Imamat 23:41

Terjemahan Lama

Maka dalam setahun tujuh hari lamanya hendaklah kamu membuat hari raya ini bagi Tuhan, ia itu hukum yang kekal bagimu turun-temurun; maka pada bulan yang ketujuh hendaklah kamu membuat dia.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Bil 29:12 : 12 Maka pada lima belas hari bulan yang ketujuh itu hendaklah ada perhimpunan yang suci bagi kamu, janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya, melainkan tujuh hari lamanya hendaklah kamu memuliakan masa raya bagi Tuhan.
  • Neh 8:18 : 18 Maka segenap sidang orang yang sudah kembali dari pada tertawan itupun memperbuatkan pondok-pondok itu, karena dari pada zaman Yusak bin Nun sampai kepada hari ini tiada pernah diperbuat begitu oleh bani Israel; maka adalah kesukaan yang amat besar. (8:19)Maka pada tiap-tiap hari dibaca oranglah kitab taurat Allah dari pada hari yang pertama datang kepada hari yang terkemudian, dan dipegangnya masa raya itu tujuh hari lamanya dan pada hari yang kedelapan, hari yang besar itu, menurut hakikat adanya.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • 80%

    39Maka sebab itu pada lima belas hari bulan yang ketujuh, apabila kamu sudah mengumpulkan segala hasil tanahmu, hendaklah kamu membuat suatu masa raya bagi Tuhan tujuh hari lamanya; maka pada hari yang pertama hendaklah ada perhentian dan pada hari yang kedelapanpun hendaklah ada perhentian.

    40Maka pada hari yang pertama hendaklah kamu mengambil akan dirimu beberapa cabang dari pada pokok yang permai dan pelepah kurma dan carang pohon kayu yang rindang dan pokok gandarusa, dan bersuka-sukaanlah kamu di hadapan hadirat Tuhan, Allahmu, tujuh hari lamanya.

  • 12Maka pada lima belas hari bulan yang ketujuh itu hendaklah ada perhimpunan yang suci bagi kamu, janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya, melainkan tujuh hari lamanya hendaklah kamu memuliakan masa raya bagi Tuhan.

  • 79%

    42Tujuh hari lamanya hendaklah kamu duduk dalam pondok daun-daunan, segala orang peranakan Israel akan duduk dalam pondok-pondok itu.

    43Supaya diketahui oleh segala anak buahmu, bahwa Aku telah medudukkan bani Israel dalam pondok-pondok, tatkala Aku menghantar akan mereka itu ke luar dari negeri Mesir: Bahwa Akulah Tuhan, Allahmu.

    44Demikianlah dipesan Musa kepada segala bani Israel akan segala masa raya Tuhan itu.

  • 78%

    31Barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat; maka inilah suatu hukum yang kekal bagimu turun-temurun pada segala tempat kedudukanmu.

    32Maka hendaklah hari itu bagimu satu sabat perhentian, serta hendaklah kamu merendahkan hatimu; pada sembilan hari bulan itu ketika masuk matahari, yaitu dari pada masuk matahari sampai kepada masuk matahari, hendaklah kamu berhenti pada sabatmu.

    33Dan lagi berfirmanlah Tuhan kepada Musa, firman-Nya:

    34Katakanlah kepada segala bani Israel ini: Bahwa pada lima belas hari bulan yang ketujuh itu juga hendaklah ada hari raya pondok daun-daunan bagi Tuhan, tujuh hari lamanya.

    35Pada hari yang pertama itu akan ada perhimpuan yang suci; jangan kamu bekerja pada hari itu.

    36Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu mempersembahkan kepada Tuhan beberapa korban bakaran dan pada hari yang kedelapan hendaklah ada bagimu suatu perhimpunan yang suci, dan persembahkanlah beberapa korban bakaran kepada Tuhan; maka inilah hari raya adanya, jangan kamu bekerja pada hari itu.

    37Maka inilah segala masa raya Tuhan, yang hendak kamu seru-serukan akan perhimpunan yang suci dan akan dipersembahkan kepada Tuhan beberapa korban api dan korban bakaran dan persembahan makanan dan korban sembelihan dan persembahan minuman, masing-masing pada harinya.

  • 29Bermula, maka inilah menjadi bagimu suatu hukum yang kekal selama-lamanya: Bahwa pada bulan yang ketujuh dan pada sepuluh hari bulan itu hendaklah kamu merendahkan hatimu dengan berpuasa, janganlah kamu berbuat barang sesuatu pekerjaan, baik kamu anak bumi baik orang dagang yang duduk menumpang di antara kamu.

  • 21Maka pada hari itu juga hendaklah kamu berseru-seru bahwa adalah perhimpunan yang suci bagimu; barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat; ia itulah satu hukum yang kekal bagimu turun-temurun dalam segala tempat kedudukanmu.

  • 14Maka hari ini menjadi bagimu suatu peringatan, hendaklah kamu mempermuliakan dia akan hari raya bagi Tuhan, dan hendaklah kamu mempermuliakan dia turun-temurun; jadikan adat yang kekal adanya.

  • 13Maka masa raya pondok daun-daunan hendaklah kamu pegang tujuh hari lamanya, apabila kamu sudah mengumpulkan segala hasil peluburmu dan apitanmu.

  • 75%

    14Maka pada keesokan harinya berhimpunlah segala penghulu bapa-bapa mereka itu sekalian serta segala imam dan orang Lewi kepada katib Ezra, hendak belajar pula bunyi taurat itu.

    15Maka didapatinya tersurat di dalam taurat bahwa Tuhan sudah berfirman dengan lidah Musa, disuruhnya bani Israel duduk dalam pondok daun-daun pada masa raya bulan yang ketujuh itu.

  • 31Maka hari itu akan menjadi bagimu suatu sabat perhentian, supaya kamu merendahkan hatimu dengan berpuasa; maka inilah suatu hukum yang kekal selama-lamanya.

  • Im 23:2-4
    3 ayat
    74%

    2Katakanlah kepada segala bani Israel ini: Adapun segala masa raya Tuhan, yang akan diserukan oleh kamu bagi perhimpunan yang suci, segala masa raya-Ku inilah dia:

    3Enam hari lamanya hendaklah orang bekerja, tetapi pada hari yang ketujuh itulah sabat perhentian bagi suatu perhimpunan yang suci, barang sesuatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat, karena ia itulah sabat Tuhan pada segala tempat kedudukan kamu.

    4Maka inilah segala masa raya Tuhan akan perhimpunan yang suci, yang hendak kamu serukan pada masanya yang tertentu:

  • 14Dalam setahun tiga kali hendaklah kamu berbuat hari raya bagi-Ku.

  • 10Sebab itu peganglah akan syarat ini pada masa yang tertentu sebilang-bilang tahun.

  • 1Arakian, maka pada bulan yang ketujuh, pada sehari bulan, hendaklah ada suatu perhimpunan yang suci bagi kamu; janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya, maka ia itu menjadi bagi kamu suatu hari peniup nafiri.

  • 74%

    15Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu memegang masa raya bagi Tuhan, Allahmu, pada tempat yang akan dipilih Tuhan; karena Tuhan, Allahmu, akan memberkati kamu dalam segala hasil tanahmu dan dalam segala pekerjaan tanganmu, sebab itu kamu akan bersuka-sukaan.

    16Maka tiga kali dalam setahun hendaklah segala orang laki-laki di antara kamu datang menghadap hadirat Tuhan, Allahmu, ke tempat yang akan dipilih Tuhan, yaitu pada masa raya roti fatir dan pada masa raya jumaat dan pada masa raya pondok daun-daunan dan jangan orang menghadap hadirat Tuhan dengan hampa tangannya.

  • 10Maka pesan Musa kepada mereka itu, katanya: Bahwa pada kesudahan tiap-tiap tujuh tahun, pada masa yang tertentu, tahun kelepasan itu, pada masa raya pondok daun-daunan,

  • 24Katakanlah kepada segala bani Israel ini: Pada bulan yang ketujuh dan pada sehari bulan itu hendaklah ada perhentian bagimu, suatu hari raya bunyi nafiri dan perhimpunan yang suci.

  • 6Tujuh hari lamanya hendaklah kamu makan apam fatir, maka hari yang ketujuh itu akan jadi satu hari raya bagi Tuhan.

  • 7Maka pada sepuluh hari bulan yang ketujuh itu hendaklah ada suatu perhimpunan yang suci bagi kamu serta hendaklah kamu merendahkan diri kamu, dan janganlah kamu kerjakan barang sesuatu pekerjaan padanya.

  • 22Dan lagi hendaklah kamu memegang masa raya asabia, yaitu hari raya buah sulung dari pada pemotongan gandum, dan hari raya pungutan buah-buahan pada kesudahan tahun.

  • 16Lagipun hari raya pengumpulan buah bungaran dari pada perusahaanmu, yang telah kamu taburkan di bendangmu itu, dan lagi hari raya pengumpulan pada kesudahan tahun, apabila kamu kumpulkan hasil perusahaanmu dari bendang itu.

  • Im 23:6-8
    3 ayat
    72%

    6Maka pada lima belas hari bulan itu adalah hari raya fatir bagi Tuhan, maka hendaklah kamu makan apam fatir tujuh hari lamanya.

    7Maka pada hari yang pertama itu hendaklah bagimu suatu perhimpunan yang suci; barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat.

    8Maka tujuh hari lamanya hendaklah kamu mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan, maka pada hari yang ketujuhpun akan ada suatu perhimpunan yang suci, barang suatu pekerjaanpun jangan kamu perbuat.

  • 27Tetapi pada sepuluh hari bulan yang ketujuh itu, yaitu hari gafirat yang besar, akan ada perhimpunan yang suci bagimu, maka pada hari itu hendaklah kamu merendahkan hatimu dan mempersembahkan korban bakaran kepada Tuhan.

  • 13yaitu barang yang patut dipersembahkan pada sebilang hari, setuju dengan pesan Musa, pada segala hari sabat dan pada segala bulan baharu dan pada segala masa raya yang tertentu, tiga kali dalam setahun, yaitu pada masa raya roti fatir, dan pada masa raya asabih dan pada masa raya pondok daun-daunan.

  • 70%

    16Maka pada hari yang pertama akan ada suatu perhimpunan yang suci dan pada hari yang ketujuhpun akan ada suatu perhimpunan yang suci, maka pada hari itu tiada boleh orang bekerja, hanya barang yang hendak dimakan oleh masing-masing itu boleh disediakan.

    17Maka peliharakanlah adat makan apam fatir itu, karena betul pada hari ini juga Aku membawa akan segala balatentara kamu keluar dari negeri Mesir, maka sebab itu peliharakanlah hari ini turun-temurun menjadi suatu adat yang kekal.

  • 14Maka jangan kamu makan roti, atau emping, atau tepung yang ditumbuk, sampai pada hari itu juga, sampai sudah kamu membawa persembahan itu kepada Allahmu; maka inilah suatu hukum yang kekal bagimu turun-temurun pada segala tempat kedudukan kamu.

  • 9Maka pada hari yang kedelapan dipegangnya hari raya yang besar sekali, karena tahbis mezbah dipegangnya tujuh hari lamanya dan masa raya itupun tujuh hari lamanya.