Bilangan 32:1
Sebermula, maka pada bani Rubin adalah banyak binatang dan pada bani Gadpun adalah amat banyak, maka dilihatnya tanah Yaezar dan tanah Gilead bahwasanya jajahan itu tempat yang baik akan binatang.
Sebermula, maka pada bani Rubin adalah banyak binatang dan pada bani Gadpun adalah amat banyak, maka dilihatnya tanah Yaezar dan tanah Gilead bahwasanya jajahan itu tempat yang baik akan binatang.
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
2Maka datanglah bani Gad dan Rubin, lalu sembahnya kepada Musa dan Eliazar, yang imam, dan kepada segala penghulu sidang demikian:
3Bahwa Atarot dan Dibon dan Yaezar dan Nimra dan Hezbon dan Eliala dan Sebam dan Nobo dan Beon,
4segala negeri yang telah dialahkan Tuhan di hadapan sidang Israel, ia itu suatu tanah yang baik bagi binatang, maka pada hamba-hamba tuan ini adalah binatang banyak.
5Dan lagi sembah mereka itu: Jikalau ridla hati tuan-tuan akan hamba sekalian ini, biarlah kiranya tanah ini diberikan kepada hamba akan milik dan jangan suruh hamba menyeberang Yarden.
6Tetapi kata Musa kepada bani Gad dan bani Rubin: Patutkah saudara-saudaramu pergi perang dan kamu tinggal di sini sahaja?
7Mengapa maka kamu membujuk hati bani Israel kepada perkara bodoh ini, sehingga tiada mereka itu menyeberang kelak ke dalam negeri yang dianugerahkan Tuhan kepadanya?
29Maka kata Musa kepada mereka itu: Jikalau bani Gad dan bani Rubin menyeberang Yarden serta dengan kamu, yaitu segala orang yang terpilih bagi perang di hadapan hadirat Tuhan dan negeri itupun sudah dialahkan di hadapanmu, maka hendaklah kamu memberikan mereka itu tanah Gilead akan miliknya.
30Tetapi jikalau tiada orangnya pilihan menyeberang serta dengan kamu, maka mereka itupun akan beroleh milik di tengah-tengah kamu dalam negeri Kanaan.
31Maka sahut bani Gad dan bani Rubin demikian: Barang apa firman Tuhan kepada hambamu ini, ia itu akan hamba turut.
32Dengan suatu tentara orang pilihan hamba akan menyeberang di hadapan hadirat Tuhan ke dalam negeri Kanaan, maka akan hamba ini, milik bahagian pusaka hamba akan ada di seberang Yarden.
33Maka demikianlah perihal diberikan Musa kepada bani Gad dan bani Rubin dan separuh suku Manasye bin Yusuf, kerajaan Sihon, raja Amori, dan kerajaan Og, raja Bazan, baik tanahnya serta dengan segala negerinya, dan daerah segala negeri di tanah itu keliling.
34Maka dibangunkan bani Gad akan negeri Dibon dan Atarot dan Aroer
9Maka pulanglah segala bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye, ditinggalkannya bani Israel, lalu keluar dari Silo yang di tanah Kanaan hendak pulang ke tanah Gilead, ke tanah miliknya, yang telah diberikan kepadanya akan milik setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.
10Hata, setelah sampai mereka itu ke jajahan Yarden, ke perhinggaan tanah Kanaan, didirikan oleh bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye di sana sebuah mezbah di tepi Yarden, yaitu sebuah mezbah yang besar adanya.
11Maka kedengaranlah kabar pada bani Israel mengatakan: Bahwasanya bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye telah membangunkan di sana sebuah mezbah bertentangan dengan tanah Kanaan di jajahan Yarden berseberang dengan bani Israel.
32Hata, maka kembalilah Pinehas bin Eliazar, yang imam, dengan segala penghulu itu dari pada bani Rubin dan bani Gad, dari tanah Gilead ke tanah Kanaan kepada segala bani Israel, disampaikannyalah sahut itu kepadanya.
33Maka dibenarkanlah bani Israel akan perkataan itu, lalu bani Israelpun memuji-muji Allah, dan tiada lagi mereka itu berbicara hendak mendatangi dan memerangi bani Rubin dan bani Gad dan membinasakan negeri tempat kedudukannya.
15Maka sampailah mereka itu kepada bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye di tanah Gilead, lalu ia berkata-kata dengan mereka itu, katanya:
25Maka berkata bani Gad dan bani Rubin kepada Musa demikian: Hamba-hamba tuan ini akan berbuat seperti pesan tuan hamba.
26Bahwa anak-anak hamba dan bini hamba dan binatang hamba dan segala kendaraan hamba akan tinggal di sana dalam negeri-negeri Gilead.
12Demikianlah peri pada masa itu kita mengambil tanah itu akan milik kita; maka dari Aroer, yang di tepi anak sungai Arnon, dan separuh pegunungan Gilead, serta dengan segala negerinya telah kuberikan kepada orang Rubin dan kepada orang Gad.
21Maka sahut bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye, katanya kepada penghulu beribu-ribu orang Israel demikian:
12Maka bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye berjalanlah lengkap dengan senjatanya pada hulu segala bani Israel, setuju dengan pesan Musa kepadanya.
16Dan kepada orang Rubin dan orang Gad telah kuberikan dari Gilead sampai ke anak sungai Arnon, pertengahan anak sungai itu datang kepada kesudahannya dan kepada anak sungai Yabok perhinggaan negeri bani Ammon.
1Arakian, maka pada masa itu dipanggil Yusak akan orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye.
8Yang setengahnya beserta dengan orang Rubin dan orang Gad sudah beroleh milik pusakanya, yang diberikan Musa kepadanya di seberang Yarden pada sebelah timurnya, seperti yang telah ditentukan kepadanya oleh Musa, hamba Tuhan itu.
23Maka perhinggaan tanah bani Rubin itu Yarden dan segala tanah yang pada tepinya: sekalian inilah bahagian pusaka bani Rubin dengan bangsa-bangsanya, segala negeri dan dusun-dusunnya.
24Arakian, maka diberikan Musa bahagian kepada suku Gad, yaitu kepada bani Gad dengan bangsa-bangsanya demikian:
25Bahwa perhinggaan tanahnya akan jadi Yaezar dan segala negeri Gilead dan setengah tanah bani Ammon, sampai kepada Aroer yang bertentangan dengan Raba.
12Dan lagi kata Yusak kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye demikian:
43yaitu Bezer di padang belantara di tanah datar akan segala orang Rubin, dan Ramot di benua Gilead akan orang Gad, dan Golan di benua Bazan akan orang Manasye.
25Bukankah Tuhan telah menjadikan Yarden ini akan perhinggaan di antara kami dengan kamu, hai bani Rubin dan bani Gad! Bahwa kamu tiada empunya bahagian dengan Tuhan! Sehingga anakmu memaksa akan anak kami kelak berhenti dari pada berbuat bakti kepada Tuhan!
8Maka dirampas oleh kita akan tanahnya, lalu kita berikan dia kepada orang Rubin dan kepada orang Gad dan kepada setengah suku Manasye.
14Karena suku bani Rubin dengan bangsanya dan suku bani Gad dengan bangsanya dan setengah suku Manasyepun telah beroleh bahagian pusakanya.
30Setelah didengar oleh Pinehas, yang imam, dan segala penghulu sidang, yaitu penghulu beribu-ribu orang Israel, akan segala perkataan ini, yang dikatakan oleh bani Rubin dan bani Gad dan bani Manasye, maka dibenarkannyalah akan dia.
27Dan pada perhinggaan Zebulon dari tepas timur sampai ke tepas barat satu bahagian bagi Gad.
8Maka di seberang Yarden pada sebelah timur Yerikho ditentukannya bagi perkara itu akan Bezer di padang belantara, di tanah datar suku Rubin, dan akan Ramot di Gilead, tanah suku Gad, dan akan Golan di Bazan, tanah suku Manasye.
28Maka inilah bahagian pusaka bani Gad dengan bangsa-bangsanya, yaitu segala negeri dan dusun-dusunnya.
33pada Yarden sebelah matahari terbit, seluruh benua Gilead dan tanah orang Gad dan Rubin dan Manasye dari pada Aroer yang pada tepi sungai Arnon, dan lagi Gilead dan Bazan.
16Maka datanglah mereka itu hampir sambil sembahnya: Bahwa di sini hamba hendak membangunkan kandang-kandang sahaja akan binatang hamba dan negeri akan anak-anak hamba.
78dan di seberang Yarden bertentangan dengan Yerikho, yaitu pada sebelah timur Yarden, adalah dari pada suku Rubin negeri Bezer yang di padang serta dengan kampung-kampungnya, dan Yahza serta dengan kampung-kampungnya,
13Maka disuruhkanlah bani Israel akan Pinehas bin Eliazar, yang imam, pergi mendapatkan bani Rubin dan bani Gad dan setengah suku Manasye,
14Dan lagi suku Gad, maka Elyasaf bin Rehuil menjadi penghulu bani Gad itu.
39Maka mereka itu sudah berjalan ke sebelah barat Gedor sampai ke sebelah timur lembah itu, hendak mencahari tempat rumput akan segala kambing dombanya.
6Maka dialahkan oleh Musa, hamba Tuhan, dan oleh bani Israel akan mereka itu, lalu diberi Musa, hamba Tuhan, akan dia kepada orang Rubin dan orang Gad dan setengah suku Manasye akan milik pusaka.
15Maka telah diberikan Musa bahagian kepada suku bani Rubin dengan bangsa-bangsanya demikianlah:
7Karena harta benda mereka itu terlalu banyak, sehingga tiada boleh mereka itu duduk bersama-sama, dan tanah tempat mereka itu menumpang seperti orang dagang itu tiada termuat akan mereka itu oleh sebab banyak binatangnya.
5Maka mereka itupun menyeberang Yarden, lalu didirikannyalah kemahnya di Aroer pada sebelah negeri yang di tengah-tengah lembah Gad, arah ke Yaezar.