Yosua 18:11
Bermula maka keluarlah undi suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya, maka perhinggaan bahagiannya adalah di antara bani Yehuda dengan bani Yusuf.
Bermula maka keluarlah undi suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya, maka perhinggaan bahagiannya adalah di antara bani Yehuda dengan bani Yusuf.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
10Maka oleh Yusak dibuang undi karena mereka itu di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, dan tanah itupun dibahagikan Yusak kepada bani Israel di sana, masing-masing bahagiannya.
1Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el;
19Lalu perhinggaan itu terus ke sebelah Bait-Hojla arah ke utara dan keluar ke tanjung utara Tasik-Masin pada ujung selatan Yarden, yaitulah perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan.
20Maka Yarden itulah perhinggaanya pada sebelah timur. Sekalian inilah bahagian pusaka bani Benyamin dengan perhinggaannya keliling, sekadar bangsa-bangsanya.
21Maka negeri-negeri suku bani Benyamin dengan bangsa-bangsanya adalah: Yerikho dan Bait-Hojla dan Emek-Keziz,
5dan supaya dibahagikannya dengan tujuh bahagian, maka Yehuda akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah selatan, dan segala orang isi rumah Yusuf akan tinggal dalam perhinggaan tanahnya pada sebelah utara.
6Maka hendaklah kamu menulis peta tanah itu dengan tujuh bahagiannya, lalu bawalah akan peta itu kepadaku, maka aku akan membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allah kita.
7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.
8Hata, maka bangkitlah berdiri orang-orang itu lalu pergi, maka apabila mereka itu pergi hendak menulis peta tanah itu berpesanlah Yusak kepada mereka itu, katanya: Pergilah kamu berjalan sana sini di tanah itu sambil menulis petanya, lalu kembali kepadaku, supaya di sini aku membuang undi karena kamu di hadapan hadirat Tuhan di Silo.
65Maka diberikannya akan dia dengan membuang undi dari pada suku bani Yehuda dan dari pada suku bani Simeon dan dari pada suku bani Benyamin segala negeri yang disebutkan nama-namanya itu.
12Maka perhinggaan tanahnya adalah pada ujung utara Yarden, lalu perhinggaan itu naik ke sebelah Yerikho arah ke utara dan terus dari pegunungan ke barat, dan keluar kepada padang belantara Bait-Awen.
1Maka inilah dia yang diperoleh Bani Israel akan milik pusaka di benua Kanaan, yang dibahagi-bahagi kepada bani Israel oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan segala penghulu suku bangsa akan miliknya pusaka;
2dengan membuang undi ditentukan miliknya pusaka setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa akan sembilan suku setengah itu.
1Arakian, maka keluarlah undi yang kedua itu bagi Simeon, bagi suku bani Simeon dengan bangsa-bangsanya, maka bahagian pusaka mereka itu adalah di tengah-tengah bahagian pusaka bani Yehuda.
17Maka undi yang keempat keluarlah karena Isakhar, yaitu karena bani Isakhar dengan bangsa-bangsanya.
4Maka keluarlah undi bangsa orang Kehati, yaitu karena bani Harun, yang imam, di antara orang Lewi dari pada suku Yehuda dari pada suku Simeon dan dari pada suku Benyamin ditentukan dengan undi tiga belas buah negeri.
1Arakian, maka bahagian yang ditentukan dengan membuang undi bagi suku bani Yehuda dengan bangsa-bangsanya itulah pada perhinggaan tanah Edom, padang belantara Zin pada sebelah selatan, pada ujungnya yang selatan sekali,
51Maka inilah milik pusaka yang dibahagi-bahagi oleh Eleazar, yang imam, dan Yusak bin Nun dan penghulu segala suku bangsa kepada segala suku bani Israel dengan membuang undi di Silo, di hadapan hadirat Tuhan, di hadapan pintu kemah perhimpunan. Demikian selesailah mereka itu dari pada membahagi-bahagi tanah.
32Maka karena bani Naftali keluarlah undi yang keenam, yaitu karena bani Naftali dengan bangsa-bangsanya.
24Maka keluarlah undi yang kelima karena suku bani Asyer dengan bangsa-bangsanya.
1Maka suku Manasyepun beroleh bahagian yang ditentukan dengan membuang undi, karena ialah anak sulung Yusuf, bagi Makhir, anak sulung Manasye, bapa Gilead, seorang yang tahu perang, maka sebab itu Gilead dan Bazan menjadi bahagiannya.
2Maka inilah bagi segala anak-anak Manasye yang lain dengan bangsa-bangsanya, bagi bani Abiezer dan bagi bani Helek dan bagi bani Asriel, dan bagi bani Sekhem dan bagi bani Hefer dan bagi bani Semida, sekalian inilah anak-anak laki-laki Manasye bin Yusuf dengan bangsa-bangsanya.
40Maka karena suku bani Dan dengan bangsa-bangsanya keluarlah undi yang ketujuh.
23Maka adapun segala suku yang lain itu; dari pada tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Benyamin.
9Maka bahagian pusaka bani Simeon itu masuk bahagian yang ditentukan dengan membuang undi bagi bani Yehuda, karena bahagian bani Yehuda itu terlalu besar bagi mereka itu, maka sebab itu bani Simeon beroleh pusaka di tengah-tengah bahagian pusaka mereka itu.
10Maka keluarlah undi yang ketiga karena bani Zebulon dengan bangsa-bangsanya dan perhinggaan tanah pusakanya adalah sampai ke Sarid.
12Bahwa segala suku ini hendaklah berdiri di atas bukit Gerizim akan memberi berkat kepada orang banyak itu, apabila kamu sudah menyeberang Yarden, yaitu: Simeon dan Lewi dan Yehuda dan Isakhar dan Yusuf dan Benyamin.
55Kendatilah demikian hendaklah tanah itu juga dibahagi-bahagi dengan dibuang undi, seturut segala nama suku bangsa dan kaum hendaklah mereka itu beroleh pusaka.
56Ditentukan dengan undi hendaklah dibahagi-bahagi pusaka kepada masing-masing, kepada yang banyak bilangannya dan kepada yang sedikit bilangannya.
9Maka diberikannyalah dari pada suku bani Yehuda dan dari pada suku bani Simeon segala negeri ini, yang disebut oranglah dengan nama-namanya,
10yaitu kepada bani Harun yang dari pada bangsa orang Kehati dan dari pada bani Lewi, karena undi yang pertama itu bagi mereka itulah;
4Begitulah bani Yusuf, yaitu Manasye dan Efrayim, beroleh bahagian pusakanya.
20Maka inilah bahagian pusaka suku bani Yehuda dengan bangsa-bangsanya.
17Maka kata Yusak kepada bani Yusuf, kepada Efrayim dan kepada Manasye demikian: Sesungguhnya kamu suatu bangsa yang banyak bilangannya dan besarlah kuatmu, tak usah kamu dapat satu bahagian undi sahaja.
14Maka kata bani Yusuf kepada Yusak demikian: Mengapa maka tuan memberikan kami hanya satu bahagian, yang ditentukan dengan membuang undi akan pusaka kami, sedang kami ini suatu bangsa yang banyak bilangannya oleh berkat yang dikaruniakan Tuhan akan kami sampai sekarang ini?
9Maka perkara inilah hendak kami perbuat akan Gibea: yaitu menyerang akan dia dengan membuang undi.
36Maka dari pada orang Lewi adalah setengah yang duduk di Yehuda dan setengah di Benyamin.
9Maka undi yang pertama bagi Asaf itu kenalah Yusuf, yang kedua kenalah Gedalya, maka ia dengan segala saudaranya dan anaknya laki-laki adalah dua belas orang.
13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.
21Maka tanah itu hendaklah kamu bahagi-bahagi bersama-sama kepada segala suku bangsa Israel.
18Maka berangkatlah segala bani Israel, lalu berjalan ke hulu, ke Bait-Ullah, maka mereka itupun bertanyakan Allah, sembahnya: Siapakah dari pada kami akan pergi dahulu berperang dengan bani Benyamin? Maka firman Tuhan: Yehuda dahulu.
3Lalu kata Yehuda kepada Simeon, adiknya: Marilah sertaku kepada bahagian pusakaku, dan biarlah kita memerangi orang Kanani, maka akupun akan berjalan sertamu kepada bahagian pusakamu. Lalu Simeonpun berjalanlah sertanya.
20Setelah sudah disuruh Semuel akan segala suku bangsa Israel datang hampir, maka kenalah suku Benyamin.
22Maka bani Yusufpun berjalanlah ke Bait-el, maka Tuhanpun menyertai akan mereka itu.
54Maka tanah itupun hendaklah kamu bahagi kepada suku-suku bangsamu dengan membuang undi, bagi suku yang banyak bilangannya hendaklah kamu besarkan bahagian pusakanya dan bagi yang sedikit bilangannya hendaklah kamu kecilkan bahagian pusakanya; maka barang yang ditentukan bagi masing-masing oleh undi itu, ia itulah akan bahagiannya, maka sekadar suku-suku bangsamu kamu akan beroleh bahagianmu pusaka.
12Maka perhinggaan tanahnya pada sebelah barat itulah lautan besar dengan segala tanah yang pada tepinya; maka sekalian inilah perhinggaan tanah bani Yehuda keliling dengan segala bangsanya.
3Isakhar, Zebulon dan Benyamin;
22Dan lagi suku Benyamin, maka Abidan bin Gideoni menjadi penghulu Benyamin itu.
29Tetapi pada pihak bani Manasye adalah Bait-Sean dengan segala daerahnya dan Taanah dengan segala daerahnya dan Megido dengan segala daerahnya dan Dor dengan segala daerahnya. Maka dalam segala negeri ini telah duduklah bani Yusuf bin Israel.