Yosua 22:9

Terjemahan Lama

Maka pulanglah segala bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye, ditinggalkannya bani Israel, lalu keluar dari Silo yang di tanah Kanaan hendak pulang ke tanah Gilead, ke tanah miliknya, yang telah diberikan kepadanya akan milik setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Bil 32:26 : 26 Bahwa anak-anak hamba dan bini hamba dan binatang hamba dan segala kendaraan hamba akan tinggal di sana dalam negeri-negeri Gilead.
  • Bil 32:29 : 29 Maka kata Musa kepada mereka itu: Jikalau bani Gad dan bani Rubin menyeberang Yarden serta dengan kamu, yaitu segala orang yang terpilih bagi perang di hadapan hadirat Tuhan dan negeri itupun sudah dialahkan di hadapanmu, maka hendaklah kamu memberikan mereka itu tanah Gilead akan miliknya.
  • Bil 32:1 : 1 Sebermula, maka pada bani Rubin adalah banyak binatang dan pada bani Gadpun adalah amat banyak, maka dilihatnya tanah Yaezar dan tanah Gilead bahwasanya jajahan itu tempat yang baik akan binatang.
  • Bil 32:39-40 : 39 Maka anak-anak Makhir bin Manasyepun pergilah ke Gilead, lalu dialahkannya dan dihalaukannya segala orang Amori yang di sana dari miliknya. 40 Maka Musapun memberikan Gilead itu kepada Makhir bin Manasye, lalu diamlah ia di sana.
  • Ul 3:15-16 : 15 Maka kepada Makhir telah kuberikan Gilead. 16 Dan kepada orang Rubin dan orang Gad telah kuberikan dari Gilead sampai ke anak sungai Arnon, pertengahan anak sungai itu datang kepada kesudahannya dan kepada anak sungai Yabok perhinggaan negeri bani Ammon.
  • Yos 13:11 : 11 dan Gilead dan tanah orang Gesuri dan orang Maakhati dan segala pegunungan Hermon dan seluruh Bazan sampai ke Salkha.
  • Yos 13:25 : 25 Bahwa perhinggaan tanahnya akan jadi Yaezar dan segala negeri Gilead dan setengah tanah bani Ammon, sampai kepada Aroer yang bertentangan dengan Raba.
  • Yos 13:31 : 31 Dan setengah Gilead dan Astarot dan Ederei, semua negeri kerajaan Og di Bazan kepada anak-anak Makhir bin Manasye, yaitu kepada setengah bani Makhir dengan bangsa-bangsanya.
  • Mzm 60:7 : 7 Supaya segala kekasih-Mu terlepas; biarlah tangan-Mu kanan selalu mengadakan selamat bagi kami, dan dengarlah akan kami.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 15Maka sampailah mereka itu kepada bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye di tanah Gilead, lalu ia berkata-kata dengan mereka itu, katanya:

  • 12Maka bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye berjalanlah lengkap dengan senjatanya pada hulu segala bani Israel, setuju dengan pesan Musa kepadanya.

  • 81%

    29Maka kata Musa kepada mereka itu: Jikalau bani Gad dan bani Rubin menyeberang Yarden serta dengan kamu, yaitu segala orang yang terpilih bagi perang di hadapan hadirat Tuhan dan negeri itupun sudah dialahkan di hadapanmu, maka hendaklah kamu memberikan mereka itu tanah Gilead akan miliknya.

    30Tetapi jikalau tiada orangnya pilihan menyeberang serta dengan kamu, maka mereka itupun akan beroleh milik di tengah-tengah kamu dalam negeri Kanaan.

    31Maka sahut bani Gad dan bani Rubin demikian: Barang apa firman Tuhan kepada hambamu ini, ia itu akan hamba turut.

    32Dengan suatu tentara orang pilihan hamba akan menyeberang di hadapan hadirat Tuhan ke dalam negeri Kanaan, maka akan hamba ini, milik bahagian pusaka hamba akan ada di seberang Yarden.

    33Maka demikianlah perihal diberikan Musa kepada bani Gad dan bani Rubin dan separuh suku Manasye bin Yusuf, kerajaan Sihon, raja Amori, dan kerajaan Og, raja Bazan, baik tanahnya serta dengan segala negerinya, dan daerah segala negeri di tanah itu keliling.

  • 21Maka sahut bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye, katanya kepada penghulu beribu-ribu orang Israel demikian:

  • 1Arakian, maka pada masa itu dipanggil Yusak akan orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye.

  • 12Dan lagi kata Yusak kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye demikian:

  • 79%

    32Hata, maka kembalilah Pinehas bin Eliazar, yang imam, dengan segala penghulu itu dari pada bani Rubin dan bani Gad, dari tanah Gilead ke tanah Kanaan kepada segala bani Israel, disampaikannyalah sahut itu kepadanya.

    33Maka dibenarkanlah bani Israel akan perkataan itu, lalu bani Israelpun memuji-muji Allah, dan tiada lagi mereka itu berbicara hendak mendatangi dan memerangi bani Rubin dan bani Gad dan membinasakan negeri tempat kedudukannya.

  • 78%

    5Dan lagi sembah mereka itu: Jikalau ridla hati tuan-tuan akan hamba sekalian ini, biarlah kiranya tanah ini diberikan kepada hamba akan milik dan jangan suruh hamba menyeberang Yarden.

    6Tetapi kata Musa kepada bani Gad dan bani Rubin: Patutkah saudara-saudaramu pergi perang dan kamu tinggal di sini sahaja?

  • 78%

    1Sebermula, maka pada bani Rubin adalah banyak binatang dan pada bani Gadpun adalah amat banyak, maka dilihatnya tanah Yaezar dan tanah Gilead bahwasanya jajahan itu tempat yang baik akan binatang.

    2Maka datanglah bani Gad dan Rubin, lalu sembahnya kepada Musa dan Eliazar, yang imam, dan kepada segala penghulu sidang demikian:

  • 6Maka dialahkan oleh Musa, hamba Tuhan, dan oleh bani Israel akan mereka itu, lalu diberi Musa, hamba Tuhan, akan dia kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye akan milik pusaka.

  • 78%

    10Hata, setelah sampai mereka itu ke jajahan Yarden, ke perhinggaan tanah Kanaan, didirikan oleh bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye di sana sebuah mezbah di tepi Yarden, yaitu sebuah mezbah yang besar adanya.

    11Maka kedengaranlah kabar pada bani Israel mengatakan: Bahwasanya bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye telah membangunkan di sana sebuah mezbah bertentangan dengan tanah Kanaan di jajahan Yarden berseberang dengan bani Israel.

    12Serta terdengarlah bani Israel akan hal itu maka berhimpunlah segenap sidang bani Israel di Silo hendak mendatangi dan memerangi mereka itu.

    13Maka disuruhkanlah bani Israel akan Pinehas bin Eliazar, yang imam, pergi mendapatkan bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye,

  • 77%

    13Arakian, maka berpesanlah Musa kepada bani Israel, katanya: Bahwa inilah tanah yang hendak kamu ambil akan bahagianmu pusaka dengan membuang undi dan yang telah disuruh Tuhan berikan kepada suku bangsa yang sembilan itu dan kepada setengah suku bangsa Manasye.

    14Karena suku bani Rubin dengan bangsanya dan suku bani Gad dengan bangsanya dan setengah suku Manasyepun telah beroleh bahagian pusakanya.

  • 8Maka dirampas oleh kita akan tanahnya, lalu kita berikan dia kepada orang Rubin dan kepada orang Gad dan kepada setengah suku Manasye.

  • 77%

    7Maka kepada setengah suku Manasye itu telah diberikan Musa bahagian pusaka di Bazan, seperti yang telah diberikan Yusak kepada setengah suku yang lain serta dengan saudara-saudaranya di sebelah barat Yarden. Maka orang inipun disuruh Yusak pulang ke kemahnya serta diberinya berkat akan mereka itu.

    8Maka katanya kepada mereka itu: Pulanglah kamu ke kemahmu dengan banyak harta dan dengan amat banyak binatang, dengan emas perak dan dengan tembaga dan besi dan dengan amat banyak pakaian; bahagi-bahagilah segala jarahan dari pada musuhmu itu dengan saudara-saudaramu!

  • 12Demikianlah peri pada masa itu kita mengambil tanah itu akan milik kita; maka dari Aroer, yang di tepi anak sungai Arnon, dan separuh pegunungan Gilead, serta dengan segala negerinya telah kuberikan kepada orang Rubin dan kepada orang Gad.

  • 76%

    7Maka sekarangpun bahagikanlah tanah itu akan milik pusaka kepada sembilan suku bangsa dan setengah suku Manasye.

    8Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu.

  • 4Maka sekarang telah dikaruniakan Tuhan, Allahmu, sentosa kepada segala saudaramu, setuju dengan firman-Nya kepadanya, sebab itu baiklah sekarang kamu pulang ke kemahmu dan ke negeri milikmu, yang telah diberikan Musa, hamba Tuhan itu, kepadamu di seberang Yarden.

  • 16Dan kepada orang Rubin dan orang Gad telah kuberikan dari Gilead sampai ke anak sungai Arnon, pertengahan anak sungai itu datang kepada kesudahannya dan kepada anak sungai Yabok perhinggaan negeri bani Ammon.

  • 75%

    24Arakian, maka diberikan Musa bahagian kepada suku Gad, yaitu kepada bani Gad dengan bangsa-bangsanya demikian:

    25Bahwa perhinggaan tanahnya akan jadi Yaezar dan segala negeri Gilead dan setengah tanah bani Ammon, sampai kepada Aroer yang bertentangan dengan Raba.

  • 7Karena orang Lewi itu tiada beroleh bahagian di antara kamu, melainkan imamat yang dari pada Tuhan itulah bahagian pusaka mereka itu, maka suku Gad dan Rubin dan setengah suku Manasye itupun telah mengambil bahagian pusakanya di seberang Yarden pada sebelah timur, yang telah diberikan oleh Musa, hamba Tuhan itu, kepadanya.

  • 29Maka diberikan Musa bahagian kepada setengah suku Manasye demikian: Bahwa bagi setengah suku Manasye dengan bangsa-bangsanya,

  • 15sampai sudah dikaruniakan Tuhan perhentian kepada segala saudaramupun seperti kepada kamu, dan mereka itu juga mempusakai tanah yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadanya kelak, lalu hendaklah kamu kembali ke tanahmu pusaka, dan kamu akan mempunyai dia bagaikan pusaka, yang diberikan Musa, hamba Tuhan itu, kepadamu di seberang Yarden, pada sebelah matahari terbit.

  • 74%

    25Maka berkata bani Gad dan bani Rubin kepada Musa demikian: Hamba-hamba tuan ini akan berbuat seperti pesan tuan hamba.

    26Bahwa anak-anak hamba dan bini hamba dan binatang hamba dan segala kendaraan hamba akan tinggal di sana dalam negeri-negeri Gilead.

  • 42Maka adapun separuh yang diambil Musa dari pada orang perang akan bani Israel,

  • 43yaitu Bezer di padang belantara di tanah datar akan segala orang Rubin, dan Ramot di benua Gilead akan orang Gad, dan Golan di benua Bazan akan orang Manasye.

  • 30Setelah didengar oleh Pinehas, yang imam, dan segala penghulu sidang, yaitu penghulu beribu-ribu orang Israel, akan segala perkataan ini, yang dikatakan oleh bani Rubin dan bani Gad dan bani Manasye, maka dibenarkannyalah akan dia.

  • 2yaitu ke Silo dalam benua Kanaan, lalu katanya kepada mereka itu: Bahwa Tuhan telah berfirman kepada Musa, disuruhnya berikan negeri-negeri kepada kami akan tempat duduk dan tanah rumput akan binatang kami.

  • 39Maka anak-anak Makhir bin Manasyepun pergilah ke Gilead, lalu dialahkannya dan dihalaukannya segala orang Amori yang di sana dari miliknya.

  • 33pada Yarden sebelah matahari terbit, seluruh benua Gilead dan tanah orang Gad dan Rubin dan Manasye dari pada Aroer yang pada tepi sungai Arnon, dan lagi Gilead dan Bazan.

  • 25Bukankah Tuhan telah menjadikan Yarden ini akan perhinggaan di antara kami dengan kamu, hai bani Rubin dan bani Gad! Bahwa kamu tiada empunya bahagian dengan Tuhan! Sehingga anakmu memaksa akan anak kami kelak berhenti dari pada berbuat bakti kepada Tuhan!

  • 8Maka di seberang Yarden pada sebelah timur Yerikho ditentukannya bagi perkara itu akan Bezer di padang belantara, di tanah datar suku Rubin, dan akan Ramot di Gilead, tanah suku Gad, dan akan Golan di Bazan, tanah suku Manasye.

  • 20yaitu sampai sudah dikaruniakan Tuhan sentosa akan segala saudaramu seperti akan kamupun, supaya mereka itupun mempusakai tanah yang dikaruniakan Tuhan, Allahmu, kepadanya di seberang Yarden, kemudian baharu hendaklah kamu kembali masing-masing kepada milik pusakanya, yang telah kukaruniakan kepadamu.

  • 22dan negeri itu sudah dialahkan sama sekali di hadapan hadirat Tuhan, kemudian baharulah kamu kembali, maka sucilah kamu dari pada salah akan Tuhan dan akan Israel, dan tanah inipun menjadi milik kamu di hadapan hadirat Tuhan.