Bilangan 31:27

Terjemahan Lama

Maka segala barang rampasan itu hendaklah kaubahagi dua antara orang yang telah masuk perang, yaitu yang telah pergi kepada peperangan, dengan segenap sidang.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Yos 22:8 : 8 Maka katanya kepada mereka itu: Pulanglah kamu ke kemahmu dengan banyak harta dan dengan amat banyak binatang, dengan emas perak dan dengan tembaga dan besi dan dengan amat banyak pakaian; bahagi-bahagilah segala jarahan dari pada musuhmu itu dengan saudara-saudaramu!
  • 1Sam 30:4 : 4 Lalu Daud dan segala orang yang sertanyapun menangislah dengan nyaring suaranya, sehingga tiada kuasa lagi akan menangis.
  • 1Sam 30:24-25 : 24 Siapa gerangan mau menurut katamu dalam perkara ini? karena seperti bahagian orang yang sudah pergi perang itu, begitu juga bahagian orang yang sudah tinggal menunggui perkakasan, hendaklah mereka itu bahagi-bahagi sama banyaknya. 25 Maka tetaplah demikian dari pada hari itu dan kemudiannya, karena dijadikannya suatu adat dan hak di antara orang Israel datang kepada hari ini.
  • Mzm 68:12 : 12 Bahwa Tuhan telah mengadakan orang berkata-kata; adapun akan orang yang memasyhurkan kabar baik ia itulah suatu tentara besar adanya.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 87%

    25Bermula, maka firman Tuhan kepada Musa demikian:

    26Ambillah olehmu akan jumlah segala jarahan dan rampasan, dari pada orang dan binatang, baik engkau baik Eliazar, yang imam, baik segala penghulu suku-suku sidang itu.

  • 83%

    28Setelah itu hendaklah engkau memungut zakat bagi Tuhan dari pada segala orang perang, yang telah pergi kepada peperangan, yaitu satu dari pada lima ratus, baik orang baik lembu baik keledai baik domba.

    29Dari pada separuhnya hendaklah engkau mengambil dia, lalu berikanlah dia kepada Eliazar, yang imam, akan persembahan tatangan kepada Tuhan.

    30Maka dari pada separuh segala bani Israel hendaklah engkau mengambil satu dari lima puluh, baik orang baik lembu baik keledai baik domba, dari pada segala binatang itu, lalu berikanlah dia kepada orang-orang Lewi, yang melakukan pengawalan kemah sembahyang Tuhan.

  • 82%

    40Maka dari pada jiwa orang enam belas ribu, zakatnya bagi Tuhan tiga puluh dua orang.

    41Maka diberikan Musa zakat persembahan tatangan Tuhan kepada Eliazar, yang imam, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.

    42Maka adapun separuh yang diambil Musa dari pada orang perang akan bani Israel,

    43yaitu separuh yang bahagian sidang itu, adalah tiga keti tiga laksa tujuh ribu lima ratus ekor domba.

    44Dan dari pada segala lembu itu tiga laksa enam ribu ekor.

  • 79%

    53Maka segala orang rakyat itu menaruh rampasannya masing-masing bagi dirinya sendiri.

    54Maka diterima Musa dan Eliazar, yang imam, akan segala emas itu dari pada segala penghulu atas orang seribu dan dari pada penghulu atas orang seratus, lalu dibawanya akan dia masuk ke dalam kemah perhimpunan akan suatu tanda peringatan bagi bani Israel di hadapan hadirat Tuhan adanya.

  • 79%

    11Maka diambilnya segala jarahan dan segala rampasan dari pada orang dan binatang,

    12dibawanya kepada Musa dan kepada Eliazar dan kepada sidang bani Israel; segala tawanan dan rampasan dan jarahan dibawanya ke tempat tentara di padang-padang Moab, yang di tepi Yarden bertentangan dengan Yerikho.

  • 78%

    32Maka yang diambil itu adalah enam keti tujuh laksa lima ribu ekor domba, kecuali segala jarahan yang tiada bernyawa, yang telah dirampas oleh orang yang sudah pergi perang itu.

    33Dan lagi tujuh laksa dua ribu ekor lembu,

  • 76%

    46Dan dari pada jiwa orang enam belas ribu.

    47Maka diambil Musa dari pada separuh yang bahagian bani Israel itu satu dari lima puluh, baik orang baik binatang, diberikannya kepada orang-orang Lewi, yang melakukan pengawalan kemah Tuhan, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.

  • 24Siapa gerangan mau menurut katamu dalam perkara ini? karena seperti bahagian orang yang sudah pergi perang itu, begitu juga bahagian orang yang sudah tinggal menunggui perkakasan, hendaklah mereka itu bahagi-bahagi sama banyaknya.

  • 76%

    36Maka bahagian yang separuh dari pada yang telah pergi perang itu jumlahnya tiga keti tiga laksa tujuh ribu lima ratus ekor domba.

    37Maka zakatnya bagi Tuhan dari pada segala domba itu adalah enam ratus tujuh puluh lima ekor.

  • 75%

    2Tuntutlah bela bani Israel akan orang Midiani, kemudian engkau akan pulang kelak kepada asalmu.

    3Maka kata Musa kepada orang banyak itu demikian: Hendaklah dari pada kamu beberapa orang pilihan pergi perang dan mendatangi orang Midiani akan menuntut bela Tuhan kepada orang Midiani itu.

    4Maka dari pada tiap-tiap suku bangsa bani Israel seribu orang hendaklah kamu suruh pergi perang.

    5Maka dikerahkanlah dari pada beribu-ribu orang Israel itu segala orang yang amat perkasa, yaitu seribu orang dari pada tiap-tiap suku, jadi dua belas ribu orang pilihan bagi peperangan.

  • 14Maka dibiarkan segala laskar akan segala orang tawanan dan barang jarahan itu di hadapan segala penghulu dan segala sidang itu.

  • 5Terimalah sekalian itu dari pada mereka itu, supaya ia itu terpakai kepada pekerjaan kemah perhimpunan dan berikanlah dia kepada orang-orang Lewi, masing-masing sekadar pekerjaannya.

  • 14Tetapi segala orang perempuan dan segala anak-anak dan binatang dan segala harta yang di dalam negeri itu, segala jarahannya hendaklah kamu rampas akan dirimu dan kamu akan makan barang jarahan dari pada musuhmu, yang telah dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu.

  • 73%

    7Tetapi segala binatang dan segala jarahan negeri telah kita rampas akan diri kita.

  • 18Dan bagi tiap-tiap suku bangsa hendaklah kauambil seorang penghulu, supaya dibahagikannya tanah itu akan pusaka.

  • 2Ambillah olehmu akan jumlah segenap sidang bani Israel, segala orang yang umur dua puluh tahun atau lebih, seturut suku-suku bangsanya, segala orang di antara Israel yang turut berperang.

  • 8Maka katanya kepada mereka itu: Pulanglah kamu ke kemahmu dengan banyak harta dan dengan amat banyak binatang, dengan emas perak dan dengan tembaga dan besi dan dengan amat banyak pakaian; bahagi-bahagilah segala jarahan dari pada musuhmu itu dengan saudara-saudaramu!

  • 35Hanya segala binatangnya sahaja kita rampas akan diri kita, dan segala jarahan negeripun yang telah kita alahkan.

  • 29Maka sekalian inilah orang yang telah disuruh Tuhan menentukan bahagian pusaka dalam negeri Kanaan kepada segala bani Israel.

  • 9Maka oleh bani Israel ditawan akan segala perempuan orang Midiani dan akan segala anak-anaknya dan segala kendaraannya dan segala binatangnya dan segala harta bendanyapun dirampasnya.

  • 10Arakian, maka apabila kamu sudah keluar pergi berperang dengan musuhmu, dan diserahkan Tuhan akan dia ke tanganmu dan engkau membawa dari padanya beberapa orang tawanan,

  • 21Maka kata Eliazar, yang imam itu, kepada segala orang perang yang telah datang dari pada peperangan: Inilah hukum undang-undang yang firman Tuhan kepada Musa:

  • 27Maka kata Musa kepada mereka itu: Demikianlah firman Tuhan, yaitu Allah Israel: Masing-masing kamu sandangkanlah pedangnya, berjalanlah lalu lalang dalam tempat tentara, dari pada suatu pintu kepada suatu pintu dan bunuhlah masing-masing kamu akan saudaranya dan masing-masing akan sahabatnya dan masing-masing akan orang sekampungnya.

  • 3yang umur dua puluh tahun dan lebih dari pada itu, segala orang di antara Israel yang keluar akan berperang hendaklah engkau bilang dalam segala tentaranya, baik engkau baik Harun.

  • 19Demikianlah disampaikan bahagiannya kepada segala bani Harun, yaitu segala imampun yang duduk di dalam negeri-negeri serta dengan segala daerahnya dan jajahannya di dalam tiap-tiap negeri oleh orang yang telah disebutkan nama-namanya, yaitu kepada segala orang laki-laki di antara imam-imam; demikianpun kepada segala orang yang tersebut namanya pada daftar asal keturunan orang Lewi.

  • 27Tetapi hamba tuan akan menyeberang, yaitu segala orang yang terpilih bagi perang akan berperang di hadapan hadirat Tuhan, seperti kata tuan ini.

  • 27Maka dari pada segala tawanan perang dan dari pada segala jarahan telah disucikannya akan menghiasi rumah Tuhan.

  • 72%

    5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.

    6Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.

  • 8Maka dirampas oleh kita akan tanahnya, lalu kita berikan dia kepada orang Rubin dan kepada orang Gad dan kepada setengah suku Manasye.

  • 21Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel.

  • 31Maka hendaklah kamu makan dia pada segala tempat, baik kamu baik isi rumahmu, karena inilah upahmu akan pekerjaanmu dalam kemah perhimpunan.

  • 71%

    20Maka kata Musa kepada mereka itu: Jikalau kamu membuat perkara ini, yaitu jikalau kamu menyuruhkan suatu tentara orang pilihan kepada peperangan di hadapan hadirat Tuhan,

    21dan segala orang pilihan yang di antara kamu itu menyeberang Yarden di hadapan hadirat Tuhan, sampai sudah dihalaukannya segala musuhnya dari hadapan hadiratnya keluar dari miliknya,

  • 27Tetapi segala binatang dan barang jarahan negeri itu dirampas orang Israel akan dirinya, seperti firman Tuhan yang kepada Yusak.