Mazmur 98:6
Dengan serunai dan bunyi nafiri; bersorkalah di hadapan hadirat Tuhan, yan Raja!
Dengan serunai dan bunyi nafiri; bersorkalah di hadapan hadirat Tuhan, yan Raja!
Ayat-ayat ini ditemukan menggunakan AI dengan kemiripan semantik berdasarkan makna dan konteks. Hasil terkadang dapat menyertakan keterkaitan yang tidak terduga.
4Puji-pujilah akan Tuhan, hai segala isi bumi! nyaringkanlah suaramu dari sukacita; nyanyilah dengan ramai-ramai dan bermazmurlah.
5Bermazmurlah bagi Tuhan dengan kecapi, dengan bunyi kecapi disertakan nyanyian.
1Mazmur puji-pujian. -- Pujilah akan Tuhan, hai isi segenap bumi.
2Perbuatlah bakti kepada Tuhan dengan sukacita hatimu, marilah kepada hadirat-Nya dengan menyanyi ramai-ramai.
1Nyanyian Mazmur bagi biduan besar.
2Bermazmurlah akan kemuliaan nama-Nya, berikanlah kemuliaan akan kepujian-Nya.
3Pujilah akan Dia dengan bunyi nafiri; pujilah akan Dia dengan dandi dan kecapi.
4Pujilah akan Dia dengan rebana dan bangsi, pujilah akan dia dengan rebab dan muri!
5Pujilah akan Dia dengan ceracak yang merdu bunyinya; pujilah akan Dia dengan ceracak yang berbunyi ramai-ramai.
6Segala yang hidup dan bernafaspun hendaklah memuji-muji Tuhan, haleluyah!
7Hendaklah laut serta dengan segala isinya menderu bunyinya, dan lagi bumi serta dengan segala yang mendudukinya.
8Hendaklah segala sungai bertepik-tepuk tangan dan segala gunung bersorak ramai-ramai
5Maka telah dipilih-Nya kami akan suatu bahagian pusaka, yaitu kepujian Yakub, yang telah dikasihi-Nya. -- Selah.
6Bahwa Allah itu naik serta dengan tempik sorak, yaitu Tuhan serta dengan bunyi nafiri.
11Hendaklah segala petala langit bersuka-sukaan, dan segala isi bumipun tamasya; hendaklah laut serta dengan sepenuh-penuh isinyapun menderu bunyinya;
12hendaklah segala padang serta dengan segala yang padanya itu melompat-lompat dari kesukaan, dan segala pohon kayu di hutanpun bersorak-sorak
1Marilah kita menyanyi dengan ramai-ramai bagi Tuhan, biarlah kita bersorak-sorak bagi gunung batu selamat kita!
2Biarlah kita menghadap hadirat-Nya dengan puji-pujian serta membunyikan mazmur baginya.
28Maka oleh segenap orang Israel dibawa naik akan tabut perjanjian Tuhan sambil bersorak-sorak dan berbunyi nafiri dan buri-buri dan ceracak, dibesarkannya bunyi itu dengan dandi dan kecapi.
1Mazmur Asaf bagi biduan besar, pada Jitit.
2Nyanyilah ramai-ramai bagi Allah, yang kuat kami, dan bersorak-soraklah bagi Allah Yakub!
3Ambillah olehmu akan bunyi-bunyian dan tamparlah akan rebana, bunyikanlah kecapi yang merdu bunyinya serta dengan dandi.
2Pujilah akan Tuhan dengan kecapi, nyanyikanlah mazmur bagi-Nya dengan dandi dan permainan sepuluh tali.
3Nyanyikanlah bagi-Nya suatu nyanyian yang baharu, dan tabuhkanlah baik-baik segala bunyi-bunyian yang ramai.
15Maka demikianlah peri dibawa naik oleh Daud dan segenap orang isi rumah Israel akan tabut Tuhan serta dengan tempik sorak dan bunyi nafiri.
28Maka datanglah mereka itu ke Yeruzalem dengan dandi dan kecapi dan nafiri, lalu langsung ke rumah Tuhan.
1Haleluyah! Nyanyikanlah bagi Tuhan suatu nyanyian baharu, kepujian-Nya dalam perhimpunan orang-orang saleh.
2Hendaklah Israel bersukacita akan Dia, yang telah menjadikan mereka itu, dan biarlah anak-anak Sion tamasya akan Rajanya.
3Hendaklah dipujinya nama-Nya dengan suling, dan dibunyi-bunyikannya mazmur bagi-Nya dengan rebana dan kecapi.
31Hendaklah bersuka-sukaan segala langit dan bersukacitalah bumi, dan hendaklah kata orang di antara segala bangsa kafir: Bahwa Tuhan juga yang kerajaan.
32Hendaklah lautpun bergelora dengan sepenuh-penuh isinya, hendaklah padangpun berlompat-lompat dengan segala sesuatu yang padanya.
8Maka Daud dan segenap orang Israelpun ramai-ramai bermain di hadapan Allah dengan nyanyi dan kecapi dan dandi muri dan rebana dan keromong dan serunai.
1Bahwa Tuhan jua yang memegang perintah; biarlah segala dunia bersuka-sukaan dengan ramai-ramai. Hendaklah segala tokong-tokong pulau bersukacita!
14Maka bersumpahlah mereka itu setia kepada Tuhan dengan nyaring suaranya dan dengan sorak yang ramai dan dengan bunyi buri-buri dan nafiri.
3Baiklah orang memasyhurkan kemurahan-Mu pada pagi hari, dan setia-Mu pada tengah malam,
16Maka bertitah Daud kepada segala penghulu orang Lewi, supaya ditentukannya segala saudaranya yang biduan adanya dengan pelbagai bunyi-bunyian dan dandi dan kecapi dan ceracak dan bermain ramai-ramai dan menyaringkan suaranya dengan sukacita hatinya.
1Nyanyikanlah bagi Tuhan suatu nyanyian yang baharu; nyanyilah bagi Tuhan, hai isi segenap bumi!
7Nyanyikanlah kepujian Tuhan ganti-berganti dan bermazmurlah dengan kecapi bagi Allah kita.
26Maka berdirilah segala orang Lewi dengan bunyi-bunyian Daud, dan segala imampun dengan nafirinya.
1Mazmur bagi biduan besar di antara bani Korah.
4Tetapi orang yang benar itu akan bersukacita; mereka itu akan melompat-lompat dari kesukaan di hadapan hadirat Allah dengan sukacita dan tamasya.
40Maka orang banyak itupun datanglah mengiringkan baginda sambil bermain pelbagai bunyi-bunyian serta bersuka-sukaan amat ramai, seolah-olah bumi hendak belah rupanya oleh bunyi soraknya.
32Maka utusan raja-raja akan datang dari Mesir, dan orang isi negeri Habsyi bersegera akan menadahkan tangannya kepada Allah.
5Apabila kamu mendengar bunyi nafiri dan bangsi, kecapi, harbab, serdam, nobat dan segala jenis bunyi-bunyian, hendaklah kamu menyembah sujud kepada patung keemasan, yang telah didirikan oleh baginda raja Nebukadnezar itu.
12Mereka itu bermain rebana dan kecapi dan bersuka-sukaanlah dengan bunyi suling.
29Tetapi pada kamu akan ada puji-pujian seperti pada malam ditahbiskan masa raya, dan lagi kesukaan hati seperti orang berarak-arak dengan bunyi-bunyian hendak ke bukit Tuhan, ke bukit batu orang Israel.
6Maka segala imampun berdirilah pada pangkat-pangkatnya dan segala orang Lewipun dengan bunyi-bunyian Tuhan, yang telah diperbuat oleh baginda raja Daud akan memuji-muji Tuhan, sebab kemurahan-Nya kekal sampai selama-lamanya, yaitu pada masa Daud memuji Dia oleh khidmat mereka itu, dan segala imampun meniup nafirinya bertentangan dengan mereka itu dan segenap orang Israelpun adalah berdiri.
5Maka Daud dan segenap orang isi rumah Israelpun bermainlah di hadapan hadirat Tuhan pada perbagai bunyi-bunyian yang dari pada kayu senobar, pada kecapi dan dandi dan rebana dan genta dan gung.
10Adapun tuanku sudah memberi titah bahwa tiap-tiap orang yang mendengar bunyi nafiri, bangsi, kecapi, harbab, serdam, nobat dan segala jenis bunyi-bunyian patut ia sujud menyembah patung keemasan itu;
1Pujilah akan Tuhan, karena baiklah dinyanyikan mazmur bagi Allah kita; bagaimana ia itu sedap dan pujinyapun merdu bunyinya.