Yosua 18:8

Terjemahan Lama

Hata, maka bangkitlah berdiri orang-orang itu lalu pergi, maka apabila mereka itu pergi hendak menulis peta tanah itu berpesanlah Yusak kepada mereka itu, katanya: Pergilah kamu berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, lalu kembali kepadaku, supaya di sini aku membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan di Silo.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Kej 13:17 : 17 Berangkatlah engkau, jalanilah seluruh tanah itu dari pada bujurnya dan lintangnya, karena ia itu akan Kuberikan kepadamu.
  • Yos 7:16-18 : 16 Hata, maka pada pagi-pagi hari bangunlah Yusak, lalu disuruhnya Israel datang hampir sekadar suku-sukunya, maka suku Yehuda yang kena. 17 Lalu disuruhnya bangsa-bangsa Yehuda datang hampir, maka bangsa Zarkhi yang kena. Lalu disuruhnya bangsa Zarkhi itu datang hampir sekadar orang isi rumah-rumahnya, maka Zabdi yang kena. 18 Lalu disuruhnya isi rumahnya datang hampir sekadar orangnya laki-laki, maka Akhan bin Kharmi bin Zabdi bin Zerah dari pada suku Yehuda itu yang kena.
  • Yos 13:7 : 7 Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.
  • Yos 14:1-2 : 1 Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka; 2 dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.
  • Yos 15:1 : 1 Arakian, maka bahagian yang ditentukan dengan membuang undi bagi suku bani Yehuda dengan bangsa-bangsanya itulah pada perhinggaan tanah Edom, padang belantara Zin pada sebelah selatan, pada ujungnya yang selatan sekali,
  • Yos 18:1 : 1 Sebermula, maka segenap sidang bani Israelpun berhimpunlah di Silo, dan didirikannyalah di sana akan kemah perhimpunan, pada masa seluruh tanah itu telah alah di hadapannya.
  • Yos 18:6 : 6 Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.
  • Yos 18:10 : 10 Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.
  • 1Sam 14:41 : 41 Lalu sembah Saul kepada Tuhan, Allah orang Israel: Tuhan nyatakan apalah orang yang tiada bersalah! Maka kenalah Yonatan dengan Saul; orang banyak itupun luput.
  • Kis 1:24-26 : 24 Maka mereka itu pun berdoa, katanya, "Ya Tuhan, Engkaulah yang mengetahui akan hati sekalian orang tunjukkanlah kiranya daripada kedua orang ini yang mana Engkau pilih, 25 akan menerima jawatan rasul ini, yang ditinggalkan oleh Yudas, yang pergi ke tempatnya sendiri." 26 Maka dibuangnya undi bagi kedua orang itu, dan Matias yang kena; lalu ia terhisablah kepada bilangan rasul bersama-sama dengan yang sebelas itu.
  • Rm 14:19 : 19 Sebab itu biarlah kita menuntut barang yang mendatangkan sejahtera dan meneguhkan iman kita di antara sama sendiri.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 90%

    9Maka orang itupun pergilah berjalan keliling tanah itu, ditulisnya akan petanya dalam sebuah kitab dengan segala negerinya atas tujuh bahagian. Maka kembalilah mereka itu kepada Yusak ke tempat tentara di Silo.

    10Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.

    11Bermula maka keluarlah undi suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya, maka perhinggaan bahagiannya adalah di antara bani Yehuda dengan bani Yusuf.

  • 83%

    3Maka kata Yusak kepada bani Israel: Berapa lamakah kamu malas mengambil tanah itu akan milikmu yang telah dikaruniakan Tuhan, Allah nenek moyangmu, kepadamu?

    4Berikanlah kiranya bagi dirimu tiga orang dari pada tiap-tiap suku, maka aku hendak menyuruhkan mereka itu pergi berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, sekadar bahagian pusaka masing-masing, lalu mereka itu akan kembali kepadaku,

    5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.

    6Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.

    7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.

  • 51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.

  • 74%

    16Dan lagi firman Tuhan kepada Musa demikian:

    17Bahwa inilah nama-nama segala orang yang akan membahagi-bahagi tanah itu kepadamu akan pusaka; yaitu Eliazar, yang imam, dan Yusak bin Nun.

    18Dan bagi tiap-tiap suku bangsa hendaklah kauambil seorang penghulu, supaya dibahagikannya tanah itu akan pusaka.

  • 73%

    1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;

    2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.

  • 7Dan lagi kata Yusak kepada orang banyak itu: Bangkitlah kamu berdiri lalu berjalan keliling negeri dan hendaklah suatu pasukan orang pilihan berjalan di hadapan tabut Tuhan.

  • 22Maka pada masa itu datanglah kamu sekalian menghadap aku sambil katamu: Berilah kiranya hamba menyuruhkan orang dahulu di hadapan hamba, supaya diselidiknya tanah itu akan hamba, serta membawa kembali kabar kepada hamba akan jalan mana yang baik hamba turut, supaya hamba masuk ke dalamnya dan akan negeri-negeri yang hamba akan sampai kelak.

  • 1Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el;

  • 73%

    10Kemudian dari pada itu disuruh Yusak akan segala hulubalang itu, katanya:

    11Pergilah kamu sana sini dalam tentara itu, suruhlah akan orang banyak itu demikian: Sediakanlah akan dirimu bekal, karena belum lepas tiga hari maka kamu sekalian akan menyeberang Yarden ini hendak mempusakai tanah yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, akan milikmu pusaka.

    12Dan lagi kata Yusak kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye demikian:

  • 5Seperti firman Tuhan kepada Musa, demikianlah diperbuat bani Israel dan demikianpun dibahagikannyalah tanah itu.

  • Yos 4:1-4
    4 ayat
    72%

    1Hata, setelah sudah menyeberang Yarden sekalian orang banyak itu, maka berfirmanlah Tuhan kepada Yusak demikian:

    2Ambillah dari pada orang banyak itu dua belas orang, seorang dari pada tiap-tiap suku,

    3dan suruhlah akan mereka itu demikian: Ambillah olehmu dari sini, dari tengah-tengah Yarden, dari pada tempat kejejakan kaki segala imam itu berdiri, akan dua belas buah batu, bawalah akan dia sertamu ke seberang, lalu taruhlah akan dia pada tempat perhentian kamu bermalam kelak pada malam ini.

    4Maka dipanggil Yusak akan kedua belas orang, yang ditentukannya bagi yang demikian, dari pada segala bani Israel, yaitu dari pada tiap-tiap suku seorang.

  • 6Setelah sudah dilepaskan Yusak orang banyak itu, maka segala bani Israelpun pergilah masing-masing kepada bahagian pusakanya, hendak mengambil tanah itu akan miliknya.

  • 2Maka disuruhkan Yusak akan orang dari Yerikho ke Ai, yang dekat dengan Bait-Awen, pada sebelah timur Bait-el, katanya kepada mereka itu: Pergilah kamu mengintai negeri itu. Lalu orang itu pergilah mengintai negeri Ai.

  • 6Maka Yusakpun memberilah berkat akan mereka itu, lalu dilepaskannya mereka itu pergi, maka pulanglah mereka itu ke kemah-kemahnya.

  • 28Setelah itu pulangkanlah tanggungan itu kepada Yusak, dan tetapkanlah dan teguhkanlah dia, karena iapun akan menyeberang di hadapan bangsa ini dan iapun akan mengadakan mereka itu mempusakai tanah yang akan kaulihat kelak.

  • 13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.

  • 3Maka hendaklah engkau berjalan keliling negeri itu dengan segala orang perang, yaitu sekali sahaja berjalan keliling negeri, demikian hendaklah kauperbuat enam hari lamanya.

  • 23Maka kedua orang itupun kembalilah turun dari atas gunung, lalu menyeberang Yarden; setelah sampai kepada Yusak bin Nun diceriterakannyalah segala perkara yang telah bertemu dengan dia,

  • 2Maka kemudian dari pada tiga hari pergilah segala hulubalang itu sana sini dalam tentara,

  • 1Arakian, maka pada masa itu dipanggil Yusak akan orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye.

  • 2yaitu ke Silo dalam benua Kanaan, lalu katanya kepada mereka itu: Bahwa Tuhan telah berfirman kepada Musa, disuruhnya berikan negeri-negeri kepada kami akan tempat duduk dan tanah rumput akan binatang kami.

  • 8Maka hendaklah engkau memberi perintah kepada segala imam yang mengusung tabut perjanjian, demikian: Apabila sampailah kamu kepada tepi air Yarden, hendaklah kamu berhenti berdiri dalam Yarden itu.

  • 16Maka sahut mereka itu akan Yusak, katanya: Segala perkara yang tuan suruh akan kami itu hendaklah kami perbuat dan ke mana-mana tuanpun menyuruhkan kami, kamipun akan pergi ke sana.

  • 8Demikianlah peri diberikan bani Israel negeri-negeri ini serta dengan tanah rumputnya kepada orang Lewi setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa, ditentukan dengan membuang undi.

  • 11Kemudian dari pada itu firman Tuhan kepadaku: Bangunlah engkau pergi berjalan di hadapan mereka itu apabila mereka itu berangkat, supaya mereka itu sampai ke sana dan mengambil tanah itu akan miliknya pusaka, yang telah Kujanji kepada nenek moyangnya hendak Kukaruniakan kepada mereka itu.

  • 2Suruhkanlah engkau akan orang pergi mengintai negeri Kanaan, yang hendak Kuanugerahkan kepada bani Israel, yaitu dari pada tiap-tiap suku bangsa bapa-bapanya seorang hendaklah kausuruhkan, maka semuanya itu hendaklah penghulu-penghulu di antaranya.

  • 8Maka setelah sudah kamu mengambil negeri itu hendaklah kamu menunukan dia, atas firman Tuhan patutlah kamu membuat ini semuanya; bahwasanya inilah pesanku kepadamu!