ujung Tasik-Masin dari pada tanjung yang menganjur ke selatan. 3 Maka dari sana lalu ke selatan naik ke Akrabim lalu terus dari Zin, lalu naik pada selatan Kades-Barnea, lalu terus dari Hezron dan naik ke Adar dan balik ke Karkaa, 4 dan terus dari Azmon dan keluar ke sungai Mesir, kesudahannya pada laut sebelah barat, ia itulah perhinggaan tanahmu pada sebelah selatan. 5 Maka perhinggaan tanahnya pada sebelah timur itulah Tasik-Masin pada ujung Yarden dan perhinggaan tanahnya pada sebelah utara adalah dari pada ujung tasik itu, yaitu dari pada kesudahan Yarden, 6 lalu perhinggaan tanahnya naik ke Bait-Hojla, langsung ke sebelah utara Bait-Araba, lalu perhinggaan itu ke atas ke batu Bohan bin Rubin. 7 Dari sana naiklah perhinggaan itu ke Debir dari pada lembah Akhor lalu balik ke utara sampai ke Gilgal, yang bertentangan dengan curam Adumim pada sebelah selatan anak sungai di sana, lalu perhinggaan itu langsung ke air En-Semes dan keluar hampir dengan En-Rogel. 8 Maka dari perhinggaan itu naik ke lembah Bin-Hinom pada sebelah selatan negeri Yebuzi, yaitu Yeruzalem, lalu perhinggaan itu ke atas, ke kemuncak gunung yang di hadapan lembah Hinom pada sebelah barat pada ujung lembah Refayim arah ke utara. 9 Lalu perhinggaan itu dari pada kemuncak gunung langsung ke mata air Neftoah dan keluar dekat dengan negeri-negeri pegunungan Eferon, lalu perhinggaan itu ke Baala, yaitu Kiryat-Yearim. 10 Lalu baliklah perhinggaan itu dari Baala ke pegunungan Seir langsung sampai dekat dengan gunung Yearim arah ke utara, yaitu Kesalon, lalu turun ke Bait-Semes dan terus dari Timna. 11 Begitu keluarlah perhinggaan itu dekat dengan Ekeron arah ke utara lalu perhinggaan itu ke Sikhron dan terus dari pegunungan Baala dan keluar di Jabniel, yaitu kesudahannya di laut pada sebelah barat. 12 Maka perhinggaan tanahnya pada sebelah barat itulah lautan besar dengan segala tanah yang pada tepinya; maka sekalian inilah perhinggaan tanah bani Yehuda keliling dengan segala bangsanya.
  • Yos 16:1-9 : 1 Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el; 2 maka dari Bait-el lalu ke Luz dan menyusur perhinggaan tanah orang Arkhi ke Atarot. 3 Lalu ke barat dengan menyusur perhinggaan tanah orang Yafeleti ke perhinggaan Bait-Horon hilir sampai ke Gezer dan demikian kesudahannya di laut sebelah barat. 4 Begitulah bani Yusuf, yaitu Manasye dan Efrayim, beroleh bahagian pusakanya. 5 Maka perhinggaan tanah bani Efrayim dengan bangsa-bangsanya adalah demikian: Perhinggaan tanah bahagian pusakanya pada sebelah timur adalah Aterot-Adar sampai ke Bait-Horon hulu. 6 Lalu perhinggaan itu keluar dekat dengan Mikhmetat, yang ditinggalkannya pada sebelah utara, dan dari sana perhinggaan itu balik ke timur pula ke Taanat-Silo, lalu terus dari pada itu pada sebelah timur Yanoah. 7 Lalu turun dari Yanoah ke Atarot dan Naara dan berdompak dengan Yerikho, lalu keluar sampai Yarden. 8 Maka dari Tapuah perhinggaan tanah itu ke barat, ke anak sungai Kana, tempat kesudahannya pada sebelah barat. Maka sekalian inilah milik pusaka suku bani Efrayim serta dengan bangsa-bangsanya. 9 Maka di luar perhinggaan tanahnya adalah lagi pada bani Efrayim beberapa negeri di tengah-tengah bahagian pusaka bani Manasye, baik negeri-negeri baik daerahnya. 10 Maka tiada dihalaukannya orang Kanani yang duduk di Gezer, sehingga duduklah orang Kanani itu di tengah-tengah orang Efrayim sampai kepada hari ini, tetapi takluk juga mereka itu dengan membayar upeti.
  • Yos 19:1-9 : 1 Arakian, maka keluarlah undi yang kedua itu bagi Simeon, bagi suku bani Simeon dengan bangsa-bangsanya, maka bahagian pusaka mereka itu adalah di tengah-tengah bahagian pusaka bani Yehuda. 2 Maka pada tanah pusaka mereka itu adalah negeri Birsyeba atau Seba dan Molada. 3 Dan Hazar-Suil dan Bala dan Azim, 4 dan Eltolad dan Betul dan Horma, 5 dan Zikelaj dan Bait-hamar-khabot dan Hazar-Susa, 6 dan Bait-Lebaot dan Saruhin, semuanya tiga belas buah negeri serta dengan jajahannya. 7 Dan Ayin dan Rimon dan Eter dan Asan, empat buah negeri serta dengan jajahannya. 8 Dan lagi segala dusun yang keliling negeri-negeri itu sampai ke Baalat-Beir-Ramat pada sebelah selatan. Maka inilah bahagian pusaka suku bani Simeon dengan bangsa-bangsanya. 9 Maka bahagian pusaka bani Simeon itu masuk bahagian yang ditentukan dengan membuang undi bagi bani Yehuda, karena bahagian bani Yehuda itu terlalu besar bagi mereka itu, maka sebab itu bani Simeon beroleh pusaka di tengah-tengah bahagian pusaka mereka itu.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 85%

    6Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.

    7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.

    8Hata, maka bangkitlah berdiri orang-orang itu lalu pergi, maka apabila mereka itu pergi hendak menulis peta tanah itu berpesanlah Yusak kepada mereka itu, katanya: Pergilah kamu berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, lalu kembali kepadaku, supaya di sini aku membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan di Silo.

    9Maka orang itupun pergilah berjalan keliling tanah itu, ditulisnya akan petanya dalam sebuah kitab dengan segala negerinya atas tujuh bahagian. Maka kembalilah mereka itu kepada Yusak ke tempat tentara di Silo.

    10Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.

    11Bermula maka keluarlah undi suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya, maka perhinggaan bahagiannya adalah di antara bani Yehuda dengan bani Yusuf.

  • 80%

    21Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel.

    22Maka hendaklah kamu menentukan dia akan milik pusaka bagi kamu dan bagi segala orang dagang yang menumpang di antara kamu dan yang sudah beranak berbuah di tengah-tengah kamu; karena hendaklah mereka itu bagimu seperti anak bumi juga di antara segala bani Israel; mereka itupun akan beroleh bahagian pusaka bersama-sama dengan kamu di antara segala suku bangsa Israel.

  • 79%

    13Demikianlah firman Tuhan Hua: Inilah perhinggaan tanah keliling, yang akan kamu bahagi-bahagi kepada kedua belas suku bangsa Israel; kepada Yusuf dua bahagian.

    14Dan kamu mendapat dia akan milik pusaka, seorang sama dengan seorangnya; karena Aku sudah bersumpah bahwa Aku hendak mengaruniakan dia kepada nenek moyang kamu, sebab itu tanah ini juga diberikan kepada kamu akan milik pusaka.

  • 7Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.

  • 4Berikanlah kiranya bagi dirimu tiga orang dari pada tiap-tiap suku, maka aku hendak menyuruhkan mereka itu pergi berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, sekadar bahagian pusaka masing-masing, lalu mereka itu akan kembali kepadaku,

  • 78%

    17Bahwa inilah nama-nama segala orang yang akan membahagi-bahagi tanah itu kepadamu akan pusaka; yaitu Eliazar, yang imam, dan Yusak bin Nun.

    18Dan bagi tiap-tiap suku bangsa hendaklah kauambil seorang penghulu, supaya dibahagikannya tanah itu akan pusaka.

  • 29Maka inilah tanah yang hendak kamu bahagi-bahagi akan milik pusaka kepada segala suku bangsa Israel, dan inilah bahagian-bahagian mereka itu, demikianlah firman Tuhan Hua.

  • 77%

    1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;

    2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.

    3Karena telah ditentukan Musa milik pusaka dua suku setengah itu di seberang Yarden, dan kepada orang Lewi tiada diberikannya milik pusaka di antara mereka itu,

    4karena bani Yusuf itu menjadi dua suku, yaitu Manasye dan Efrayim, sebab itu tiada diberikannya milik pusaka dari pada tanah itu kepada orang Lewi, melainkan hanya beberapa buah negeri, supaya mereka itu duduk dalamnya serta dengan tanah yang di kelilingnya bagi binatang dan barang-barang mereka itu.

    5Seperti firman Tuhan kepada Musa, demikianlah diperbuat bani Israel dan demikianpun dibahagikannyalah tanah itu.

  • 7Dan pada perhinggaan Rubin dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bagian bagi Yehuda.

  • 76%

    55Kendatilah demikian hendaklah tanah itu juga dibahagi-bahagi dengan dibuang undi, seturut segala nama suku bangsa dan kaum hendaklah mereka itu beroleh pusaka.

    56Ditentukan dengan undi hendaklah dibahagi-bahagi pusaka kepada masing-masing, kepada yang banyak bilangannya dan kepada yang sedikit bilangannya.

  • 17Karena Ia sendiri sudah membuang undi atas mereka itu, dan tangan-Nyapun sudah membahagi-bahagi kepada mereka itu dengan tali sipat; mereka itu kelak beroleh dia akan barang pusaka sampai selama-lamanya dan turun-temurun mereka itu akan diam dalamnya.

  • 51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.

  • 76%

    12Maka dari sana perhinggaan itu akan turun sepanjang Yarden sampai kesudahannya di Tasik-Masin. Demikianlah tanahmu kelak dengan perhinggaannya keliling.

    13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.

  • 54Maka tanah itupun hendaklah kamu bahagi kepada suku-suku bangsamu dengan membuang undi, bagi suku yang banyak bilangannya hendaklah kamu besarkan bahagian pusakanya dan bagi yang sedikit bilangannya hendaklah kamu kecilkan bahagian pusakanya; maka barang yang ditentukan bagi masing-masing oleh undi itu, ia itulah akan bahagiannya, maka sekadar suku-suku bangsamu kamu akan beroleh bahagianmu pusaka.

  • 1Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el;

  • 4Bahwasanya aku telah membahagi-bahagi bangsa-bangsa yang lagi tinggal ini kepadamu, sekadar milik pusaka suku-sukumu, sama seperti segala bangsa yang telah kubinasakan dari Yarden datang ke lautan besar, yang pada sebelah matahari masuk.

  • 19Setelah sudah dibinasakannya tujuh bangsa di tanah Kanaan, lalu dibahagi-bahagikannya tanah mereka itu menjadi pusaka kaum itu,

  • 1Arakian, maka bahagian yang ditentukan dengan membuang undi bagi suku bani Yehuda dengan bangsa-bangsanya itulah pada perhinggaan tanah Edom, padang belantara Zin pada sebelah selatan, pada ujungnya yang selatan sekali,

  • 29Maka sekalian inilah orang yang telah disuruh Tuhan menentukan bahagian pusaka dalam negeri Kanaan kepada segala bani Israel.

  • 17Maka kata Yusak kepada bani Yusuf, kepada Efrayim dan kepada Manasye demikian: Sesungguhnya kamu suatu bangsa yang banyak bilangannya dan besarlah kuatmu, tak usah kamu dapat satu bahagian undi sahaja.

  • 2Katakanlah kepada bani Israel demikian ini: Apabila kamu sudah sampai ke dalam negeri Kanaan, maka inilah akan menjadi perhinggaan negeri yang bahagian pusaka kamu dari pada negeri Kanaan itu.

  • 2Maka tinggal lagi di antara bani Israel tujuh suku, yang belum dibahagikan milik pusaka kepadanya.

  • 5Dan pada perhinggaan Manasye dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Efrayim.

  • 20Maka inilah bahagian pusaka suku bani Yehuda dengan bangsa-bangsanya.

  • 65Maka diberikannya akan dia dengan membuang undi dari pada suku bani Yehuda dan dari pada suku bani Simeon dan dari pada suku bani Benyamin segala negeri yang disebutkan nama-namanya itu.

  • 53Kepada segala orang itulah akan dibahagi-bahagi tanah itu menjadi pusakanya, yaitu atas bilangan nama-namanya.

  • 4Dari pada padang Tiah dan dari pada Libanon ini sampai kepada sungai besar, yaitu sungai Ferat, seluruh tanah orang Heti, dan sampai kepada lautan besar yang di sebelah matahari masuk, sekalian itu menjadi perhinggaan tanah kamu.

  • 4Begitulah bani Yusuf, yaitu Manasye dan Efrayim, beroleh bahagian pusakanya.

  • 5Begitulah pusaka Manasye menjadi sepuluh bahagian, lain dari pada tanah Gilead dan Bazan, yang di seberang Yarden.

  • 2dan seluruh tanah Naftali dan tanah Efrayim dan Manasye dan seluruh tanah Yehuda sampai ke laut sebelah barat;

  • 55Maka dihalaukan-Nya segala orang kafir itu dari hadapan mereka itu dan dibahagikan-Nya bahagian pusaka itu kepada mereka itu dengan tali pengukur dan didudukkan-Nya segala suku bangsa Israel dalam kemah-kemah orang itu.

  • 27Maka segala barang rampasan itu hendaklah kaubahagi dua antara orang yang telah masuk perang, yaitu yang telah pergi kepada peperangan, dengan segenap sidang.