Imamat 24:5

Terjemahan Lama

Dan lagi hendaklah engkau mengambil tepung halus, bakarkanlah roti dua belas ketul dari padanya, tiap-tiap roti itu dari pada dua perpuluhan.

Sumber Tambahan

Ayat Rujukan

  • Kel 25:30 : 30 Dan letakkanlah roti pertunjukan di atas meja itu selalu di hadapan hadirat-Ku.
  • Kel 40:23 : 23 Lalu diletakkannya roti di atasnya dengan sepertinya, di hadapan hadirat Tuhan, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.
  • 1Sam 21:4-5 : 4 Maka sahut imam itu kepada Daud, katanya: Tiada padaku roti sebarang, melainkan roti suci juga yang ada, jikalau sahaja orang-orang muda itu sudah menahankan dirinya dari pada perempuan. 5 Maka sahut Daud kepada imam itu, katanya: Bahwasanya orang perempuan sudah ditahani dari pada kami, baik kemarin baik kemarin dahulu, sebelum aku berjalan keluar, dan adapun akan barang-barang yang pada orang-orang muda itu, ia itu suci adanya; lagipun roti itu sekarang seolah-olah roti sebarang juga, sebab pada hari ini ditaruh akan roti lain di atas meja yang suci itu.
  • 1Raj 18:31 : 31 Maka diambil oleh Elia akan batu dua belas buah, seturut bilangan segala suku bani Yakub, kepadanya juga sudah datang firman Tuhan, bunyinya: Bahwa Israel akan jadi namamu.
  • Mat 12:4 : 4 di dalam hal ia sudah masuk ke dalam Rumah Allah, lalu makan roti persembahan itu, yang tiada halal dimakan olehnya atau oleh orang yang beserta dengan dia, melainkan oleh imam-imam sahaja?
  • Kis 26:7 : 7 yang akan harap dicapai juga oleh kedua belas suku bangsa patik sekalian, dan sebab itu dengan taat beribadat kepada Allah siang malam. Maka sebab pengharapan itulah, ya Tuanku, patik didakwa oleh orang Yahudi itu.
  • Yak 1:1 : 1 Salam daripada aku, Yakub, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus, kepada kedua belas suku bangsa yang bertaburan.

Ayat Serupa (AI)

Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.

  • Im 24:6-8
    3 ayat
    81%

    6Maka hendaklah engkau meletakkan dia di atas meja yang dari pada emas tulen itu di hadapan hadirat Tuhan dengan dua timbunan, enam ketul roti setimbunan.

    7Maka di atas dua-dua timbunan itu hendaklah kaububuh kemenyan yang suci akan bahagian persembahan roti itu, ia itu suatu persembahan bakaran bagi Tuhan.

    8Maka pada sebilang hari sabat hendaklah engkau menyediakan dia di hadapan hadirat Tuhan selalu; maka inilah menjadi bagi orang Israel suatu perjanjian yang kekal selama-lamanya.

  • 2dan roti fatir dan apam fatir yang telah diramas dengan minyak, dan adonan fatir yang disapu minyak, maka hendaklah kauperbuat sekalian ini dari pada tepung gandum.

  • 5Dan seperpuluhan seefa tepung halus akan persembahan makanan, diramas dengan minyak tumbukan seperempat hin.

  • 23dan lagi roti seketul dan sebuah roti surati yang bercampur minyak dan sebuah opak dari dalam bakul roti fatir, yang ada di hadapan hadirat Tuhan.

  • 29dan akan roti sajian dan akan tepung halus persembahan makanan dan akan apam fatir dan akan barang yang dibakar dan yang dipanggang dan akan segala sukatan dan ukuran;

  • 17Maka dari dalam rumah-rumahmu hendaklah kamu membawa roti dua ketul akan persembahan timang-timangan, yaitu diperbuat dari pada dua perpuluhan tepung halus, dibakar berkhamir akan hulu hasil bagi Tuhan.

  • Im 2:4-8
    5 ayat
    76%

    4Maka jikalau kamu hendak mempersembahkan suatu persembahan makanan yang dibakar dalam dapur, maka hendaklah ia itu apam fatir dari pada tepung halus diramas dengan minyak atau adonan fatir yang tersapu dengan minyak.

    5Maka jikalau persembahanmu suatu persembahan makanan yang direndang dalam belanga, maka hendaklah ia itu dari pada tepung halus yang tiada beragi dan diramas dengan minyak.

    6Lalu pecahkanlah dia, siramlah dia dengan minyak, demikianlah ia itu menjadi persembahan makanan.

    7Maka jikalau persembahanmu suatu persembahan makanan yang dipanggang pada kursang, maka hendaklah ia itu diperbuat dari pada tepung halus dan minyak.

    8Maka persembahan makanan yang disediakan demikian hendaklah kaupersembahkan kepada Tuhan; maka ia itu akan dihampirkan oranglah kepada imam, yang akan membawa dia kepada mezbah.

  • 76%

    12dan tiga perpuluhan tepung halus diramas dengan minyak akan persembahan makanan, akan tiap-tiap seekor lembu muda, dan dua perpuluhan tepung halus diramas dengan minyak akan persembahan makanan, akan seekor domba jantan itu;

    13dan seperpuluhan tepung halus diramas dengan minyak akan persembahan makanan, akan tiap-tiap seekor anak domba, suatu korban bakaran akan bau yang harum, suatu persembahan yang dimakan api bagi Tuhan.

  • 15dan sebuah rantang berisi apam fatir dari pada tepung halus diramas dengan minyak, dan roti mentah fatir yang disapu dengan minyak, serta dengan persembahan makanannya dan persembahan minumannya.

  • 75%

    20Maka inilah persembahan Harun dan anak-anaknya yang patut dipersembahkannya kepada Tuhan pada hari mereka itu disirami minyak; yaitu sepersepuluhan seefa tepung halus akan persembahan makanan pada sediakala, separuhnya pada pagi hari dan separuhnya pada petang hari.

    21Maka ia itu akan disediakan dengan minyak dalam belanga dan hendaklah kamu membawa akan dia terendang dan dipecahkan berkeping-keping, demikianlah dipersembahkan persembahan makanan itu akan suatu bau yang harum kepada Tuhan.

  • 74%

    30Dan letakkanlah roti pertunjukan di atas meja itu selalu di hadapan hadirat-Ku.

    31Demikianpun hendaklah kauperbuatkan sebuah kaki pelita dari pada emas yang suci, perbuatkanlah kaki pelita itu dengan terupam batangnya dan cabang-cabangnya, maka segala kelopaknya dan kuntumnya dan bunganya hendaklah diperbuat iras jua.

  • 6Dan dengan seekor domba jantan hendaklah kausediakan dua perpuluhan tepung halus yang diramas dengan minyak sepertiga hin akan persembahan makanan.

  • 4Maka hendaklah disediakannya segala pelita itu di atas kaki pelita yang dari pada emas tulen, di hadapan hadirat Tuhan selalu.

  • 13Dan lagi persembahan makanan dari pada dua perpuluhan tepung halus, yang diramas dengan minyak, akan persembahan bakaran, suatu bau yang harum bagi Tuhan, dan suatu persembahan minuman dari pada air anggur, seperempat hin banyaknya.

  • 73%

    20Sebuah apam akan hulu dari pada segala yang kamu bakar, hendaklah dipersembahkan olehmu akan persembahan tatangan; seperti persembahan tatangan peluburmu demikianpun hendaklah kamu mempersembahkan dia.

    21Dari pada yang kamu bakar mula-mula hendaklah turun-temurun kamu mempersembahkan persembahan tatangan kepada Tuhan.

  • 4maka orang yang mempersembahkan korbannya kepada Tuhan, hendaklah ia membawa sepersepuluhan tepung halus diramas dengan minyak seperempat hin akan persembahan makanan.

  • 73%

    14dan tepung halus yang diramas dengan minyak akan persembahannya makanan, tiga perpuluhan akan seekor lembu muda, akan tiap-tiap seekor dari pada ketiga belas ekor anak lembu itu, dan dua perpuluhan akan seekor dari pada kedua ekor domba jantan itu,

    15dan seperpuluhan akan tiap-tiap seekor dari pada keempat ekor anak domba itu;

  • 20Dan akan persembahannya makanan tepung halus yang diramas dengan minyak tiga perpuluhan akan anak lembu seekor dan dua perpuluhan akan domba jantan seekor hendaklah kamu sediakan.

  • 24Dan akan persembahan makanan hendaklah disuruhnya persembahkan seefa akan tiap-tiap lembu muda dan seefa akan tiap-tiap domba jantan, dan minyak sehin akan tiap-tiap seefa.

  • 12Dan lagi hendaklah engkau makan sebuah apam syeir dan membakar dia di hadapan mata mereka itu dengan tahi yang sudah keluar dari pada manusia.

  • 28dan tepung halus diramas dengan minyak akan persembahan makanan, yaitu tiga perpuluhan akan seekor anak lembu dan dua perpuluhan akan seekor domba jantan,

  • 71%

    12Maka jikalau orang mempersembahkan dia bagi persembahan puji-pujian, maka hendaklah serta dengan persembahan puji-pujian itu dipersembahkannya beberapa apam fatir yang disediakan dengan minyak, atau adonan fatir yang disirami dengan minyak, maka apam yang disediakan dengan minyak itu hendaklah dari pada tepung halus yang direndang.

    13Maka serta dengan apam itu hendaklah dipersembahkan orang lagi roti berkhamir bersama-sama dengan persembahan syukur puji-pujian.

  • 9Maka pada hari sabat dua ekor anak domba yang umur setahun dan yang tiada berkecelaan adanya, dan dua perpuluhan tepung halus akan persembahan makanan, diramas dengan minyak serta dengan masing-masing punya persembahan minuman.

  • 12Turut bilangannya yang dibawa olehmu akan persembahan, hendaklah kamu perbuat akan tiap-tiap seekor setuju dengan banyaknya.

  • 26maka dari dalam rantang apam fatir yang di hadapan hadirat Tuhan diambilnya apam fatir sekeping dan penganan roti yang disediakan dengan minyak dan segumpal adonan, lalu diletakkannya di atas segala lemak itu dan di atas bahu yang kanan.

  • 40dengan sepersepuluhan tepung halus diramas dengan seperempat takar minyak tumbukan, dan lagi suatu persembahan curahan dari pada seperempat takar air anggur patut disertakan dengan anak domba seekor itu.

  • 71%

    3dan tepung halus yang diramas dengan minyak akan persembahannya makanan, tiga perpuluhan akan seekor anak lembu, dua perpuluhan akan seekor domba jantan,

    4dan seperpuluhan akan tiap-tiap seekor anak domba dari pada ketujuh ekor ekor anak domba itu;

  • 70%

    9dan tepung halus yang diramas dengan minyak akan persembahannya makanan, tiga perpuluhan akan seekor anak lembu dan dua perpuluhan akan seekor domba jantan,

    10dan seperpuluhan akan tiap-tiap seekor dari pada ketujuh ekor anak domba itu;

  • 10Adapun makanan yang akan kaumakan itu hendaklah beratnya dua puluh syikal pada sehari, dan hendaklah engkau makan dia tiap-tiap waktu sedikit.

  • 9maka dengan seekor lembu muda itu hendaklah dipersembahkan oranglah tiga perpuluhan tepung halus yang diramas dengan minyak setengah hin akan persembahan makanan.

  • 21Tetapi jikalau orang itu miskin, tiada sampai kuat membelanjakan sekalian itu, maka hendaklah diambilnya hanya seekor anak domba akan korban karena salah dan korban timangan supaya diadakan gafirat atasnya, dan lagi seperpuluhan tepung halus yang diramas dengan minyak akan persembahan makanan dan minyak setakar;

  • 26Maka apabila Aku memutuskan bagimu bekal roti itu, lalu sepuluh orang perempuan akan membakar rotinya dalam satu dapur jua, dan dikembalikannya rotimu itu dengan ditimbang-timbang, maka kamu akan makan, tetapi tiada menjadi kenyang.

  • 6Maka pada lima belas hari bulan itu adalah hari raya fatir bagi Tuhan, maka hendaklah kamu makan apam fatir tujuh hari lamanya.

  • 10Maka pada hari yang kedelapan itu hendaklah diambilnya dua ekor anak domba yang tiada celanya dan seekor domba betina yang setahun umurnya dan tiada celanya dan lagi tiga perpuluhan tepung halus diramas dengan minyak akan persembahan makanan, dan setakar minyak.

  • 23Lalu diletakkannya roti di atasnya dengan sepertinya, di hadapan hadirat Tuhan, setuju dengan firman Tuhan yang kepada Musa.

  • 13Maka inilah persembahan tatangan yang patut kamu bawa; seperenam seefa dari pada tiap-tiap sehomer gandum; demikianpun hendaklah kamu mempersembahkan seperenam seefa dari pada sehomer syeir.